Wednesday, April 17, 2013

8 Parlimen, 13 Dun Panas Di Sabah

Polis Sabah mengenal pasti lapan kawasan Parlimen dan 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) panas di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata kawasan Parlimen yang dijangkakan panas ialah Tuaran, Sandakan, Tawau, Kota Kinabalu, Beaufort, Sepanggar, Penampang dan Pensiangan.
Bagi DUN pula, kawasan yang dikategorikan sebagai panas ialah Likas, Luyang, Api-Api, Inanam, Kepayan, Sri Tanjong, Klias, Kuala Penyu, Tanjong Papat, Karamunting, Elopura, Bingkor dan Merotai.

"Kita anggap kawasan ini panas bukan kerana faktor keselamatan, tetapi persaingan yang akan berlaku di situ," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil parti di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini Selasa.

Seramai 20 wakil parti yang akan bertanding menghadiri perjumpaan itu.

Selain itu, Hamza berkata seramai 7,000 anggota keselamatan akan bertugas sepanjang proses pilihan raya bagi memastikan ia berjalan lancar.

Sehingga kini, pihaknya menerima 10 laporan polis berkaitan pilihan raya melibatkan kesalahan berhimpun secara aman, merosakkan dan membakar bendera, bagaimanapun tiada tangkapan dibuat setakat ini.

Mengulas mengenai perjumpaan itu, Hamza memberitahu wakil parti diberikan taklimat berhubung perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan pada PRU, selain taklimat keselamatan dan perundangan.

"Kita juga telah memaklumkan wakil parti bahawa bermula tarikh penamaan calon hingga tamat tempoh berkempen, polis akan menguatkuasakan Akta Pilihan Raya 1958 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," katanya.

Beliau juga mengingatkan parti politik untuk memohon permit sebelum berkempen dan arahan telah dikeluarkan kepada Ketua Polis Daerah supaya semua permohonan dapat diproses dengan segera.

"Kita mahu permit diproses dengan cepat supaya mereka (calon) diberikan masa secukupnya untuk berkempen dan kita tidak mahu menghalang proses demokrasi yang diamalkan," katanya.

Di Sabah sebanyak 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN dipertandingkan pada PRU13. (Bernama)

91 comments:
Write comments
  1. tiada apa pun yang panas... jangan ganggu proses peralihan kuasa bakal berlaku sepertinya dari berjaya ke pbs, pbs ke umno dan kini umno ke pakatan rakyat

    ReplyDelete
  2. Pakatan Rakyat will walk alone in Sabah and that means no more discussions or negotiations with local parties. It also means that Sabah will once again see multi-cornered fights in almost every constituency in the state.

    ReplyDelete
  3. In the 2008 general election, Sabah had the most number of constituencies with multi-cornered fights. Many had hoped that this time round the situation would be different.

    ReplyDelete
  4. Disclosing Sabah Pakatan’s decision, its chief Anwar Ibrahim said the coalition will not engage in any more talk with local parties and will focus on solidifying its agenda in Sabah together with its new allies Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) and Angkatan Perubahan Sabah (APS).

    ReplyDelete
  5. PPPS is led by Beaufort MP and former Umno warlord Lajim Ukin and APS by Tuaran MP William Bumburing. Bumburing was formerly the deputy president of UPKO, a partner in Barisan Nasional. Both Lajim and Bumburing and some of their key supporters quit BN in July last year throwing their support behind Anwar. Since then there have been reports of trouble within Sabah PKR as a result of Lajim’s ‘incursion’. But Anwar has balked at such talk.

    ReplyDelete
  6. With the increasing influence of Lajim and Bumburing in the picture, negotiations with local parties have also been slowly but surely sidelined. There are no other parties. Many of their (other parties’) statements conflicted with our stand in Pakatan so we will continue with our agendas for changes (alone),” he said.

    ReplyDelete
  7. Kawasan panas ini bakal di terajui oleh pakatan.... inikah maksdunya?... ini kalilah...

    ReplyDelete
  8. Polis akan mengguna pakai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dalam memastikan proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berjalan lancar.

    ReplyDelete
  9. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang Bukit Aman Datuk Razali Basri berkata individu yang didapati menimbulkan kekecohan atau ancaman keselamatan sepanjang tempoh kempen PRU13 akan disiasat di bawah SOSMA dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan.

    ReplyDelete
  10. Antara seksyen dalam Kanun Keseksaan yang diguna pakai adalah Seksyen 124B iaitu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen di mana sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara dan Seksyen 124C iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen, boleh dihukum penjara selama 15 tahun

    ReplyDelete
  11. sebarang aktiviti menjejaskan ketenteraman awam yang berlaku sebelum bermulanya tempoh kempen akan mengguna pakai Akta Perhimpunan Aman 2012. Tempoh kempen bermula selepas penamaan calon sehingga 12 tengah malam sebelum hari pengundian.

    ReplyDelete
  12. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mana-mana pihak, sama ada badan bukan kerajaan (NGO), penyokong mahupun parti politik yang ingin mengadakan perjumpaan atau ceramah perlu memaklumkan kepada polis kerana ia tertakluk di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

    ReplyDelete
  13. Perlu diingat, ketika ini sebarang aktiviti politik antaranya ceramah atau perjumpaan adalah termaktub di bawah akta berkenaan dan ia terpakai sehingga sebelum penamaaan calon. Bermula dari penamaan calon dan seterusnya, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 akan terpakai,

    ReplyDelete
  14. polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar akta tersebut.

    ReplyDelete
  15. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berpuas hati dengan semangat dan kesediaan jentera Barisan Nasional (BN) dan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  16. Musa yang juga Pengerusi BN negeri berkata, kerjasama parti komponen BN juga agak baik khususnya sayap Pemuda dan Wanita yang terus mengukuhkan perpaduan menyokong pucuk pimpinan negara sedia ada.

    ReplyDelete
  17. OK la headhunter,mantera,& hidup di sabah :- mari kita undi ramai2 BN.... kita duduk bersama barisan penyamun....

    ReplyDelete
  18. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, persiapan bagi pilihan raya umum setakat ini berjalan lancar dan pihaknya meletak sepenuh keyakinan kepada pihak berkuasa keselamatan bagi menyelesaikan perkara itu.

    ReplyDelete
  19. "Bagi SPR, persiapan menghadapi PRU-13 berjalan lancar tanpa mengira apa-apa senario. Itu urusan keselamatan negara yang sedang ditangani dengan serius oleh pasukan keselamatan kita. Kita yakin ini akan selesai dan insya-Allah, PRU-13 akan berjalan seperti kita rancangkan," katanya.

    ReplyDelete
  20. Pada masa ini, SPR giat memberi taklimat ulangan dan memperhalusi persiapan para pegawai dan petugas, termasuk yang terlibat dalam pilihan raya di luar negara.

    ReplyDelete
  21. Wan Ahmad berkata, SPR juga bertemu pemimpin parti politik dalam masa terdekat untuk memberi penerangan terakhir, antaranya berkaitan proses perjalanan pilihan raya umum, termasuk pengundian.

    ReplyDelete
  22. Seramai 13.29 juta pengundi berdaftar sehingga 31 Disember lepas diwartakan SPR pada Februari lepas, dengan lebih dua juta daripadanya adalah pengundi baharu.

    ReplyDelete
  23. Bagi pengundi luar negara, sehingga kini SPR menerima 4,423 permohonan mengundi secara pos menerusi Borang 1B, dengan jumlah tertinggi dari Australia iaitu sebanyak 868.

    ReplyDelete
  24. Permohonan lain adalah daripada rakyat Malaysia yang menetap di United Kingdom sebanyak 634, China 341 dan Amerika Syarikat 259.Permohonan turut diterima dari mereka yang tinggal di Qatar, New Zealand, Mesir dan Jepun.

    ReplyDelete
  25. Beaufort mampu mempertahankan kerusi parlimen kawasan berkenaan walaupun Ahli Parlimennya yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Barisan Nasional untuk menyertai pembangkang.

    ReplyDelete
  26. Pemangku Ketua Bahagian, Isni Aliasnih menyatakan beliau bersama-sama jawatankuasa yang masih bersama UMNO dan Barisan Nasional akan tetap memastikan kerusi Parlimen serta DUN terus menjadi milik Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  27. Sementara itu, Ketua Wanita Bahagian Beaufort, , Datuk Azizah Mohd Dun menyatakan walaupun berlaku permasalahan yang membabitkan bekas ketua bahagian , beliau menyatakan keyakinan bahawa Beuafort tetap akan menjadi milik kepada Barisan Nasional.

    ReplyDelete
  28. Seperti yang kita sedia maklum , Perdana Menteri Najib telah mengumumkan pembubaran parlimen kelmarin. Hal ini mengundang pelbagai reaksi dari pucuk pimpinan masing masing. Ada yang mempersoalkan kredibiliti sesebuah parti yang akan bertanding nanti.

    ReplyDelete
  29. "Walaupun ada sedikit gelombang, yang terpaksa kami lalui namun begitui gelombang itu akan dapat kami atasi, kerana kapal yang kami naiki ini adalah kapal yang besar dan bersama kepada rakyat dan negara ini," katanya ketika berucap di program Majlis Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Beaufort.

    ReplyDelete
  30. Perdana Menteri Datuk Seri Najb Razak (gambar) mengajak rakyat Sabah terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan kerajaan pimpinannya membawa lembaran baharu kepada negeri dan rakyat negeri itu.

    ReplyDelete
  31. Beliau berkata jika kerajaan BN di peringkat negeri dan pusat terus diberi mandat maka rakyat Sabah bukan sahaja akan terus mendapat nikmat malah akan memperoleh keuntungan lebih besar.

    ReplyDelete
  32. “Inilah kerajaan Barisan Nasional. Jadi tak payahlah kita fikir yang lain, kita sokong kerajaan Barisan Nasional peringkat pusat dan kerajaan Barisan Nasional peringkat negeri. InsyaAllah Sabah akan menjurus kepada masa depan, lembaran baharu di mana kita akan membangunkan Sabah bersama negeri-negeri lain,” katanya.

    ReplyDelete
  33. Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Program Nadi Kasih Peringkat Negeri Sabah di hadapan puluhan ribu penduduk Tuaran hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota Kabinet negeri dan persekutuan.

    ReplyDelete
  34. Menurut Perdana Menteri, apabila beliau mengisytiharkan Sabah sebagai ‘simpanan tetap BN’, parti pembangkang begitu risau sehingga ramai pemimpin mereka berulang-alik ke Sabah untuk meracuni fikiran rakyat dengan menabur pelbagai fitnah dan janji bohong.

    ReplyDelete
  35. Katanya motif parti-parti pembangkang ialah semata-mata untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi simpanan tetap BN.

    ReplyDelete
  36. “Saya nak bagi tahu tuan-tuan, ini bukan sebarang ‘simpanan tetap’, ini ‘simpanan tetap’ yang memberi keuntungan besar kepada rakyat Sabah. Saya akan tambah lagi kadar keuntungannya. Kalau kurang, kita tambah lagi. Kita memerlukan mandat daripada rakyat,” katanya

    ReplyDelete
  37. Sehubungan itu Najib mengajak rakyat Sabah supaya memilih transformasi yang sudah terbukti membawa negara ke arah negara maju serta diiktiraf ramai pemimpin dan perunding dunia sehingga kerajaan berupaya membantu rakyat melalui pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), BR1M 2.0 dan BR1M 3.0 selepas pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  38. Katanya rakyat perlu menolak reformasi yang menganjurkan siri demonstrasi jalanan sehingga membawa banayak masalah kepada rakyat.

    ReplyDelete
  39. Najib juga mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak tertipu dan menolak reformasi dan Buku Jingga pakatan pembangkang yang jelas menipu pengundi di negeri-negeri yang diperintah pembangkang kerana hingga ke hari ini rakyat negeri berkenaan masih belum menikmati apa yang dijanjikan dalam pilihan raya umum lepas.

    ReplyDelete
  40. Mengenai lawatannya ke Beaufort, Papar dan Tuaran hari ini, Najib berkata, berdasarkan pemerhatiannya, beliau yakin bukan sahaja ketiga-tiga kerusi Parlimen berkenaan tetap menjadi milik BN malah turut yakin Sabah tetap menjadi kubu kuat BN.

    ReplyDelete
  41. Mengenai gelaran Huguan Siou (Pemimpin Agung) kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Ranau, beliau berkata menerima gelaran itu bererti tidak menghormati budaya kaum Kadazandusun Murut (KDM) kerana hanya KDM sahaja yang boleh memakai gelaran itu.

    ReplyDelete
  42. Orang Melayu mesti hormat budaya KDM. Orang KDM mesti hormat budaya Melayu...kalau kita menghormati budaya orang lain, kalau kita saling menghormati, itulah dia asas 1Malaysia,” katanya.

    ReplyDelete
  43. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Sabah kekal sebagai negeri Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Katanya, BN Sabah kini siap siaga untuk menghadapi PRU13 dan telah memperbaharui tekad untuk mengulangi kemenangan cemerlang pilihan raya umum pada 2008 yang menyaksikan BN hampir menyapu bersih 60 kerusi negeri dan 25 kerusi Parlimen dan hanya kalah kepada DAP bagi kerusi negeri Sri Tanjung dan kerusi Parlimen Kota Kinabalu

    ReplyDelete
  44. "Saya yakin bahawa dari segi persiapan, semua sudah bersedia sampai ke peringkat jentera BN yang nak mengelolakan pilihan raya di setiap kawasan.

    ReplyDelete
  45. "Tentang bancian yang kita buat di seluruh Sabah dari segi sikap pengundi, saya cukup berpuas hati kerana majoriti pemilih di peringkat bahagian di Sabah masih lagi cenderung menyokong BN.

    ReplyDelete
  46. "Saya amat yakin Sabah terus kekal sebagai negeri biru iaitu biru untuk BN. Itu adalah kenyataan berdasarkan fakta dan data-data yang disampaikan kepada saya," katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN kepada pemberita selepas mendengar taklimat PRU13 oleh pengerusi-pengerusi penyelaras BN Sabah di sini hari ini. Ketika ditanya pemberita mengenai pembahagian kerusi di kalangan parti komponen BN Sabah, khususnya kerusi BN yang diperuntukkan kepada Parti Maju Sabah (Sapp) sebelum parti tersebut meninggalkan BN, Muhyiddin berkata, perkara itu akan diputuskan tidak lama lagi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN.

    ReplyDelete
  47. Beliau berkata, tempoh beberapa minggu akan datang ini amat penting kepada BN untuk memperkukuhkan lagi kedudukan di setiap kawasan. Katanya perhatian juga akan diberikan kepada kelompok pengundi tertentu seperti pengundi muda dan pengundi kali pertama.

    ReplyDelete
  48. Beliau juga berpuas hati dengan hubungan baik di kalangan parti-parti komponen BN Sabah yang menjadi kekuatan barisan gabungan parti tersebut. "Berbanding parti pembangkang, mereka masih dalam keadaan bercelaru. Kita tahu isu dan masalah dalam kalangan mereka adalah banyak.

    ReplyDelete
  49. Tapi kita tidak ada masalah pun. Jadi itu adalah satu kekuatan BN yang kita akan pertahankan," katanya. Teruskan mempertahankan kerusi Sabah untuk BN..

    ReplyDelete
  50. Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpandangan Sabah dan Sarawak akan terus menjadi “simpanan tetap” Barisan Nasional (BN) serta menolak tanggapan BN negeri sedang berdepan krisis kepimpinan.

    ReplyDelete
  51. Salleh yang juga Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Sabah, berkata keputusan pilihan raya kecil Parlimen Sibu yang memihak kepada pembangkang tidak wajar dijadikan asas untuk mendakwa Sabah dan Sarawak bukan lagi “simpanan tetap” BN.

    ReplyDelete
  52. "Ianya (keputusan pilihan raya kecil Sibu) tidak menggambarkan sokongan keseluruhan masyarakat di akar umbi. Ianya kes terpencil yang berasaskan isu-isu tempatan. Saya percaya mereka akan menyesal kerana dengan mengundi pembangkang tidak akan menyelesaikan masalah mereka, dan pada pilihan raya akan datang mereka akan kembali kepada BN.

    ReplyDelete
  53. "Majoriti rakyat di Sabah, dan saya percaya juga di Sarawak, masih menyokong BN. Kita tidak boleh membuat kesimpulan berasaskan pilihan raya kecil ini saja dan kita mesti membuat analisis atau bedah siasat," katanya di sini, hari ini.

    ReplyDelete
  54. Salleh mengulas kenyataan Timbalan Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk Chin Su Phin semalam yang menggesa pemimpin BN pusat supaya berhenti melayan Sabah dan Sarawak sebagai “simpanan tetapnya” dan mendakwa BN Sabah sedang menghadapi krisis kepimpinan.

    ReplyDelete
  55. Salleh berkata, BN Sabah masih teguh dan majoriti parti komponennya menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  56. "Ketua Menteri juga mendapat sokongan rakyat Sabah dan pemimpin persekutuan gembira dengan kepimpinan BN negeri. Sebagai sebuah parti komponen BN, kita sepatutnya akur atau menyokong seorang pemimpin yang dipilih oleh kepimpinan BN," katanya.

    ReplyDelete
  57. Salleh juga kesal dengan kenyataan itu kerana dilahirkan oleh seorang pemimpin parti komponen BN sendiri.

    ReplyDelete
  58. "Saya tidak faham mengapa mereka membuat kenyataan secara terbuka kepada media sedangkan mereka menyatakan telah membangkitkan perkara itu kepada pucuk pimpinan BN (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak).

    ReplyDelete
  59. "Kita ada saluran yang sesuai untuk meluahkan pandangan atau idea demi kebaikan BN.

    ReplyDelete
  60. Bosan sudah dengan pilihanlaya. Diolang manang kah,kalah kah peluli apa bukan juga saudala. Diorang semua bukan boleh dipelcaya. semua mo jadi YB mo dapatkan projek bagi sama kuncu-kuncu dan macai-macai diolang.

    ReplyDelete
  61. Contohnya, pemimpin parti komponen BN negeri itu boleh meluahkan pandangannya atau bertemu dengan pengerusi BN negeri atau membangkitkan isu itu kepada Kabinet negeri menerusi wakil LDP yang juga Timbalan Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  62. Salleh berkata, tindakan membuat kenyataan secara terbuka itu adalah tidak wajar dan tidak selaras dengan semangat BN.

    ReplyDelete
  63. Beliau juga menegaskan keputusan pilihan raya kecil Sibu tidak harus dikaitkan dengan senario politik di Sabah, memberi bayangan bahawa Sabah dan Sarawak tidak lagi harus dianggap sebagai “simpanan tetap” BN.

    ReplyDelete
  64. Salleh seterusnya menyeru semua parti komponen BN negeri itu supaya berganding tenaga untuk memastikan BN terus menjadi pilihan pertama rakyat.

    ReplyDelete
  65. Seperti yang kita sedia maklum , Perdana Menteri Najib telah mengumumkan pembubaran parlimen kelmarin. Hal ini mengundang pelbagai reaksi dari pucuk pimpinan masing masing. Ada yang mempersoalkan kredibiliti sesebuah parti yang akan bertanding nanti.

    ReplyDelete
  66. Di sini, barisan komponen BN Sabah-PBS, PBRS, UPKO serta LDP percaya dengan sokongan padu rakyat terhadap BN dan akan terus memangkah nama itu. Mereka menafikan bahawa sokongan tersasar ke arah pembangkang, yang dikatakan hanya memesongkan fikiran rakyat terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  67. Gerakan mencari calon sesuai juga masih dijalankan dan Najib dijangka akan mengumumkan manifesto BN pada Sabtu ini di Bukit Jalil. BN pasti boleh menang besar.

    ReplyDelete
  68. Golongan muda dari semua kaum sudah kembali menyokong parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk di Sabah dan Sarawak, kata Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin. Beliau berkata kesimpulan berkenaan dibuat berdasarkan tinjauan oleh sayap pemuda semua parti komponen BN termasuk Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) di Sabah. Tinjauan tersebut juga mendapati keyakinan orang muda terhadap BN di kawasan bandar sedang meningkat, katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran ‘BN Pilihan Orang Muda’ peringkat negeri Sabah, anjuran Pemuda BN dan Puteri UMNO di sini hari ini.

    ReplyDelete
  69. urut dalam majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Puteri UMNO Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, berkata oleh kerana program besar anjuran Pemuda BN dan Puteri didominasi oleh UMNO kerana ahlinya lebih ramai berbanding parti komponen lain, ia tidak bermakna BN tidak mendapat sokongan daripada kaum bukan Bumiputera. Mengenai program ‘BN Pilihan Orang Muda’, Khairy berkata Sabah merupakan negeri ketiga program itu dilancarkan dan ia akan diperluaskan ke seluruh Negara secara berperingkat.

    ReplyDelete
  70. Katanya tujuan program itu adalah untuk membangkitkan semangat jentera pergerakan Pemuda BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Dalam pada itu, Rosnah pula berkata walaupun pergerakan itu baru berusia 11 tahun namun dengan keahliannya seramai 380,000 orang termasuk 50,000 di Sabah, sekali gus membuktikan bahawa BN masih menjadi pilihan utama golongan muda di negara ini.

    ReplyDelete
  71. Menurut Rosnah sokongan golongan muda berkenaan bukan sahaja boleh dilihat melalui jumlah keahlian mereka dalam pergerakan Puteri tetapi menyertaan golongan berkenaan yang terdiri daripada kumpulan profesional dalam pelbagai aktiviti pergerakan itu. Terdahulu, Khairy dalam ucapannya meminta pengundi muda di Sabah supaya menolak slogan ‘Ini kalilah” (kalau di Sabah melambangkan protes kepada BN) oleh parti pembangkang dengan menggantikannya bukan sahaja dengan ‘lain kalilah’ dan ‘tidak payahlah’. Manakala Rosnah menambah slogan ‘tidak perlulah sampai bila- bila’.

    ReplyDelete
  72. Berbanding dengan Pilihan Raya Umum Ke 12, bila BN memasuki pilihan raya dengan keyakinan tinggi yang hancur berkecai, tetapi BN memasuki Pilihan Raya ke 13 dalam keadaan yang tidak pasti dengan persediaan rancak dan rapi yang dapat dirasa dan dilihat oleh rakyat. Ini adalah hasil tindakan pantas dan berani dari dalam UMNO sendiri setelah menghadapi landaan Tsunami 2008 dengan mengadakan perubahan drastik secara terhormat terhadap pucuk pimpinan yang menampakkan kelainanannya.

    ReplyDelete
  73. Sekalipun kemenangan belum pasti, tetapi sokongan rakyat telah bangkit didorongkan oleh kesedaran yang cukup tinggi bahawa kekalahan akan menyebabkan kemusnahan kepada maruah bangsa, agama dan negara. Kesedaran ini tidak mungkin akan berlaku jika tidak ada keupayaan, kebijaksanaan dan kecekapan kepimpinan Najib dalam mengendalikan keruncingan politik, ancaman ekonomi dan krisis sosial, terutama yang berkaitan dengan hubungan kaum, keagamaan dan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  74. Media BN sekata dalam menyokong BN. Ini berbanding dengan Pilihan Raya Ke 12, apabila akhbar dan media arus perdana; The Star, New Straits Times dan TV 3 memainkan peranan menggambarkan kelemahan dan perpecahan dalam UMNO dan kerajaan dengan menonjolkan isu-isu perkauman yang memperkecilkan UMNO dan meninggalkan Utusan Malaysia bersendirian dalam sokongan kepada UMNO.

    ReplyDelete
  75. Kemunculan berpuluh-puluh NGO dan juga kebangkitan mantan pegawai pegawai tinggi tentera dan polis menyokong UMNO dan kerajaan yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihanraya-pilihanraya sebelumnya

    ReplyDelete
  76. Bantuan kepada rakyat yang diberikan menerusi Bahagian-bahagian UMNO telah disalurkan langsung oleh Datuk Seri Najib kepada berjuta-juta rakyat berbilang kaum menerusi saluran rasmi.

    ReplyDelete
  77. Blog dan media online yang dulunya bersifat menentang, sekarang telah beralih menjadi penyokong BN di samping kemunculan begitu banyak cyber troopers baru menyokong kerajaan, berbanding dengan pilihan raya lalu di mana media sosial dikuasai sepenuhnya oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  78. Dalam pilihan raya ke 12 Manifesto BN tidak diedarkan, walaupun disambar cetak oleh NST dari Utusan Melayu, tetapi kali ini BN akan mengedarkan manifesto tepati janji untuk keadilan sosial dan kesejahteraan negara yang telah digubal dengan teliti, rapi meliputi semua aspek harapan rakyat.

    ReplyDelete
  79. Political candidates are those who are struggling to get WHAT? WHEN and HOW?. The moment they won the election, the first thing comes to their mind is how to get WHAT, WHEN to get it and HOW to get it. During election time they look sooo good to the voters but once get elected they dont even bother who the voters are.

    ReplyDelete
  80. Menjelang pilihanraya ramai yang mahu jadi YB(Yang Bertanding). Selasai pilihanraya ramai yang jadi YB (Yang Berhormat). Bila da angkat sumpah berapa ramaikah yang benar-benar menjadi YB (Yang Berkhidmat)?

    ReplyDelete
  81. OK la headhunter,mantera,& hidup di sabah :- mari kita undi ramai2 BN.... kita duduk bersama barisan penyamun...komen kamurang berapi-api dengan PATI tinggal nampak gigi..

    ReplyDelete
  82. kenapa tak ceta pasal Yusuf Apdal yg bertanding diLahad Datu ..dan siapa sebenarnya Apdal ..?? utk pengetahuan semua.... ayah Yusuf dan Shafie adalah pendatang dari Philipina dan bekas askar disana....ni sume hasil dari projek KIRAM (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..dan disokong oleh headhunter,mantera,& hidup di sabah..

    ReplyDelete
  83. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah kalau setakat otak copy paste jer buat apa?? kesian x pernah sekolah, patutlah asyik copy paste sja...dah ambil beras nasional dari KIRAM
    (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete

  84. Memang P 182 Pensiangan panas kerana Kurup menipu bersama dgn O.T Bubudan.Inikali Kurup bukan saja ditumbuk tetapi disumpit tontolou dia baru dia tahuuuuu...

    ReplyDelete
  85. Setelah UMNO Pusat takut dgn gertakkan hebat mantan YB mereka sbg Gaffur Sallah, Muis Pico dan bberapa muka lagi..akhirnya mereka tu trsenarai semula sbg calon bg PRU nanti.

    ReplyDelete
  86. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin

    ReplyDelete
  87. rugi la sapa pangkah BN....

    ReplyDelete
  88. MANA2 CALUN PR DAPAT UGUTAN INSYALLAH BOLEH MENANG, NAMPAK SANGAT PIHAK BN TIADA TELUR DAN MARUAH, KEMPEN DALAM TV KATA BOLEH MENANG , KALAU BOLEH MENANG LAWAN CARA BERMARUAHLAH BODOH PUNYA UMNO.... MALUKAN ROSMAH AJA!!!! ADA TELUR BAGI MAKAN ANJING LAGI BAGUS....

    ReplyDelete
  89. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin INI KALI LAH.... TUKAR TUKAR TUKAR

    ReplyDelete
  90. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin INI KALI LAH.... TUKAR TUKAR TUKAR

    ReplyDelete
  91. TUKARRR...P.Sipitang dan N.Lumadan juga akan bertukar..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.