Monday, September 20, 2010

KENAPA MUSA ENGGAN BANTU MANGSA CULIK?

KEGAGALAN dua keluarga mangsa culik Sebangkat untuk menemui Perdana Menteri di Program Juara Rakyat di Sandakan pada 16 September 2010 kerana dikekang pihak keselamatan dan Setiausaha Politik Ketua Menteri menyebabkan ramai kaum Tiong Hua mengutuk pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang sengaja mencari sengketa dan berdendam dengan kaum Cina.

“Kita mintalah apa juga perbalahan dan persengketaan antara Musa dengan Tan Sri Chong Kah Kiat tidak dibawa dalam pentadbiran kerajaan. Kami tidak boleh minta dilahirkan semula sebagai orang Pakistan atau orang Melayu. Kalau dia marah Tan Sri Chong, itu masalah dia. Kenapa mau tindas semua masyarakat Cina?,” tanya MT Chung yang merupakan seorang penyokong kuat LDP Sandakan.

Menurut MT Chung, beliau kesal kerana dua keluarga mangsa tidak dibenarkan menemui Perdana Menteri dan dalam masa yang sama Musa dan sekutunya enggan membantu keluarga mangsa yang ahli keluarga mereka, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau diculik daripada Pulau Sebangkat Semporna sejak 8 Februari 2010.

“Kenapa Datuk Yong Teck Lee dulu mampu bantu membebaskan 21 orang yang diculik daripada Sipadan dan Pandanan, sedangkan dia bukan Ketua Menteri ketika itu? Kenapa Musa yang begitu kaya dan pernah isytihar ada RM300 juta semasa jadi Ketua Menteri tidak mahu derma RM1juta untuk membantu mangsa yang sudah dapat kumpul RM1juta?,” tanya MT Chung dengan nada kesal.

Disebabkan keengganan Musa dan sekutunya membenarkan keluarga mangsa menemui Perdana Menteri, maka kata MT Chung, seluruh warga Tiong Hua berpandangan serong terhadap Perintis 1Malaysia dengan cogankata yang sering dimomokkan sebagai jenaka di zaman siber ini iaitu ‘Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan’ sebagai ‘Musa didahulukan, Kroni diutamakan.’

Sehubungan itu, melalui Sabahkini.net, MT Chung meminta jasa baik Datuk Yong Teck Lee membantu keluarga mangsa yang kini dapat berhubung dengan mangsa setiap bulan untuk mengusahakan pembebasan kerana mereka yakin dengan daya kepimpinan yang Yong tunjukkan sebelum ini.

“Kita tidak bermaksud mahu menyertai SAPP kerana kita masih yakin dengan LDP, tetapi kita minta ehsan beliau sebagai pemimpin Sabah untuk semua kaum membantu keluarga mangsa yang tidak mampu dibantu kerajaan negeri Sabah,” ujar MT Chung yang kesal dengan sistem penyampaian kerajaan Sabah yang membelakangkan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, usaha untuk membebaskan dua tebusan berkenaan masih menemui jalan buntu kerana tidak ada pihak yang tampil untuk menghulurkan derma atau bantuan sejak enam bulan lalu dan keluarga mangsa hanya dapat mengumpul RM1juta melalui pinjaman dan simpanan ahli keluarga.

Koresponden Sabahkini.net di Zamboanga melaporkan bahawa pembebasan mangsa culik tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana ‘pembelotan’ dan persengketaan yang terjadi di dalam tiga entiti penting Filipina iaitu Philippines National Police (PNP), Marin (Cosat Guard) dan Phillipines Army.

“Kita tidak tahu di mana silapnya kenapa Marin (Coast Guard) tidak membebaskan dua mangsa culik sedangkan ketika mangsa ditempatkan di Pulau Languyan, mereka dapat masuk dan berhubung dengan penculik. Ketika Marin dipindahkan ke Patikul, penculik juga ikut berpindah bersama dengan mangsa. Kini kita hilang jejak,” ujar Koresponden berkenaan yang sangsi dengan Marin yang dijangka mempunyai kepentingan dalam insiden penculikan ini.

Manakala Phillippines Army mungkin tidak dapat membantu kerana kesilapan mereka membunuh berpuluh orang awam Islam Moro di sebuah Masjid di Patikul (tidak dilaporkan akhbar) kerana menyangka serpihan kumpulan Abu Sayyaf bersembahyang di masjid berkenaan.

Kini, tentera Filipina menjadi ‘Target’ peluru AK47 yang digunakan oleh pejuang Moro di Patikul dan adalah mustahil tentera Filipina dapat membantu dalam masa yang terdekat.

Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini)

39 comments:
Write comments
  1. Setahu saya, Musa Aman langsung tidak mempunyai kemusahan terhadap warga Cina. Mesti ada alasan yang baik mengapa dia tidak membantu dengan menyumbang derma. Mungkin ada isu undang-undang ataupun KM sendiri ada cara yang lebih baik untuk menyelesaikan isu ini.

    Isu ini perlu ditangani dengan cara yang baik, kerajaan telahpun berbincang dengan kerajaan Filipin. Memberikan wang kepada penculik tidak semestinya cara yang terbaik.

    ReplyDelete
  2. setuju dengan Jonny. langkah bijak diperlukan dalam menangani kes seperti ini. sebenarnya kerajaan sentiasa berusaha untuk menyelesaikan pekara ini. kerajaan Filipina juga telah memberi jaminan mereka akan melakukan yang terbaik untuk membebaskan dua rakyat Malaysia yang diculik dan ditahan oleh dua kumpulan bersenjata di Selatan negara itu.

    ReplyDelete
  3. Musa aman bukan enggan membantu mangsa culik tu, pelbagai usaha telah diambil kerajaan untuk membebaskan mangsa culik tersebut, namun ia bukanlah perkara mudah. mangsa culik tersebut akan dibebaskan juga tak lama lagi.

    ReplyDelete
  4. Ini mugnkin kerana siasatan sedang dijalankan oleh kerajaan untuk mencari maklumat tetang penculikan ini. Tapi jangan cakap bukan-bukan dan salahkan Datuk Musa, mungkin ada sebab yang tertentu. Kita tidak tahu kebenaran dalam kes ini adakah ini satu penipuan atau sebaliknya. Lagi pun kita tidak mahu sia-sia duit itu nanti diberikan percuma kepada penculik. Maka mungkin siasatan tengah dalam proses oleh pihak tertentu.

    ReplyDelete
  5. Janganlah membuat tanggapan bahawa Musa Aman tidak mengamalkan sikap 1Malaysia. Jikalau beliau pun tidak mempraktikkan semangat tersebut, apalagi rakyat? Mungkin beliau mempunyai jalan lain untuk membebaskan tahanan.

    ReplyDelete
  6. Janganlah kita sebarang buat andaian. Saya rasa mesti ada sebab kenapa Musa enggan membantu mangsa culik. Diharapkan Musa akan tampil untuk memberi kenyataan.

    ReplyDelete
  7. Kebanyakan masa dalam kes penculik, pihak polis akan menggalakkan pihak keluarga supaya tidak membayar wang kepada penculik, tidak semestinya bila wang diserah, mangsa culik akan dibebaskan. Ataupun, jika wang diserahkan dengan senang wenang, nanti perkara yang sama akan berlaku pada masa depan kerana dianggap orang Sabah sangat murah hati dan senang dibuli.

    Walaubagaimanapun, saya yakin kerajaan Sabah, kerajaan pusat dan kerajaan Filipina ada cara yang berkesan menangani kes ini.

    ReplyDelete
  8. janganlah membuat andaian sendiri, mungkin ini ada sebab tertentu kenapa berlaku perkara ini. Tapi kita harus percaya bahawa mungkin kerajaan ada cara tersendiri untuk menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  9. betulkah musa aman enggan bantu mangsa culik atau ini adalah cerita yang ditokok-tambah sesetengah individu/pihak?

    ReplyDelete
  10. saya tidak percaya bahawa musa sebagai seorang pemimpin melakukan perkara sedemikian...mesti ada penjelasan yang rasional di sebalik cerita ini..

    ReplyDelete
  11. seharusnya isu penculikan diselesaikan dengan kerjasama antara dua pihak iaitu kerajaan malaysia dan filipina...takkan isu penculikan ini pun nak dipolitikkan?

    ReplyDelete
  12. mangsa culik tersebut masih lagi dala keadaan selamat, KM SAbah sebenarnya amat ambil berat terhadap mangsa culik tersebut, usaha sedang giat dijalankan untuk membebaskan mangsa culik tersebut.

    ReplyDelete
  13. yang menghalang keluarga mangsa dari menemui Perdana Menteri bukan Musa Aman, tetapi pihak keselamatan dan setiausaha politik. malah bukan keluarga mangsa sahaja yang dihalang, tetapi para wartawan juga turut menerima nasib yang sama. jadi disini tidak ada istilah sengketa dengan kaum cina.

    ReplyDelete
  14. jangan disebabkan pihak lain yang bertindak tetapi KM yang dipersalahkan. kita tidak tahu apa perancangan dipihak kerajaan buat masa ini berhubung dengan kes penculikan tersebut, mungkin juga kerajaan masih berusaha mencari pendekatan lain yang lebih berkesan selain tunduk dengan desakan wang tebusan yang berjumlah rm20juta.

    ReplyDelete
  15. tidak patut membuat sebarang andaian berkaitan pekara ini. kerajaan sedang berusaha untuk melakukan apa yang patut.

    ReplyDelete
  16. itulah yang sepatutnya...cerita sebenar belum pun diketahui sudah membuat andaian2 yang belum tentu benar..perbuatan ini hanya mengundang salah faham sesetengah pihak..lebih2 lagi isu ini dikaitkan dengan isu perkauman..

    ReplyDelete
  17. sudah menjadi tugas dan kewajipan pihak keselamatan..jika ingin berurusan dengan KM/ PM seharusnya mengikut saluran yang betul..bukan pada masa sesuatu majlis diadakan..setiap perkara ada masanya..

    ReplyDelete
  18. jangan ikut emosi..saya yakin kerajaan malaysia tidak membiarkan rakyatnya..pasti ada jalan penyelesaian..

    ReplyDelete
  19. Emm bagi saya, hal ini lebih berat pada polis marin dan yang berkaitan dengan keselamatan....Bukan senang nak sediakan duit sebanyak itu tapi mungkin boleh dipertimbangkan jika tidak ada prosedur dan kesan2 negatif berlaku.

    ReplyDelete
  20. Mungkin Datuk Musa mempunyai alasan munasabah... jangan terus melenting..

    ReplyDelete
  21. Musa Aman adalah KM Sabah, beliau tkkan membiarkan rkyatnya menjadi mangsa culik. jngnlah nk menyalahkan KM kita kerana mereka belum bebas, usaha kini sedang dijalankan bagi membebaskan mangsa culik tersebut.

    ReplyDelete
  22. Jangan kita tertipu dengan permintaan wang tebusan itu. Biar polis siasat kebenaran dalam hal ini. Ini bukan maksud Datuk Musa tidak mahu memderma wang tersebut tapi mungkin beliau meminta kepastian dan kebenaran terlebih dahulu sebelum membuat semua itu.

    ReplyDelete
  23. Perkara ini mungkin lebih rumit dari apa yang kita lihat. Kita tidak boleh mengambil tindakan secara membabi buta. Keluarga mangsa culik ini perlu bekerjasama dengan kerajaan dan tidak mengambil tindakan secara terburu-buru.

    ReplyDelete
  24. Amat teruk padahnya jika langkah yang salah diambil.

    ReplyDelete
  25. kerajaan dan pihak berkuasa tidak akan berdiam diri dengan isu ini. mereka lebih tahu apa yang patut mereka lakukan berbanding dengan orang awam, sebab itu adalah tugas mereka.

    ReplyDelete
  26. Who says so? Silence doesn't mean no progress at all.

    ReplyDelete
  27. Saya tidak rasa bahawa CM hanya pandai bercekak pinggang. Hal ini melibatkan dua negara dan amat la sesuai jika Anifah pergi berjumpa dengan mereka.

    ReplyDelete
  28. enggan bantu??tidak perlu memberikan andaian sendiri. Mungkin kerana menunggu kepastian dalam kes ini. Jadi kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku nanti.

    ReplyDelete
  29. kenapa nk salah KM kita dalam kes culik ini, KM bukan tak membantu mangsa culik ni, malah usaha dilakukan bagi membebaskan mangsa culik ini.

    ReplyDelete
  30. Blaming CM won't solve the problem. The police has been assigned for this. He has given an assurance.

    ReplyDelete
  31. Harap kedua mangsa selamat pulang ke pengkuan keluarga.

    ReplyDelete
  32. Kerajaan sedang berusaha menyelamatkan mangsa penculikan berkenaan, Ada agensi kerajaan yang dipertanggung jawapkan tugas ini.

    ReplyDelete
  33. Perkara seperti ini patut diserahkan kepada expert, apa-apa tindakan perlu dibincang antara kerajaan Filipina dan juga kerajaan Malaysia. Tidak boleh mengambil tindakan terburu-buru kerana ini mungkin membahayakan penculik dan juga memburukkan keadaan.

    ReplyDelete
  34. Ini bukan soal tolong tak tolong tapi ini melibatkan isu perairan. Menteri yang berkaitan yang memikul tanggungjawab ini.

    ReplyDelete
  35. BUkan tanggung jawap dari KM seorang tetapi seluruh kerajaan, kerajaan pusat dan kerajaan negeri harus kerja sama dan bertekad menyelamatkan mangsa culik.

    ReplyDelete
  36. CM has never refused to give help.

    ReplyDelete
  37. Apa-apa pun, diharapkan perkara ini akan diselesaikan sebaik mungkin. Kita tunggu dan lihat.

    ReplyDelete
  38. I believe the police is on their way.

    ReplyDelete
  39. Kita tunggu saja perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.