Sunday, September 19, 2010

TIADA SOKONGAN HAJIJI LAWAN MUSA

MANTAN Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tuaran, Muhammad Nanti terpanggil menyokong penuh tindakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian itu, Marsah Muyong untuk tidak menyokong kepimpinan Ketua Bahagaiannya, Datuk Haji Hajiji Haji Noor sekiranya benar berlaku pergeseran politik Hajiji dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Muhammad selaku penyokong setia UMNO yang juga Ketua Cawangan UMNO Batangan Tuaran yang pernah menjadi Pencadang kepada Hajiji sebagai Calon UMNO/Barisan Nasional bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Sulaman dalam Pilihanraya Umum ke 12 lalu, menyesali pergolakan dan pertelingkahan politik kedua pemimpin tertinggi UMNO Sabah itu yang jelas disaksikan apabila Hajiji tidak menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Rahman Datuk Dahlan di kediamannya di Bukit Nabila, Kampung Penampang Baru Tuaran pada Hari Raya Ke Tiga yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman.

"Saya serta sebahagian penyokong UMNO Tuaran mempersoalkan ketidakhadiran Hajiji yang tentunya sedar bahawa Rumah Terbuka Aidilfitri Rahman itu dihadiri sendiri oleh ‘Bosnya’ yang juga merupakan pemimpin nombor satu Sabah selaku Ketua Perhubungan UMNO negeri dan juga Ketua Komponen Barisan Nasional (BN) Sabah dan merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (AMKT) UMNO di peringkat Pusat.

"Sekiranya Hajiji tidak sehaluan dengan Rahman kerana ‘cemburu’ terhadap kehebatan politik pemimpin muda ini yang terus bersinar dan lantas diyakini Musa sebagai Setiausaha BN Negeri, tetapi Hajiji harus ingat bahwa majlis yang diadakan itu adalah sempena hari mulia bagi Umat Islam untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri dan merupakan saat terbaik bagi umat Islam melupakan pertelingkahan politik serta salahfaham yang berlaku sambil mengambil kesempatan untuk menzahirkan permohonan maaf di antara satu dengan yang lain," kata Muhammad yang sebelum ini mengkagumi kepimpinan Hajiji.

Muhammad yang merupakan Mantan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran amat menyokong dan bersetuju dengan kenyataan Marsah yang menganggap tindakan Hajiji itu sudah tidak sopan ditunjukkan kepada Musa selaku pemimpin tertinggi yang dianggap oleh sebahagian penyokong dan ahli-ahli UMNO yang hadir sebagai tetamu kehormat di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri keluarga Rahman, Mantan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tuaran di Kawasan yang terletak di Daerah Tuaran dan berhampiran dengan Kawasan Dewan Undangan Negeri Sulaman yang di wakili oleh Hajiji.

“Lupakah Hajiji terhadap jasa tidak ternilai Musa yang telah mengangkat beliau sebagai Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah selama dua penggal dalam Kabinet Negeri? Lupakah Hajiji terhadap pengorbanan Musa melantik Hajiji sebagai Bendahari Perhubungan UMNO dan BN negeri?,” kata Muhammad yang bagaikan tidak percaya terhadap kebingungan politik yang dihadapi Hajiji kini.

Menurut Muhammad, beliau dan rakan merasa tersinggung apabila mendapati Hajiji pada hari dan waktu yang sama sanggup menghadiri Majlis Penutupan Kursus yang dianjurkan oleh sebuah badan Agama di Pantai Dantai, Kampung Lok Nunuk Tuaran. Alangkah eloknya jika Hajiji hadiri seketika Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Rahman atau memberikan mandat kepada Setiausaha Politiknya, Kasim Razali untuk merasmikan majlis penutupan kursus itu?

Manakala seorang Ahli Umno yang tidak mahu disebut namanya, menganggap Hajiji sudah terlalu melayan perasaan politik sehingga lupa bahawa suka tidak suka dia harus menyambut ketibaan Musa di majlis itu.

Apakah Hajiji juga sudah dirasuki oleh tingkah ‘Celupar politik’ yang ditunjukkan secara terbuka oleh Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP), Datuk Chin Su Pin yang tidak sehaluan dengan pimpiinan Musa?

Jika sedemikianlah hala tuju politik Hajiji muktahir ini, maka sudah pasti ianya tidak akan mendapat sokongan dan dibiarkan seperti ‘Si Luncai Terjun Dengan Labu-labunya’.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

36 comments:
Write comments
  1. tak elok berperasangka terhadap org lain. apa salahnya hajiji tak dtg ke rumah terbuka yg dihadiri musa? bukannya hajiji goyang kaki di rumah tapi hadir juga pada satu majlis di tempat lain yang pastinya perlu utk hajiji datang. inilah mentaliti org2 umno. tak kenang jasa, itulah inilah, musa bukannya dewa atau tuhan yang mesti dan wajib diberi penghormatan sepanjang masa. buat apa semua pemimpin kumpul ramai2 disuatu tempat sedangkan ada pihak lain yg perlukan pemimpin masyarakat utk menjayakan majlis mereka? sampai bila minda para pemimpin bawahan dikongkong oleh pemimpin atasan? sebaliknya semua pihak perlu bebas mengeluarkan buah fikiran dan pendapat ttg apa2 saja. negara amerika menjadi kuat dan maju sebab ada pemimpin yang berfikiran terbuka dan tidak dikongkong oleh ketua mereka. kalau satu hari hajiji jadi KM sabah, mungkin khidmat beliau lebih baik berbanding musa.

    ReplyDelete
  2. belum tentu benar cerita kononnya berlaku pergeseran politik antara Hajiji dengan Musa..

    ReplyDelete
  3. PM sudah nasihatkan bahawa isu2 yang timbul dalam parti harus diselesaikan berlandaskan prinsip BN iaitu perundingan dalam keluarga BN..janganlah cepat sangat membuat kesimpulan sebelum disahkan benar...

    ReplyDelete
  4. bukan satu kemestian untuk menghadiri diri dalam mana2 majlis yang dishadiri oleh KM sabah..sekiranya tidak dapat hadir kita boleh berikan notis...mungkin hajiji sudah memaklumkan kepada KM atas ketidakhadiran beliau...

    ReplyDelete
  5. setiap ahli dalam parti harus bekerjasama antara satu dengan lain bagi memantapkan perkhidmatan parti serta menaikkan imej parti di kalangan rakyat..setiap masalah yang timbul harus diselesaikan mengikut prinsip kekeluargaan BN..

    ReplyDelete
  6. apa yang baik, harus dikekalkan...yang tidak baik harus diperbaiki...

    ReplyDelete
  7. Selesaikan masalah dengan perbincangan baik kerana ia hanya akan menimbulkan pelbagai andaian rakyat terhadap pemimpin.

    ReplyDelete
  8. apapun, janganlah percaya apa yang dikatakan dalam artikel ini! jangan mudah menerima segala-gala yang dihamburkan kerana ia belum tentu betul dan sebenarnya berniat jahar untuk mengeruhkan sesuatu hubungan baik..

    ReplyDelete
  9. why not Hajiji? this is a free country and semua orang berhak bertanding? cuma undi adalah dihujung pen...tiada siapa yang tahu apa yang bakal jadi pada PRU13 nanti?

    ReplyDelete
  10. Heh, tak payahlah heboh sangat tentang ini. Saya rasa KM juga bukan orang yang kecil hati pasal perkara remeh seperti ini.

    ReplyDelete
  11. belum tahu lagi sama ada pekara ini adalah benar atau pun mungkin hanya sekadar khabar angin sahaja.

    ReplyDelete
  12. Saya percaya ini hanyalah khabar angin dari orang yang cuba untuk memecahbelahkan hubungan orang kuat UMNO/BN.

    ReplyDelete
  13. tiada sengketa antara musa dan Hajiji, hal ini tk patut diperbesarkan. hajiji tk hadir ke rumah terbuka tersebut kerana beliau ada majlis lain. hal ini tkkan merenggangkan hubungan mereka.

    ReplyDelete
  14. Ini jelas menunjukkan Hajiji mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menghadiri Majlis Penutupan Kursus tersebut dan tidak memberi mandat kepada setiausahanya. Situasi tersebut patut dijadikan contoh, bukannya dikritik. Kenapalah dalam keluarga BN pun terdapat masalah remeh temeh sebegini? Disebabkan cemburu? Sepatutnya kenalah bersatu padu 'backing' antara sama sendiri. Bukannya Datuk Hajiji pergi membuat kerja tidak berfaedah. Beginikah cara pemikiran ahli2 politik yang kita sanjungi? Imej sendiri juga yang tercalar.

    ReplyDelete
  15. Tidak payah mahu sokong siapa lawan siapa. Apa yang kita tahu Datuk Musa dan Datuk Hajiji tetap rakan seperjuangan UMNO. Saya sokong mereka dapat membangunkan sabah dengan bakal menjadi negara yang maju.

    ReplyDelete
  16. musa dan hajiji tetap dalam hubungan yang baik. mereka akan tetap bersatu dalam membela hak2 rkyat.

    ReplyDelete
  17. sebelum melontarkan pelbagai andaian, lihat dahulu situasi yang dihadapi oleh Hajiji. jangan sewenang2nya mengaitkan ketidakhadiran beliau dengan pergolakan dan pertelingkahan politik. hal ini tidak patut dijadikan isu melainkan pihak yang membuat kenyataan ini adalah individu yang sebenarnya mempunyai pertelingkahan politik dengan Hajiji.

    ReplyDelete
  18. mungkin ini cuma khabar angin saja. tidak perlulah diperbesarkan pekara ini.

    ReplyDelete
  19. Adakah penulis ada mencuba untuk mendapatkan kata2 dari Datuk Hajiji tentang apa yang berlaku? Saya percaya beliau mempunyai alasan yang munasabah dan bukan seperti yang difikirkan oleh sesetengah pihak. Jangan la menabur lagi api2 yang baru mula bergerak ke arah kekacauan.

    ReplyDelete
  20. Adapun masalah antara mereka berdua biarkan mereka menyelesaikannya sendiri....

    ReplyDelete
  21. Hajiji vs Musa? Come on folks, this is ridiculous.

    ReplyDelete
  22. Sudahlah, ini bukan juga isu yang besar, tak perlu membesarkan isu ini.

    ReplyDelete
  23. Ini merupakan konspirasi. Tuduhan yang amat berat.

    ReplyDelete
  24. Kadang2 media suka melaga2kan dua pihak dan menimbulkan pelbagai kontroversi. Jangan permainkan orang dengan menyiarkan berita yang belum pasti.

    ReplyDelete
  25. Adu domba, prasangka,mempamirkan ketidakmatangan dan dangkalnya pemikiran dan tindakan orang kita.Agaknya 'sipengipas' dalam ulasan di atas teringin akan jawatan Hajiji kot.

    ReplyDelete
  26. Kalau pasal rumah terbuka nak bising2, saya rasa tidak ada keperluan itu. Bagus lagi mereka fokus kepada pembangunan di Sabah, ketepikanlah masalah peribadi.

    ReplyDelete
  27. Janganlah bergaduh. Satu bulan berpuasa kita maaf-bermaafan. Menjelang raya kita salam-menyalam.

    ReplyDelete
  28. Kita reda dan rendah hati jika kalah dalam pertandingan. Biarlah kalah pertandingan jangan kalah maruah kita.

    ReplyDelete
  29. Hanya pasal rumah terbuka sahaja, bukan juga apa-apa isu yang besar. Sudahlah, tak perlu membesarkan isu ini.

    ReplyDelete
  30. Pendirian saya adalah, apabila ada berita, sensasi kah, biasa-biasakah,.jangan terus diterima, periksa dulu dari mana datangnya tu cerita.dan siasat betul kah tidak. adakah yg bercerita itu tuli atau buta atau tdk berapa paham melayu atau tdk berapa pandai menulis dan membaca atau memang orang itu kaki umpat, tukang fitnah atau memang kaki temberang atau pendengki, atau tukang sibar hal-hal keburukan orang lain...kebaikan orang dia tidak sebutpun,...atau dia jadikan cerita untuk cari makan, supaya surat khabar laku orang beli,..Nasihat saya sendiri dan kawan-kawan, jangan terus PERCAYA KHABAR ANGIN yang tidak BERASAS .

    ReplyDelete
  31. isu ini tidak akan memberi kesan kepada mana2 pemimpin dan tidak akan mampu menarik perhatian pembaca untuk lebih memihak kepada penulis..

    ReplyDelete
  32. Tidak hadir rumah terbuka pun menimbulkan banyak spekulasi. Dunia media memang tidak pernah tandus bahan cerita.

    ReplyDelete
  33. This is not a big issue, pls forward to a more serious one.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.