Tuesday, September 7, 2010

Rumah PPRT Retak


Belum pun sampai setahun, beberapa buah rumah penduduk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sekitar Kuala Sungai Baru di sini mengalami keretakan yang mengundang ketakutan di kalangan para penghuninya.

Rumah jenis teres yang siap dibina sejak Ogos tahun lalu itu diserahkan kepada penduduk miskin yang kebanyakannya nelayan berpendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan.

Walaupun mereka menyedari rumah tiga bilik bersaiz enam meter lebar dan 12 meter panjang tersebut dibina secara percuma, namun para penduduk terbabit kecewa ekoran hasil kerja tempat tinggal mereka dibuat umpama melepas batuk di tangga.

Akibatnya, lebih lima keretakan dan rekahan yang terjadi terutama pada tiang dan dinding rumah PPRT berkenaan dapat dilihat dalam tinjauan Kosmo! di empat buah rumah penghuni berkenaan.

Seorang penduduk, Rosli Hassan, 46, memberitahu, keretakan mula dikesan di dalam dan luar rumah beliau selepas baru tiga bulan menduduki rumah tersebut pada bulan Ramadan tahun lalu.

"Mula-mula hanya nampak kecil, lama-lama makin panjang dan mendalam sehingga boleh di masukkan sebatang lidi penyapu untuk menunjukkan kesan keretakan yang semakin teruk," katanya.

Menurut Rosli, hampir 10 keretakan boleh dilihat di beberapa bahagian rumah terutama pada sambungan dinding dengan tiang rumah.

"Tiang rumah ini dibuat menggunakan tiang pasang siap, bukan dikorek seperti lazimnya, oleh itu keadaan tanah yang tidak kukuh menyebabkan berlaku pergerakan pada dinding."

Tambahnya, rumah PPRT tersebut dibina oleh Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Perusahan Getah (RISDA) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. -Kosmo

16 comments:
Write comments
  1. pihak yang berkenaan wajib menyiasat samada kontraktor yang dipertanggungjawabkan mematuhi piawaian yang ditetapkan atau tidak. PPRT bertujuan untuk membantu rakyat miskin, bukannya memburukkan keadaan mereka dengan mendedahkan mereka dengan risiko kehilangan nyawa.

    ReplyDelete
  2. Shafie Apdal atau wakil dari KKLW perlu tampil buat penjelasan dan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi penduduk PPRT ini sebelum berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

    ReplyDelete
  3. nampaknya murah PPRT ini dibuat dgn sambil lewa, belum sampai setahun telah mengalami byk retak yang boleh mengugat keselamatan penghuninya. KKLW dan kontraktor yang membina rumah ini perlu bertanggungjawab bagi menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  4. pekara ini perlu disiasat sama ada kontraktor yang membina rumah tersebut mengikut piawaan atau tidak.

    ReplyDelete
  5. Walaupun diberikan secara percuma, keselamtan penghuni perlu dijaga juga. masyarakat memang bersyukur kerana diberikan rumah tersebut, tapi apa yang mengecewakan dengan keadaan rumah itu yang boleh mengancam keselamatan penghuninya. Keretakkan yang itu membuat penghuni risau. HArap kajian dan siasatan akan bibuat.

    ReplyDelete
  6. Bahaya juga kalau macam ini. Kerajaan perlu memastikan kontrakor yang diberikan projek membina PPRT ini membuat kerja mereka dengan baik dan tiada penyelewengan dalam semua proses. Saya rasa penyiasatan terhadap syarikat pembinaan ini disiasat dan diblacklist daripada diberikan projek pada masa depan.

    ReplyDelete
  7. membina rumah atau bangunan tu biarlah kukuh, hal seperti ini boleh membahayakan keselamanta penghuni. kontraktor yang bertangungjawab perlu tampil memberi penjelasan dan memperbaiki rumah ini.

    ReplyDelete
  8. hal ini tidak sepatutnya berlaku. kontraktor yang membina rumah tersebut perlu bertanggungjawab untuk membaiki rumah berkenaan.

    ReplyDelete
  9. Isukan perkara ini kepada kontraktor yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  10. Perbaiki mana2 yang patut, kerana ini akan memudaratkan penduduk setempat.

    ReplyDelete
  11. pihak pelaksana seharusnya membuat pemantauan yg rapi pelaksanaan skim bantuan rumah oleh kontraktor, disamping KKLW kajisemula kos pelaksanaan tersebut dari segi jarak tapak bina dengan kilang/kedai pembekal bahan binaan begitu juga kos merata tapak memandangkan kos yg ada sekarang sebanyak RM40k tidak kira jauh atau dekat, tanah rata atau berbukit.

    ReplyDelete
  12. Lain kali kerajaan perlu memastikan kontraktor yang diberikan projek itu adalah berkelayakan dan bertanggungjawab. Langkah-langkah untuk memastikan mereka menyempurnahkan projek mereka juga diwajibkan supaya perkara seperti ini tidak berlaku.

    ReplyDelete
  13. Jangan hanya memikirkan keuntungan saja.

    ReplyDelete
  14. saya lihat kontraktor dan JKR sebenarnya patut dipersalahkan dalam hal PPRT ni..seolah-olah PPRT ni sekadar melepaskan batuk di tangga je. asal ada....

    ReplyDelete
  15. orang miskin tambah jadi termiskin dan yang termiskin tambah jadi makin daif kalau pembangunan PPRT sekadar bajet cukup-cukup makan dengan keuntungan sudah diukur dan dipersen-persenkan...

    ReplyDelete
  16. Saya ingin Shafie Apdal tampil membuat ulasan. Sudah terlalu banyak cerita-cerita berkaitan beliau.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.