Thursday, September 16, 2010

47 tahun Sabah, S'wak tak dipeduli

Setelah 47 tahun bergabung dalam Malaysia, kedudukan istimewa bumiputera di Sabah dan Sarawak masih tidak dipedulikan manakala kedudukan ekonomi rakyat di kedua-dua negeri itu juga masih menyedihkan, kata ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, menurut Lim, pada masa yang sama, ada "pihak-pihak tertentu" yang mengaut keuntungan besar daripada negeri itu tanpa mempedulikan nasib anak negeri.

"Di satu sudut, ada pihak di semenanjung yang berjuang mempertahankan kedudukan istimewa Bumiputera yang mereka anggap sebagai hak asasi dan dianggap tidak boleh dibincangkan sama sekali.

"Di satu sudut yang lain pula, para pejuang ini tidak mempedulikan kedudukan istimewa yang sama untuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Dalam satu kenyataan sempena sambutan hari Malaysia esok, Lim berkata, gagasan Malaysia diharap membawa kepada perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat melalui perkongsian dan pengagihan sumber yang lebih adil.

Katanya, jika kerajaan pusat benar-benar mahu menjamin dan melindungi keistimewaan Bumiputera, ia perlu memastikan pelaksanaan keadilan untuk semua Bumiputera tanpa mengira suku, kaum, agama dan kedudukan geografi.

Sehubungan itu, tambahnya, kerajaan perlu memastikan Sabah dan Sarawak menikmati peluang-peluang yang sama seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri di semenanjung.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata setelah sekian lama Malaysia terbentuk, kita boleh boleh lagi "menyapu sampah ke bawah tikar" dalam menangani pelbagai persoalan seperti isu urus tadbir kerajaan yang lemah.

Katanya, perkara itu akan mengheret pelbagai isu rasuah, penyelewengan serta masalah sosial seperti jenayah, kemiskinan serta prejudis kaum dan agama yang tebal.

"Setiap masalah yang muncul perlu dihadapi untuk penyelesaian tuntas. Ini hanya dapat dilakukan dengan penegasan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban," kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

"Suka atau tidak, ia perlu dilakukan agar disiplin pengurusan ekonomi yang mapan dapat mengambil tempat." -MK

38 comments:
Write comments
  1. apa yang Lim Guan Eng tahu pasal Sabah? jangan jadi hipokrit dan pura2 tidak tahu pasal ketidakadilan dan penindasan yang berlaku di Pulau Pinang. kononya DAP memberikan wang ehsan rm100 kepada warga Mas di P.P dengan jumlah keseluruhan rm7.5 juta yang menggunakan wang kerajaan negeri iaitu wang rakyat bertujuan untuk membeli pengaruh, tetapi niat dan keikhlasan mereka boleh dipertikaikan kerana, mereka mengunakan atas nama DAP bukan dari kerajaan negeri, sekarang ini duit kerajaan negeri ditabur dikatakan sumbangan dari DAP, suatu hari nanti semua duit kerajaan negeri pula akan dikatakan duit DAP.

    ReplyDelete
  2. LGE sedar dengan kedudukan istimewa bumiputera di Sabah dan Sarawak, tapi bagaimana dengan kedudukan istimewa orang Melayu di P.P yang dirobohkan perkampungan mereka, peniaga Melayu yang dihalang dari berniaga.. dari segi ekonomi apa yang P.P sumbangkan kepada negara sedangkan pelabur lebih ramai yang melarikan diri dari yang datang. LGE patut jelaskan bagaimana penurunan 78% pelaburan berlaku di P.P yang mana penurunan ini cukup mengambarkan betapa kerajaan DAP tidak mahir menarik pelabur, disamping itu banyak menghabiskan wang rakyat dengan pergi membuat lawatan ke luar negara. Satu lagi bukti betapa ekonomi Pulau Pinang merudum jatuh apabila jumlah kontena yang keluar dari pelabuhan berkurangan..

    ReplyDelete
  3. Sabah dan Sarawak sekaran ini nampak lebih membangun dari masa kesama dan memang jelas kelihatan perubahan yang ketara di Sabah dan Sarawak. Saya percaya itu hanyalah kata-kata dari seorang yang tidak tahu dengan keadaan tempat tersebut.

    ReplyDelete
  4. Come on LGE, is better for you to be worried about Penang instead of choking your throat on Sabah issues.

    ReplyDelete
  5. LGE sepatutnya fokus terhadap masalah yang berlaku di P.Pinang...

    ReplyDelete
  6. Sabah dan Sarawak tak pernah diabaikan, sabah dan sarawak kini semakin diutamakan dan membangun. pelbagai peruntukan dan projek pembangunan telah dijalankan di sabah dan sarawak.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas keperihatinan anda.Namun, saya rasa tidak perlu bagi anda untuk campur tangan dalam hal kami. Banyak lagi masalah Penang yang masih berlumuran dan inginkan perhatian.

    ReplyDelete
  8. Walaupun masih ada banyak perkara yang belum sempuran lagi, tapi berbanding beberapa puluh tahun yang lepas, kita memang mengalami perkembangan yang pesat. Sesetengah perkara mengambil masa, saya yakin kita akan nampak perbezaan jika diberikan sedikit masa lagi.

    ReplyDelete
  9. Biarkan apa yang dikatakan oleh mereka2 diluar sana menjadi pemyuntik kepada Sabahan untuk berusaha menjadi yang lebih baik. Sedar akan hak untuk bersuara jika ada yang ingin disuarakan seperti contoh dana untuk memperbaiki pelbagai sudut di Sabah. Beliau hanya menyurakan pendapat dengan cara yang baik...

    ReplyDelete
  10. Pulau pinang hanya 1,033,iaitu 0.3%, Sabah dan sarawak..73,613, 22.3% dan 124,449, 37.7%. Maka memang senanglah menteri PP mahu mengatakan sesuatu. Pasal tempat pemerintahannya hanya kawasan yang begitu kecil berbanding dengan Sabah dan Sarawak. Fikirlah terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

    ReplyDelete
  11. sabah dan sarawak tak pernah diabaikan, sabah dan sarawak kini semakin maju dan membangun. penduduk sabah dan sarawak taklah mundur sangat seperti yang digambarkan. mereka juga hidup dalam keadaan selesa.

    ReplyDelete
  12. I appreciate the concern of LGE. However, instead of looking into Sabah matter, he should give his fullest attention to the many issues in Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  13. Mungkinkah LGE ada niat sebalik perhatiannya terhadap Sabah dan Sarawak?

    ReplyDelete
  14. Syukur masih ada pihak yang 'mendengar' rintihan Sabah & S'wak, tapi janganlah hanya hangat-hangat tahi ayam saja..

    ReplyDelete
  15. Sabah dan Sarawak kini sedang membangun. tidak wajar jika dikatakan Sabah dan Sarawak tidak dipedulikan. LGE sepatutnya menumpukan perhatiannya terhadap isu atau masalah yang berlaku P.P.

    ReplyDelete
  16. Kenapa bila ada pihak yang concern terhadap Sabah & S'wak, sesetengah pihak pula bersikap pesimis? Bukankah dia cuba untuk membantu kita? Jika memang benar dia mempunyai muslihat di sebalik keprihatinannya, biarlah dia. Abaikan persoalan dan tanggapan tersebut. Yang penting beliau ingin membantu kita dengan menyuarakan keadaan kita di kalangan orang atasan. Jikalau memang dia ingin membantu, komen2 di atas pasti akan menyedihkan dan mematahkan semangat beliau. Baguslah ada org yg prihatin, drpd kita terus dibiar-biarkan.

    ReplyDelete
  17. Disini masalahnya, negeri perintahan dia sendiri tidak dapat dijaga ini pula mahu campur aduk dengan negeri orang lain. Memang Sabah dan Sarawak kurang membangun, tapi itu sebelum KM sekarang. Tapi kini telah berubah dengan adanya KM sekarang. Pembangunan dibuat disana sini dan di seluruh daerah. Seperti di Penampang, befourt, Kota kinabalu dan banyak lagi tempat yang ingin dibangunkan.

    ReplyDelete
  18. Apa yang dikatakan oleh pemimpin dari Semenanjung ini mungkin tidak dapat mencerminkan keadaan yang sebenar dihadapi Sabah.
    Rakyat Sabah tidak perlu ambil hati apa yang dikatakan mereka.

    ReplyDelete
  19. Belum sampai tahap tidak dipeduli. Pembangunan masih dijalankan.

    ReplyDelete
  20. Tidak boleh membandingkan Sabah dengan Pulau Pinang. Sabah jauh lebih besar berbanding Pulau Pinang, dan populasi rakyat juga lebih pesat. Bukan apa yang pelik jika kita lebih lambat berkembang.

    ReplyDelete
  21. Itu sebab sistem KM kita dahulu, yang hanya diberi peluang memerintah 2 3 tahun sahaja (sistem bergilir); tidak seperti sekarang, yang mana recent KM yang paling lama memerintah. Memanglah dapat dilihat bagaimana perubahan yang beliau bawa. Namun, yang penting di sini, hindari sikap pesimis. Susah Sabahan untuk maju jika begitu mentaliti orang kita. Menentang habis-habisan bila ada pihak luar ingin membantu NAMUN TIDAK ADA TINDAKAN UNTUK MENGUBAH DIRI SENDIRI. Saya juga menyokong jika Sabah menolong orang Sabah sendiri, namun melihat kepada komen2 di atas, susahlah.(Sila abaikan pemahaman politik di sini)

    ReplyDelete
  22. Sabah is getting its head out from the shell. So Datuk Lim, please give way.

    ReplyDelete
  23. Usaha tangga kejayaan.....tapi perlu diberikan banyak peluang....

    ReplyDelete
  24. untuk membincangkan isu pembangunan disabah dan sarawak, tidak lari dari kaitan politik kerana pemerintah disabah dan sarawak lahir dari parti politik. saya setuju dgn ulasan johnson. umno sudah agak lama memerintah disabah dan menunjukkan ketidakadilan dalam sistem giliran KM. namun apa yang saya nak ulas ialah sikap segelintir rakyat sabah ( yang memberi komen2 diatas )yang amat memalukan. mmg betullah org semenanjung kata org sabah masih tinggal atas pokok dan tahu minum tapai saja. menteliti kurang. merengus, melenting dan marah apabila org luar bercakap ttg keadaan disabah. sepatutnya minda tu dibuka dan terimalah hakikat di depan mata. sabah mmg jauh ketinggalan dibelakang dari segi pembangunan kenapa tak tanya diri sebab apa? apa yang rakyat sabah boleh buat untuk majukan org sendiri? sejauh manakah peranan pemerintah disabah stakat ini? sabah diantara penyumbang kewangan terbesar kerajaan pusat tapi pulangan amatlah sedikit. mengapa?

    ReplyDelete
  25. Sebenarnya Sabah Sarawak mampu berdiakri tanpa bantuan luar dengan sumber alam semulajadinya yang kaya melimpah.
    Apa yang kita perlu adalah pegurusan yang cekap.

    ReplyDelete
  26. di semenanjung kalau datang ke rumah keluarga yang dikatakan miskin nampak rumah mmg agak teruk tapi motorsikal parking 2 3 buah milik si miskin. tapi di sabah kalau namanya keluarga miskin, tengok rumah atap bambu dinding bambu tiang bambu jauh sekali ada motorsikal tempat masak pun pakai kayu api dgn kuali yang hitam legam tampal sana sini. inilah bezanya sabah dan semenanjung. jadi mengapa anda melenting kalau org luar mengatakan sabah masih daif? memang betul pun.. pembangunan memang ada tapi kebanyakannya tertumpu dikawasan bandar yang tidak dinikmati org2 kampung. pembangunan tidak harus diukur hanya melihat dikawsan bandar sahaja tetapi lihatlah jauh ke pedalaman. adakah jalan sudah berturap? kemudahan air graviti? lampu? bangunan2 sekolah dan rumah guru?

    ReplyDelete
  27. sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Lim Guan Eng tentang pembangunan sosio ekonomi rakyat Sabah yang jauh ketinggalan berbanding SM adalah betul dan tidak dinafikan. Namun, hal ini kenalah dibawa berbincang dan janganlah melenting walau dikritik sikit. Ahli-ahli yang dipilih rakyat untuk memperjuangkan nasib rakyat haruslah melaksanakan kewajipan..

    ReplyDelete
  28. kritikan Lim harus dipandang secara positif dan jentera-jentera BN tidak boleh leka dengan diri masing-masing tetapi lakukan tugas anda dengan baik, jujur dan telus. Rakyat sekarang ramai yang berpendidikan tinggi dan mereka sudah sedar akan mana-mana wakil rakyat yang hanya melaksanakan tugas "sekadar melepaskan batuk di tangga"

    ReplyDelete
  29. sebenarnya saya lihat kerajaan sudah menyalurkan banyak peruntukan untuk Sabah namun, jumlah peruntukan tersebut tidak sampai kepada rakyat kerana ia sudah ditapis oleh orang-orang tertentu....jadi apa yang rakyat dapat hanyalah cebisan-cebisan saja...

    ReplyDelete
  30. Sabah is in the midst of developing. Diff people may have diff perceptions but this is what we encountered now.

    ReplyDelete
  31. Paling penting sekali,kerajaan sabah tahu akan permasalahan ini dan biar la kami saja yang terlibat.

    ReplyDelete
  32. jika kita baca artikel diatas, seolah2 LGE adalah pemimpin yang paling sempurna. tapi sedarkah apa yang telah beliau lakukan di Pulau Pinang?? rakyat Melayu P.P mengutuk LGE dan disebabkan itu beliau berpura2 perihatin dengan rakyat Sabah/Sarawak untuk meraih sokongan. kalau rakyat P.P menolak LGE, tapi rakyat Sabah menerima beliau, apa bezanya dengan apa yang kita hadapi sekarang??..

    kadang2 kita jatuh bukan disebabkan kita menolak keperihatinan pihak lain, tetapi disebabkan terlalu mudah percaya dan mudah disuap dengan janji2 manis dan mudah lembut hati bila ada pihak yang perihatin(seperti segelintir komen2 diatas), walaupun pihak yang perihatin itu sedang ditolak oleh rakyat. kita tidak perlu diketuk untuk sedar, seolah2 rakyat sabah sentiasa bergantung dengan keperihatian orang luar untuk maju.

    ReplyDelete
  33. sebab itu juga kenapa orang semenanjung lebih berminat untuk mengutuk Sabah berbanding dengan negeri2 lain.. sebab ada segelintir orang Sabah yang akan jadi pak angguk dan menyokong pengutuk2 dari SM. semua kelemahan, kekurangan dan kelebihan negeri Sabah telahpun disedari oleh rakyat Sabah sendiri tanpa perlu dijadikan bahan kutukan dan kritikan pihak luar. semua dakwaan kononnya orang Sabah tinggal atas pokok, minum tapai, mentaliti kurang semakin sinonim dengan Sabah disebabkan oleh rakyat sabah sendiri yang suka jadi pak angguk mengiyakan semua kutukan tapi tidak ada inisiatif untuk maju. sedar dan kemampuan menerima hakikat tidak perlu dipertikaikan jika orang yang mempertikaikan itu sendiri tidak mampu melakukan sesuatu untuk mengubah Sabah kearah yang lebih baik.

    ReplyDelete
  34. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pemimpin negeri tidak cukup bersungguh-sungguh menarik dana atau peruntukan pembangunan dari kerajaan pusat.

    ReplyDelete
  35. Sabah kaya dengan sumber minyak dan gas asli. Pernah kaya dengan balak. Kaya dengan tanah yang luas dan subur.
    Apa kekurangan Sabah kita kurang maju dari negeri lain?

    ReplyDelete
  36. Jka benar kita tidak dipeduli, mungkin kita masih dianggap menghuni diatas pokok.

    ReplyDelete
  37. Macam suka juga saya kalau Sabah ini maju dan pesat membangun, banyak tempat kerja, macam di semenanjung, jadi tidak juga muda-mudi orang sabah pigi merantau di semananjung.,Orang Pandai cakap,.ini Sabah 20 tahun ketinggalan dari diorang disemananjung bah,. tidak tau betulkah itu., tapi macam betul juga, kita punya sekolahpun banyak yg ketinggalan, jalan rayapun tidak berapa bagus juga tu,.Kalau ini semua dikasi bagus macam yg disemananjung ,.hoyooo..bagus ohhh.

    ReplyDelete
  38. Sabah patut diberikan lebih banyak kuasa untuk memerintah negeri kita ini. Hanya orang Sabah tahu apa yang Sabah perlukan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.