Monday, September 13, 2010

Keluarga Taib didakwa 'untung' dari projek pembentungan Kuching

Dengan pilihan raya negeri Sarawak dijangka diadakan seawal bulan depan, musuh politik Tan Sri Abdul Taib Mahmud meneruskan serangan mereka terhadap ketua menteri itu, yang keluarganya dianggap antara yang terkaya di negeri itu.

Selepas pendedahan mengenai dakwaan kekayaan hartanah yang dimiliki keluarga Taib di luar negara, kali ini ia didakwa membabitkan projek saluran pembentungan Kuching, yang bernilai setengah bilion ringgit.

Menurut lamanweb anti-Taib, kontrak bernilai RM530 juta itu diberi pada 2008 kepada konsortium tiga syarikat, termasuk Kumpulan Construction - syarikat yang dikendalikan oleh Raziah Mahmud - saudara perempuan Taib.

Sarawak Report mendakwa kesemua projek tersebut telah disub-kontrakkan tidak sampai sebulan selepas ianya diberikan kepada konsortium tersebut yang terdiri daripada Kumpulan Construction, Nishimatsu Pembinaan dan Hock Seng Lee Bhd (HSL).

HSL mengumumkan tiga minggu selepas kontrak asal diberikan, bahawa projek saluran pembentungan itu telah disub-kontrak hanya kepada mereka pada kos yang dikurangkan kepada RM452 juta. -MK

18 comments:
Write comments
  1. Baik kita menyerahkan perkara ini kepada SPRM.

    ReplyDelete
  2. rasanya pekara ini perlu dijelaskan.

    ReplyDelete
  3. SPRM wajar segera bertindak dan menyiasat perkara ini dengan teliti.

    ReplyDelete
  4. kadang2 benda ni adalah spekulasi dan khabar angin dari orang yang benci dengan Taib Mahmud..

    ReplyDelete
  5. Memang musuh sentiasa akan mencari point untuk mengenakan orang yang mereka tidak suka. Apa pun, sebagai ketua Menteri haruslah lebih berhati-hati dan biar perkara ini serahkan saja kepada SPRM untuk memastikan kebenaran ini.

    ReplyDelete
  6. Betul kah nie? Janganlah kita membuat sebarang andaian atau tuduhan. Apa2x pun, diharapkan siasatan akan dibuat untuk mengesahkan dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  7. Siasatan harus dibuat untuk memastikan dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  8. biasalah bila dekat pilihan raya.. isu2 yang telah lama pun akan diberi nafas baru.. buatlah apa yang sepatutnya..

    ReplyDelete
  9. kalau tiada bukti kukuh maksudnya pekara yang diperkatakan hanyalah khabar angin semata-mata.

    ReplyDelete
  10. Mungkin suda tiba masanya Taib untuk berhenti dan bersara dari politik..

    ReplyDelete
  11. Hal seperti ini kena tanya beliau sendiri, dengan menggunakan mesin pentafsir tipu yang mana mesin itu akan memberitahu jika anda menipu.

    ReplyDelete
  12. No komen la.. Kalau terlalu mencurigakan, serahkan saja pada sprm. Biar dorang buat siasatan.

    ReplyDelete
  13. Apapun, tak perlu lah buat andaian -ve bah. Setakat cakap saja takda bukti pun apa guna kan. Tunggu & lihat ja la, suatu masa nanti kebenaran pasti akan terdedah!!

    ReplyDelete
  14. rasanya dakwaan ini belum lagi terbukti benar...siasatan harus dilakukan bagi mengesahkan jika benar dakwaan tersebut atau tidak..

    ReplyDelete
  15. tidak mustahil juga jika semua ini adalah 'permainan politik' segelintir individu menjatuhkan Taib..serahkan saja pada pihak berkuasa menyiasat perkara ini...

    ReplyDelete
  16. pemberian kontrak berlaku pada tahun 2008, kenapa sekarang baru didedahkan??

    ReplyDelete
  17. Kita tunggu saja penyiasatan daripada SPRM.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.