Thursday, September 9, 2010

Kedutaan Malaysia diceroboh lagi

JAKARTA: Sejumlah penunjuk perasaan sekali lagi menceroboh dengan memanjat pintu pagar dan bangunan pos pengawal keselamatan Kedutaan Besar Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan dalam satu demonstrasi, semalam.

Berikutan itu, Malaysia akan menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan polis Indonesia kerana perbuatan penunjuk perasaan itu tidak dihalang anggota polis yang mengawal di depan kedutaan itu.

Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin, berkata penghantaran nota bantahan itu akan dibuat sesuai dengan pengakuan pihak berkuasa Indonesia untuk melindungi Kedutaan Besar Malaysia dan warga negara Malaysia yang berada di Indonesia.

Jaminan itu sekali lagi ditegaskan pada mesyuarat Menteri Luar Indonesia dan Malaysia di Kota Kinabalu, semalam.

Pada akhir mesyuarat itu semalam, Indonesia menegaskan bahawa ia akan melindungi kedutaan besar dan rakyat Malaysia di negara itu, begitu juga dengan Malaysia yang turut memberi jaminan untuk melindungi kedutaan besar dan warga Indonesia di Malaysia.

Dalam demonstrasi selama sejam mulai jam 11.40 pagi ini, 170 anggota kumpulan Laskar Merah Putih (LMP) serta beberapa kumpulan lain dalam gerakan bersama ‘Ganyang Malaysia’, datang ke Kedutaan Besar Malaysia ketika hujan lebat.
Sejurus tiba, beberapa anggota kumpulan yang berpakaian seragam LMP terus memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos pengawal keselamatan sambil mengibarkan bendera Indonesia.

Mereka turut merentangkan sepanduk bertulisan ‘Ganyang Malaysia’ di pintu pagar itu dan dalam pidatonya kumpulan itu meminta supaya Kerajaan Indonesia melancarkan perang terhadap Malaysia dan mereka sendiri bersedia turut serta bagi mempertahankan Indonesia.

Kumpulan itu juga cuba merentangkan bendera Merah Putih yang panjang di pintu pagar itu, namun dihalang polis Indonesia.

Pasukan polis yang datang awal menunggu penunjuk perasaan dengan beberapa kenderaan, termasuk sebuah gerabak kenderaan yang membawa tiga gulung kawat berduri, tetapi ia tidak direntangkan di depan kedutaan besar itu.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota LMP memanjat pintu pagar dan berdiri di atas bangunan pos di Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Kali pertamanya pada 16 Ogos lalu dan dalam kejadian itu, selain menceroboh, mereka turut merosakkan plak nama Kedutaan Besar Malaysia dengan menggunakan batang buluh serta mengotorkan plak itu dengan lumpur longkang.

Sebelum mengadakan demonstrasi di hadapan Kedutaan Besar Malaysia hari ini, kumpulan itu berdemonstrasi di hadapan Kementerian Luar Negeri Indonesia di hadapan Istana Negara, iaitu pejabat dan kediaman rasmi Presiden Indonesia. – BERNAMA

24 comments:
Write comments
  1. Diharapkan perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin dan dengan cara yang baik.

    ReplyDelete
  2. mana jaminan kerajaan Indonesia? kalau takut berhadapan dengan rakyat jangan buat kerajaan. mungkin Malaysia perlu mencari alternatif lain untuk memulihkan keadaan jika kaedah diplomatik tidak memberi kesan. arahkan rakyat Malaysia yang berada di Indonesia pulang ke Malaysia dan usir semua rakyat Indonesia yang ada di Malaysia...

    ReplyDelete
  3. siasatan juga perlu dilakukan kenapa kekecohan ini berlaku lebih2 lagi menurut kenyataan Najib kononnya tunjuk perasaan ini dilakukan oleh kumpulan2 upahan. kenapa tidak dari dulu demonstrasi ini berlaku, kenapa hanya beberapa hari selepas Nurul Izzah membuat kenyataan di Indonesia??.. walau apa pun permasalahannya, sepatutnya negara yang berdaulat seharusnya dapat menyelesaikan sebarang isu dan permasalahan secara diplomatik. Apatah lagi Malaysia dan Indonesia yang merupakan negara jiran yang berkongsi tamadun, adat resam dan budaya.

    ReplyDelete
  4. pekara ini perlu diselesaikan dengan baik. komitmen Indonesia dalam mengawal pekara seperti ini juga diperlukan.

    ReplyDelete
  5. Semakin berani penunjuk perasaan ini dengan apa yang berlaku baru-baru ini. Kedutaan Malaysia haruslah lebih berhati-hati disana dengan keadaan sekaran yang tidak terjaga itu.

    ReplyDelete
  6. Harap kerajaan Indonesia akan dapat mengawal keadaan yang berlaku sekarang di negara tersebut. Rakyat Indonesia yang bertindak dengan mengikut perasaan mereka sendiri ini sungguh memalukan negara mereka sendiri.

    ReplyDelete
  7. Tidak lama lagi penatlah mereka menganyang Malaysia.

    ReplyDelete
  8. harap pekara ini dapat diselesaikan dengan baik dan cepat. tindakan penunjuk perasaan tersebut tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak pun.

    ReplyDelete
  9. keberanian mereka hanya didorong oleh emosi dan ego semata2. ianya pasti akan berakhir tidak lama lagi, lebih2 lagi ketiadaan sokongan di pihak kerajaan Indonesia. kerajaan dan rakyat Indonesia sepatutnya mempertimbangkan sumbangan Malaysia terhadap rakyat mereka yang berkerja di sini dan menghargai kerjasama sosial Malaysia setiap kali berlaku permasalahan bencana di Indonesia seperti di Acheh(tsunami), Tasik Malaya, Jawa Barat(gempa bumi) dan Padang, Sumatera(gempa bumi), rakyat Malaysia merupakan antara sukarelawan yang paling cepat sampai menghulur bantuan. Berjuta2 Ringgit dikumpul dan dihantar ke kawasan terlibat. Malah ada yang sehingga ke hari ini, masih menghulur bantuan secara fizikal ke kawasan2 tersebut.

    ReplyDelete
  10. Some of the protesters are truly melancholic. Shame on you!

    ReplyDelete
  11. yang saya hairan ni kenapalah kerajaan Indonesia masih tak dapat tanggani hal ni sedangakan perusuh tu kan hanya sebilangan kecil sahaja.. huhuh

    ReplyDelete
  12. Harap kerajaan Indonesia akan mengambil tindakan tegas. Jangan biarkan perkara ni berlanjutan terlalu lama - nanti buruk padahnya!!!

    ReplyDelete
  13. Ya jieah. Kerajaan Indonesia harus tunjukkan komitmen mereka untuk tanggani perkara ni.

    ReplyDelete
  14. Semoga penunjuk perasaan tu dapat kawal emosi mereka. Saya rasa dorang ni sudah cukup popular da, so bawa2 lah berehat. hehe

    ReplyDelete
  15. rakyat Indonesia sepatutnya bersyukur pada negara Malaysia kerana ramai rakyatnya bekerja di negara ini dengan aman dan negara ini jugalah tempat mereka mencari rezeki...tindakan LMP adalah menjejaskan pandangan rakyat Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang mencari rezeki halal di sini...

    ReplyDelete
  16. kerajaan Indonesia sepatutnya mengawal LMP daripada menceroboh kedutaan Malaysia...nasib baiklah rakyat Malaysia bijak dan tidak terikut-ikut dengan sikap segelintir rakyat Indonesia yang benci dengan Malaysia.

    ReplyDelete
  17. Harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik dengan mengutamakan keamanaan negara

    ReplyDelete
  18. kenakan tindakan undang-undang kepada penunjuk perasaan ini kerana mereka telah menimbulkan masalah

    ReplyDelete
  19. The war won't stop if one of them refuse to back off.

    ReplyDelete
  20. penunjuk perasaan ni tak habis2 nak buat kecoh di kedutaan Malaysia. polis indonesia seharusnya bertindak lebih tegas.

    ReplyDelete
  21. JAKARTA: Sebagai tanda menyokong penyelesaian secara aman terhadap perbalahan digunakan untuk menyelesaikan perbalahan antara Indonesia dan Malaysia, sekumpulan 220 pelajar sekolah tinggi di Jawa Tengah menulis surat persahabatan kepada pelajar Malaysia...

    http://cikguleepk.blogspot.com/2010/09/indonesia-utus-persahabatan-untuk.html

    ReplyDelete
  22. Pihak Indonesia tidak harus membiarkan mereka terus menjadi liar. Ini hanya akan memalukan mereka. Kerja sebegitu tidak ubah seperti menceroboh kediaman rasmi.

    ReplyDelete
  23. Some of them are being paid to do so. Money talk guys. What do you think?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.