Saturday, September 4, 2010

LDP disifatkan tiada masa depan

TAWAU: Parti Liberal Demokratik (LDP) disifatkan parti yang tiada masa depan berikutan tindakan Naib Presiden-nya, Datuk Peter Pang En Yin bertindak keluar dari parti itu.

Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, tindakan Peter Pang itu tidak mustahil akan turut diikuti oleh ahli-ahli lain parti itu.

“Mungkin ada pergeseran dalam ahli majlis tertinggi parti itu yang tidak senang dengan kenyataan Chin memperkotak-katikkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada media.

Dalam pada itu, Ghapur mengingatkan ahli-ahli BN lain supaya tidak mengkhianati semangat setiakawan di dalam BN.

Jika terdapat sesuatu yang tidak kena katanya, perkara itu seharusnya dikemukakan secara terhormat.

“Kita jangan jadi penderhaka kepada pemimpin kita sendiri. Seharusnya kita bersama-sama mempertahankan BN Sabah dan pemimpin-pemimpinnya agar keyakinan rakyat ke atas kerajaan bertambah,” ujarnya.

Dalam hal sama, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan Parti LDP sebagai parti rojak.

Rabu lalu, Peter Pang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengumumkan tindakannya untuk keluar dari Parti LDP dan menawarkan untuk melepaskan semua jawatannya di dalam kerajaan.

Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Karamunting.

Peter Pang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, tindakannya itu dibuat kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu untuk menentang kepimpinan Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. -NST

21 comments:
Write comments
  1. ini membuktikan Chin telah memilih jalan yang salah dengan menggunakan parti LDP untuk menegakkan pendirian peribadinya. sebagai pengajaran, lain kali buat keputusan berdasarkan persetujuan semua ahli.

    ReplyDelete
  2. "Parti Liberal Demokratik (LDP) disifatkan parti yang tiada masa depan berikutan tindakan Naib Presiden-nya, Datuk Peter Pang En Yin bertindak keluar dari parti itu."

    Exactly what i had in mind... There's no future without Datuk Pang En Yin. I bet Chin regretted giving out such statement about not cooperating with the CM.

    ReplyDelete
  3. LDP perlu bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam BN. sebarang isu boleh diselesaikan dengan cara baik.

    ReplyDelete
  4. tindakan pang keluar LDP menampakkan kemelut dalam LDP. tindakan LDP enggan kekerjasama dgn Musa nampaknya tidak disokong oleh ahlinya sendiri. LDP seharusnya terus bekerjasama dgn Musa Aman dan BN, jgn musnahkan parti kerana kepentingan diri.

    ReplyDelete
  5. Sememangnya Chin bertidak dengan emosi... Tgo sahaja tindakan Datuk Peter yang secara terus meninggalkan LDP....

    ReplyDelete
  6. "Ghapur mengingatkan ahli-ahli BN lain supaya tidak mengkhianati semangat setiakawan di dalam BN."


    Ghapur is right. It's important to set aside personal matter with the member and to give full cooperation with every member in the BN component. What Chin did was an act of betrayal. Hopefully thing between the cm and Chin would resolve.

    ReplyDelete
  7. Kenyataan yang dibuat oleh datuk chin itu memang sudah pasti akan memdapat bantahan dari ahli LDP itu sendiri, memang ada yang tidak akan bersetuju dengan beliau, natranya yang nyat sekali adalah Datuk Peter Pang yang telah keluar parti ekoran masalah tersebut.

    ReplyDelete
  8. Tidak ada masa depan? Jika LDP dapat mengetepikan ego dan kepentingan tertentu, maka tidak mustahil LDP bangkit semula dan bekerjasama dengan BN...

    ReplyDelete
  9. tidak ada yang lebih penting selain dari memberi keutamaan kepada masalah2 yang dihadapi oleh rakyat. selesaikan masalah ini secepat mungkin dan beri laluan kepada isu2 yang lebih memerlukan perhatian.

    ReplyDelete
  10. setiap parti komponen BN perlulah sentiasa bersatu. LDP perlu bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapa sahaja dalam BN.

    ReplyDelete
  11. Menghairankan ! ! ! kalau pemimpin bukan Melayu keluar pati dan masuk pati lain, masih lagi jadi MENTERI ? ? ?

    ReplyDelete
  12. Menghairankan ! ! ! kalau pemimpin bukan Melayu keluar pati dan masuk pati lain, masih lagi jadi MENTERI ? ? ?

    inilah namanya konsep 1malaysia..

    ReplyDelete
  13. Siapalah kita nak cakap pasal masa depan sesuatu parti. Apa2 boleh berlaku ba, asalkan LDP sedia berubah dan ikut landasan yg betul - saya yakin semuanya pasti OK.

    ReplyDelete
  14. Hadapi kemelut ini dengan tenang dan ingatlah jangan khianati kawan sendiri.

    ReplyDelete
  15. Semangat setiakawan harus dipegang teguh kerana ia jadi titik tolak utk sesebuah parti berdiri teguh. Atasi setiap masalah dengan tenang, dan utamakan pandangan parti secara menyeluruh dan bukannya pandangan individu k.

    ReplyDelete
  16. Setuju 2718. Selesaikan hal ni cepat dan fokuslah kepada perkara yg lebih penting. Jangan sajikan rakyat dengan isu sebegini lagi.

    ReplyDelete
  17. Ya jieah. Bagi saya, kesatuan adalah asas sesebuah parti berjaya:)

    ReplyDelete
  18. selagi Musa Aman menjadi KM sabah, kita harus menyokongnya. Musa byk peranannya dalam pembangunan negeri Sabah. hal yang berlaku dalam LDP adalah daripada sikap Chin yang terlalu emosional. LDP harus kembali bekerjasama dn Musa jika tak ingin melihat partinya terus dalam kemelut.

    ReplyDelete
  19. Disifatkan tiada masa depan kerana mengkhianati semangat setiakawan dalam BN.

    ReplyDelete
  20. Satu keputusan yang tidak bertanggungjawab dan penuh muslihat. Menjadikan Ketua Menteri dalam keadaan serba salah. Kalau nak letak jawatan biarlah lepaskan semua jawatan termasuk ADUN.

    ReplyDelete
  21. Saya berharap mereka akan berdamai semula.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.