Thursday, September 23, 2010

LADANG CEROBOH TADAHAN AIR DI KENINGAU

PENDUDUK Kampung Pangas Ulu, Keningau, Sabah merayu agar kerajaan masuk campur bagi menyelamatkan pusat tadahan air di kampung itu yang bersempadan hanya 50 meter dari kawasan perladangan yang kini sedang dirintis oleh syarikat perladangan kelapa sawit.

Pengerusi JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kg.Pangas Ulu, Jinus Angkis, 43, berkata, seramai 250 penduduk di kampung itu dan sekitarnya yang bergantung kepada punca air di Sungai Sikaraan, akan terjejas kerana penanaman kelapa sawit itu sangat hampir dengan pusat tadahan air.

“Kami sangat bimbang dengan keselamatan dan kesihatan kami, kerana sudah pastinya penebangan kayu dan juga penggunaan racun bakal menjejaskan punca air kami satu-satunya di kawasan ini,” kata Jinus yang membawa Sabahkini.net ke kawasan pusat tadahan tersebut yang terletak di dua buah bukit tidak jauh dari perkampungan Pangas Ulu.

Sementara itu Ketua Kampung, Alexander A.Pantin, 50, berkata, pihaknya telah membantah penyukatan kawasan PT .91130649 (CL.135366871) dan PT .91130647 (CL.135366862) sejak dari tahun 2000 kerana memasuki kawasan tadahan air graviti kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah dan Ukur Daerah Keningau.

Malahan kata Alexander, Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran juga telah memberi surat kepada Penolong Pemungut Hasil Tanah yang menyokong permohonan kampung mengenai pembatalan penyukatan dengan menyertakan pelan lokasi kawasan-kawasan tadahan air bagi Negeri Sabah.

Setelah berusaha agar pusat tadahan tersebut tidak diganggu dan jaminan surat Penolong Pemungut Hasil Tanah kepada Juru Ukur Daerah yang meminta penyukatan tersebut ditangguhkan pengukuran sehingga isu tadahan air diselesaikan.

Bagaimanapun kata Alexander, apabila mereka membuat rujukan mengenai bantahan mereka itu pihak pejabat berkenan memberi alasan akan mencari fail tersebut.

“Kadangkala apabila ada pegawai yang kami cari mengenai bantahan itu, kakitangan memberi alasan pegawai tidak berada di pejabat sambil menunjukkan bilik yang kosong, mereka tidak mahu melayan kami,” kata Alexander yang mahu masalah tersebut diselesaikan dengan segera kerana telah mengambil masa yang sangat lama untuk diselesaikan.

Pada 2003, kata Alexander, kawasan yang telah diukur pada tahun 2000 mula diusahakan dengan tanamam kelapa sawit dan kawasan yang mereka bantah agar dikeluarkan dari penyukatan itu tidak mempunyai perubahan.

“Kami telah berjuang sejak 2000 untuk memastikan pusat tadahan air ini tidak diganggu, pihak pengurusan ladang kelapa sawit itu telah bertukar sebanyak tiga kali, dan pemilik terkini mahu meluaskan penanaman kelapa sawit dan hasratnya itu akan menjejaskan pusat tadahan air kami,” kata Alexander.

Pihak kami dan pemilik ladang itu telah mencari jalan penyelesaian dengan menemui Penolong Pemungut Hasil Tanah yang meminta kami menulis surat kepada Pengarah Jabatan Tanah Dan Ukur sama ada geran tanah itu dibatalkan atau sebaliknya.

“Masa sangat suntuk bagi kami kerana kerja-kerja merintis tanah itu telah dimulakan dan ianya sangat hampir lebih kurang 50 meter dari pusat tadahan tersebut,” kata Alexander.

Sehubungan dengan itu kata Alexander, penduduk kampung merayu agar Ketua Menteri Sabah dan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur membantu mereka menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Menurut Alexander, Pusat tadahan air tersebut telah digazet oleh Jabatan Kesihatan semasa era Datuk Lawrence Gimbang menjadi wakil rakyat di kawasan itu dan baru-baru serombongan kakitangan kerajaan telah melawat tapak tadahan itu dan menyatakan pusat tadahan itu akan dinaiktaraf.

Tetapi pihak pengurusan ladang sawit itu menafikan adanya pusat tadahan di situ dan menuduh orang kampung menipu.

Sementara itu Jinus (Gambar bawah) berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus campur tangan dalam menyelesaikan masalah permohonan tanah di kawasan perkampungan di luar bandar kerana, sebagai contoh, penyukatan tanah di kampung yang dilakukan pada tahun 2000 mudah mendapat geran berbanding permohonan yang dikemukakan oleh penduduk asli di kampung itu yang dibuat pada tahun 1980-an yang masih menunggu geran sehingga kini.

Oleh: ROZIE JUMAT (sabahkini)

32 comments:
Write comments
  1. Tadahan air adalah sumber simpanan air bersih, Air adalah kehidupan, tiada air tiada ada yang hidup di atas dunia ini. Jadi diketehui umum dan banyak kes pencerobohan kawasan tadahan air, apabila ini berlaku, maka petaka akan timbul 1. Air bersih jadi kotor, terutama musim hujan,.paras turbiditi nya meningkat keparas yg tidak dapat diterima, menjejaskan kesihatan pengguna terutama air minum dan lain-lain. Kegiatan pencerobohan wajib dibentras untuk menjaga sumber air yang bersih.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan isu ini akan diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. Suara penduduk patut diambil perhatian. Pihak berkuasa perlu untuk menyiasat perkara tersebut. Ini akan menyebabkan masalah air dikawasan tersebut yang penduduk hanya bergantung dengan air sungai yang terdapat dikawasan tersebut.

    ReplyDelete
  4. penyelesaian terhadap pekara ini perlulah dicari.

    ReplyDelete
  5. kawaan tadahan air itu perlu dijaga agar tidak tercemar, ia merupakan sumber bekalan air bersih kepada penduduk. masalah ini perlu diselesaikan dgn segera, kepentingan penduduk perlu dijaga.

    ReplyDelete
  6. penduduk kampung perlu berani menghalang sebarang aktiviti2 membersihkan kawasan tadahan air itu sehingga pihak kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya. masalah rakyat seperti ini wajib diambil perhatian oleh kerajaan sebelum isu ini beralih tangan kepada pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  7. Mengapa ladang saja yang selalu membuat masalah di kg2 ni? Adakah mereka tidak cukup pengetahuan dalam hal tersebut?

    ReplyDelete
  8. Mereka ini seharusnya lebih faham dengan keadaan kampung tersebut. Harap Ladang itu tidak akan meneruskan projek berdekatan dengan kawasan tadahan air tersebut.

    ReplyDelete
  9. ladang tersebut perlu peka terhadap keadaan penduduk setempat, jngn biarkan kepentingan penduduk terjejas.

    ReplyDelete
  10. keperluan penduduk perlu dijaga dengan sebaiknya. semoga pekara ini mendapat penyelesaian yang baik.

    ReplyDelete
  11. Jika sudah tidak ada lagi jalan penyelesaian, sangat2 setuju untuk mendapat pertolongan dari pihak kerajaan. Hanya pihak kerajaan sahaja yang mampu menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  12. Pihak berkuasa tentu akan mengambil tindakan selepas ini. Namun mengapa setelah hapir 50 m dari pusat tadahan baru masalah ini diketahui?

    ReplyDelete
  13. Mengapa selalu ladang yang menjadi pemangsa dalam hal ini? Mengapa harus memperjudikan periuk nasi penduduk lain? Hal ini mesti diselesaikan!

    ReplyDelete
  14. The department should monitor all fisheries activities well. Come on, humankind are living there..not some insects or wildlife.

    ReplyDelete
  15. Memandangkan kawasan terasebut adalah kawasan tadahan air dan sangat penting kepada penduduk untuk mendapatkan bekalan air bersih maka diharapkan kawasan tersebut dapat dikekalkan dari diceroboh dan dsb.

    ReplyDelete
  16. Memang sudah menjadi kebiasaan terutamanya bila masalah yang ingin diselesaikan pegawai yang bertugas selalu saja tiada di pejabat. Tak kan lah seorang saja pegawai yang ditugaskan bahagian penerima aduan tersebut. Pegawai2 yang lain juga perlulah bertanggungjawab, sekurang-kurangnya memaklumkan lah kepada pegawai yang ditugaskan kerana masalah ini sudah lama diajukan namun tiada tindakan yang diambil.

    ReplyDelete
  17. Perkara ini perlu ada perbincangan antara penduduk kampung dan pengurus ladang tersebut, kerana pihak pengurusan ladang sawit itu menafikan adanya pusat tadahan di situ dan menuduh orang kampung menipu. So, ini cuma salah faham yang masih boleh diperbetulkan untuk kepentingan bersama.

    ReplyDelete
  18. Berita ini telah tersebar di DE. Harap pihak yang berwajib akan berjaya menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  19. Jika keadaan seperti atas beterusan, mana lagi orang kampung nak bina penempatan mereka?
    Kawasan tadahan air sepatutnya dilindungi dengan sempurna. Air bersih nadi hidup manusia.

    ReplyDelete
  20. cukuplah media mendedahkan isu ini hanya sekali, jangan ada laporan kali kedua kerana rakyat akan anggap bahawa kerajaan tidak bersungguh2 membela nasib rakyat..

    ReplyDelete
  21. harap isu ini akan didengari dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  22. Mau cari duit janganlah sampai orang punya sumber air pun pergi kacau.
    Kasilah orang chance hidup.

    ReplyDelete
  23. Kerajaan tempatan diminta bertindak pantas menyelesaikan masalah orang kampung.

    ReplyDelete
  24. Semoga perkara ini diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  25. bagus itu orang kampung kasi selesai sendiri, harap siapa pigi selesai, tiada orang parinta yang pigi tolong diorang tu, kamu tengok saja,...tiada yang pigi tolong,...bagus orang kampung selesai sendiri.

    ReplyDelete
  26. Adakah kawasan tadahan air pun mahu diceroboh.. patut2 la juga penduduk mengamuk.

    ReplyDelete
  27. Hal ini patut diberi perhatian sewajarnya. Jangan biarkan penduduk gusar akan hal ni. Selesaikan secepat mungkin sebelum keadaan jadi teruk.

    ReplyDelete
  28. DO di keningau haruslah cuba atasi hal ni. Bagi saya kalau ada kerjasama dari DO pasti hal ni tak jadi isu. Ingat, rakyat harus didahulukan dan bukannya membebankan rakyat dengan 'ketiadaan' di pejabat setiap kali dicari.

    ReplyDelete
  29. Semoga hal ni dapat perhatian sewajarnya dari semua pihak. Cari jalan terbaik utk selesaikan hal ni sebelum keadaan jadi lebih tegang!

    ReplyDelete
  30. Kepada pendudk kampung, teruskan perjuangan. Saya yakin rintihan anda pasti didengar oleh pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  31. ini adalah soal kehidupan..kalau sumber air terjejas,dimanakah sumber lain...pernakha mereka semua terfikir jika mereka berada ditempat ini.setuju..rakyat harus didaulukan,bukan setiap kali mereka datang.pegawai tak ada
    sorry to say,but ka.pangas itu sangat jauh,dala keadaan jalan raya yang tidak selamat dan tidak baik...so harap masalah ini dapat diselesaikan ...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.