Monday, April 1, 2013

Dakwaan cetus huru-hara hanya fitnah Umno

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli menafikan dakwaan bahawa Pakatan Rakyat akan mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya untuk menakut-nakutkan para pengundi.

Laporan Sinar Harian menyebut, Rafizi menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah dalam perang psikologi Umno ke atas PKR.

"Mereka ada dua cara untuk serang PKR, dengan menyebarkan gambar-gambar lucah pemimpin PKR dan kononnya akan ada huru-hara untuk menakutkan rakyat.

"Saya rasa lawak dan nak gelak apabila ada cerita ini, macam permainan budak-budak," kata Rafizi.

Dakwaan mengenai kekacauan itu antara lainnya dibangkitkan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia, yang mendakwa mendakwa menemui risalah yang didakwa menyatakan strategi Pakatan untuk mencetuskan huru-hara semasa pilihan raya.

Yang dipertua pertubuhan itu, Datuk Adiwijaya Abdullah dalam laporan Mingguan Malaysia mendakwa risalah yang tertera lambang parti pembangkang menggariskan dua peringkat tindakan untuk mencetuskan kekecohan.

Peringkat pertama adalah kekecohan di tempat mengundi dan peringkat kedua melibatkan kekecohan pasukan media dalam talian yang akan menggunakan Twitter untuk menimbulkan kekecohan, lapor akhbar itu.

Dalam laporan muka hadapannya pula, akhbar milik Umno itu memetik dakwaan blog tanpa nama pengendali, The Unspinner, mengenai rancangan untuk mencetuskan huru-hara itu.

Laporan itu mendakwa, huru-hara itu dijangka diadakan seminggu sebelum pilihan raya.

"The Unspinners mendakwa pembangkang yang berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu akan masuk ke taman perumahan atau kampung untuk 'mengajar' kaum ibu tentang kaedah mencalit dakwat di jari.
"Bila tiba hari mengundi, golongan ini akan dihalang daripada membuang undi kerana sudah ada kesan dakwat.

"Kalau dibenarkan juga, pembangkang akan membuat kecoh di pusat pembuangan undi. Jika mereka kalah, pembangkang akan gunakannya sebagai alasan untuk memberontak dan mempertikaikan keputusan pilihan raya," lapor itu dipetik.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini turut mendakwa menemui risalah rancangan membuat kekacauan semasa pilihan raya.

Namun, semua pihak yang membuat dakwaan tersebut sehingga kini masih belum mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan mereka. -MK

32 comments:
Write comments
  1. ibarat nyawa dah d hujung tanduk,...tentunya bn/umno dah mula merapuh sana sini......senang je cetanya.

    ReplyDelete
  2. Any attempt to create chaos during the 13th general election will not be worthwhile and will not benefit the people, several academicians said today.

    ReplyDelete
  3. Universiti Utara Malaysia (UUM) School of Law, Government and International Studies lecturer Mohamad Faisol Keling, for instance, said no political party should resort to using such a tactic merely to grab power.

    "Conceiving ideas to disrupt the proceedings of the 13th general election could lead to unhealthy politics, which could threaten national stability as happened in several Middle East countries," he told Bernama.

    ReplyDelete
  4. He was commenting on an alleged manual of a political party exposed in a blogsite which is seen as a strategy to create chaos during the upcoming general election.

    "The general election is a democratic process which should be respected by all quarters and not plan for chaos to occur as it has not been a feature of Malaysian political culture all this while.

    ReplyDelete
  5. Universiti Malaya (UM) Educational Foundation and Humanities senior lecturer, Dr Ghazali Darusalam said the continuous attempts by certain parties to run down the country showed they were not grateful for the prevailing independence and stability in the country.

    "They may not learn lessons from what happened to some Middle East countries where everything had been destroyed," he said.

    Ghazali said any group which came into power through dirty tactics would inherit a chaotic nation that would result in investors fleeing while no other investors would want to come in.

    ReplyDelete
  6. Datuk Adiwijaya Abdullah is calling on the authorities to investigate and prosecute any quarters which tried to create provocation during the upcoming general election.

    "Do not be too obsessed with wanting to rule the country to the extent of resorting to provocation as a tactic to gain votes. A chaotic situation will only frighten voters from coming out to vote," The Malaysia Silat Seni Gayong Association president said.

    ReplyDelete
  7. bagi saya rasa nya para kepimpinan pakatan rakyat bukan lah terdiri dari mereka yang bodoh atau tiada akal.mereka juga rakyat malaysia.pasti nya menyayangi keamanan di malaysia ini.masaalah nya ada plak yang dah fobia dengan pakatan rakyat konon nak buat huru hara.tarak kerja atau isu lain kah

    ReplyDelete
  8. Tidak lojik akal, Pakatan sudah ada harapan untuk menang PRU13 untuk apa pula mau buat kacau semasa dan selepas pilihanraya?. Pemimpin BN selalu cakap jangan dengar khabar-khabar angin, tapi mereka pula yang buat, macam untuk menakutkan rakyat saja, tiada faedah.

    ReplyDelete
  9. Helah orang yang takut kalah, memanglah begitu.

    ReplyDelete
  10. Rakyat sudah tahu bahawa sebenarnya BN/UMNO yang akan buat kecoh/huru hara menjelang pilihan raya umum ke 13. Notis dalam artikel di atas hanya sebagai penutup/alasan perbuatan tangan-tangan jahat mereka. Pihak berkuasa hendaklah siasat perkara ini dengan teliti supaya PRU ke 13 dapat berjalan dengan aman.

    ReplyDelete
  11. Apa di buat oleh lembu wanita tu... nak mengalahkan polis ye.... inilah tanda-tanda awal kekalahan dah meracau tak tentu pasal...

    ReplyDelete
  12. There is no such thing as RIOT. Its only UMNO assumption or nonsense hipothesis as they are all stupid. Why do the PR will doing thing against the law or even humanity?

    ReplyDelete
  13. mengujudkan situasi yg x aman/rakyat x bersatu adalah doktrin kemenangan UMNgOk selama ini...malangnya rakyat bukannya sentiasa mudah diperbodohkan...

    ReplyDelete
  14. Sejak beberapa hari ini, kecoh di laman sosial dan blog-blog bercerita tentang taktik kotor Pakatan Pembangkang yang telah didedahkan oleh orang dalam parti itu sendiri.

    ReplyDelete
  15. Salah satu pendedahan yang dibuat berkenaan taktik kotor Pembangkang ialah menggunakan nama-nama NGO masuk ke kawasan taman perumahan dan ceruk-ceruk kampung kononya untuk mengajar kaum-kaum ibu bagaimana cara calitan dakwat kekal dilakukan.

    ReplyDelete
  16. Bagi mereka yang kurang terdedah dengan maklumat semasa sudah tentu menganggap calitan dakwat kekal tersebut sebagai perkara biasa yang tidak mendatangkan apa-apa kesan.

    ReplyDelete
  17. Menurut maklumat yang diterima memberitahu bahawa dakwat kekal yang telah dicalit akan hilang sendiri dalam tempoh masa 7 hari. Bila tiba hari mengundi kelak golongan yang terpedaya ini akan dihalang dari mengundi kerana jari mereka sudah ada kesan dakwat kekal.

    ReplyDelete
  18. Kesudahnya, kedaan kecoh yang diharapkan Pakatan Pembangkang menjadi kenyataan apabila timbul rasa tidak puas hati di kalangan pengundi terhadap SPR. Apabila keadaan tidak terkawal pihak Pembangkang akan gunakan alasan tersebut untuk memberontak dan mempertikai keputusan pilihanraya secara besar-besaran hingga tercetusnya rusuhan untuk menjatuhkan kerajaan yang kononya dipilih secara kotor.

    ReplyDelete
  19. Sekiranya benar maklumat yang tersebar ini, pihak SPR wajar memandang serius dan mengambil tindakan pantas sebelum apa yang dirancang oleh Pakatan Pembangkang ini betul-betul menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  20. Harus diingat juga, Pakatan Pembangkang tidak pernah menandatangani piagam pilihanraya iaitu berikrar menjalankan pilihanraya secara bersih dan mengikut undang-undang serta peraturan.

    ReplyDelete
  21. Mereka ini juga sanggup melakukan apa sahaja termasuk menggunakan taktik kotor demi untuk mendapatkan kuasa. Mungkin sebeb ini lah pemimpin Pakatan Pembangkang tidak mahu menandatangani perjanjian tersebut.

    ReplyDelete
  22. Semoga dengan pendedahan ini dapat dijadikan peringatan kepada kita semua agar tidak terjerat dengan tipu daya Pakatan Pembangkang yang pada akhirnya kita sendiri rugi kerana terpaksa menunggu 5 tahun lagi untuk mengundi.

    ReplyDelete
  23. selama ini mmg dah byk huru hara pakatan lakukan.

    ReplyDelete
  24. Prime Minister Najib Abdul Razak has promised that there will be a peaceful transition of power should there be a change in government after the 13th general election.

    ReplyDelete
  25. In a 'live' telecast this morning to announce the dissolution of the 12th Parliament, Najib pledged that should a change in government happen, be it at federal or state level, there will be a peaceful transition of power.

    ReplyDelete
  26. "We respect democracy, we are committed to our political transformation, we are committed to respect the voice of the rakyat," Najib stressed towards the end of his 15-minute speech after announcing the dissolution of Parliament.

    ReplyDelete
  27. He has urged political parties from both sides of the political divide to give a "commitment to the democratic process".

    ReplyDelete
  28. He also asked Malaysians living in the east coast of Sabah "not to be afraid" to fulfil their voting obligations even though the area is still considered as a security zone after an incursion by armed Sulu militants in February.

    ReplyDelete
  29. However, Najib did take time to stress on all parties not to question the integrity of the election process in Malaysia.

    ReplyDelete
  30. "I urge all parties to remain responsible and not seed any doubts about the integrity of the election process in the country," he said.
    "There are many other countries where certain parties have done the same, but as a result, the election process in those countries has been tarnished forever, even if those who practice those tactics come into power," he added.


    ReplyDelete
  31. Making his case for a re-election of the BN government and also for his first mandate as a prime minister, he said that his government would "keep all the promises it has made".

    ReplyDelete

  32. "We don't have the habit of planting sugar on lips," he quipped.
    He said his party would prove to the people why they deserve to be re-elected into the lower house with a stronger mandate during the campaign period.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.