Kekecohan di kampus induk Universiti Putra Malaysia semalam sememangnya  tidak pernah disaksikan selama ini. Ribut politik mahasiswa yang melanda  Universiti Putra Malaysia, salah satu universiti tertua di negara ini,  kelihatan reda dengan begitu cepat. Tidak sampai 24 jam — ribut yang  bertiup kencang berakhir dengan penyelesaian segera.
Pengurusan  Universiti Putra Malaysia menyelesaikan isu yang muncul ini dengan cepat  tetapi terpaksa tunduk kepada desakan pelajar-pelajar yang kecewa  dengan keputusan membatalkan kelayakan calon-calon yang bertanding —  jumlah yang ramai dalam sejarah universiti itu.
Maklumat  diperoleh menunjukkan keputusan pembatalan status calon termasuk yang  menang dilakukan tanpa inkuiri yang sewajarnya — bermakna adil dan  seimbang — memberikan peluang kepada pengadu dan pihak yang diadu. Satu  aduan membawa kepada pembatalan 33 pelajar, kata seorang pemimpin yang  dihubungi The Malaysian Insider.
Ini bukan kali pertama “krisis”  pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) menjadi perhatian khususnya di  UPM yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia.
Ada  pelajar yang sanggup bermalam di Bangunan Canselori Universiti Putra  Malaysia untuk mendapatkan pembelaan daripada Timbalan Naib Canselor Hal  Ehwal Pelajar, yang akhirnya membawa kepada kekecohan ekoran perubahan  pendirian keputusan yang dicapai dalam menyelesaikan isu berkenaan.
Awal tahun lalu calon-calon yang dilabel Pro Mahasiswa juga berhadapan dengan masalah yang sama.
Kali ini alasan digunakan calon-calon tidak boleh berkempen secara berkumpulan.
Ia antara beberapa syarat yang disenaraikan dalam proses pilihan raya kampus awam di negara ini.
Difahamkan di sesetengah universiti, calon pemilihan kampus dilarang daripada berkempen menggunakan media-media baru.
Nampaknya generasi muda alam siber ini memberontak.
Kekecohan juga disaksikan menjelang pemilihan MPP Universiti Malaya, gara-gara kerana pertikaian mengenai status calon.
Sudah lama pusat-pusat pengajian tinggi awam tidak digemparkan dengan tindakan-tindakan seperti itu.
Lebih  dua dekad yang lalu demonstrasi di universiti, sudah pasti hanya  universiti awam, bukan satu perkara baru. Ketika temu bual untuk akhbar  makmal hampir 20 tahun lalu, seorang timbalan naib canselor Universiti  Kebangsaan Malaysia pernah mengakui demonstrasi membabitkan penuntut  universiti berkait rapat dengan ideologi politik masing-masing. Tetapi  demonstrasi seumpama sudah lama tidak disaksikan.
Kini ia wujud kembali.
Sudah  pasti ada sebabnya. Di mana kesilapannya? Jawapan mudah: ada kekurangan  dan kelemahan dalam sistem pemilihan yang penuntut tidak dapat  menerima. Ini tidak kira sama ada ia membabitkan kepentingan penuntut  dari kumpulan Pro Aspirasi, Pro Mahasiswa ataupun kalangan bebas.
Hari ini nasib pelajar Pro Mahasiswa. Esok calon Pro Aspirasi!
Soal calon-calon yang melabelkan diri mereka sebagai wakil kumpulan tertentu juga bukan satu perkara baru. Ia sudah lama wujud.
Sama  ada orang ramai dapat menerima aspek ini ataupun sebaliknya,  perkembangan terbaru ini juga berkait rapat dengan tempias landskap  politik nasional.
Walaupun keputusan pemilihan sesi 2010/2011  tidak akan mempengaruhi pilihan raya umum nasional, tetapi ia akan tetap  membawa sedikit sebanyak kesan sampingan.
Melihat kepada  kekurangan dan kelemahan yang wujud, sudah tiba masanya Kementerian  Pengajian Tinggi, walaupun universiti-universiti awam mempunyai kuasa  autonomi untuk menguruskan hal ehwal masing-masing, tetapi melakukan  sesuatu untuk membetulkan keadaan.
Justeru, Kementerian Pengajian  Tinggi perlu menggerakkan usaha mengkaji semula sistem dan prosedur  mengendalikan pilihan raya kampus supaya tiada campur tangan, yang  dilihat keterlaluan pengurusan universiti mengendalikan pilihan raya  kampus.
Antara lain serahkan sahaja urusan ini kepada pelajar  sendiri. Biar mereka yang mengendalikan pilihan raya kampus. Apatah lagi  golongan pelajar itu sendiri membabitkan diri secara langsung dan tidak  langsung dalam politik nasional, yang lebih mencabar, satu hari kelak.  Universiti harus mula melatih mereka, bukannya mengawal keupayaan  mereka.
Pengurusan universiti tidak wajar campur tangan dan  memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini mesej yang jelas daripada  kejadian di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia.
Di  sesetengah universiti proses pemilihan berjalan dengan lancar dengan ada  yang dimenangi oleh calon Pro Aspirasi atau Pro Mahasiswa.
Bermakna  ada kelainan dari segi pengurusan dan juga sikap tidak berkecuali  pengurusan universiti yang terlibat dalam urusan pilihan raya.
Sekiranya  sesetengah sekolah rendah dan menengah sudah mula mengadakan pilihan  raya di kalangan murid demi persediaan masa depan, sistem pilihan raya  kampus seharusnya menjadi contoh kepada landskap politik kebangsaan.
Jangan kongkong dan jangan meletakkan kawalan terlampu dalam soal pengendalian pilihan raya. -TMI
Friday, February 25, 2011
Mahasiswa bangkit amaran awal IPTA perlu dinamik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Politik mahasiswa juga mendapat perhatian orang ramai.
ReplyDeletemahasiswa tak perlulah nk agresif sangat. tumpukan perhatian pada pelajaran.
ReplyDeleteCuba bayangkan apa akan berlaku jika semua graduan sudah tamat pembelajaran, dengan aksi mereka ini!
ReplyDeleteHarapkan mereka ini agar bertemadun, nampaknya mengecewakan. Mereka lebih mengambil cara penyelesaian yang salah. Bagaimana untuk menjadi pemimpin masa hadapan?
ReplyDeletekekecohan bukanlah cara penyelesaian yang baik. ini hanya memberikan imej yang buruk kepada golongan mahasiswa itu sendiri.
ReplyDeleteapa yang berlaku tidak menunjukkan kematangan dan sikap profesional. harap pekara seperti ini tidak berlaku lagi.
ReplyDeleteThose students should act professionally. Being aggressive wouldn't solve anything.
ReplyDeleteI can imagine how the politic scene will look like if these students graduate and involve in politics.
ReplyDeleteSemoga masalah ini dapat ditangani oleh pihak tertentu.
ReplyDeleteini baru politik mahasiswa. macam2 yang berlaku sehingga ada ugutan berbentuk jenayah dan pelajar hilang. apa pula akan jadi jika saranan pembangkang mahu pelajar terlibat dengan politik negara?
ReplyDeletemahasiswa ni buat apa nk agrasif sangat, ia tak membantu pun dalam pelajaran. kita dihantar ke IPT untuk belajar bukan membuat kecoh seperti ini.
ReplyDeletePerkara sebegini tak sepatutnya berlaku di kalangan mahasiswa. Sebagai mahasiswa mereka sepatutnya mencari jalan yg lebih profesional tanpa perlu menimbulkan kekecohan.
ReplyDeleteSemoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya:)
ReplyDeleteBiarlah mereka membuat keputusan sendiri, sebagai mahasiswa yang berpelajaran, takkan mereka tidak tahu apa yang patut dibuat?
ReplyDelete