Kerajaan Pulau Pinang Pakatan Rakyat (PR) memutuskan untuk menyaman Ahli  Dewan Undangan Negeri Umno kerusi Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan  Utusan Malaysia kerana terus membuat fitnah mengenai isu risalah My  Balik Pulau kononnya lupa sejarah dan menghina orang Melayu.
Sehubungan  itu, Ketua Menterinya Lim Guan Eng (gambar) berkata, beliau telah  melantik firma guaman Karpal Singh & Co untuk menguruskan saman  fitnah ke atas kedua-dua pihak berkenaan.
“Kerajaan  negeri Pulau Pinang akan melantik syarikat guaman Karpal Singh untuk  keluarkan saman malu atas Adun Umno Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan  Utusan Malaysia dengan fitnah mereka pada 2 Februari lalu bertajuk  bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengedarkan buku risalah My  Balik Pulau.
“Dalam laporan bertajuk Lupa Sejarah, Hina Melayu,  kerajaan negeri PR Pulau Pinang didakwa mengedarkan risalah yang  memperlekehkan sumbangan dan peranan orang Melayu di Balik Pulau,” kata  beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Lim berkata,  Utusan Malaysia milik Umno telah terus mangadu-dombakan isu itu dengan  laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen  perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya mahu  meminggirkan sumbangan orang Melayu.
“Umno, Farid dan Utusan  Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah My Balik  Pulau tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama,”  katanya, Lim berkata, risalah itu diluluskan oleh kerajaan negeri  Barisan Nasional (BN) sebelum era 8 Mac 2008 dan sebelum PR mengambil  alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.
“Maka Farid patut tahu  kerana beliau adalah sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri  lama. Lagipun beberapa penyokong kuat Umno beliau adalah penyumbang ke  atas keluaran My Balik Pulau ini,” katanya lagi.
Lim menambah,  sungguhpun kerajaan negeri telah menjelaskan perkara itu dan meminta  Farid menarik balik dan meminta maaf atas sifat perkauman antibukan  Melayu dengan pembohongan dan fitnah yang menganiayai kerajaan negeri  Pulau Pinang atas sesuatu yang bukan salahnya, Farid enggan buat  demikian.
Sebaliknya kata beliau, Utusan Malaysia meneruskan  laporan palsu yang mendakwa kerajaan negeri mengeluarkan risalah My  Balik Pulau yang sebenarnya dikeluarkan oleh Umno dan kerajaan  persekutuan.
“Oleh itu kerajaan negeri telah membuat keputusan  pada mesyuarat Exco minggu lepas untuk saman malu Adun Umno ini kerana  telah menggembar-gemburkan risalah My Balik Pulau dengan sentimen  perkauman di Utusan Malaysia yang membuat laporan besar bertajuk ‘lupa  sejarah, hina Melayu’,” kata Lim.
Lim yang juga Setiausaha Agung  DAP Kebangsaan berkata, penasihat undang-undang negeri telah  menasihatkan agar beliau sebagai Ketua Menteri mengeluarkan saman malu  untuk mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Dalam keghairahan  buat serangan hentam-keromo ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang  semua fakta dan kebenaran dilupai dan dibelakangkan.
“Sungguhpun  yang bersalah adalah BN/Umno dan kerajaan persekutuan sendiri, serangan  bertubi-tubi dijalankan ke atas kerajaan negeri PR Pulau Pinang yang  dimangsakan sebagai kembiri hitam,” kata beliau lagi.
Lim  menambah, kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan berdiam diri dan  menanggung lagi kesalahan orang lain, khususnya Umno yang “jahat seribu  jahat ini.”
“Politik rasis dan benci-membenci Umno dan BN untuk  menutup skandal rasuah mereka mestilah dilawan berhabis-habisan, yang  jelas sebagai reaksi terhadap pembongkaran skandal RM30 juta Pulau  Jerejak yang berlaku di bawah Tan Sri Koh Tsu Koon yang serahkan Pulau  Jerejak habis kepada UDA,” katanya lagi. -TMI
Tuesday, February 15, 2011
My Balik Pulau: Pulau Pinang Saman Adun Umno & Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Diharapkan rakyat akan membuat penilaian sewajarnya mengenai perkara ini.
ReplyDeleteItulah lain kali kena tahu batas2 anda. Jangan main cakap saja tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh.
ReplyDeleteberani buat berani tanggung! Siasat perkara dengan segera. Jika betul jangan teragak2 untuk mengambil tindakan.
ReplyDeleteterserah kepada setiap individu untuk menilai pekara ini.
ReplyDeletetunggu dan lihat siapa yang sebenarnya bersalah. kebenaran pasti akan diketahui juga.
ReplyDeleteHarap perkara ini tidak akan jadi lebih serius lagi.
ReplyDeletemenyaman Utusan dan Farid hanyalah taktik lama yang sudah basi, apabila kita sebut bab saman kita perhatikan ia hanyalah gertakan semata2, Guan Eng hanya berkata akan menyaman. AKAN menyaman tidak bererti mereka akan meneruskan saman.
ReplyDeletealasan kononnya risalah My Balik Pulau datangnya dari kerajaan BN adalah tidak munasabah kerana end product yang dihasilkan adalah datang dari pentadbiran DAP Pulau Pinang. malah risalah tersebut adalah terbitan 2010.
ReplyDeleteTapi risalah itu siapa yang luluskan??Risalah itu yang patut disaman dan orang yang meluluskannya. Memang di Pulau Pinang masalah orang melayu semakin menjadi-jadi, adakah kerana DAP yang memerintah.
ReplyDeleteUtusan malayu dah banyak kali kalah dalam saman malu mungkin tak buat homework sebelum itu asyik ikut sahaja orang bagi tau.Dunia sekarang mudah dapat maklumat dan orang dah mula menilai berita2 fitnah nie
ReplyDeletePandai2lah rakyat menilai perkara ni. Kalau bab saman menyaman ni, no komen lah. hehe
ReplyDeleteSemoga hal ni akna dapat diselesaikan sebelum menimbulkan ketegangan yang lebih teruk.
ReplyDeleteJanganlah kita pergi jaga tepi kain orang lain. Biar mereka selesaikan masalah ini dengan cara sendiri.
ReplyDeletebiarlah mereka selesaikan sendiri hal ini.
ReplyDeleteutusan melayu mana ler ada org nak beli lagi. orang2 dungu saja percaya dengan utusan, berita harian, tv3 suku... bak kata pepatah " cuma result no ekor saja yg boleh percaya di dlm paper zaman sekarang ni"
ReplyDeleteTiga lagi laporan polis isu risalah myBalik Pulau
ReplyDeleteOleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2011/02/19
Edaran terbitan gugat keharmonian kaum, hina orang Melayu
KEPALA BATAS: Dua lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seorang individu membuat laporan polis berhubung pengedaran risalah, myBalik Pulau yang didakwa mengandungi fakta sejarah diragui serta menghina orang Melayu.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Pulau Pinang, Gerakan Belia 4B Pulau Pinang dan Firus Che Man membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU), di sini kira-kira jam 10 pagi semalam.
Laporan berkenaan masing-masing dibuat Firus; Naib Yang Dipertua PERKASA Pulau Pinang, Sheikh Harun Rashid dan Bendahari Gerakan Belia 4B Pulau Pinang, Anuar Omar supaya polis menyiasat pengedaran risalah terbabit yang dianggap menghina orang Melayu berdasarkan beberapa ilustrasi dipaparkan.
"Contohnya ilustrasi bertajuk 'Chetiar Bank Pertama di Balik Pulau’ yang memaparkan imej seorang lelaki Melayu tidak memakai selipar dengan pakaian tidak terurus manakala individu berbangsa lain pula digambarkan memakai pakaian kemas.
"Apa motif mereka berbuat demikian? Pengedaran risalah ini amat membahayakan dan mampu menggugat keharmonian kaum yang sudah lama terpelihara di negeri ini," kata Firus ketika ditemui, semalam.
Dengan tiga laporan terbaru, sehingga kini 15 laporan sudah dibuat berhubung isu berkenaan.
Risalah diedarkan di sekitar Balik Pulau khususnya di sekolah sejak sebulan lalu sebelum pendedahan mengenainya dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhamad Farid Saad yang menyifatkan tindakan itu cubaan pihak tertentu mengaburi rakyat mengenai sejarah kawasan dihuni majoriti orang Melayu.
Ada lebih 10 kesalahan boleh ditemui dalam risalah promosi pelancongan terbitan Arts Education (ArtsEd) itu, antaranya pelantikan Penolong Pegawai Daerah (ADO), Stanley Steward pada 1939 sebagai pegawai pertama yang tidak tepat kerana jawatan itu diisi Mohd Hussin Abdul Halim sebelum itu.
Ilustrasi dipaparkan juga didapati mengguris hati orang Melayu antaranya pada muka surat dua yang menunjukkan orang Melayu diajar memanjat pokok kelapa oleh seekor monyet dan pada muka empat pula, orang Islam digambarkan seakan-akan cuba memancung leher lembu pada Aidiladha.
Boikot utusan Malaysia.
ReplyDelete