
Nasib kira-kira lebih dari 50 keluarga yang mendiami di sekitar Kampung  Tudan yang masih tidak mendapat hak tanah milik kekal semakin mendapat  perhatian umum dan juga pihak NGO. Semalam, sebuah NGO yang baru  ditubuhkan untuk membela nasib rakyat dalam isu tanah telah hadir untuk  mendengar sendiri masalah penduduk kampung terbabit, Seketariat Menuntut  Hak Tanah Rakyat (HAK) telah mengadakan sesi aduan rakyat di kampung  tersebut.
Sesi aduan rakyat itu, diadakan bagi tujuan membantu pihak  penduduk terbabit dalam membuat permohonan tanah dengan pihak berwajib.  Penduduk di sekitar kampung tersebut, dilaporkan telah diarah berpindah  secara paksa rela dari kampung-kampung berhampiran seperti Kampung  Canada Hill dan Kampung Lereng Bukit sejak enam tahun yang lepas.  Pemindahan mereka yang dikatakan dibuat secara paksa itu tidak mendapat  pembelaan yang sewajarnya termasuk tidak mendapat pampasan yang adil.  Tambah mengecewakan lagi, tanah lot penempatan baru yang diberikan  kepada mereka di sekitar Kampung Tudan ini masih tidak mendapat status  hak milik kekal sehingga sekarang.
Penduduk yang ditemui di  majlis aduan rakyat semalam melahirkan rasa kecewa dengan tindakan  lembab pihak berkuasa tempatan dalam usaha membantu menyelesaikan isu  tanah mereka.
“Pihak berwajib kelihatan tidak bersungguh-sungguh  dalam membantu kami. Lebih menghairankan, apabila ada golongan yang  berpendapatan tinggi pun mendapat lot tanah di kampung ini, sedangkan  pada waktu yang sama, kami golongan yang miskin masih tidak diberi lot  tanah kekal” kata seorang ibu tunggal.
Penduduk terbabit juga  jelas bimbang dengan khabar angin yang mengatakan bahawa mereka bakal  diarah pindah ke kawasan baru tidak lama lagi. “Kami bimbang akan diarah  berpindah ke kawasan baru jika hak milik tanah kami masih tidak  mendapat status hak milik kekal” ujar seorang lagi penduduk yang  ditemui.
Menurut penyelaras Seketariat Menuntut Hak Tanah Rakyat  (HAK), saudara Arif yang ditemui semalam, tujuan penubuhan NGO tersebut  bukanlah untuk menjanjikan tanah kepada penduduk, namun seketariat ini  membantu penduduk terbabit membuat permohonan dan bertindak sebagai  orang tengah diantara penduduk terbabit dan pihak berkuasa tempatan.
“Kami  bukanlah wakil kerajaan, yang boleh menjanjikan apa-apa. Kami di sini  sebagai pembantu dan penghubung antara penduduk terbabit dengan pihak  berkuasa tempatan. Yang penting, penduduk bersatu dan berkerjasama dalam  menjayakan permohonan tanah mereka” kata Arif yang ditemui selepas  majlis semalam.
“Tanah Sarawak adalah milik rakyat Sarawak dan Hak  rakyat Sarawak untuk mendapat tanah di negeri ini sepatutnya diberi  keutamaan oleh pihak kerajaan. Kami akan mengadakan tindakan susulan  dengan mengadakan pertemuan dengan pihak yang terbabit secepat yang  mungkin di samping membantu penduduk terbabit membuat permohonan tanah  mereka secara sah dan mengikut undang-undang. Kami berikrar akan  membantu penduduk terbabit dalam usaha untuk mendapatkan hak tanah  mereka” tambah Arif lagi.
Isu tanah Sarawak, yang sering kali  dibangkitkan oleh rakyat sejak beberapa tahun yang lalu tapi masih belum  mempunyai penyelesaian yang sewajarnya sehingga hari ini.
PS:  Sumber berita ini diterima dari pihak NGO Tanah Sarawak untuk diberi  perhatian oleh pihak yang berkenaan agar sesuatu tindakan boleh diambil  dengan segera agar masalah penduduk yang terbabit diberi perhatian dan  pembelaan yang sewajarnya oleh pihak yang berkenaan. 
Pihak  PAS dan Pakatan Rakyat sedia membantu sesiapa saja yang menghadapi  masalah tanah mereka agar usaha mereka selama ini untuk mendapat hak  milik tanah sendiri sewajarnya sudah lama ditunaikan. Kiranya pihak  kerajaan BN benar-benar membantu dan membela rakyat marhaan sepatutnya  perkara semacam ini tidak berlaku lebih-lebih lagi Sarawak tanahnya luas  seluas Semananjung Malaysia. Jangan menyusahkan rakyat dengan bebanan  premium tanah yang tinggi dimana golongan miskin sukar sekali untuk  mendapatkannya. Biarlah berlaku adil untuk semua. Jangan memberi  keutamaan hanya kepada syarikat kroni2 saja sedangkan banyak lagi rakyat  yang belum memiliki tanah sendiri. Bah kalau kerajaan BN sudah tidak  mampu berlaku adil untuk rakyat berilah peluang pada PAS dan PAKATAN  Rakyat pula untuk memerintah Sarawak ini. InsyaAllah pasti ada  perubahan.
Wednesday, February 9, 2011
NASIB PENDUDUK TUDAN TERUS DIBELENGGU KERESAHAN DAN KEBIMBANGAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Semoga mereka mendapat sepatutnya yang menjadi hak mereka.
ReplyDeleteSaya pasti masalah mereka akan berakhir juga. Kesabaran, usaha dan doa jangan sekali2 diabaikan.
ReplyDeletehal ini perlu diselesaikan segera demi kepentingan penduduk.
ReplyDeletepekara ini perlu diselesaikan dengan sebaiknya demi kepentingan semua pihak.
ReplyDeleteharap pekara ini dapat diselesaikan dengan penyelesaian terbaik.
ReplyDeleteJanganlah ambil kesempatan terhadap penduduk kampung..
ReplyDeleteharap hak2 penduduk akan terjaga.
ReplyDeleteHarap nasib penduduk akan terbela.
ReplyDeleteMemang hak mereka ini perlu dibela. Mana wakil rakyat kawasan berkenaan??
ReplyDeleteDiharapkan pihak berkuasa akan mencampur tangan tentang hal ini.
ReplyDeletebukannya kerajaan tidak melakukan apa2. penempatan mereka sebelum ini adalah penempatan setinggan. bila terlalu banyak setinggan, rakyat yang tidak senang dan mula lah mereka mendesak kerajaan untuk menghapuskan setinggan dan membuka penempatan baru. bila kerajaan buka penempatan baru mula la pula demand itu ini, ditambah lagi dengan hasutan pembangkang, seolah2 kerajaan tidak melakukan apa2. lagipun penempatan itu masih baru dan masih banyak lagi yang perlu diurus dan diberi keutamaan oleh kerajaan.
ReplyDeleteKerajaan memerlukan tempoh tertentu untuk mengatasi masalah menempatkan semua penduduk setinggan berikutan kekurangan dana dan tanah. isu penempatan setinggan merupakan cabaran besar kepada kerajaan. kerajaan sibuk menyelesaikan masalah, pembangkang pula sibuk menggunakan peluang ini untuk mencari masalah disebalik kesibukan kerajaan. sebenarnya penduduk dikampung tersebut bukannya dipaksa berpindah, tetapi sebagai penyelesaian kepada masalah setinggan. takkan baru pindah sudah minta tanah free.. kalau mahu tanah, beli la.. semua pun asal dari miskin, tidak ada yang lahir terus kaya. usahakan untuk meningkatkan taraf hidup sendiri. minta pampasan? siapa suruh buat rumah dikawasan yang tidak dibenarkan atau diharamkan? agaknya apa yang cuba diselesaikan oleh NGO dan pembangkang dalam hal ini??
ReplyDeleteKita tengoklah apa yang NGO ini mampu melakukan bagi penduduk.
ReplyDelete