ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.
Allahyarham  dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke  hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.
Menurut laporan Bernama,  Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital  Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63,  meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.
"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.
Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
Kali  terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad  Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.
Allahyarham  juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila  berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani  pembedahan ulser usus.
Sementara  itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata  Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa  ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan  meninggal dunia ketika diberi rawatan.
"Menurut  pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan  pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak  sedarkan diri," katanya.
Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri  majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh.
Dikebumikan esok
Beliau berkata jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Taram, Kerdau selepas Zohor esok. 
Perkembangan  itu menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-16 bakal diadakan selepas  pilihan raya umum 2008. Ia adalah pilihan raya kecil pertama di Pahang.
Mengikut undang-undang pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) mesti mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari.
Ketika  ini, parti-parti politik sibuk membuat persiapan bagi pilihan raya  kecil ke-15 bagi mengisi kekosongan kerusi dewan undang negeri Merlimau,  Melaka akibat kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan kerana sakit  jantung.
Zaharuddin, 63,  menang kerusi DUN Kerdau  pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon  PAS, Hassanudin Salim.
12 wakil rakyat meninggal dunia 
Kawasan  tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6  peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus kaum-kaum lain.
Sejak  pilihan raya umum 2008, 12 wakil rakyat telah meninggal dunia akibat  pelbagai penyakit termasuk serangan jantung, kanser, angin ahmar dan  jangkitan paru-paru.
Daripada baki itu, tiga pilihan  raya kecil terpaksa diadakan selepas wakil rakyatnya mengosongkan kerusi  masing-masing - iaitu di paerlimen Permatang Pauh dan kerusi negeri di  Penanti dan Bukit Selambau.
Pilihan raya kecil pula  terpaksa diadakan di parlimen Batu Sapi apabila penyandangnya, Datuk   Edmund Chong terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
Jumlah pilihan raya kecil sepanjang tempoh tiga tahun lalu ini dianggap antara yang tertinggi dalam sejarah pilihan raya negara. -MK




Ujian kesihatan sememangnya diperlukan sebelum seorang calon dibenarkan bertanding. Buang masa dan buang duit jika kita perlu mengadakan pilihanraya kecil lagi.
ReplyDeletetakziah kepada keluarga Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
ReplyDeletePilihanraya kecil akan diadakan sekali lagi.. adakah BN akan mengunguli sekali lagi???
ReplyDeletetakziah kepada keluarga mangsa.. selepas Galas, Tenang, Merlimau, mungkin sekali lagi PAS akan bertemu Umno di Kerdau.
ReplyDeleteTakziah kepada keluarga mangsa.
ReplyDeleteNampaknya ada lagi PRK yang bakal dijalankan.
ReplyDeleteApapun takziah pada keluarga Allahyarham.
Ini peluang rakyat mengundi pemimpin yang mereka rasakan layak mengisi kekosongan itu.
ReplyDeleteBanyak sangatlah pilihan raya kecil di negara kita.
ReplyDeletesemoga roh nya di cucuri rahmat
ReplyDeleteMalaysia mungkin negara yang paling banyak PRK di seluruh dunia.
ReplyDeleteKenapa kebanyakan ADUN tidak mampu duduk lama?
ReplyDelete