Monday, September 13, 2010

BERSYUKURLAH KEPADA ALLAH BUKAN UMNO/BN!

BILA bercakap soal bantuan, khususnya bantuan kewangan, sekecil tahi mata, yang diberikan kerajaan kepada rakyat, pemimpin UMNO/BN menggambarkan seolah-olah wang tersebut datang dari poket mereka.

Mereka gambarkan bahawa bantuan tersebut adalah akujanji bahawa rakyat wajib mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang! Maka berjela-jelalah panjangnya nasihat para pemimpin ini kepada rakyat, yang antaranya meminta supaya rakyat bersyukur dan berterima kasih pada Kerajaan. Kalau tidak berterima kasih dan mengundi UMNO/BN, maka rakyat dikategorikan sebagai kufur!

Saya ingin bertanya kepada para pemimpin UMNO/BN, wang kerajaan itu datangnya dari siapa? Gaji dan elaun yang diterima oleh para YB UMNO/BN itu sumbangan daripada siapa? Tentulah wang hasil dari keringat rakyat yang dikutip setiapa hari dan setiap tahun lalu digunakan untuk membayar gaji serta elaun para YB UMNO/BN.

Rakyat yang bekerja di pelbagai sektor, swasta atau awam, serta para peniaga dan usahawan membayar cukai pendapatan setiap tahun sehingga mencecah lebih RM50 billion. Kutipan yang dibuat oleh LHDN inilah yang disalurkan ke poket para pemimpin UMNO/BN.

Wang yang dikutip setiap hari melalui saman ekor dan denda kompaun yang dikenakan oleh pihak berkuasa itu jugalah yang dikumpulkan dan diguna untuk membayar gaji dan elaun YB dan Menteri-menteri UMNO/BN.

Sewajarnya para pemimpin UMNO/BNlah yang patut bersyukur kerana rakyat masih bermurah hati menjadi pembayar cukai dan pembayar saman ekor yang setia.

Oleh yang demikian, saya ingatkan pemimpin UMNO/BN supaya jangan pandai-pandai keluar fatwa tentang isu kufur ini. Adalah menjadi wajib bagi setiap individu Muslim dan rakyat seluruhnya bagi menumbangkan kerajaan UMNO/BN pada piliharaya ke-13 akan datang.

Tanah milik rakyat dirampas, kampung halaman dirobohkan, khazanah negara di faraidkan semaunya di kalangan ahli keluarga dan kroni UMNO/BN, pembaziran dalam perbelanjaan projek-projek mega, kos projek sentiasa naik secara tidak munasabah sebagaimana yang berlaku dalam pembinaan lebuhraya Sapulut-Kalabakan.

Manakala hasil balak dimanipulasi, wang yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan pembangunan umat Islam sebagaimana berlaku di USIA telah dirompak, tanah milik MUIS diberikan kepada bukan Islam dan janji untuk membina masjid oleh IJM sehingga kini tidak kelihatan kalibatnya.

Penolakan perlaksanaan undang-undang Islam juga merupakan isu utama yang mesti dipertanggungjawabkan ke atas para pemimpin UMNO yang mengaku beragama Islam. Inilah antara dosa-dosa besar para pemimpin UMNO/BN yang menjustifikasikan wajibnya umat Islam mengkuburkan UMNO/BN pada pilihanraya ke-13 ini.

Oleh: IBNI ABDULLAH (sabahkini)

40 comments:
Write comments
  1. adakah jika pembangkang mengambil alih kerajaan, rakyat tidak perlu lagi membayar cukai dan saman???

    ReplyDelete
  2. apa tindakan PR terhadap 2 buah kampung melayu di P.P yang bakal dirobohkan untuk tujuan pembangunan? apa penjelasan PR berhubung dengan peruntukkan 1.3 juta untuk 19 sekolah agama rakyat, tetapi 1.5 juta hanya untuk 5 buah sekolah cina? konon hapus miskin tegar tetapi realitinya "PULAU PINANG 26 Ogos - Kelibat seorang wanita warga emas.. menyelongkar tong sampah bagi mencari bahan kitar semula...

    ReplyDelete
  3. jika kerajaan memberi bantuan kepada rakyat, adalah tidak salah jika rakyat mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan....

    ReplyDelete
  4. Lebih baik bergantung pada usaha sendiri daripada mengharapkan bantuan daripada kerajaan.

    ReplyDelete
  5. Tidak salah jika kita bersyukur kepada yang memberi tetapi jangan pula lupa besyukur pada Tuhan... Itu yang paling penting...

    ReplyDelete
  6. Tidak salahnya kita bersyukur dengan Kerajaan, dan juga dengan Allah sekali. Memang semua rezeki kita dari allah tapi sekurangnya kita berterima kasih juga dengan mahluk allah yang telah memberikan dan bersedekah kepada kita. Itu tidak salah yang penting kita tidak lupa dengan yang maha berkuasa.

    ReplyDelete
  7. Kenapa pembangkang mejadikan isu perkara ini? setiap agama berlainan kepercayaan mereka. Kita bersyukur dengan apa yang kita dapat dan perolehi. Jadi sekiranya Pembangkang yang menjadi kerajaan adakah lebih sempurna mereka atau sebaliknya. Jadi janganlah terlampau mengaitkan agama dalam politik apabila dikaitkan agama maka pandai songsang jadinya agama bila bercampur aduk dengan politik. maka bersyukur dengan apa yang ada pembangkang.

    ReplyDelete
  8. mmg menjadi tanggungjawab rakyat untuk membayar cukai, hal ini tk perlulah nak dipolitikkan.

    ReplyDelete
  9. pembangkang tidak perlulah menjadikan pekara ini sebagai isu. tidak salah jika rakyat berterima kasih kepada pihak kerajaan jika menjalankan tugas dengan baik.

    ReplyDelete
  10. saya anggap apa yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pelik dan cuba memesongkan sesuatu maksud baik seseorang. Saya rasa kenyataan yang betul ialah "RAKYAT BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN TETAPI BERSYUKUR KEPADA ALLAH"...

    ReplyDelete
  11. hak ini tak pelru nak dijadikan isu, kita seharusnya berterima dgn bantuan yang diberikan kerajaan.

    ReplyDelete
  12. kepada penulis artikel, jangan suka memanipulasikan sebarang perkataan dan maksud yang boleh menghuru harakan masyarakat!

    ReplyDelete
  13. Apakah sumbangan pihak pembangkang?

    ReplyDelete
  14. We should blame the people for causing this, instead of spitting to the party.

    ReplyDelete
  15. Kita haruslah bersyukur dengan apa2x sumbangan yang diberi kerajaan.

    ReplyDelete
  16. Kita wajib bersyukur kpd Allah atas segala limpah kurnia serta rahmat yg dberikn tapi apakah Allah melarang kita berterimakasih kpd org yg menolong kita..janganlah demi kepentingan politik sanggup memusnahkn budaya sopan & tata susila masyarakat kita, sanggupkh kita tengo nanti seorang anak melupakan kedua org tuanya hanya kerana beranggapan kerja mendidik & mengasuh sda semestinya tanggungjwb kedua org tua & rezeki dari ibu/bapa itu datang dari tuhan & yg layak terima ucapan terima kasih & disyukuri hanya tuhan.

    ReplyDelete
  17. Segala keberkatan adalah dari Tuhan Maha Kuasa. Kita bersyukur pada tuhan.

    ReplyDelete
  18. Kita patut bersyukur pada kerajaan? Bersyukur pada YB( menteri)? Atau mereka yang patut bersyukur pada rakyat yang memilih mereka?

    ReplyDelete
  19. Apa-apa pun agama tetap agama dan politik tetap politik dan tidak perlulah dicampur adukkan, apa yang penting ialah berterima kasih dan bersyukur kepada Allah dengan apa yang kita miliki pada hari ini.

    ReplyDelete
  20. Mereka gambarkan bahawa bantuan tersebut adalah akujanji bahawa rakyat wajib mengundi UMNO/BN dalam pilihanraya akan datang! Maka berjela-jelalah panjangnya nasihat para pemimpin ini kepada rakyat, yang antaranya meminta supaya rakyat bersyukur dan berterima kasih pada Kerajaan. Kalau tidak berterima kasih dan mengundi UMNO/BN, maka rakyat dikategorikan sebagai kufur!

    Jangan gunakan kenyataan ini untuk mendapat undi. Sebenernya rakyat sudah sedar dan yakin akan kepimpinan kerajaan hingga ke hari ini. Berterima kasih kepada kerajaan UMNO/BN dan bersyukur kepada Allah. Takkan benda macam ini pun boleh kufur....

    ReplyDelete
  21. Artikel ini bersifat tidak berpuas hati dengan kerajaan dan akan menimbulkan masalah pada masa akan datang. Harap benda2 macam ini dapat diketepikan dan lebih berfikiran positif.

    ReplyDelete
  22. Bersyukur tu amalan yang mulia. Jadi amalkan lah selalu.

    ReplyDelete
  23. Betul tu Antanum. Dah orang ber mestilah kita rasa berterima kasih dan bersyukur seadanya kan.. Paling penting bersyukur kepada Tuhan kerana masih bernafas sehingga saat ini :)

    ReplyDelete
  24. Setuju ali asgar. hal mcm ni pun mahu diperbesarkan. alahai!!!

    ReplyDelete
  25. Semoga pembaca tidak terpedaya dengan bentuk penulisan yang seolah-oleh cuba memutar belitkan keadaan.

    ReplyDelete
  26. kalau telah diberikan bantuan, tidak salah mengucapkan terima kasih..

    ReplyDelete
  27. bagaimana pula dengan rakyat di negeri2 di bawah kerajaan PR?

    ReplyDelete
  28. memang seolah-olah memutar belitkan keadaan...rakyat diharap tidak terkeliru dengan artikel atau penulisan seperti ini..

    ReplyDelete
  29. nampaknya pembangkang sekarang berada dalam keadaan terdesak dan kehabisan isu untuk menyerang kerajaan sehingga sanggup menghasut rakyat supaya jangan bersyukur dan berterima kasih. itukah amalan murni dan contoh yang diamalkan oleh pembangkang?? jangan buang masa kerana negeri2 jajahan PR lebih memerlukan perhatian.

    ReplyDelete
  30. Tidak baik mencampur aduk agama dengan politik.

    ReplyDelete
  31. Damn funny. Which party is good to be true?

    ReplyDelete
  32. Tiada parti yang sempurna di dunia ini. Namun setiap kekurangan harus diterima dengan hati terbuka.

    ReplyDelete
  33. Yang penting kita jangan lupakan Tuhan. Syukur kita pada Tuhan sentiasa.

    ReplyDelete
  34. Karut punya cerita. Rakyat yang beri mandat pada mereka mengurus negara, kenapa pula kita kena bersyukur pada mereka?

    ReplyDelete
  35. Orang ramai jangan mudah dihasut oleh kata-kata ahli politik. Mereka patut bersyukur pada kita yang mengundi mereka sebagai yb.

    ReplyDelete
  36. Politicians are seeking benefits so it won't be a surprise if most of the people have been neglected. Despite sweet promises and vows, all are bs.

    ReplyDelete
  37. The people should vote for the best. That's the point now.

    ReplyDelete
  38. Mahu bersyukur dengan pihak yang mana, ini terpulang dengan setiap individu.

    ReplyDelete
  39. Let the people vote for team they want to vote. Don't brainwash them.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.