Kota Kinabalu: Ketika umat Islam sibuk meningkatkan amalan sempena  sambutan Maulidur Rasul, seorang pegawai khas kepada pembantu menteri  negeri ini mengambil kesempatan cuti umum dan Hari Kekasih untuk memadu  asmara bersama pasangannya yang berusia 23 tahun di sebuah hotel murah  di bandar raya ini, awal pagi semalam. Gambar fail
Bagaimanapun,  niat pasangan itu tidak berpanjangan apabila mereka dicekup dalam  operasi khas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS)  sempena Hari Kekasih yang menyasarkan beberapa hotel murah dan rumah  persendirian sekitar bandar raya ini.
Terdahulu,  berdasarkan maklumat, sepasukan penguat kuasa JHEAINS menyerbu sebuah  hotel murah lalu mengetuk pintu bilik pasangan terbabit selama hampir  satu jam sebelum dibuka seorang lelaki berusia 51 tahun yang berpakaian  lengkap.
Sebaik memperkenalkan diri sebagai penguat kuasa JHEAINS  dan meminta izin untuk pemeriksaan, mereka mendapati seorang wanita  juga lengkap berpakaian sedang berselimut di atas katil bilik berkenaan.
Ketika diminta menunjukkan kad kahwin, kedua-dua mereka mengaku belum berkahwin dan tidur bersama di hotel terbabit.
Difahamkan, lelaki berkenaan berstatus bapa tunggal dan mempunyai empat anak manakala pasangannya masih bujang.
Ketika  disoal, gadis itu yang berasal dari Papar mendakwa sudah menjalinkan  hubungan bersama duda terbabit sejak setahun lalu selain mengakui  hubungan mereka tidak direstui keluarga.
Namun, penguat kuasa  JHEAINS menjelaskan kepada mereka bahawa perkara itu bukan alasan untuk  mereka berdua-duaan dalam sebuah bilik hingga sanggup melakukan maksiat.
Terdahulu,  Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Mohd Noor Kasah berkata, dalam  operasi lebih empat jam berakhir kira-kira jam 4 pagi itu, empat lagi  pasangan turut dicekup.
“Paling mengejutkan apabila kami menahan  seorang wanita berusia 50 tahun dalam keadaan berkemban ketika sedang  tidur bersama teman lelakinya yang baru berusia 21 tahun.
“Mereka  ditahan dalam sebuah bilik di asrama pekerja di Putatan selepas  menerima maklumat awam,” katanya ketika ditemui selepas operasi  terbabit. Katanya, pasangan umpama ibu dan anak itu memberi alasan hanya  makan bersama di rumah, tetapi dicekup ketika sedang tidur dalam  keadaan mengaibkan.
“Pada awalnya, suspek lelaki mengaku wanita  berusia 50 tahun itu kakak angkatnya dan sudah menjalinkan hubungan  sejak dua tahun lalu.
“Ketika dicekup, kedua-dua mereka sedang tidur dalam keadaan berpelukan,” katanya.
Katanya,  semua mereka dibawa ke Balai Polis Putatan untuk membuat laporan dan  disiasat mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997.
“Operasi  ini dilakukan bagi mengurangkan pelakuan maksiat terutama ketika umat  Islam seluruh dunia sedang menghayati hari keputeraan Rasulullah SAW.
“Operasi sebegini tidak akan berakhir di sini saja, ia akan berterusan lagi dari semasa ke semasa,” katanya. -hm
Thursday, February 17, 2011
Pegawai Khas Pembantu Menteri Di Sabah Dicekup Khalwat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Bertaubatlah.
ReplyDeleteAduii, napakah makin menjadi-jadi tabiat manusia zaman sekarang... hhhmmm, tapi tu hak mereka la saya tak mahu masuk campur. hehe
ReplyDeleteKalau boleh buatlah secara sah utk elakkan daripada kena cekup. huhu
ReplyDeletekenapa nk buat perbuatan tak bermoral ni, kan lebih baik kahwin sahaja. JHEAINS kena lebih byk lakukan operasi sperti ini.
ReplyDeletekenapa nk buat perbuatan tak bermoral ni, kan lebih baik kahwin sahaja. JHEAINS kena lebih byk lakukan operasi sperti ini.
ReplyDeletemacamana nak kawin berian mahal....nak buat pelamin pun memcecah ribuan..hiasan sewa kemah..makanan pun kak tempah...belanja kawin..belanja sewa hotel untuk keluarga...mana mampu bib..saya cadangkan..JHAEANS berikan SUPSIDI...
ReplyDeleteJHEAINS perlu sentiasa melakukan pemantauan seperti ini bagi membanteras gejala tidak bermoral.
ReplyDeleteberani buat berani la tanggung... mungkin yang lain tu tiada la masalah untuk kahwin. tapi yang paling kesian tu lelaki 21 tahun dengan teman wanitanya 50 tahun.. agaknya masih produktif lagi ka tu ah?? huhu..
ReplyDeleteSemoga perkara ini akan terus dan terus dilaksanakan.
ReplyDeleteKeranalah perbuatan seperti ini menyebabkan anak hasilan luar nikah, masalah pembuangan bayi dan sebagainya.
ReplyDeleteSyabas JAHENS KOTA KINABALU, Pergiatkan lagi oprasi seperti itu setiap hari,. Ttpi kadang2 pihak JAHENS ini pelik juga, kalau ada orang islam mau kawin, ttpi jahens banyak alasan tidak mau dikasi nikah,..ini orang betul2 mau kawin ni,..jahens pula cari pasal, akhirnya pasangan pigi nikah tampat lain bukan jurunikah jahens, tidak pasal2 jahens pigi saman lagi tu pasangan...mana bah yang betul ni,...Orang mau minta dinikahkan Jahens halang,...bila sudah nikah bukan pegawai jahens yg nikahkan, jahens tangkap pula...aneh jahens ni. cuba orang jahens kasi penjelasan mengenai hal ini, di daerah keningau banyak masalah seperti ini berlaku. itu jahens punya jurunikah tidak mau kasih nikah tu orang yg mau kawin.
ReplyDeleteWalaupun ada tentangan keluarga, tapi ini bukan satu alasan yg membolehkan mereka melakukan perbuatan terlarang...tetapi masing2 ada pendapat & kepercayaan sendiri terpulang la kepada mereka untuk ikut atau tidak...
ReplyDelete