Monday, September 20, 2010

ISU PATI MUSTAHIL DISELESAIKAN?

Saudara Pengarang,

ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) tidak akan habis dibicarakan oleh rakyat seperti kita, kecuali ada sokongan dari ahli politik yang telah kita undi. Namun agak ‘Mustahil’ kerana kita baca dalam Sabahkini.net, bahawa ada juga tokoh politik yang mempekerjakan warga asing yang mendapat IC Projek.

Ramai PATI telahpun mendapat segala kemudahan yang tidak sepatutnya mereka terima terutama dari aspek persekolahan sehinggalah ke sektor pekerjaan. Di UMS, UiTM, telahpun ada anak-anak PATI melanjutkan pelajaran.

Malah ada yang berlagak lebih tinggi dari warga tempatan sampai ke tahap yang boleh dikatakan mengugut dan sebagainya. Apakah negara kita khususnya, SABAH adalah tempat untuk PATI bermaharajalela?

Taukeh-taukeh yang mendominasi ekonomi termasuk agensi kerajaan Persekutuan seperti FELDA dan FELCRA memperkerjakan PATI tanpa segan silu. Entah macam mana mereka mendapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk memperkerjakan PATI?

Tanpa kita sedari, sepanjang perjalanan dari Sandakan sehinggalah ke Tawau, di tepi-tepi jalan didirikan rumah-rumah haram oleh PATI atau Warga yang mendapat IC Projek.

Kenapakah perkara ini tidak dipantau oleh kerajaan? Dari manakah mereka mendapat kayu-kayu untuk membuat rumah tersebut? Tidak adakah satu sistem ‘Kebenaran’ untuk membuat rumah di negara kita?

Cubalah pegawai-pegawai kerajaan turun padang. Tengok dan ambil data dari rumah-rumah tepi jalan dari Ssandakan sehingga ke Tawau. Pasti anda akan terkejut. Hampir 70% daripadanya adalah ruma -orang yang memiliki IC projek. PATI mengeroyok kawasan-kawasan hutan, tetapi dibiarkan.

Anehnya, orang tempatan mohon tanah, tapi dibiarkan bertahun-tahun malah disusahkan dengan berbagai prosedur. PATI mencuri air dan elektrik tapi dibiarkan. Tetapi apabila orang tempatan sedikit lewat bayar air atau elektrik, pasti akan dipotong elektrik dan air.

Rupa-rupanya SABAH adalah untuk PATI. Itulah kenyataan yang pahit dan harus diterima oleh rakyat tempatan. Tidak lama lagi hilang identiti Sabah. Mungkin kita terpaksa akur mengamalkan identiti INDONESIA atau FILIPINA. Itulah budaya baru kita.

Mahu atau tidak, rela atau terpaksa, kita kena terima budaya Indonesia dan Filipina. Kemudian Indonesia dan Filipina tuntut bermacam-macam dengan mengatakan semua budaya itu adalah budayanya, bahasanya lau membakar bendera, kencing di bendera, dinajiskan bendera, dimaki, dihamun dan entah apa lagi yang akan berlaku.

Saya sudah mulai fed-up dengan situasi ini dan sebagai protes saya akan rosakkan undi pada pilihan raya akan datang atau memboikot undi saya.

Salam keparat kepada mereka yang menternak PATI atau seangkatan dengannya,

ANAK BADAK TABIN

(Nama sebenar dirahsiakan atas permintaan penulis yang hidup di tengah PATI)

36 comments:
Write comments
  1. Isu PATI ini hanya boleh diselesaikan jika tidakan tegas dijatuhkan terhadap mereka.

    ReplyDelete
  2. Masalah PATI ini memang sukar untuk diselesaikan kerana kebanyakan daripada mereka mempunyai IC gara-gara perbuatan "pintar" tokoh politik kita . Soalannya, dapatkan isu ini diselesaikan??

    ReplyDelete
  3. Jika isu PATI ini tidak diselesaikan secepat mungkin, lama-kelamaan Sabah akan hilang identitinya dan Sabah akan jatuh ke tangan PATI. Diharapkan kerajaan akan berusaha mencari penyelesaian yang berkesan.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya operasi yang dijalankan oleh kerajaan tidak beberapa kesan kerana mereka(PATI)akan mencari tempat perlindungan dan tidak akan keluar semasa operasi dijalankan. Diharapkan kerajaan tidak akan berputus asa untuk mencari penyelesaiaan yang lebih berkesan.

    ReplyDelete
  5. Dengan kerjasama semua pihak, saya pasti isu pati ini dapat diselesaikan. Harap2x teda tokoh politik akan mengulangi perbuatan bodoh mereka. Pastikan tindakan tegas dijatuhkan kepada PATI dan juga tokoh2x politik yang telah memberi IC kepada PATI.

    ReplyDelete
  6. penyelesaian terhadap isu PATI ini perlu dicari. isu ini boleh diselesaikan jika semua pihak komited untuk menyelesaikan masalah ini. jika ada yang mengetahui petempatan haram PATI, maka pekara tersebut harus laporkan kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  7. isu PATI ini mmg amat sukar hendak diselesaikan, ia semakin lama semakin serius, makin lama makin ramai PATI di Sabah. kerajaan perlu lebih giatkan operasi dalam mengesan PATI ini. penempatan mereka perlu diserbu. jgn biarkan mereka terus berleluasa.

    ReplyDelete
  8. Bising macamana pun masalah ni memang mustahil diselesaikan.. Beras subsidi pun suma drg yg angkat.. Macamana juga mo selesaikan mslh ni kalau org2 tempatan lagi suka gaji drg sbb faktor murah? Kalau org2 tempatan mo keja apa yg golongan PATI2 ni buat boleh la.. Ni mslh bkn Sabah ja kena Amerika pun kena. Semuanya kerana faktor wang..

    ReplyDelete
  9. Ini kerana peluang perkerjaan yang terdapat diSabah yang tidak dipenuhi oleh orang tempatan maka itulah peluang PATI untuk mengisi kekosongan ini. Masalah PATI ini boleh diselesaikan sekiranya semua pihak masyarakat dapat berkerjasama untuk menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  10. Depends on how you look at it. I don't give a damn on naysayers. No falling down before it is accomplished.

    ReplyDelete
  11. PATI bukanlah masalah baru, ia dari dulu hingga kini tak juga selesai. malah makin serius. apapun harap perkara ini akan selesai juga suatu hari nnti bagi memastikan nasib penduduk tempatan terus terjaga.

    ReplyDelete
  12. rakyat janganlah putus asa untuk menangani masalah PATI. Kita haruslah yakin yang isu PATI ini pasti akan dapat diselesaikan dengan jayanya pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  13. kita hanya perlukan pekerja asing di Sabah, bukannya pendatang asing. mungkin pembangkang boleh menggunakan isu ini untuk memantapkan kedudukan mereka di Sabah jika pihak kerajaan masih leka dengan semua aduan2 yang dibuat oleh rakyat.

    ReplyDelete
  14. rakyat juga boleh mainkan peranan dalam hal ini iaitu dengan bertindak kejam terhadap PATI. maksud kejam di sini adalah memboikot hasil jualan mereka, jangan berikan mereka sebarang pekerjaan, rumah atau bilik sewa. sampai masanya mereka sendiri akan terdesak untuk keluar dari Sabah.

    ReplyDelete
  15. isu PATI di sabah umpama bom jangka masa...

    ReplyDelete
  16. jika kerajaan pusat masih bersikap acuh tak acuh menyelesaikan isu ini maka nescaya pada PRU akan datang rakyat tulen sabah akan berpaling arah..

    ReplyDelete
  17. mungkin sukar tetapi ianya tidak mustahil..

    ReplyDelete
  18. walau pun sukar tetapi isu PATI ini boleh diselesaikan dengan kerjasama dari semua pihak. masyarakat juga boleh membantu menyelesaikan pekara ini dengan, menyalurkan maklumat berkaitan penempatan haram PATI dan melaporkan majikan yang menggaji PATI, kepada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  19. yang penting semua pihak tidak keberatan untuk bekerjasama dalam usaha menyelesaikan isu ini...

    ReplyDelete
  20. oleh itu, sekarang adalah masa untuk bertindak dan bukan berdebat...kerajaan pusat harus menetapkan pendirian mereka berhubung dengan isu ini..jika tidak mampu, maka harus diberikan segala kuasa dan peruntukkan kepada kerajaan negeri untuk membuat polisi bagi menyelesaikan isu PATI..

    ReplyDelete
  21. Mungkin juga mustahil jika Sabahan masih lagi berlembut dengan PTI. Tidak ada maknanya jika hanya kerajaan sahaja yang bertungkus lumus untuk berjuang menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  22. Tidak mustahil jika rakyat sedar akan tanggungjawab mereka..

    ReplyDelete
  23. Well, it is impossible to get rid of them, in a blink of an eye. It needs hard work and determination.

    ReplyDelete
  24. Kita perlu mencari sesuatu cara yang berkesan untuk menangani PATI dan menghalang kedatangan mereka.

    ReplyDelete
  25. Ada banyak faktor yang perlu ditangani PATI yang tidak berdokumen, PATI yang mendapatkan MyKad Sah dari pintu belakang, PATI yang mempunyai MyKad Palsu. Selepas itu ada pegawai imigresen yang tidak bertanggungjawab membenarkan mereka masuk, pegawai ataupun kuasa di belakang yang memberikan mereka MyKad Sah, dan sindiket membuat IC palsu. Ada juga isu seperti PATI yang sudah kahwin dengan orang tempatan dan sudah pun ada anak/cucu. Jangan lupa juga anak-anak tidak berstatus. Selepas menghantar mereka balik, kita juga perlu memastikan mereka tidak kembali.

    Bukan senang mahu menyelesaikan masalah PATI.

    ReplyDelete
  26. walau seberapa banyak cadangan yang kita kemukakan, tapi jika dipihak kerajaan masih teragak2 melakukan tindakan, usaha kita tetap tidak akan membuahkan hasil.

    ReplyDelete
  27. Isu PATI memang sukar untuk ditangani jika anda terus mengeluh dan putus asa. Biar sikit asalkan ia efektif.

    ReplyDelete
  28. It's too late to start a new thing. This is not our first attempt to make it happen.

    ReplyDelete
  29. The state government has done better than last time. So I believe it will be more stern action against PTI in Sabah.

    ReplyDelete
  30. Merea yang melindungi pati pasti merasai pengancaman dari pati satu hari nanti.

    ReplyDelete
  31. Isu pati pasti dapat diseleaikan di Sabah jika seluruh rakyat Sabah yang sah beganding bahu memberi tekanan kepada kerajaan menyelamatkan mangsa culik kali ini.

    ReplyDelete
  32. Jangan tunggu lagi, kita perlu menangani isu ini secepat mungkin sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  33. rasanya rakyat perlu tahu apa usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini dan setakat jun 2010 hingga hari ini, berapa ramai PATI yang telah berjaya dihantar pulang.

    ReplyDelete
  34. Merujuk pada paparan dalam surat khabar hari ini, kerajaan sedia melaksanakan tindakan baru dan dipercayai dapat menyelesaikan masalah pati dalam masa setengah tahun.

    ReplyDelete
  35. Isu PATI ini perlu diselesaikan walau apa cara sekalipun. Tapi masalahnya kalau semua PATI ini dihantar balik ke negara asal mereka, siapa lagi yang akan bekerja di negara kita?

    ReplyDelete
  36. Tidak pasti pula kalau ada pati yang dapat menyambungkan pelajaran mereka hingga ke peringkat universiti. Kalau yang bekerja dengan kontraktor jangankan di ums, uitm malah di pusat peranginan, perladangan, restoran dan banyak lagi semuanya pun pati.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.