PAS tetap menolak tawaran Kerajaan Umno-BN untuk menggunakan slot Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan manifesto parti Islam itu selama 10 minit dalam PRU13 kali ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, tawaran tersebut bukan melambangkan kebebasan media, tetapi disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan daripada pihak Umno-BN kepada rakyat dan parti-parti pembangkang di negara ini.
Menurut beliau, sekarang bukan masanya lagi untuk pihak Kerajaan Umno-BN mahu menunjukkan mereka mengamalkan kebebasan media, memandangkan tuntutan itu telah dibuat oleh PAS dan Pakatan Rakyat sejak sekian lama.
Malah katanya, semakin diasak ke arah itu, Umno-BN semakin ketara mengongkong kebebasan media, sehingga graf kebebasan media di negara ini berada pada tahap makin rendah dari setahun ke setahun.
"Jadi setelah lima tahun mereka menyerang PAS dan Pakatan Rakyat, kenapa sekarang setelah hampir dengan PRU13 barulah nak beri peluang kepada kita untuk menjelaskan manifesto selama 10 minit?" katanya ketika dihubungi 29 Mac lalu.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr Rais Yatim pada 22 Mac lalu mengumumkan Kerajaan Umno-BN bersetuju memberikan setiap parti masa selama 10 minit untuk mewar-warkan intipati manifesto mereka, menjelang PRU13 kali ini, sebagai menghormati sistem demokrasi di dalam negara ini.
Pada 25 Mac lalu, DAP menerusi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menolak tawaran itu dengan alasan Kerajaan Umno-BN melayan Pakatan sama seperti peminta sedekah, dengan menyifatkan 10 minit waktu siaran tidak memberi apa-apa makna kepada pembaikan kebebasan media.
Menerusi Setiausaha Agungnya, Dato' Mustafa Ali, PAS turut menolak tawaran kerana ruang itu digunakan untuk menyiarkan apa yang rakam, dan bukannya siaran langsung.
Katanya, disebabkan bukan siaran langsung, PAS bimbang siaran yang dirakam itu akan diolah oleh RTM kerana apa-apa kemungkinan boleh sahaja berlaku.
KeADILan pula menerusi Ketua Umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mac lalu turut menolak cadangan itu, kerana tawaran tersebut dianggap sebagai memperolok-olokkan kebebasan media.
Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, penolakan PAS terhadap tawaran itu bukan kerana masa yang diberikan hanya 10 minit, tetapi persoalannya kenapa sekarang dan dalam waktu PRU13?
"Kalau sejam pun masa yang diberikan, PAS akan tolak juga. Sedangkan PAS dan Pakatan Rakyat sudah lima tahun mendesak kerajaan mengamalkan kebebasan media di negara ini, berserta tujuh lagi tuntutan lain Bersih untuk dilaksanakan, tetapi tetap juga tidak diendahkan oleh kerajaan," tegasnya.
Selain akses media yang bebas dan adil, tujuh lagi tuntutan PAS untuk dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah bersihkan senarai undi; mereformasikan undi pos; menggunakan dakwat kekal; masa kempen minima 21 hari, mengukuhkan institusi awam; menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.
Menurut Mohamad, sebelum keputusan itu dibuat, PAS telah mengadakan perbincangan dengan KeADILan dan DAP, keputusan tersebut adalah keputusan yang telah dipersetujui bersama oleh kesemua parti dalam Pakatan Rakyat.
Beliau kesal dengan tahap kebebasan media di negara ini kerana berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan pengkaji kebebasan media antarabangsa mendapati, Malaysia sekarang berada pada tangga 145 daripada 179 negara di seluruh dunia daripada segi kebebasan media.
"Tahun lalu, Malaysia berada pada tangga 126, tetapi tahun ini meningkat lebih teruk ke tangga 145. Ini meletakkan Malaysia setaraf dengan negara di Afrika selatan. Mongolia pula adalah negara paling demokratik dalam hal ini," ujar beliau.
Oleh AZIZ MUDA (DD)
Monday, April 1, 2013
5 tahun asak Pakatan, sekarang nak bagi slot 5 minit?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau di jepun ni banyak pak menteri kita dah letak jawatan apa lah yang dah nak lupus
ReplyDeleteIni bukan menghormati demokrasi tapi merupakan satu penghinaan kepada sistem demokrasi di malaysia. Demokrasi yang berat sebelah.....
ReplyDeleteYg aku dengar dlm berita Umngok mngatakn tindakan pmbangkang yg mnolak pnyiaran dlm tv mngenai manifesto parti mmbuktikn pmbangkang mmang gagal dlm myakinkn rakyat....KONONNYA LA. Hei Umngok jgn nak pmbohong le. Bg 5 min baik takyah. Sekurang kurang 30 min bru boleh myakinkn. Bukan sekadar baca dr no 1 -20 prkara....kena la bg penerangn sekali. Memang bangsat Umngok nih.
ReplyDeleteKebebasan dan keterbukaan melalui media kadangkala menjejaskan kredibiliti dan maruah golongan atau individu tertentu yang sepatutnya dipelihara.
ReplyDeleteAtau mungkin pada satu masa akan mengakibatkan berlakunya pendedahan mengenai kelemahan keselamatan negara ini yang amat perlu dipelihara dan dijaga.
ReplyDeleteNamun masih ramai yang mudah terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh pakatan pembangkang kononnya negara ini telah gagal dalam memberikan peranan yang seluas-luasnya kepada pengamal media.
ReplyDeleteSalah satu perkara yang dibangkitkan oleh mereka dalam ‘Manifesto Bukan Janji’ yang dibentangkan baru-baru ini ialah kononnya untuk menghormati kematangan pengamal media bagi menyusun atur industri media supaya bebas dan bertanggungjawab sesama pengamal media tanpa campur tangan kerajaan.
ReplyDeleteSedangkan menurut J.C Merrill melalui bukunya ‘Kewartawanan Sejagat, 1977’ mengatakan secara realitinya di seluruh dunia kebebasan media dan komunikasi adalah sesuatu yang terlalu ideal sehinggakan tidak ada sebuah negara pun di dunia ini yang benar-benar mengamalkan kebebasan tersebut.
ReplyDeleteIndeks Kebebasan Akhbar (PFI) 2011-2012 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia berada di tangga ke-122 sekali gus memperlihatkan lonjakan berbanding PFI 2010 di mana Malaysia di tangga 144. Dalam PFI terbaru ini Malaysia mendahului negara Asia Tenggara misalnya Singapura di tangga 135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).
ReplyDeleteMungkin ada bertanya apa maknanya lonjakan Malaysia dalam indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders? Jawapannya indeks ini bukanlah terlalu penting. Tetapi ia boleh memberitahu dunia tentang tahap kebebasan media negara ini. Ia sekaligus menafikan tanggapan bahawa di Malaysia tiada kebebasan media.
ReplyDeleteSekiranya tidak ada kebebasan media, bagaimana boleh wujud banyak portal berita, blog dan akhbar pembangkang di negara ini? Sebahagian besarnya bukan sahaja mengkritik kerajaan malah menyiarkan laporan palsu. Apakah semua ini masih lagi menafikan wujud kebebasan media?
ReplyDeleteHarakah sebagai contoh, tidak pernah menyiarkan laporan atau analisis tentang pembangunan rakyat, begitu juga Suara Keadilan, portal Malaysiakini dan Malaysian Insider. Mengikut definisi, Harakah dan Suara Keadilan bukanlah akhbar tetapi buletin yang membawa suara parti. Tetapi berapa orang yang faham definisi ini?
ReplyDeleteBuktinya banyak membandingkan kononnya Harakah dan Suara Keadilan lebih telus apabila menghentam dasar kerajaan. Apakah makna ketelusan itu mesti menghentam dasar kerajaan? Tetapi apabila akhbar arus perdana mengkritik dasar-dasar pembangkang, itu dikatakan tiada kebebasan media.
ReplyDeleteSemua ini membuktikan kebebasan media di negara ini cuba diselindungkan. Kebebasan melapor, menyiar dan masyarakat pula ada kebebasan mengakses portal atau membeli akhbar di tempat umum adalah kebebasan media.
ReplyDeleteLebih menghairankan di sebalik kata-kata retorik pakatan pembangkang yang kononnya pejuang kebebasan media, di masa yang sama merekalah sebenarnya yang banyak menindas / mengherdik wartawan serta mengenakan pelbagai sekatan terhadap media.
ReplyDeleteIroninya pihak mendakwa juara memperjuangkan kebebasan media adalah yang paling banyak menyaman media. Contoh yang paling mudah, cuba kita lakukan sedikit analisa, berhubung siapakah yang paling banyak mengemukakan saman terhadap media selain dari bernama Anwar Ibrahim?
ReplyDeleteBetul, mereka memang berhak mengambil tindakan tetapi bukankah ini bertentangan dengan prinsip kebebasan media yang dilaung-laungkan?
ReplyDeletepakatan menolak kerana tidak yakin dgn manifesto mereka
ReplyDelete