Friday, September 3, 2010

Pang masih Timbalan Ketua Menteri Sabah: Musa

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Peter Pang En Yin, yang mengisytiharkan keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) semalam, dikekalkan dalam semua jawatannya dalam kerajaan sehingga perkara itu dibincangkan dengan semua parti komponen Barisan Nasional, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

"Saya sudah jumpa dia semalam dan buat masa ini, Datuk Peter kekal dalam kabinet negeri. Saya akan bincang dengan rakan-rakan dalam BN," katanya ketika ditanya sama ada beliau sudah menerima tawaran pang untuk meletak semua jawatan kerajaan berikutan keputusannya keluar daripada LDP itu.

Semalam, Pang yang juga Menteri Belia dan Sukan Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada LDP kerana tidak setuju dengan pendirian parti itu bahawa ia tidak dapat bekerjasama dengan Musa.
Mengulas lanjut, Musa berkata, soal Pang keluar daripada LDP adalah urusan parti itu.

"Kita tak boleh campur hal ini, ini hal parti dia," katanya.

Musa juga berkata, terpulang kepada Pang jika beliau hendak menyertai parti komponen BN yang lain.

Ketika ditanya sama ada Pang memberitahu beliau mengenai parti mana yang ingin disertainya kerana ada laporan memetik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai berkata, beliau akan menyertai parti Gerakan, Musa berkata : "Saya tak tahu, mungkin juga, tetapi beliau tidak memberitahu saya."

Mengenai kelewatan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Musa berkata, kerajaan negeri akan mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu daripada Kementerian Pengangkutan. - Bernama

35 comments:
Write comments
  1. Datuk Peter Pang masih lagi timb KM Sabah. tidak kira apa pun keputusan selepas perbincangan nanti, harap ianya baik untuk semua. yang penting BN terus menjaga kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Harap perbincangan yang akan dibuat mendapat satu kata putus dalam Isu Datuk Pang ini. Kita menunggu semua parti komponen Barisan Nasional nanti menberikan keputsan.

    ReplyDelete
  3. Sementara ini, Datuk Peter Pang masih lagi menjawat TKM sabah. Datuk Musa belum lagi memberikan kata puts berhubungan dengan perletakkan jawatan yang Datuk Peter Pang minta. Datuk Musa tidak boleh memberikan jawapan lagi keran lagi baik sekiranya perbincangan dibuat terlebih dahulu bagi semua parti komponen BN.

    ReplyDelete
  4. walaupun datuk Peter Pang teleha keluar dari LDP, namun jawatannya dalam kerajaan masih lagi dikekalkan. harap BN akan membuat keputusan yang baik untuk Pang dan BN.

    ReplyDelete
  5. Semoga pengorbanan yang dilakukan oleh Pang membawa hasil yang positif dan tidak akan menganggu segala tanggungjwab yang telah diamanahkan kepada beliau...

    ReplyDelete
  6. keputusan akan dibuat selepas perbincangan kelak. buatlah keputusan yang terbaik dan khidmat kepada rakyat perlu diteruskan.

    ReplyDelete
  7. Ini keputusan kerajaan Sabah, maka kita patut terima keputusan tersebut.

    ReplyDelete
  8. Saya berpendapat bahawa jangan lah perkara ini mempengaruhi tugas Datuk Peter Pang kerana masalah yang timbul bukan disebabkan oleh beliau dan berharap agar segala jawatan dibawah tanggungjawab beliau akan di kekalkan...

    ReplyDelete
  9. pemimpin atasan perlu memastikan konflik ini berakhir secepat mungkin kerana masih banyak isu2 mendesak yang memerlukan perhatian seperti yang telah dibincangkan dalam mesyuarat BN yang lepas. keputusan Pang adalah satu tindakan yang berani dan tepat bagi mempertahankan pendiriannya untuk terus berjuang dengan BN tanpa dipengaruhi oleh pendirian LDP.

    ReplyDelete
  10. Hopefully the conflict between Musa and LDP will solve. This conflict is really a waste of time. Much better if they could cooperate with each other to find an effective solution for the PTI issue.

    ReplyDelete
  11. Rupa-rupanya Datuk Peter Pang masih lagi menjawat TKM sabah. Diharapkan perbincangan Musa dengan rakan-rakan dalam BN dapat mencari penyelesaian kepada masalah kecil ini. Apa-apa pun ia terpulang kepada Pang jika beliau hendak menyertai parti komponen BN yang lain.

    ReplyDelete
  12. tindakan yang dibuat datuk Peter Pang memang tepat, walupun beliau telah keluar dari LDP, namun jawatan timbalan KM masih dipegangnya. sebagai ahli BN, seharusnya memberi sokongan penuh terhadap perjuangan BN. harap dalam perbincangan mengenai situasi Pang nnti, ia mencapai kata putus yang baik.

    ReplyDelete
  13. Peter Pang is still important to the state. I believe the CM is reluctant to let him go.

    ReplyDelete
  14. Perkara yang harus dititikberatkan oleh BN ialah, apapun situasi yang melanda, kebajikan rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  15. Saya sokong tindakan CM ni. Semoga semua keputusan atau tindakan yang bakal dibuat menjanjikan yang terbaik terhadap kepimpinan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  16. Betul tu Bi. Kesetiaan Datuk Pang harus dicontohi...Tindakan beraninya cukup menggambarkan keyakinannya terhadap pucuk pimpinan Musa Aman.

    ReplyDelete
  17. Ya supra. Semoga keputusan yang bakal dibuat dalam perbincangan itu dapat meredakan isu kontroversi yang berlaku sekarang ini.

    ReplyDelete
  18. Jadi, sama-samalah kita tunggu dan lihat apa kejadiannya nanti. Kalau boleh LDP pun seharusnya cuba lah bagi kerjasama, jangan ungkit isu yang dah diputuskan di mahkamah.

    ReplyDelete
  19. urusan parti LDP harus diurus oleh ahli parti itu sendiri..oleh itu, diharap tidak akan timbul sebarang spekulasi yang akan memburukkan BN.

    ReplyDelete
  20. pang masih kekal dalam semua jawatan yang disandang beliau dalam kerajaan negeri sehingga perbincangan selesai dilakukan oleh semua parti komponen BN negeri. ini menunjukkan BN tidak bersikap terburu-buru serta rasional.

    ReplyDelete
  21. kesetian serta pengorbanan datuk pang harus dicontohi oleh semua pihak dalam BN.. inilah sikap yang diperlukan untuk menguatkan kedudukan BN dan bukan seperti LDP yang secara terbuka bersikap 'talam dua muka'.

    ReplyDelete
  22. diharapkan mana2 isu yang telah selesai tidak diketengahkan lagi kerana hanya mendatangkan kerugian seperti apa yang telah berlaku.

    ReplyDelete
  23. harap kontroversi ini yang telah mencemarkan nama baik BN negeri akan selesai secepat mungkin.

    ReplyDelete
  24. Isu ini harus diselesaikan secepat mungkin. PRU makin hampir, jika pertikaian dalam rumah tidak selesai, tidak mungkin kita mampu berdepan dengan pihak lawan.

    ReplyDelete
  25. Dt Musa sudah mengatakan boleh bekerjasama dengan Dt Peter Pang. Kekalkan kedudukan Dt. Peter Pang sehingga PRU akan datang.

    ReplyDelete
  26. Peter Pang masih dalam BN, masih layak memegang jawatan timbalan Km sabah.

    ReplyDelete
  27. sebenarnya tuan2 semua silap dan kurang memahami selok belok berparti ini. harap2 tuan2 semua jgn jadi jenis org yang angguk2 geleng2 saja. mana asasnya tuan2 kata peter pang masih dalam BN sedangkan dia sudah umum keluar parti? hakikatnya peter pang tak berparti sekarang dan tak layak jadi timbalan musa. keadaan ini hanya akan memendekkan umur BN di sabah sbb semuanya tak betul. kalau dah keluar parti, mesti letak jawatan dlm semua jawatan yang dipegang. ini kerana peter dilantik dulupun menerusi parti. benda ini pasti akan menjadikan BN di sabah jadi bahan lawak jenaka saja. tuan2 gi lah kedai2 kopi kalau nak dengar cerita2 lawak berkaitan isu ini.

    ReplyDelete
  28. I hope no more wild speculation on this issue.

    ReplyDelete
  29. Saya hairan mengapa orang masih menganggap perletakan jawatan Peter Pang adalah susulan daripada retakan dalaman BN.

    ReplyDelete
  30. Kalau KM kata Pang masih TKM, dialah TKM, buat apa nak pertikaikan sedangkan itu kuasa KM.

    ReplyDelete
  31. He is a responsible minister.That's it.

    ReplyDelete
  32. Terimalah hakikat bahawa Peter Pang masih wujud dalam kabinet.

    ReplyDelete
  33. Itu kuasa KM. KM lebih senang bekerja sama dengan D. Peter, tidak hairan beliau memutuskan mengekalkan jawatan D. Peter.

    ReplyDelete
  34. Bagi mereka yang menghairahkan kerusi TKM sedang cari jalan dengan memberi tekanan kepada KM supaya jawatan itu ditukarkan kepada mereka.

    ReplyDelete
  35. Pang belum memutuskan parti mana yang akan beliau menyertai. Mungkin masih menunggu tawaran yang terbaik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.