Monday, September 27, 2010

Festival filem gay di Indonesia

JAKARTA (AFP)Festival filem gay terbesar Asia yang bermula di Indonesia Jumaat lepas, dijangka menarik 15000 penonton.Dalam edisi tahunan kesembilan, Q! Film Festival (www.q-munity.org/) akan menayangkan 150 filem dari lebih dari 20 buah Negara termasuk Perancis, Jepun dan Filipina yang mengenengahkan isu-isu seperti hak-hak golongan gay dan HIV/AIDS.

Pengarah festival John Badalu (gambar) berkata penganjur tidak menjangkakan bantahan awam tapi memilih untuk tidak membuat kempen besar-besaran disebabkan oleh “stigma menentang golongan gay” dikalangan kumpulan konservatif dalam negara Muslim teramai itu.

"Kami tak mahu mempromosi acara ini dalam media arus perdana tempatan kerana mereka masih konservatif," kata Badalu.

Laman rangkaian social seperti Twitter (twitter.com/Qfilmfestival) dipenuhi dengan sembang tentang acara tersebut, menandakan matlamat utamanya – supaya “masyarakat tahu bahawa golongan homoseks wujud di Indonesia" telah dicapai, tambahnya.

Penganut Islam Indonesia sering dikategorikan sebagai “sederhana”, namun begitu, ianya masih tidak disenangi gologan minoriti agama lain yang sering dihina oleh kumpulan-kumpulan konservatif Islam.

Dalam bulan Mac, satu persidangan untuk golongan gay dan lesbian terpaksa dibatalkan apabila sekumpulan radikal Islam menyerbu masuk ke venue dan dilaporkan melakukan pemeriksaan di setiap bilik peserta.Sebulan kemudian, sukarelawan Islam menyerbu masuk ke sesi kesedaran hak awam untuk golongan pondan yang dianjurkan Suruhanjaya Kebangsaan untuk Hak Asasi Manusia sehingga menyebabkan peserta panik dan lari bertempiaran.

Secara teknikalnya, hubungan sama jantina adalah sah dalam negara yang berpopulasi 240 juta itu, tapi masih menjadi sesuatu yang terlarang terutamanya di kalangan 80 peratus penduduknya yang Islam.

Tahun lepas, pembuat undang-undang di Aceh mengundi supaya pengamal hubungan seks sejenis dihukum rotan sehingga 100 kali di bawah undang-undang Syariah tempatan, tetapi tidak diluluskan oleh pihak kerajaan.

Menteri Komunikasi Tifatul Sembiring (gambar), ketua sebuah parti Islam, Jun lepas mengaitkan hubungan antara pornografi dan HIV-AIDS, dan mempersoalkan samada dana untuk melawan penyakit itu dibelanjakan dengan baik.

"Kerajaan memperuntukkan 180 billion rupiah untuk mengekang HIV-AIDS. Peruntukan ini sepatutnya dikurangkan supaya wang yang selebihnya boleh gunakan untuk keperluan lain yang juga berfaedah kepada negara," katanya kepada wartawan.

Sekalipun begitu, jurucakap kementerian komunikasi Gatot Dewa Broto (gambar) berkata kerajaan pusat telah memberi jaminan yang festival Q! festival ini boleh diteruskan.

"Kami tiada halangan. Selagi kandungannya seksnya tidak keterlaluan, tidak terlalu biadab, kami OK, kami boleh bertolak ansur," katanya.

"Festival ini telah banyak kali diadakan sejak beberapa tahun. Saya pasti pihak penganjur tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sambil mengambil kira perbezaan etika dan norma di negara ini," tambahnya.

1 comment:
Write comments
  1. tidak serik2 lagikah....
    apa belum cukup tsunami sebagai peringatan...
    apa perlu tsunami kedua ????

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.