Monday, September 6, 2010

Kisah 756 Ahli PAS Sertai UMNO

Laporan behubung 756 ahli PAS di Parlimen Larut menyertai Umno adalah bohong dan sengaja direka Umno.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain ketika menafikan perkara itu berkata, tidak ada sejumlah tersebut keluar daripada parti itu dan menyertai Umno.

"Kita menafikan dan percaya ianya sengaja diada-adakan.

"Yang sebetulnya, 26 pemuda Umno termasuk ketua cawangan menyertai PAS dua bulan lalu," katanya kepada Harakahdaily.

Media hari ini melaporkan seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut menyertai Umno.

Ianya didakwa diketuai bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Larut, Nazri Din berkata hanya Mat Arop dan isteri sahaja masuk Umno dua bulan lalu.

"Mat Arop ni sebenarnya kecewa sebab zaman Pakatan Rakyat memerintah dia tidak dilantik menjadi Ahli Majlis dan Ketua Kampung.

"Saya nak cabar Umno, kalau betul ada 756 itu, tolong namakan mereka dan saya janji akan bagi RM100 seorang kepada mereka semua," katanya.

Mat Arop menurut Nazri adalah bekas pemuda tahan lasak Umno yang kemudian menyertai PAS.

Beliau kini memegang jawatan pengerusi masjid dan pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Tambah Nazri, beliau yakin isu yang dibangkitkan ini hanya mahu mengalihkan isu sebenar berhubung penyelewengan tanah Felcra oleh Ketua Umno Larut, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin.

"Beliau cuba alih pandangan rakyat Kubu Gajah tentang penyelewengan tanah Felcra di Sungai Malau.

"Dia beri satu lot enam ekar kepada ibu dia sendiri Mardiah Binti Lah, menyebabkan orang lain marah," katanya yang mendakwa ada dokumen sebagai bukti.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal. -harakahdaily

756 ahli PAS di parlimen Larut sertai Umno

Seramai 756 ahli PAS dari 42 cawangan di kawasan Parlimen Larut mengambil keputusan berpaling tadah dan menyertai Umno. Alasan mereka ialah hilang keyakinan terhadap parti yang hilang arah dalam membela nasib ahlinya.

Bekas timbalan ketua PAS cawangan Bagan Baru, Mat Arop Samat, yang mengetuai kumpulan itu, berkata keputusan keluar parti itu dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Semua ahli PAS itu telah menyerahkan borang permohonan keahlian kepada pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sempena majlis rahmat Ramadan bersama menteri besar di Kampung Bayan Baru, Kubu Gajah, di Selama, semalam.

Mat Arop berkata beliau menjadi ahli PAS selama 32 tahun dan memegang jawatan itu selama 22 tahun dan mendapati parti itu menyimpang dari perjuangan asal.

Umno semakin teguh

Bercakap pada sidang akhabr selepas majlis itu, katanya, kewibawaan kepimpinan Zambry sebagai Menteri Besar dan pemimpin BN juga mendorongnya untuk beralih arah kepada Umno.

"Di bawah pentadbiran Zambry, beliau berjaya menyatukan semua pihak tanpa sebarang sengketa...cuba tengok di Pulau Pinang dan Selangor sekarang... semuanya kelam kabut dan bergolak," katanya.

Jelasnya, bagi membuktikan perjuangan bersama parti baru itu benar-benar ikhlas, dia bersama kumpulan itu akan mengadakan kempen menambah keahlian Umno secara besar-besaran.

Dalam pada itu, Zambry mengalu-alukan ahli baru itu sambil berkata tindakan mereka memilih Umno menunjukkan parti itu semakin teguh di Perak. - Bernama

10 comments:
Write comments
  1. entah mana satu yang betul. mungkin umno perlu menyahut cabaran Nazri dengan membuktikan dan namakan 756 ahli PAS yang menyertai umno.. atau tunggu buktinya sampai PRU13..

    ReplyDelete
  2. entah mana satu yang betul. mungkin juga betul ada ahli PAS yang sertai umno. apa pun tunggu dan lihat saja lah.

    ReplyDelete
  3. Dunia politik memang sukar difahami. Sekejap UMNO masuk PAS, sekejap lagi PAS masuk UMNO. Buat pening.

    ReplyDelete
  4. nampaknya UMNO perlu membuktikan bahwa dakwaannya 756 ahli PAS telah mneyertai UMNO.

    ReplyDelete
  5. Ungguh kayalah otangitu, sanggup memberi mereka RM100 setiap seorang yang seramai 756 sekiranya UMNO memberitahu, saya rasa biarlah rahsia. Ini cara PAS untuk memcari jalan menarik semula ahli tersebut itulah sebab kenapa mereka mahukan nama siapa yang menyertai UMNO. Oleh itu cara mudah ialah, Biarlah jadi Rahsia..

    ReplyDelete
  6. Kenapa harus berbohong?? ini hanya memperlihatkan imej yang tidak baik....tidak perlu gentar atau takut jika parti sendiri teguh dan masih mendapat kepercayaan dari rakyat.... Dan jika suda terasa goyah jangan sesekali mencari kelemahan pihak lain, ,melainkan cuba untuk perbaiki kelemahan dan berusaha untuk mendapatkan kepercayaan rakyat kembali.

    ReplyDelete
  7. pekara macam ni tak perlulah dilayan oleh UMNO. fokuskan saja untuk berkhidmat kepada rakyat. itu lebih baik...

    ReplyDelete
  8. mmg sekarang sokongan terhdap UMNO semakin kukuh. tk perlu nak pertikaikan.

    ReplyDelete
  9. Ini bukan isu penting. Sila beri perhatian kepada yang lebih penting.

    ReplyDelete
  10. Macam-macam dunia politik ni. Ada-ada saja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.