Saturday, September 4, 2010

BN GOYAH BILA JAWATAN PETER PANG DIKEKALKAN ?

KEYAKINAN beberapa kerabat Barisan Nasional (BN) di Sabah semakin goyah terhadap gabungan parti kerajaan itu kerana merasa keliru terhadap perkembangan mutakhir politik negeri di Bawah Bayu apabila Mantan Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah, Datuk Peter Pang En Yen yang begitu berani tanpa toleh kiri dan kanan, terus meleraikan ikatan keahliannya dari LDP dan tidak berparti dikekalkan terus memegang semula semua jawatannya dalam Kabinet Negeri.

Bukan sahaja keputusan mengekalkan kedudukannya yang tidak diterima secara logik, bahkan sekonyong-konyong pada hari itu juga pengistiharan Peter Pang keluar LDP telah disambut oleh ulasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan pemimpin itu akan menyertai Parti Gerakan sebuah lagi gabungan BN berasal dari Semenanjung.

Timbalan Presiden Parti UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing yang mempersoalkan adakah BN sebelum ini telah membuat perubahan terhadap dasarnya yang membenar dan menghalalkan seseorang ahli BN secara mendadak masuk parti lain dalam BN tanpa diputuskan dalam mesyuarat gabungan itu.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Kawasan Tuaran, perkembangan mutakhir politik Sabah yang sewenang-wenangnya membuat perubahan menerima ahli parti BN ke dalam parti gabungannya yang lain satu tindakan melucukan, yang akhirnya boleh menjejaskan semangat setiakawan dan perkongsian kuasa yang dilaung-laungkan BN selama ini.

Parti gabungan BN di Sabah, termasuklah juga Parti Bersatu Sabah (PBS) sebuah parti yang mempunyai kedudukan kerusi kedua terbanyak di belakang Umno, menyampaikan rasa bimbang kepimpinannya dengan keputusan yang boleh menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN, jika amalan menerima ahli BN dari parti gabungan BN yang lain dilakukan sedemikian rupa dikhuatiri akan menimbulkan tarik menarik ahli di kalangan gabungan BN pada masa hadapan.

Ini sekaligus pada pandangan beberapa orang penyokong BN Sabah boleh diperlekehkan oleh parti pembangkag. Jadi seeloknya, jika Peter Pang meletakkan jawatan kabinetnya, berasaskan Kouta Cina, maka adalah lebih wajar kekosongan itu diberikan kepada salah sebuah parti yang berasaskan Sabah dan jika benar Peter Pang mengunakan Parti Gerakan parti berasal dari Semenanjung sebagai platform untuk terus berjuang dalam politik, maka dia tidak layak lagi.

Sehubungan dengan apa yang berlaku terhadap Peter Pang yang terang-terang tidak berparti masih berada kekal dalam jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, maka dibimbangi perlakuan atas kehendak Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman itu akan menjadi satu kebiasaan serta ikutan parti lain dalam BN.

Rentetan itu apabila ada sahaja ahli yang menghadapi krisis politik dalam partinya maka ia akan lantas menyertai parti BN yang lain.

Seandainya keputusan tangkap muat ini menjadi landasan dan dasar BN akhir-akhir ini, membolehkan banyak pihak membuat pandangan bahawa ia satu petanda yang parti pemerintah ini membuka ruang seluas-luasnya untuk menjurus ke arah krisis dalaman dan akibatnya kelak BN akan kehilangan sokongan di kalangan rakyat yang tidak lagi yakin pada satu Saf pimpinan yang tidak beretika dan berprinsip.

Sehubungan dengan itu mungkin tidak terlambat kepada pimpinan BN mengkaji baik buruk keputusan Musa untuk mengekalkan Peter Pang pada jawatannya meskipun tidak berparti. Walaupun keberanian Peter Pang atas kehendak untuk kebaikan politik ‘Bos’ yang disokongnya dalam kerajaan sebagai Ketua Menteri.

Meskipun demikian penerimaannya, tanpa ada persetujuan konkrit dari Parti Gabungan BN sendiri seperti PBS, UPKO, PBRS, MCA dan MIC; terkecuali Parti Gerakan yang menyatakan menerima Peter Pang dengan slogan ‘Kecil Tapak Tangan Padang Bola Ditadahkan’ adalah bukan prinsip dan konsep sebenar yang dipraktikkan BN.

Oleh: HAJI GHULABDIN ENJIH (sabahkini)

35 comments:
Write comments
  1. BN telahpun goyah disebabkan oleh krisis dalaman yang dimulakan oleh LDP. isu berkaitan dengan tindakan Pang dan keputusan yang dibuat oleh Musa Aman tidak perlu dipersoalkan kerana mereka tahu apa yang mereka buat dan sedar risiko yang bakal dihadapi. yang penting sekarang selesaikan isu ini secepat mungkin dan alihkan tumpuan kepada isu2 yang menjadi kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya BN tetap berdiri teguh kerana, jika kita lihat secara terperinci, hanya Chin sahaja yang memperlihatkan ketidak puasan hati terhadap CM, tapi bagi ahli yang lain keadaan tidak seperti apa yang dirasakan oleh Chin..

    ReplyDelete
  3. Dan lagi berkaitan dengan jawatan Pang yang dikekal kan saya rasa itu tidak menjadi masalah kerana bukan beliau yang bermasalah dan bukan beliau yang membenci Datuk Musa...

    ReplyDelete
  4. rasanya BN masih lagi kukuh di Sabah..namun, isu yang timbul perlulah diselesaikan agar keadaan menjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Pekara ini tidak harus digalakan atau dilakukan. PM patut memberi nasihat kepada pihak yang terlibat. Ini telah mencipta satu arus yang tidak sihat.

    ReplyDelete
  6. BN tidak akan terjejas dengan insiden ini. Pekara kecil cuma kompenan BN yang terlibat.

    ReplyDelete
  7. memang pelik umno/BN ni yang tiada parti pun boleh pegang jawatan besar2 dlm kerajaan. tengoklah murugiah, yang terbaru timbalan ketua menteri sabah pula takda parti tapi musa kata ok tiada masalah dan disokong la pula. ayaaaa..apa punya kerajaan BN tunggang tebalik mcm cerita p ramlee punya cerita..nampak sangat BN semakin terdesak nak urus parti pun tak boleh inikan pula nak urus rakyat? ini macam pun rakyat masih harap lagi kah? apapun tak heran la dgn BN ini, penuh dgn pemimpin angguk2 geleng2.. kalau kira betul, duit gaji si murugiah sama timbalan ketua menteri sabah adalah haram sbb ada jawatan dlm kerajaan tapi entah dari parti mana org pun tak tahu.

    ReplyDelete
  8. Raymond Tan juga tidak berparti buat seketika.

    ReplyDelete
  9. Memang kecewa kerana Datuk Peter menerima BN daripada LDP. Harap beliau tahu apa beliau sedang buat.

    ReplyDelete
  10. Saya yakin tindakan Musa adalah yg terbaik utk semua pihak. Si Chin yang patut kena ketuk sikit ba supaya dia sedar, sikapnya telah menimbulkan huru hara.

    ReplyDelete
  11. Pasal BN goyah, tu no komenlah.. Kita tunggu ja next GE nanti!

    ReplyDelete
  12. Betul Antanum. Si Pang kan setia, so dia patut dipertahankan. Individu yg tak tetap pendirianlah yang sepatutnya kena leter... bukannya si Pang.

    ReplyDelete
  13. Komponen parti BN yang lain pun harus matang dan bersedia menerima seadanya setiap perubahan.. Saya yakin pasti ada hikmah di sebalik semua yg berlaku.

    ReplyDelete
  14. Apapun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan baik :)

    ReplyDelete
  15. Musa telah menyatakan bahawa Pang akan dikekalkan jawatannya dalam kerajaan negeri sehingga diputuskan dalam mesyuarat parti2 komponen BN bagi membincangkan isu tersebut. jadi tunggu sajalah keputusan mesyuarat itu.

    ReplyDelete
  16. budaya tarik menarik ahli harus dihapuskan sekiranya BN ingin terus kukuh di sabah.

    ReplyDelete
  17. Bn harus berpegang teguh pada prinsipnya. sekiranya tidak, peluang untuk PR menjadi kerajaan akan lebih cerah. keyakinan parti2 komponen Bn terhadap ketelusan Bn di sabah harus diperkukuhkan.

    ReplyDelete
  18. jika datuk pang meletak jawatan maka wajar diberikan kekosongan itu pada parti komponen BN lain berasaskan sabah.

    ReplyDelete
  19. diharap isu ini akan diselesaikan secara adil dengan mengambil kira kepentingan parti2 komponen BN lain di sabah dan bukannya semenanjung..hak kita sebagai rakyat sabah harus dipertahankan.

    ReplyDelete
  20. sudah terlambat utk sabah kalau mau cakap pasal urus parti/negeri sendiri. umno/bn sudah mengawal sabah sepenuhnya. sesiapa yang berani melawan, alamat kering kontanglah periuk nasinya. sekarang inipun, umno sedang berusaha merebut beberapa lagi kerusi disabah. bukalah mata korang luas2 nescaya korang akan nampak apakah motif sebenar umno di sabah. sungguh bertuah org sarawak yang menolak cubaan umno bertapak disana. mereka sudah meramal apa akan berlaku kepada sarawak kalau umno dibenar bertapak. sebenarnya saya agak hairan sbb org sabah yg berbangsa dusun, kadazan, bajau, rungus, murut dsb sangat seronok menjadi ahli umno sedangkan mereka ini bukan bangsa melayu, kenapa tak pilih pbs kah atau upko? UMNO ialah Parti Melayu. UMNO hanya sesuai di semenanjung sebab mereka ini mmg org melayu. tapi kita, kenapa tak sokong parti tempatan sendiri? inilah kesilapan yang sangat besar dilakukan pemimpin yang tamak kuasa satu ketika dulu sanggup buat apa saja untuk kepentingan sendiri. sudah sampai masanya org tempatan sabah menjadi org yang berani bertindak merubah semua ini. sesiapa org tempatan yang mampu, buatlah parti tempatan yang baru dan bertanding disemua kerusi ADUN. kita kena menangkan parti itu. lepas menang, biarlah kekal dalam parti pemerintah. kita kena tolak apa2 parti import dari semenanjung tak kiralah PKR, PAS, DAP, UMNO, MCA dsb. sampai bila lagi sabah bertahan dalam keadaan seperti sekarang. tak malukan org2 sabah seumur umur dilabel sebagai penghuni atas pokok dan tahu minum tapai saja?

    ReplyDelete
  21. Tidak salah kita mahu menyokong parti bukan tempatan. Tapi rakyatmesia jangan silap, orang dalam UMNO SABAH itu adalah orang tempatan bukan orang semenanjung. Jadi tidak salahkan kita memmilh dan mengundi mereka. lagi pun sebab utama kenapa mereka memilih UMNO, kerena kita tahu mereka ini akan dapat membantu dan bersatu dengan PARTI sabah untuk menolong rakyat yang memerlukan pertolongan. Pastikah sekiranya parti tempatan akan dapat membantu dengan sepenuhnya untuk rakyat. Kita pun tidak pasti akan kebenarannyakan, jadi apa salahnya yang kita sokong sesuatu yang kita betul tahu akan kebenaranya sekarang dan dapat membantu kita.

    ReplyDelete
  22. walaupun datuk Peter Pang keluar dari LDP, namun beliau tetap terus memegang semula semua jawatannya dalam Kabinet Negeri. hal ini hna sementara sehingga kata putus mengenai status beliau diperbincangkan. apapun apa yang berlaku ini tidak akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap BN.

    ReplyDelete
  23. Ini keputusan kerajaan negeri untuk mengekalkan jawatan Peter Pang. Lagipun Peter Pang keluar daripada LDP kerana ingin terus bekerjasama dengan kerajaan Sabah dan juga BN.

    ReplyDelete
  24. Tidak ada salahnya Datuk Peter Pang untuk terus kekal jadi kabinet menteri walaupun telah keluar parti LDP. Ini supaya tidak menyusahkan untuk merombak balik kebinet dan sebagai pemimpin yang mementingkan kerajaan haruslah lebih diberikan perhatian sebaiknya.

    ReplyDelete
  25. Datuk Peter Pang masih lagi kekal menjawat jawatannya dalam kabinet negeri sabah. tak perlu nk dipertikaikan, walupun beliau keluar LDP, namun sokongannya terhadap BN masih kukuh.

    ReplyDelete
  26. No, I don't think so. He vows to do the best for Sabah.

    ReplyDelete
  27. Mengapa harus mempertikaikan kehilangannya? Jangan hanya nila setitik, rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  28. untuk badrul, apa yang umno sudah buat untuk puaskan hati rakyat sabah? rasanya jauh panggang dari api. salah satunya org sabah mahu suruhanjaya diraja ditubuh utk menangani masalah PTI tapi hisamuddin kata tak payah. apa ni? PTI ialah masalah paling besar disabah. kerana merekalah hidup rakyat sabah dalam ketakutan dek kelakuan samseng para pendatang. anak2 mereka sudah mula bersaing dgn anak tempatan dalam apa saja bidang. jual syabu merekalah pengasasnya. mmg umno dlm sabah adalah org tempatan tapi bos umno ialah org melayu yg duduk di semenanjung dan apa2 urusan kena tanya bos sbb KM sabah ialah umno. sudah terbukti bahawa parti tempatan lebih baik dan mampu mengurus rakyat. tengoklah di sarawak berkali ganda lebih maju drpd sabah. kalau umno sangat bagus, kenapa rakyat sarawak menolak umno? Kerajaan persekutuan telah menubuhkan JPPS disabah sebagai saluran untuk mengagihkan peruntukan pembangunan di sabah kalau tak silap saya. ini buktinya kerajaan pimpinan umno langsung tidak menghormati kerajaan negeri walaupun ketua menteri adalah umno. apa semua ni? itulah sebabnya sabah masih dalam katagori negeri miskin gara2 pengurusan umno di peringkat pusat dimana sebahagian besar peruntukan negeri disalurkan melalui JPPS sbb itu kerajaan negeri hampir tak boleh buat apa2 pembangunan kerana kekurangan peruntukan. setahu saya, JPP ini ditubuhkan dinegeri ditadbir pembangkang sahaja. jadi, ini bermakna umno masih menganggap sabah sebagai pembangkang. adilkah? umno sabah pula tak berani bersuara kerana kerana tetlalu menghormati bosnya yang duduk di semenanjung.

    ReplyDelete
  29. Kita hormat keputusan KM yang diberi mandat melantik ahli kabinet yang dapat bekerja sama dengan beliau.

    ReplyDelete
  30. Peter Pang masih dalam BN dan akan menyertai salah satu parti komponen dalam BN. Tidak perlu dipertikaikan keputusan KM untuk mengekalkan jawatan Peter Pang.

    ReplyDelete
  31. I don't treat it as a problem. There are more capable leaders in the coalition, though.

    ReplyDelete
  32. Thanks Huda. We should move on and put more focus on the coming GE. Instead of keep questioning on his departure, it will be lovely if we move to another state of mind.

    ReplyDelete
  33. Siapa kata goyah? Kehilangannya bukan penanda aras bahawa BN sudah kiamat.

    ReplyDelete
  34. Tidak jadi masalah bagi BN Sabah samada Peter Pang terus menjawat jawatan TKM atau tidak. Kalau nak gantikan beliau, ramai yang layak dalam BN. Kalau tidak ganti, ok juga bah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.