Monday, September 27, 2010

Sistem Pendidikan Vokasional akan dirombak: Muhyiddin

Sistem Pendidikan Vokasional Negara akan dirombak bagi membolehkan pelajar mengikuti aliran vokasional lebih awal iaitu selepas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu adalah selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) untuk memastikan 20 peratus pelajar mengikuti aliran vokasional berbanding 10 peratus pada waktu ini.

“Pada dasarnya saya bersetuju ia diawalkan pelajar ini memasuki bidang kemahiran, ini memang dalam penelitian kementerian. Ini kerana mungkin lebih awal maka lebih panjang mereka berada dalam bidang itu dan kemahiran mereka lebih baik,” katanya selepas merasmikan Program Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan Pagoh 2010 Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini kelmarin.

Muhyiddin berkata rombakan tersebut dijangka memberi lonjakan besar kepada pendidikan vokasional negara kerana ia mengandungi elemen penambahbaikan seperti skop dan sukatan mata pelajaran, kemudahan infrastuktur, keperluan industri, tenaga pengajar dan penglibatan pihak swasta.

Timbalan Perdana Menteri mengulas laporan akhbar hari ini yang memaparkan cadangan para pembaca blog 1Malaysia Perdana Menteri untuk input Belanjawan 2011 yang antara lain meminta kerajaan mengembangkan rakyat Malaysia yang berpotensi menjadi buruh berkualiti dalam aspek kemahiran.

Muhyiddin berkata, ketika ini bidang vokasional hanya diambil oleh pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan jumlah pelajar aliran vokasional negara masih kecil berbanding negara lain.

Sedangkan, katanya, negara memerlukan sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun bagi memenuhi keperluan industri negara mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

“Pada awal tahun depan, rakyat boleh diberitahu mengenai transformasi vokasional ini dengan lebih jelas dan pada masa yang sama kita tidak mahu ibu bapa menganggap bahawa bidang vokasional adalah pilihan kedua, ini perlu diperbetulkan,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan negara maju termasuk Perancis mempunyai jumlah pelajar vokasional yang tinggi manakala di Indonesia sebanyak 40 peratus pelajar mereka adalah dalam bidang vokasional.

Sebanyak 60 peratus daripada pelajar di Thailand turut mengikuti aliran kemahiran. -NST

28 comments:
Write comments
  1. semoga apa yang ingin dilakukan ini akan memberikan kebaikan dan kemahiran kepada pelajar.

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun, diharapkan keputusan ini akan dilancarkan hanya selepas pertimbangan yang wajar dilakukan.

    ReplyDelete
  3. sistem pendidikan vokasional mmg perlu ditingkatkan bagi menggalakkan pelajar menceburi bidang kemahiran ini. tenaga mahir memang amat diperlukan oleh negara kita.

    ReplyDelete
  4. Ini satu cadangan yang baik, memberi peluang kepada lepasan UPSR mencaburi ilmu Vokasional. Ini kerana, memberikan mereka pengetahuan dari awal untuk membolehkan memguasai ilmu tersebut. Dan ini akan mengeluarkan pekerja yang berseida kelak dengan kemahiran yang telah mereka perolehi.

    ReplyDelete
  5. Setuju. Kita tidak mahu graduan2 Msia hanya tahu dari segi teori sahaja tetapi bukan praktikal, walhal praktikal lebih penting dlm mencari pekerjaan. Saya rasa minda kita harus diubah dengan tidak memandang rendah sekolah vokasional.

    ReplyDelete
  6. Good job. I thought this kind of training has been forgotten. Revival is awaiting.

    ReplyDelete
  7. dgn ini ia dpt melahirkan lebih ramai tenaga mahir di negera kita.

    ReplyDelete
  8. Emoga dapat dilaksanakan perkara ini untuk meningkatkan tenag mahir di Negara ini.

    ReplyDelete
  9. memang wajar kerajaan mengambil langkah2 melahirkan lebih ramai pelajar yang mahir dalam bidang teknikal dan separa teknikal bagi memenuhi keperluan gunatenaga negara. walau apa jua pembaharuan, diharapkan sistem pendidikan vokasional ini mampu menyediakan pendidikan yang terbaik kepada semua pelajar bagi menghasilkan kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan sahsiah serta membentuk insan berkemahiran yang mampu menghadapi cabaran globalisasi.

    ReplyDelete
  10. langkah yang diambil ini mungkin dapat meningkatkan lagi tahap kemahiran vokasional dan dapat menambah minat pelajar terhadap bidang vokasional.

    ReplyDelete
  11. Jika ianya untuk kebaikkan bersama, sokongan akan diberikan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  12. Satu pembaharuan yang positif bagi menjana pembentukan manusia yang berkaliber tinggi.

    ReplyDelete
  13. Buatlah apa yang patut... Asalkan tindakan tu membawa manfaat, saya sokong ja:)

    ReplyDelete
  14. Tapi pertimbangan hal ni sebaik mungkin sebelum melaksanakan sebarang keputusan bagi mengelakkas sebarang masalah timbul kelak.

    ReplyDelete
  15. Tetapi secara peribadi saya harap agar rombakan dapat dibuat. hehehhe
    Mana tau tindakan ni dapat menjanjikan sesuatu yang positif. hehe

    ReplyDelete
  16. Betul tu Fiona. Sekurang-kurangnya perkara ni dapat mempersiapkan para pelajar utk jadi pakar dalam teori dan juga praktikal.

    ReplyDelete
  17. Semoga cadangan ni dapat perhatian sewajarnya demi kebaikan semua pihak:) All the best!

    ReplyDelete
  18. Mungkin sistem pendidikan vokasional ini boleh dibuka kepada pelajar-pelajar daripada kawasan penempatan yang tidak pernah menjalankan pendidikan awal untuk membelajari teknik baru.

    ReplyDelete
  19. Diharapkan sistem pendidikan vokasional ini juga boleh meningkatkan kualiti pelajar selepas keluar sekolah ini. Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pelajar tidak suka belajar dan lebih minat dengan membelajari teknik-teknik baru dalam pelbagai bidang seperti elektrik, memasak, menjahit pakaian dan sebagainya. Dengan adanya sistem ini, maka pelajar seperti mereka tidak akan ketinggalan.

    ReplyDelete
  20. Vocational trainings have played a big role back then. I think this is a good time for the Education Ministry to revive it, and make it as a new intervention for human capital.

    ReplyDelete
  21. Semoga sistem ini dilancarkan dan diurus secara baik.

    ReplyDelete
  22. Saya bersetuju ia diawalkan para pelajar ini memasuki bidang kemahiran, ini memang dalam penelitian kementerian. Ini kerana mungkin lebih awal maka lebih panjang mereka berada dalam bidang itu dan kemahiran dan pengatahuan mereka lebih baik.

    ReplyDelete
  23. Tindakan kerajaan ini adalah memberi lonjakan besar kepada pendidikan vokasional negara kerana ia mengandungi elemen penambahbaikan seperti skop dan sukatan mata pelajaran, kemudahan infrastuktur, keperluan industri, tenaga pengajar dan penglibatan pihak swasta dan pada masa sama juga dapat melahirkan pekerja2 mahir dan berkualiti seiring dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

    ReplyDelete
  24. Diharap rombakan yang dibuat akan dapat meningkatkan sistem Pendidikan Vokasional Negara.

    ReplyDelete
  25. Pembangunan negara kearah perindustrian sangat memerlukan tenaga mahir dlm pembuatan dan ini memerlukan latihan kemahiran yang mantap dan sudah semestinyalah latihan diperolehi di voksynal,. Masa selama 5 tahun berada dlm bidang kemahiran voksynal amat bersesuaian, masa selama 5 tahun ini adalah satu masa yang panjang dan mencukupi untuk membolehkan seseorang pelajar menjadi hamir dalam bidang yang diceburi. Langkah ini amat dialu-alukan dan tentunya membantu pembangunan insan dan negara Malaysia amnya. Syabas

    ReplyDelete
  26. Pendidikan vokasional amat penting untuk melahirkan modal insan yang serba boleh.

    ReplyDelete
  27. Education system in the country needs a major transformation. That's it.

    ReplyDelete
  28. Saya rasa cadangan ini sememangnya sesuai dilaksanakan di negara kita. Semoga segalanya berjalan lancar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.