Saturday, September 11, 2010

Telefon bimbit antara punca kemalangan, kata Zahari

Polis berkata, ‘telefon bimbit’ umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila-bila masa untuk meragut nyawa pemandu dan penumpang kenderaan.

“Anda yang mendorong kecuaian,” jelas Ketua Polis Keningau DSP Zahari dengan merujuk, perbuatan menjawab SMS (sistem pesanan ringkas) ketika memandu salah satu punca berlakunya kemalangan.

Zahari mendedahkan kegilaan menjawab SMS dan berinteraksi melalui laman sosial Facebook dengan rakan-rakan melalui telefon bimbit, menjadi satu budaya di kalangan orang ramai pada ketika ini.

Pasangan yang sedang dilamun cinta terdedah kepada risiko kemalangan, memandangkan golongan itu merupakan pelayar laman sosial Facebook paling aktif, di samping pengguna perkhidmatan SMS yang paling tinggi.

Ketika ditemui wartawan secara eksklusif selepas melancarkan Ops Sikap 2010 Daerah Keningau pada Rabu, Zahari menegaskan pemandu yang didapati menjawab SMS atau menghantar SMS ketika memandu, akan dikenakan tindakan yang setimpal.

“Antara tugas pihak keselamatan sepanjang raya ini ialah melakukan pemantauan secara agresif mengenai tingkah laku pemandu di atas jalan,” katanya.

Zahari berkata, pengenalpastian mendapati kecuaian adalah faktor utama berlakunya kemalangan, yang sepatutnya boleh dielakkan.

“Kerana anda terlalu cuai, anda bakal menjadi pembunuh kepada diri sendiri, orang lain yang tidak berdosa, atau anda dibunuh oleh rakan-rakan pemandu yang berperangai cuai,” jelasnnya.

Zahari menasihatkan orang ramai supaya menanamkan sikap menyayangi diri, dengan mematuhi segala protokol pemanduan yang disyorkan oleh pihak keselamatan.

“Rancang perjalanan anda dengan semaksimanya,” tambah ketua polis itu.

Kepada pemandu yang memiliki kegilaan berinteraksi melalui SMS ketika sedang memandu, Zahari menasihatkan mereka supaya berhenti daripada tabiat merbahaya itu atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang.

“Polis tidak berkompromi,” katanya.

Sementara itu Zahari memberitahu sekurang-kurangnya lima kemalangan berlaku sepanjang bulan Ramadan, melibatkan satu kemalangan maut dan dua kematian.

Beliau mengumumkan laluan Keningau – Apin-Apin – Tambunan dan Keningau – Sook merupakan tumpuan Ops Sikap sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini. -NST

24 comments:
Write comments
  1. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu memang perbuatan yand salah dari sisi undang-undang.

    ReplyDelete
  2. pengguna jalan raya hendaklah mematuhi peraturan semasa memandu. berhati-hati lah dan jangan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

    ReplyDelete
  3. Baru hari tue sya nyaris kena accident pasal menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Bahaya betul!

    ReplyDelete
  4. Kepada semua pemandu, adalah penting untuk menumpukan sepenuh perhatian anda pada jalan raya bila memandu. Janganlah kita seperti Logop.

    ReplyDelete
  5. ketika memandu tak perlulah nak berSMS ataupun berbual melalui telefon. utamakan keselamatan.

    ReplyDelete
  6. ini bukan saja merbahayakan diri sendiri tapi akan melibatkan orang lain dalam kemalangan kerana lalai.

    ReplyDelete
  7. elakkanlah memandu sambil menggunakkan telefon bimbit. Ini boleh mengudang kemalangan. Tumpukan perhatian dalam pemanduan. Sekiranya mahu membaut panggilan lebih baik berhenti sementara ditepi-tepi jalan.

    ReplyDelete
  8. ramai yang saya lihat suka drive kereta sambil bercakap menggunakan telefon bimbit. pertanyaan saya ialah, berapa harga NYAWA berbanding maklumat yang diperolehi ketika menjawab telefon bimbit??

    ReplyDelete
  9. bukan sahaja telefon, malah elakkan apa saja aktiviti dalam kereta yang boleh menggangu tumpuan semasa memandu. kerajaan juga perlu melihat faktor di luar kenderaan seperti jalan raya dan papan tanda..

    ReplyDelete
  10. pemandu perlulah mengutamakan keselamatan. janganlah menggunakan telfon bimbit ketika sedang memandu.

    ReplyDelete
  11. kepada pasangan kekasih tu, sama2lah bertolak ansur dan sama2 menasihati..

    ReplyDelete
  12. Ini semua terletak pada mentaliti seseorang. Walau bagaimana agresif pun pemantauan pihak polis di atas jalan raya, kebanyakkan pengguna masih tidak sedar akan bahayanya menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

    ReplyDelete
  13. Jika anda boleh mengurusnya dengan teratur, saya rasa tidak menjadi masalah, tapi lebih baik elakkan menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

    ReplyDelete
  14. Dengar nasihat tidak akan merugikan kita.. orang kata lebih baik mengelak daripada merawat...

    ReplyDelete
  15. Yang lebih memeranjatkan ada yang sanggup berSMS semasa menunggang motorsikal.

    ReplyDelete
  16. Naa tu lah.. mcm drama cinta kirana tu, gara2 telefon lah kemalangan berlaku. Terlebih berkasih sayang kan, na last2 tinggal kenangan! huhuhu

    ReplyDelete
  17. hahahhaa, Sonia tu mahu minta sound bah tu. Aish memang bikin panas tu. Ganggu perjalanan kenderaan lain ja.

    ReplyDelete
  18. Memang menjadi utamanya berlaku kemalangan. Harap dapat dikurangkan.

    ReplyDelete
  19. penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah sangat merbahaya bukan sahaja kepada si pemandu tetapi juga pengguna jalan raya lain..

    ReplyDelete
  20. pemandu seharusnya memberikan perhatian 100% semasa memandu..gangguan seperti SMS harus dielakkan demi keselamatan sendiri dan orang lain..

    ReplyDelete
  21. kemalangan boleh dielakkan jika kita benar2 fokus serta berhati-hati semasa memandu...peraturan jalan raya haruslah dipatuhi untuk kebaikan sendiri..

    ReplyDelete
  22. ingatlah orang yang tersayang...

    ReplyDelete
  23. Diharapkan pengguna jalan raya akan berhati-hati untuk menjaga keselamatan diri dan juga pengguna jalan raya yang lain.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.