Monday, September 13, 2010

Kritik m'rakat Sabah dalam FB, SKMM kaji aduan sebelum bertindak

http://www.simplyzesty.com/wp-content/uploads/2010/06/Facebook-logo.png* SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengkaji aduan yang dikemukakan dan mengambil tindakan sepertimana yang dibenarkan di bawah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

* Maklum balas melalui email ini diterima daripada SKMM kelmarin susulan daripada aduan yang dipanjangkan berhubung tindakan individu yang mengkritik Negeri Sabah sehingga menimbulkan kemarahan rata-rata penduduk Sabah yang memiliki akaun Facebook (FB).

Menurut pengadu, individu yang hanya dikenali sebagai Luca Lucas dan kononnya berasal dari negeri Johor ini, telah memberi komen yang berunsur hinaan terhadap negeri Sabah di akaun FBnya.

Katanya, “Luca Lucas sudah keterlaluan dan komennya tidak dapat diterima oleh penduduk Sabah yang cintakan negeri ini. Perkara ini telah menyinggung perasaan orang Sabah sehinggakan dua akaun FB (Anti-Luca Lucas) dibuka bagi membalas semula kritikan tersebut.”

Pengadu yang sedar akan kebebasan bersuara, bagaimanapun menekankan bahawa kebebasan itu haruslah tidak disalahgunakan sehingga mampu menimbulkan kontroversi.

“Kita memang bebas untuk bersuara, tetapi tidak ada satupun manusia di muka bumi Malaysia ini bebas untuk menghina orang lain, inikan lagi negeri orang,” ujarnya sambil berharap tindakan segera diambil bagi mengelakkan hal ini daripada bertambah teruk.

Tambahnya lagi, “Memanglah setiap manusia tidak lari dari buat kesilapan tetapi perkara ini agak keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku. Walaupun Sabah masih ada kekurangan, tetapi kami bangga jadi orang Sabah…kami yakin Sabah akan bertambah maju dan kebajikan rakyat juga semakin terjaga – Jadi jangan sembarangan menghina negeri Sabah kalau tak tahu apa yang berlaku di Sabah,” ujarnya tegas.

Justeru beliau, berharap agar pihak-pihak yang mempunyai autoriti memberi perhatian sewajarnya terhadap perkara ini.

“Siasat perkara ini, dan dedahkan identiti sebenar individu ini. Saya yakin pasti ada udang di sebalik batu yang sengaja mencetuskan kontroversi ini untuk mengeruhkan hubungan baik antara rakyat di seluruh Malaysia,” katanya sambil berharap Luca Lucas diberi pengajaran agar berpada-pada ketika melontarkan pendapat. -NST

45 comments:
Write comments
  1. memang pedas semua komen2 yang di buat oleh Luca Lucas dalam FB. berdasarkan komen2 dari blog lain, identiti beliau adalah seperti berikut:

    Mohammed Saufee Bin Sehat (Luca Lucas)
    JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
    NEGERI JOHOR,
    TINGKAT 9, MENARA TH,
    JALAN AYER MOLEK,
    80000 JOHOR BAHRU, JOHOR

    Tel: 07-2227622
    Faks: 07-2228622

    ReplyDelete
  2. kebebasan bersuara tidak harus disalahgunakan. jangan lah sampai menghina orang lain pula. tindakan perlu diambil berhubunga pekara ini.

    ReplyDelete
  3. Diharapkan Luca Lucas diambil tindakan yang serius.

    ReplyDelete
  4. Orang Sabah paling jelas mengenai perkara melibatkan rakyat Sabah. Kita usah menghiraukan penghinaan mereka terhadap kita. Kita hanya perlu berusaha melaksanakan tanggungjawab kita sendiri.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hal sebegini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi negara sekarang sedang sibuk memperjuangkan 1Malaysia. Kenapa perlu melihat kekurangan negeri lain sedangkan negeri sendiri juga tidak sempurna. Kena fikir bahawa apa yang kita miliki tidak semestinya dimiliki oleh orang lain dan jangan pula perasaan bahawa kita memiliki segala2nya.

    ReplyDelete
  7. tindakan lucas menghina negeri Sabah adalah tidak wajar, kita sebagai rakyat Malaysia harus saling hormat menghormati. harap lucas sedar atas kesilapan dia.

    ReplyDelete
  8. penghinaan yang dibuat oleh LUca Lucas itu memang keterlaluan. Sekirany tidak puas hati terus jumpa dengan pihak yang berkenaan dan jelsakan pendapat kenapa tidak puas hati dan bukan mengutuk dengan menggunakan FB yang macam orang ketakutan saja. Biar pihak berkuasa mengabil tindakkan dengan apa yang telah dilakukannya.

    ReplyDelete
  9. Saya belum baca lagi komen2 c lukas ini, saya berpendapat, orang sabah tidak akan tahu kelemahan kita apabila kita asyik dipuji orang saja,. Apabila ada orang yang mengkritik maka itu adalah petanda baik kerana kita orang sabah akan tahu keburukan, kekurangan atau kebaikan yang ada pada negeri kita.,,memang saya mengecam komen orang seperti ini, namun apabila kita renung apa yg diutarakan berkemungkinan ada benarnya dan perlu perbaikan diri negeri Sabah am nya.

    ReplyDelete
  10. SKMM perlu menyiasat dan mengambil tindakan berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  11. lucas tak harus menghina sabah, jgn salah gunakan laman sosial untuk merendahkan orgn lain. lucas harus sedar dan segera bertaubat.

    ReplyDelete
  12. komen luca lukas ni yang mengutuk orang-orang Sabah adalah tidak beradab dan biadap!

    ReplyDelete
  13. apa yang si luca lucas tu benci sangat dengan orang Sabah? apa masalah dia? bukankah kita harus menghormati sesama kaum, bangsa dan agama?

    ReplyDelete
  14. mungkin ada sebab lain dia tidak puas hati dengan Sabah dan itu sebab dia melakukan perkara yang tidak patut-patut ini. Dia harus ingat, negara kita ini ada undang-undang, maka tunggulah dengan tindakkan berkuasa yang akan diterima olehnya.

    ReplyDelete
  15. Ayuh putarkan komen Luca Lucas kepada teguran berbentuk positif. Sedikit sebenyak apa yang disuarakan itu memang ada kebenarannya.

    ReplyDelete
  16. Namun tindakan yang sewajarnya patut diambil terhadap saudara Mohammed Saufee Bin Sehat ini yang ternyata sudah memalukan imej jati diri sendiri. Mungkin orang Johor juga berasa malu dengan tindakan beliau.

    ReplyDelete
  17. He's trying to stir things up. He's totally junk. He deserves to be in the dustbin.

    ReplyDelete
  18. Memang satu bentuk penghinaan.Dia ni sekadar melepaskan kata2 yang tidak munasabah. Tiada orang paksa dia dtg Sabah kalau dia sendiri pun tidak mahu. Apa la.

    ReplyDelete
  19. kita boleh terima dengan baik setiap teguran dan kritikan jika ianya disampaikan dengan cara yang baik. tapi kalau penyampaiannya penuh dengan emosi kebencian, malah menggunakan FB sebagai medium untuk menyampaikan niat hatinya supaya seluruh rakyat Malaysia memandang serong terhadap rakyat dan negeri Sabah, bagi saya itu cukup keterlaluan.. rakyat Sabah tidak buta dan tidak cetek pemikirannya, rakyat Sabah tahu dimana kekurangan kita dan kesilapan kita. tidak perlu ada orang luar menasihatkan kita dengan cara yang paling kurang ajar..

    bagi saya, sesuatu yang telah kita sedia maklum dan sedar tentang kekurangan kita, apabila disampaikan kepada orang lain termasuk diri kita sendiri, itu sebenarnya lebih kepada penghinaan, bukannya teguran atau kritikan. lebih2 lagi dengan penyampaian yang kurang ajar..

    ReplyDelete
  20. Kenapalah ada saja manusia yang suka cari hal untuk menyinggung perasaan orang? Mungkin terlalu banyak masa lapang?
    Kalau dia pandai gunakan masanya belajar atau menghalusi agama yang dianut, bukan saja nilai diri dia akan ditingkatkan malah dapat membantu orang yang dalam kesusahan.

    ReplyDelete
  21. Hak untuk bersuara harus dilindungi tetapi jika disalahgunakan akan mengakibatkan keadaan yang tidak diingini. Lebih teruk lagi menyebabkan huru-hara.
    Kelakuan ini harus dikutuk.

    ReplyDelete
  22. “Memanglah setiap manusia tidak lari dari buat kesilapan tetapi perkara ini agak keterlaluan dan tidak sepatutnya berlaku. Walaupun Sabah masih ada kekurangan, tetapi kami bangga jadi orang Sabah…kami yakin Sabah akan bertambah maju dan kebajikan rakyat juga semakin terjaga – Jadi jangan sembarangan menghina negeri Sabah kalau tak tahu apa yang berlaku di Sabah,”

    Fuhyooooooooooo, lawa lah ni pengadu... Ni baru orang Sabah:)

    ReplyDelete
  23. Hanya Sabahan tahu apa yang Sabahan inginkan. So saya sokong si pengadu ni. Saya yakin Sabah pasti bertambah maju dan kebajikan rakyat akan semakin terjamin. So tak perlu kutuk2 Sabah kio :)

    ReplyDelete
  24. Bah Pak Ir., ini link komen si Lucas tu.. Tengok2 la ya:)

    http://www.facebook.com/pages/Kami-Benci-Luca-Lucas-Krn-Mengutuk-Negeri-Sabah/143857925651118?ref=ts

    http://www.facebook.com/group.php?gid=115301595191435&ref=search#!/group.php?gid=115301595191435&v=info&ref=search

    ReplyDelete
  25. Bila saya terbaca komen si Luca Lucas & komen sabahan, satu benda yang paling ketara ialah Sabahan takkan biarkan Sabah kena kutuk!!!
    Selama ni saya selalu baca ketidakpuasan hati Sabahan terhadap keadaan Sabah yang boleh dikatakan serba kekurangan (di sesetengah tempat la). Namun bila org luar kutuk Sabah, saya tak sangka Sabahan (tanpa mengira agama & kaum) bersatu mempertahankan Sabah... Wow!!! I'm proud to be Sabahan!!!


    p/s kritik Sabah boleh tapi agak2 lah jangan sampai kritikan tu berunsur hinaan pula:P

    ReplyDelete
  26. Saya harap tindakan dapat diambil secepat mungkin. Tak sabar mahu tahu apa yg bakal berlaku dgn si Luca Lucas ni.
    Apapun, saya harap Sabahan tidak akan terlalu emosi sehingga TERIKUT style si Luca Lucas ni. So kalau nak kritik, focu pada si Luca Lucas ja, sebab saya yakin komen si Luca Lucas ni hanya pandangan peribadinya dan tak mewakili seluruh pandangan orang Johor (kalau lah dia ni org Johor). hehe

    ReplyDelete
  27. seharusnya kebebasan bersuara tidak disalahgunakan..memang benar kita semua bebas untuk bersuara tetapi harus dikawal dan tidak melampau..

    ReplyDelete
  28. biarpun sabah masih banyak kekurangannya, namun tidak seharusnya seseorang lebih2 lagi orang luar membuat perbuatan tersebut..

    ReplyDelete
  29. pihak berkenaan harus menyiasat perkara ini dengan segera kerana berpotensi mencetuskan ketegangan di antara kaum yang tentu sekali mengugat keselamatan negara..si pelaku harus memberikan penjelasan serta memohon maaf kepada rakyat sabah atas tindakan beliau yang melampau..

    ReplyDelete
  30. bagi mana2 individu yang menyalahgunakan media serta kebebasan bersuara seperti yang dilakukan oleh Luca Lucas harus dikenakan hukuman maksimum seperti yang diperuntukan..perkara seperti ini harus dipantau demi kesejahteraan kita semua.

    ReplyDelete
  31. diharapkan agar rakyat sabah tidak melakukan seperti apa yang dilakukan oleh Luca Lucas..

    ReplyDelete
  32. harap isu ini diselesaikan segera..

    ReplyDelete
  33. Diharapakan tindakan yang tegas diambil mengenainya dan perkara ini dijadikan pengajaran kepada rakyat yang lain supaya berfikir dua kali bila mahu mengulangi perkara yang sama.

    ReplyDelete
  34. Everybody has the right to voice out their opinions, views and suggestions. But in a manner way. Not this type of man, who is using wrong channel to voice out his slutty words. Very disrespectful.

    ReplyDelete
  35. Tak perlulah terlalu terpengaruh dengan apa yang dipaparkan dalam FB luca lucas.
    Jika benar apa yang dikatakan dia, kita terima dengan hati terbuka, jika tidak, biar kita senyum dan lupakan saja.

    ReplyDelete
  36. Tak perlu kita berbalas, itu membuatkan kita tidak berbeza dengan dia.

    ReplyDelete
  37. Makin kita marah dan menyambut, makin dia rasa dipandang berat. Kalau tiada orang kisah dan tidak berbalas, pasti dia merasa boring dan tidak berminat meneruskan kelakuan dia.

    ReplyDelete
  38. Seriously, I don't care. Because we'll know that outsiders are craps. They are not staying here for long and never been in our shoes. How far he knows about Sabah?

    ReplyDelete
  39. Baik kita tunggu tindakan tegas dijatuhkan kepadanya oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  40. True what wannabe said. They are not in our shoes, how far they can feel what we feel?

    ReplyDelete
  41. bodoh ni orang semenanjing ni, apa hak dia mau kutuk Sabah?lucas babi tu memang tidak sedar diri, kemajuan Tanah Melayu itu datang dari sumber alam dan kekayaan hasil bumi negeri sabah. yang aku hairan, kekayaan sabah ni diberikan percuma saja kepada kemajuan Tanah Melayu. Pemimpin Sabah dulu dan sekarang sama saja, terus dicucuk hidung,tiada yang betul2 patriotik memperjuangkan hak rakyat Negara Sabah ni..sorilah, aku panat betul ni drive.. sesat jalan dr kk mau p labuan melalui tambunan. last2 terlajak sampai tenom. mau cari jalan p beaufort nda jumpa2..padahal dekat ja tenom dengan beaufort..so tpaksa aku drive hampir 450Km hari ini. nasib jumpa juga jalan melalui Banjaran Crocker. Apa ni bro..mau 50 tahun sudah Sabah merdeka, lebuhraya pun tiada. kita punya kekayaan ni dikaut oleh anjing2 lucas ni lah!!

    ReplyDelete
  42. Be . .cool orang2 Sabah, saya fikir Luca Lucas orang ini ada berkelulus tinggi 4 Degree ia itu BODOH, BALUL, BANGANG dan BIADAP ... he..he..

    ReplyDelete
  43. Sudahlah, biarkan sahaja orang yang tidak bertamadun itu. Makin kita marah, makin dia gembira. Baik kita berusaha memperbaiki dan membagunkan negeri kita sendiri daripada membuang masa melayan orang yang tidak berotak.

    ReplyDelete
  44. Macam ini kiritik pedas juga ni, lebih pedas dari lada padi,..tapi kalau dipikir balik, macam betul juga si Luca Lucas cakap tu, semua yang dia cakap semua betul,.. jadi , apa macam, memang begitulah keadaan kitaorang di Sabah ni.,. Apa yg kita mau buat,.bah,..kita perlu supaya negeri Sabah terus membangun macam di semaqnanjung bah kah baru bagus.

    ReplyDelete
  45. Pembangunan tidak dapat dicapai dalam sekelip mata. Perbandingan Sabah tidak perlu dibandingkn dengan negeri2 lain. Bandingkan Sabah dahulu dengan sekarang, Sabah banyak membangun. Biasanya kita cakap 'nobody perfect' sama juga dengan negeri2 yang ada di M'sia. Tiada yang sempurna. Keadaan di Sabah masih boleh diperbaiki & dibangunkn. Sama2 la kita memajukan Sabah ini samada secara langsung @ tidak langsung. Setiap Sabahan ada benefit kpd Sabah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.