Thursday, September 16, 2010

BILA SANDIWARA SESB AKAN BERHENTI?

SETELAH hampir sebulan ‘Detailed Environment Impact Assessment’ (DEIA) yang diumumkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menolak pembinaan janakuasa elektrik arang batu berkapasiti 300MW di Lahad Datu, namun sehingga ke hari ini, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak menunjukkan kesungguhan dalam mencari alternatif yang lain dalam menangani masalah gangguan bekalan elektrik di Sabah terutamanya di kawasan timur seperti Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

Lebih mendukacitakan adalah pihak Lahad Datu Energy Sdn Bhd diminta supaya membuat rayuan terhadap pengumuman laporan yang dikeluarkan oleh JAS berkenaan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa SESB tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan kepentingan SESB dikuasai oleh TNB sebanyak 80%, dan TNB sanggup berbuat apa termasuklah membuat rayuan sungguhpun laporan berkenaan dianggap mereka sebagai laporan yang tidak muktamad dan mampu untuk dirayu.

Untuk pengetahuan umum, TNB merupakan sebuah anak syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) yang mana bertapak di Semenanjung Malaysia.

Perlu diingat, bahawa gangguan bekalan elektrik yang terdapat di Sabah terutamanya di Sandakan masih berada di tahap yang membimbangkan. Pihak ahli politik di Sandakan, terutamanya mereka yang kononnya mengutamakan dan melaungkan untuk membantu penduduk Sandakan dalam apa jua konteks, hanya menaburkan janji-janji kosong. Ini adalah kerana bekalan elektrik, air dan kemudahan infrastruktur merupakan isu utama yang masih membelenggu penduduk di Sabah terutamanya di Sandakan.

Adakah TNB sedar bahawa masalah bekalan elektrik yang membelenggu Sandakan masih di tahap yang serius? Sungguhpun janakuasa terpakai yang diletakkan di Sandakan dan Tawau, yang kononnya mampu mengurangkan masalah kekurangan bekalan elektrik, namun pernahkah TNB yang telah mengaut keuntungan sebanyak 80% turun padang untuk meninjau keadaan yang berlaku di Sandakan ini?

Sepanjang sambutan Hari Raya sejak 10 September 2010, kejadian gangguan bekalan elektrik masih menjadi igauan ngeri kepada penduduk Sandakan. Antaranya adalah seorang kakitangan kerajaan yang menetap di Batu 6 yang sedang menyediakan makanan untuk sambutan Hari Raya pada malam pertama, berhadapan dengan gangguan pada pukul 10.30 malam.

Selain itu juga, seorang pengadu yang menetap di Batu 4, mengadu tentang masalah gangguan berlaku pada pukul 9 malam Hari Raya yang kedua dan ketiga. Bukan itu sahaja, seorang guru yang menetap di Taman Grandview, melaporkan bahawa gangguan berlaku kira-kira jam 9 pagi dan ini tidak memberi keselesaan kepada rakan dan saudara yang berkunjung ke rumah guru tersebut.

Untuk yang demikian, adakah TNB sedar bahawa SESB melalui laman sesawangnya www.sesb.com.my telah menyenaraikan kawasan atau daerah yang akan mengalami gangguan bekalan elektrik setiap hari?

Di dalam negeri manakah di Malaysia yang berhadapan dengan masalah yang seumpana ini yang begitu teruk dan tidak terkata lagi seperti yang dihadapi oleh penduduk di Sabah ini?

Para pembaca bolehlah melayari laman sesawang berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan gangguan tersebut supaya dapat bersiap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya semasa hendak membuat sesuatu persiapan yang penting dan mustahak.

Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)

31 comments:
Write comments
  1. kita tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam TNB. proses mencadangkan tenaga elektrik di Sabah memerlukan masa yang lama seperti mana yang berlaku ketika proses cadangan logi arang batu. kita tidak boleh menilai bahawa TNB tidak mempunyai kesungguhan dan meletakkan tempoh 1 bulan untuk menyelesaikan masalah ini. semua orang memerlukan tenaga elektrik sebagai keperluan harian tapi cuba lebih bertolak ansur dan minta penjelasan terus dari TNB. apa2pun, saya harap pihak SESB dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mengatasi masalah2 yang dihadapi oleh pengadu.. itu adalah tanggungjawab SESB bagi memastikan kualiti perkhidmatan mereka sentiasa berada ditahap yang memuaskan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Bukan mudah untuk mencadangkan sesuatu tenaga elektrik yang baru, kerana ini mengkut tempat dan juga persetujuan dari pihak berkuasa. Maka mungkin TNB tengah mencari cara apa yang sesuai untuk pembinaan tenaga elektrik bagi menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  4. harap masalah yang berlaku dapat diatasi. ini adalah demi keperluan pengguna.

    ReplyDelete
  5. SESB should explain it all. There is pointless to keep everything by themselves. It will cause more problems.

    ReplyDelete
  6. cadangan penjanaan loji arang batu tidak diterima, bukan mudah bagi sesb untuk mencari kaedah baru, bagaimanapun, SESB akan berusaha juga untuk menyelesaikan masalah elekstirk yang berlaku di Sabah. kita beri peluang kepada SESB mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  7. SESB sepatutnya mencari penjana kuasa alternatif yang lain selepas penjana kuasa arang batu itu ditolak.

    ReplyDelete
  8. Memang ada banyak lagi cara seperti contoh kaedah kincir angin, cuma mungkin kajian sedang dijalankan tetapi belum sempat untuk desebarkan kepada umum. Saya yakin kerajaan tidak akan menghampakan rakyatnya.

    ReplyDelete
  9. Explanation from SESB is required. Whatever the problem, solve it.

    ReplyDelete
  10. Apa yang kita inginkan ialah masalah kekurangan bekalan elektrik ini akan dapat diselesaikan dikawasan sandakan, lahad datu dan tawau. TNB haruslah mencari cara lain untuk mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
  11. mmg byk lagi kaedah lain boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik di sabah, tp SESB memerlukan sedikit masa untuk mengkaji kaedah apa yang paling sesuai. harap SESB akan mengambil kaedah alternatif yang benar2 sesuai.

    ReplyDelete
  12. Sandiwara ini akan terus menghantui jika tiada pihak yang bersuara.

    ReplyDelete
  13. untuk mencari kaedah yang sesuai mungkin memerlukan sedikit masa. harap masalah bekalan elektrik ini dapat diatasi.

    ReplyDelete
  14. Kos pembinaan loji arang batu sebelum ini dianggarkan berjumlah RM1.7 billion. Terus terang loji arang batu mmg tidak relevan dengan negeri kita yang berusaha sedaya upaya dalam menjaga persekitaran semulajadi.

    ReplyDelete
  15. Sabah dari segi geologi adalah berbeza daripada keadaan geologi di Semenanjung. Mungkin itulah sebab mengapa TNB mengambil jalan mudah dengan proposal membina loji arang batu padahal di Terengganu tidak lama lagi projek pembinaan hidroelektrik pula akan dimulakan. Pihak TNB harus mengemukakan proposal terbaru, yang lebih peka terhadap persekitaran.

    ReplyDelete
  16. SESB cuba memeikirkan sesuatu yang baru lagi setelah pembinaan tenaga elektrik pembakaran arang batu tidak diluluskan. Ini bukan mudah untuk mencari idea yang sesuai untuk pembinaan tenaga baru yang sesaui ditempat tersebut.

    ReplyDelete
  17. Kesukaran ini amat tidak disenangi oleh warga L Datu, Sandakan dan Tawau. SESB harus mencari jalan menamatkan mimpu ngeri ini supaya imej kerajaan tidak terjejas.

    ReplyDelete
  18. Sudah lama kerajaan mengabaikan masalah ini. langkah mesti diambil sebelum terlambat. Janga sampai kegeraman ini dilepaskan dengan undi dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  19. Ada kemungkinan penjana kuasa arang batu ini akan ditolak buat selama-lamanya. SESB sepatutnya ada Pelan kedua untuk menyelesaikan masalah kekurangan elektrik di Sabah.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Sektor ekonomi terjejas teruk akibat bekalan elektrik yang tidak mencukupi dan tidak menentu.
    Jika Sabah berhasrat mencapai pembangunan yang lebih pesat, masalah ini perlu ditangani segera tetapai jangan gunakan cara yang memudaratkan masa depan alam sekitar kita.

    ReplyDelete
  22. Sandakan bakal maju tidak kira apa pun cara! cuma bagaimana Sandakan hendak maju jika ia tiada kemudahan asas air dan elektrik dan infrastruktur yang mantap?

    ReplyDelete
  23. cadangkan kepada kerajaan bagaimana nak menyediakan keperluan tenaga elektrik mencukupi di kawasan Pantai Timur Sabah? ada alternatif lain nak bantu penduduk di sana? kadangkala, sesuatu yang berharga terpaksa dikorbankan demi untuk membantu lebih ramai yang memerlukan....dan semua orang kenalah terima kenyataan dan mungkin loji arang batu adalah jawapannya!

    ReplyDelete
  24. bantu kawasan pantai timur untuk majukan kawasan...

    ReplyDelete
  25. Please, solve your internal problems before stepping out the zone.

    ReplyDelete
  26. Diharapakan SESB akan meningkatkan usaha untuk menyelesaikan masalah kekurangan elektrik di negeri Sabah.

    ReplyDelete
  27. Pihak yang berwajib disarankan menjalankan audit bagi mengenal pasti punca masalah yang sering menghantui para pengguna elektrik di Sabah. Mereka seharusnya peka dengan segala kritikan dan aduan diterima. Itu bukan bermaksud merendah2kan kemampuan mereka tapi untuk meningkatkan lagi prestasi kerja mereka.

    ReplyDelete
  28. They should look into the problem instead of seeking things in the problem.

    ReplyDelete
  29. Masalah asas ialah tiada dana yang mencukupi untuk membina loji yang mencukupi.
    Bayangkan sepuluh baldi dengan hanya 7 penutup.

    ReplyDelete
  30. SESB dalam keadaan serba salah. Mungkin SESB ingin memperbaiki situasi ini sayang tidak dapat dibuat kerana bekalan letrik yang tidak mencukupi.

    ReplyDelete
  31. penyelesaian tidak sukar sekiranya kerajaan bertekad berbuat demikian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.