Saturday, September 25, 2010

SIAPA SONGLAP PERUNTUKAN ADUN K. PENYU?

MENGIKUT Adun Kuala Penyu, John Teo Mau Sing peruntukan Adunnya tahun ini sudah habis dilaksanakan walaupun ramai kalangan rakyat di kawasan ini tertanya-tanya di mana agaknya projek yang telah dibiayai daripada peruntukan tersebut.

Malah yang paling kecewa ialah puluhan kontraktor Kelas F di daerah ini yang sekarang sudah menderita kerana tiada lagi projek cabutan; mengharapkan dapatlah sekurang-kurangnya tempias dan diberi peluang untuk mengendalikan projek daripada peruntukan Adun itu sekiranya ada projek seperti itu dilaksanakan.

Dakwa mereka, mustahil Adun berkenaan sampai hati menyerahkan semua projek kecil kepada satu atau dua kontraktor sahaja; tambahan pula jika ada projek dilaksanakan mestilah kelihatan di hadapan mereka.

Masalahnya, adakah projek tersebut dilaksanakan? Di mana dan apa bentuk projek tersebut? Hany John Teo dan Pegawai Daerah Kuala Penyu sahaja yang tahu? Bagi mereka, rakyat tidak berhak tahu kerana itu kuasa mereka. Tapi YB itu terlupa, siapa yang meletakkan beliau di tempat kekuasaan sekarang? Rakyat berhak menterbalikkan beliau pula nanti.

Ramai juga mempersoalkan mainan silap mata YB tersebut setiap kali ditanya mengenai peruntukan Adun. Dia kata sudah langsai, bukan banyak sangatpun. Tetapi apabila dirisik-risik, peruntukan itu hanya dikendalikan oleh seorang dua kontraktor sahaja. Biasanya macai YB yang kendalikan, serpihan-serpihannya di’songlap’ orang suruhan YB termasuklah Japari Kunin, Ketua Pemuda Upko Beaufort yang tidak pernah mengadakan mesyuarat AJKnya.

Ada juga kontraktor yang sangat kecewa dengan keadaan tersebut membebel bahawa adakah tukang-tukang ‘songlap’ projek YB ini boleh menyelamatkan beliau daripada berhadapan dengan tekanan-tekanan luar yang sentiasa memerhati gerak-geri beliau?

Rakan-rakan daripada UMNO dan PBS adalah antara mereka yang paling kesal dan kecewa dengan cara John Teo mengageh-agehkan peruntukan Adunnya kerana meraka meragui ke mana perginya peruntukan tersebut disebab banyak projek yang diwar-warkan untuk dilaksanakan, bukan sahaja tidak kelihatan malah tidak dapat diketahui berbentuk apa.

Karenah wakil rakyat ini memang aneh, jangankan rakan-rakan dari UMNO dan PBS mendapat peluang daripada peruntukan Adun tersebut, malah orang UPKO sendiri dikatakan tidak pernah mendapat sedikitpun peluang sejak beliau menjadi YB empat tahun lalu.

Rasa-rasanya John Teo ini, seorang YB ‘Bionik’ atau ‘Superman’ kerana beliau tidak memerlukan bantuan orang UMNO, PBS dan UPKO sendiri untuk beliau menduduki kerusi Dun tersebut.

Lucunya, ada juga rakan-rakan berani menggelar John Teo ini ‘YB Botol’ sehinggakan tidak lama dulu beliau ‘naik angin’ dengan Editor Sabahkini.Net, Mutalib M.D apabila gambar beliau bersama botol arak terpampang di portal Sabahkini.net.

Dalam hal ini, John sepatutnya sedar kerana begitulah realiti kehidupan hariannya dan tidak perlu marah-marah kerana kaki botolpun, satu realiti kehidupan bukan salah YB. Yang salah ialah rakyat yang mengundi beliau.

Jadi sekarang, tidak perlulah tuding-menuding, siapa benar dan siapa salah? Pendek kata, tunggu sahaja Pilihanraya Umum Ke-13. Kalau kepimpinan BN Sabah mahu mencalonkan juga, kaki botol atau penyamun atau tukang bodek, itu hak mereka. Sebagai rakyat biasa, hak mereka hanyalah untuk mengundi mengikut pilihan masing-masing!.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

34 comments:
Write comments
  1. Saya mengharapkan siasatan dijalankan terhadap John Teo kerana saya sendiri sebagai orang kampung Kuala Penyu juga tidak nampak sangat kemajuan di Kuala Penyu. Pekan masih seperti itu, kurang maju. Sunyi. Namun saya harus bersyukur juga, kerana K. Penyu sekarang sudah ada hospital sendiri, tanpa perlu pergi jauh ke Beaufort.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya KP mempunyai potensi pelancongan yang baik, seperti Pulau Tiga Resort, Tempurung Seaside etc namun sudah berapa lama kenapa jalan ke Tempurung Seaside tidak di tarkan? Hairan tidak ada peruntukan untuk itu walhal itulah yang salah satu punca menjana sumber ekonomi KP.

    ReplyDelete
  3. pekara ini perlu dijelaskan. peruntukan yang disediakan perlulah digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. Perkara ini harus disiasat dan penjelasan lanjut diperlukan.

    ReplyDelete
  5. Kes ini memperlukan pemerhatian dan siasatan lanjut. Keadaan semakin hari semakin buruk disebabkan sikap segelintir individu yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  6. Janganlah menyalahgunakan kuasa dan wang telah diperuntukkan. Laksanakan dengan betul untuk kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  7. mmg perlu disiasat, peruntukan yang diberikan harus digunakan dgn sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. dikatakan berjuta-juta ringgit diperuntukkan dan telah disalurkan untuk menyelesaikan isu bekalan air di k.penyu...dimanakah wang tersebut? walaupun sudah disalurkan, namun masalah tersebut tinggal masalah tanpa sebarang peningkatan malah lebih teruk..

    ReplyDelete
  9. YB yang pentingkan perut sendiri harus disingkirkan..buat malu rakyat, kawasan dan negeri sahaja jika YB ego ini disimpan dengan lebih lama..

    ReplyDelete
  10. menyalahguna kuasa bukannya perkara baru di negara kita..disebabkan terdapat segelintir manusia yang bergelar YB yang tamak, ego dan bodoh sombong menyebabkan hidup rakyat tidak sejahtera..

    ReplyDelete
  11. YB2 yang tidak mempraktikkan konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' harus disingkirkan oleh pucuk pimpinan parti BN dari pencalonan pada PRU13 nanti..jika masih dicalonkan wakil yang berperangai bodoh sombong maka BN akan kalah..malah kalah dengan malu..ini harus diteliti oleh BN negeri dan pusat..

    ReplyDelete
  12. bagi rakyat sekalian, gunakan hak kita sebagai pengundi dengan bijak..sebelum memilih harus disiasat terlebih dahulu latarbelakang seseorang wakil baik kerajaan atau pembangkang...jangan lihat pada bendera tetapi lihat pada personaliti calon tersebut..

    ReplyDelete
  13. Masalah bekalan air bersih juga masih tidak dapat dirasai oleh semua penduduk K.Penyu.. hanya bergantung kepada air hujan.

    ReplyDelete
  14. Maju kehadapan menceburi bidang swasta. Dapatkan kerja dari swasta. Jangan harapkan projek dari kerajaan saja.

    ReplyDelete
  15. Tender terbuka untuk mendapatkan projek akan menyelesaikan masalah ini.
    Siapa yang mampu menawarkan sebut harga yang terrendah akan ditawarkan projek tersebut. Cara ini dapat menjimatkan kos projek.

    ReplyDelete
  16. Kurangkan berkomplan, cari peluang lain. Jangan cuma mengharapkan projek kerajaan.

    ReplyDelete
  17. Hai sonia.. saya teringin sangat nak p Kuala Penyu oo... My sister dah p untuk buat assignment la.. nampak mcm best ja resort tu :)
    Harap2 KP akan terus membangun:)

    ReplyDelete
  18. Sudah kena sebar gambar baru mahu panas. sebelum kena sebar tak pula mahu jaga t/laku sendiri. huhuhu, menghairankan orang zaman sekarang ni.

    ReplyDelete
  19. Harap hal ni dapat disiasat. Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga!!!

    ReplyDelete
  20. Setuju mike. YB yang tak amanah perlu disingkirkan! Bukan saja memalukan kawasan yang diwakilinya malah kasi buruk nama parti ja. huuhuhu

    ReplyDelete
  21. Apapun saya harap hal ni dapat dijelaskan bagi mengurangkan ketengan yang berlaku. YB tu harus tampil dan bagi jaminan utk jalankan t/jwbnya dengan baik.

    ReplyDelete
  22. haya!!!, songlapkah,...untung besar ohohoh...

    ReplyDelete
  23. Sbgai ank jati Kp saya x menyalahkan YB yg ada skrng..kalo mau tnya psl pruntkn,tnya ngan MP buput..melalui pngamatan saya,YB kami diperlakukan seperti kambing hitam oleh mereka yg x tau berterima kasih.kpd pihak kontek tor d kp yg kununya x dpt projek..cuba brsbr..mungkn kmu suda memperoleh byk projek terdahulunya..not fair la kalo bg sma kmu saja..YB kita seorng yg adil dan x mmlh buluh..bg pluang kpd org baru.
    .kmu spptnya sudah bersara dr mjdi kontek tor..jgn krna tahun ni x dpt projek kmu sudh bising.cara ini bukan trbaik tuk slsaikan mslh..taun dpn masi ada..bkn rzki kmu,mau ckp apa..sabar..jgn trlalu mngaibkan YB kita.

    ReplyDelete
  24. cuba kira berapa ramai kontraktor yang ada di Sabah? tidak semua kontraktor2 ini bernasib baik. para kontraktor juga sepatutnya sudah sedia maklum dengan risiko yang bakal mereka hadapi dan tidak perlu buat bising sekiranya tidak diberikan projek. anggaplah itu sebagai persaingan. jika benar berlaku salah guna kuasa dalam pemberian peruntukan projek ini, pihak yang berkenaan wajar menjalankan siasatan.

    ReplyDelete
  25. Baik kita tunggu perkembangan lanjut.

    ReplyDelete
  26. Another case of mismanagement of development projects. Everything is in the mess.

    ReplyDelete
  27. Kita tunggu sahaja penyiasatan daripada SPRM nanti.

    ReplyDelete
  28. Macam mana juga diorang buat kerja ni? Peruntukan yang sepatutnya disalurkan untuk tujuan pembangunan disalahgunakan.

    ReplyDelete
  29. Thorough investigation is needed.

    ReplyDelete
  30. Maka adalah penting untuk mereka membongkar segala kejadian di sebalik tabir untuk mengelakkan pihak yang tidak bersalah dipersalahkan.

    ReplyDelete
  31. The wrong must be convicted. Fair and square.

    ReplyDelete
  32. perkaa ini haruslah disiasat oleh SPRM untuk memastikan kemana duit peruntukkan itu semua.

    ReplyDelete
  33. Apa-apa pun, tunggulah keputusan penyiasatan daripada SPRM dahulu. Tiada guna kita membuat spekulasi tanpa bukti.

    ReplyDelete
  34. menurut ckp2 orang, peruntukkan adalah daripada MP..patut tanya MP la..hanya dengar orang kata saja..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.