Umum sudah pun mengetahui bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan  Negeri (DUN) Kerdau sudah pun diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya  Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan dilangsungkan pada 6  Mac depan serentak dengan PRK DUN Merlimau.
Melihat kepada  keputusan itu, pastinya Barisan Nasional (BN) Pahang mahupun Pas Pahang  sudah merangkan gerak kerja atau jentera parti masing-masing meskipun  dalam tempoh yang amat singkat untuk melakukan persediaan.
Apa  pun, PRK ini harus dilaksanakan sebagai satu proses demokrasi di negara  ini yang mana sesuatu Kerusi DUN ataupun Parlimen perlu diisi apabila  berlaku kekosongan seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan  Negara.
Menyentuh mengenai PRK ini pastinya umum tertanya-tanya  siapakah calon-calon yang layak untuk diletakkan oleh BN dan Pas dan  kredibiliti calon-calon ini pastinya akan menentukan kejayaan kedua-dua  parti yang bertanding.
BN akan mengumumkan calon PRK DUN Kerdau  mereka pada Selasa ini. Malah Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Diraja  Adnan Yaakob sudah pun menyerahan empat nama kepada Pengerusi BN, Datuk  Seri Mohd Najib Tun Razak.
Difahamkan empat nama yang diserahkan  itu adalah Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Syed Ibrahim Syed  Ahmad yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Bekas Adun Kerdau,  Datuk Redzwan Harun, Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Krau, Abdul Razak  Ahmad serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Krau, Norahan Abu Bakar.
Manakala  bagi Pas pula, tiga nama yang difahamkan dipendekkan daripada tujuh  nama pada peringkat awal adalah Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan  Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden Pas, Ketua Dewan Pemuda Pas  Pusat, Nasaruddin Hassan Tantawi serta Ketua Penerangan Pas Pahang,  Hassanuddin Salim yang juga bekas calon DUN Kerdau Pas pada pilihan raya  umum 2008 yang tewas kepada Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim  dari BN.
Bagaimanapun, siapa yang bakal bertemu siapa hanya akan  diketahui pada Selasa (BN) dan Khamis (Pas) ini apabila kedua-dua parti  yang bertanding menentukan calon yang sesuai untuk menggalas cabaran  dalam PRK kali ini.
Adalah sesuatu yang amat menarik mengenai PRK  Kedau pada kali ini apabila Pas dikatakan cuba meletakkan calon popular  yang boleh menggugat BN yang pastinya mahu mempertahankan Kerusi Kerdau  yang mereka menangi sebanyak 13 kali pilihan raya termasuk pilihan raya  kecil Sanggang (1999).
Dengan 8,999 pengundi berdaftar dengan  88.36 peratus adalah Melayu, pastinya mana-mana parti pun tidak berani  mempertaruhkan calon yang bukan Melayu kerana risikonya cukup tinggi.
Malah  umum juga mengetahui bahawa Kerdau merupakan tempat pertama penubuhan  Pas di negeri ini dan di situ jugalah letaknya Markas Pas Negeri.
Seperti  mana yang dikatakan Tuan Ibrahim sendiri, peluang di Kerdau untuk Pas  adalah 50-50 kerana banyak isu-isu boleh dibangkitkan terutamanya  mengenai pembangunan di Kerdau sendiri sepanjang di bawah pemerintahan  BN.
Sama ada isu yang akan dibangkitkan itu relevan atau tidak  hanya rakyat di Kerdau sahaja boleh menentukan sama ada pembangunan yang  diharapkan itu berlaku atau tidak.
Manakala bagi BN pula, peluang untuk mereka menang dilihat agak cerah berdasarkan rekod pilihan raya sebelum ini.
Mereka  pastinya mahukan calon yang popular dan boleh menang bagi menggalas  ‘wasiat’ yang ditinggalkan oleh Zaharuddin sebelum ini.
Penting  bagi BN untuk menjelaskan kepada rakyat Kerdau mengenai pembangunan di  kawasan itu agar keyakinan yang tertanam sebelum ini akan terus hidup  subur di terus segar.
Apa pun segala keputusan terletak di tangan  para pengundi yang akan menentukan siapakah wakil rakyat mereka pada 6  Mac nanti yang pastinya memperlihatkan satu pertandingan yang sengit.
Bagi  BN pula tugas mereka adalah untuk mempertahankan kerusi adalah lebih  penting daripada meningkatkan jumlah majoriti yang diperoleh Zaharuddin  sebelum ini.
Manakala bagi Pas pula, kemenangan pada kali ini  merupakan satu kejayaan menawan kubu BN yang sudah bertahan 13 kali  pilihan raya. -SH
Sunday, February 20, 2011
PRK DUN Kerdau: Siapa lawan siapa?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




Harap setiap parti akan memilih calon yang terbaik sebagai wakil.
ReplyDeleteBagus juga kalau serentak.
ReplyDeletePastikan calon yang terbaik dipilih untuk dijadikan wakil rakyat. All the best!
ReplyDeletePAS dan BN pasti akan memilih yang terbaik untuk dicalonkan.
ReplyDeletesetiap parti pasti akan menurunkan calon terbaik nanti. apa pun semuanya terpulang kepada rakyat untuk membuat pilihan.
ReplyDeleteyang penting setiap calon perlulah berusaha untuk melakukan apa yang terbaik untuk berkhidmat kepada rakyat.
ReplyDeletekita tunggu saja siapa calon yang bakal bertanding di Kerdau nanti.
ReplyDeleteSiapa2 calon yang terpilih, bertandinglah secara adil. Jangan gunakan masalah peribadi sebagai senjata.
ReplyDeleteKepada para pengundi, jadilah pengundi yang bijak. Jangan menilai melalui janji2 para calon tetapi nilailah mereka dari semua segi.
ReplyDeletesaya harap semuanya berjalan dengan lancar bermula dari pemilihan calon sehinggalah kerja2 kempen. banyak faktor lain yang boleh menentukan kemenangan selain dari faktor calon.
ReplyDeleteSiapapun calonnya, bagi saya perkara yang lebih penting ialah rakyat tahu membuat penilaian dan memilih pemimpin yang benar2 layak.
ReplyDeleteSemoga persaingan akan berjalan dengan adil.
ReplyDeleteRakyat sendiri perlu membuat pilihan terbaik.
ReplyDelete