NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari  ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang  didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib  Mahmud dan keluarganya.Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia,  10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di  Hong Kong, empat di  Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey  dan dua lagi di United Kingdom.
"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah  dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan  membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.
Senarai itu disiarkan di lamanweb anti-rasuah barunya dan dikemaskini dari semasa ke semasa.BMF  juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di  negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan  keluarganya serta membekukan aset mereka.
Petisyen  itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British  Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan  Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang  mempunyai keahlian 139 negara.
Antara syarikat  Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya  Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti  Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.Sesetengah  syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan  terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal  Mulu Resort dan empangan Murum.
Sebahagian besar  firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam  hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang  berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara-negara UNCAC
Dokumen yang disiarkan oleh lamanweb Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.Juga  disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang  didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.
Gesaan  yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah  untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang  telah melarikan diri ke luar negara.
Semua negara,  termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF  itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen  Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).
Semua  negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain  dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu  dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke  atas orang yang dituduh. -MK




Beruntunglah seluruh rakyat sarawak, kerana mempunyai Ketua Menteri yang kaya raya....sekurang2nya rakyat sarawak tidak menggangur.
ReplyDeleteberuntungla sarawak kerana mempunyai seorang menteri yang kaya kerana menipu...sekurang2nya tujuh generasi taib makan tak habis. kesian betul dengan orang sarawak...harta rakyat dikautnya. di sabah macam mana a?
ReplyDeleteSabah, gilang gemilang, rakyat hidup aman, aman dan makmur. tiada kemiskinan, tiada kebuluran, sehinggakan pendatang sama-sama hidup mewah dan bergaya. tak percaya datanglah ke sabah bumi dibawah bayu.
ReplyDeletedi sabah tiada kemiskinan? dtg kpg sy semporna area parlimen datus safie afdal klu nk tgok org miskin makan x makan..
ReplyDelete