TATKALA satu Malaysia hangat membincangkan kemungkinan pertukaran kerajaan Persekutuan dalam PRU13, "majoriti dua pertiga dalam Parlimen" pula dijadikan sasaran oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional.
Sama ada bekas Perdana Menteri seperti Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, ataupun yang bakal menjadi bekas PM, Najib Razak terus mengulangi keyakinan dan harapan mereka agar BN mampu mengembalikan majoriti dua pertiga dalam Parlimen.
Padahal, kejayaan menawan 140 daripada 222 kerusi Parlimen dianggap sebagai prestasi yang cukup baik, seandainya berlaku di negara demokrasi yang lain.
Bayangkan, kira-kira 63% kerusi Dewan Rakyat ditempah atas tiket BN. Tetapi keputusan PRU12 pada malam 8 Mac 2008 disambut BN sendiri seolah-olah mereka kalah teruk dan menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan. Barangkali mereka sedar akan hakikat bahawa undi popular yang diraih BN hanyalah 51.4%.
Maka pimpinan Umno-BN terus menegaskan betapa pentingnya bagi sesebuah kerajaan untuk menguasai majoriti dua pertiga dalam Parlimen. Tanpa majoriti dua pertiga kerajaan akan menjadi lemah. Menurut logik ini, seandainya sesebuah kerajaan menjadi lemah, maka ia akan dicabar oleh rakyat.
"Kerajaan kuat" cuba dijadikan "mitos" dalam masyarakat. Mitos ini sedikit sebanyak berunsur "perkauman", lebih-lebih lagi apabila keluar dari bibir Mahathir. Beliau cuba menyamakan "kerajaan" dengan "Melayu", dan makna tersirat yang ingin disampaikan adalah, kerajaan yang lemah akan menjurus kepada situasi di mana kedudukan Melayu bakal dicabar oleh orang bukan Melayu. Malah, persaingan antara Umno-BN dengan PAS-KEADILAN dalam Pakatan Rakyat, bakal melemahkan kedudukan Melayu.
Perdebatan ini agak meleset kerana kita sedar kerajaan yang kuat inilah yang mengkhianati mandat yang diberikan rakyat. Kerajaan yang kuat ini tidak mempertahankan masa depan anak-anak kita apabila Lynas masuk dan meninggalkan sisa nadir bumi yang beracun di Kuantan.
Maka lebih baik kita ambil iktibar daripada satu cerita yang memberi gambaran apakah hikmahnya di sebalik "sistem dua parti", yang hangat dibincangkan sekarang.
Maka Pencipta pun memberi pilihan kepada dua kumpulan kambing. Mereka akan diberikan seekor serigala, atau dua ekor singa secara bergilir.
Kumpulan kambing A memilih serigala, kerana dianggap kurang ganas berbanding singa. Kumpulan kambing B pula memilih dua ekor singa, dengan seekor daripadanya ditahan di atas gunung, dan boleh ditukar ganti mengikut kesukaan kambing.
Maka serigala mula menyerang kumpulan kambing A. Seekor kambing diperlukan untuk mengisi perutnya setiap tiga hari. Untuk kumpulan kambing B pula, singa itu membaham dan memakan seekor kambing setiap hari.
Kambing B hidup dalam ketakutan tetapi gagal membuat apa-apa. Selepas seminggu, iaitu setelah tujuh ekor kambing dikorbankan, maka kumpulan kambing B meminta agar singa pertama ini ditahan di atas gunung. Pada masa yang sama, singa kedua yang asalnya ditahan itu, terpaksa dibebaskan.
Tanpa diduga, singa kedua yang sudah seminggu kelaparan itu bertindak lebih ganas. Tiga ekor kambing dibahamnya pada hari pertama.
Maka kumpulan kambing B menyesal, kerana dalam tempoh lapan hari, 10 ekor kambing terkorban, sedangkan hanya tiga ekor kambing di kumpulan A yang dimakan.
Dengan segera kambing B meminta agar singa kedua dihantar balik, dan dibebaskan singa pertama. Keadaan tidak berubah. Singa pertama mengekalkan tabiatnya untuk memakan seekor kambing setiap hari.
Maka kumpulan kambing B mula memikirkan sesuatu untuk mengubah nasib dirinya.
Mereka mengekalkan singa pertama, dan dibiarkan singa kedua kelaparan untuk satu tempoh yang panjang, sehingga singa kedua merayu kepada kambing agar dirinya dibebaskan.
Maka kumpulan kambing B berunding dengan singa kedua, menetapkan syarat bahawa singa kedua perlu mengurangkan makanannya kepada seekor setiap dua hari, malah kumpulan kambing B akan membekalkan "kambing yang sakit" untuk dimakannya.
Syarat ini dipatuhi, maka singa pertama ditahan semula dan singa kedua dibebaskan.
Tetapi, adakah kumpulan kambing B berpuas hati dengan singa kedua selepas syarat ini dipatuhi, dan membiarkan singa pertama mati kelaparan di atas gunung?
Semestinya tidak. Ini kerana kumpulan kambing B menyedari bahawa singa kedua sanggup mematuhi syarat ini kerana tahu dirinya akan ditahan semula jikalau mungkir janji.
Seandainya singa pertama mati, maka singa kedua itu tidak mempunyai pesaing lagi, dan akan bermaharajalela. Oleh itu, singa pertama dan kedua dibebaskan dari gunung secara bergilir-gilir, mengikut penilaian kumpulan kambing B.
Kedua-dua ekor singa sedar, nasib diri mereka kini ditentukan kambing. Mulai hari itu, bilangan kambing yang terkorban dalam kumpulan B, berjaya dikurangkan.
Sebaliknya, kambing kumpulan A mula berdepan dengan masalah.
Serigala itu sedar bahawa dirinya satu-satunya serigala, dan tidak boleh dihukum oleh mana-mana pihak. Nafsunya semakin meningkat.
Kambing diburu, digigit hanya untuk menghisap darahnya, dan kemudian dibuang mayatnya begitu sahaja. Tiga ekor kambing kumpulan A dibunuh setiap hari, hanya untuk darahnya.
Tetapi, kumpulan kambing A gagal melakukan apa-apa, kerana mereka gagal menghukum serigala tersebut.
Demikianlah ceritanya yang tersebar luas di ruang internet, memberi gambaran terbaik bagaimana sistem dua parti menguntungkan rakyat.
Kerajaan diandaikan serigala/singa yang bakal mengancam kepentingan rakyat, iaitu kambing.
Kepentingan kambing tidak terjamin dengan seekor serigala yang kurang ganas, tetapi keupayaan kambing untuk menentukan nasib dua ekor singa ganas yang sedang bersaing!
Friday, April 5, 2013
Antara serigala dan 2 ekor singa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Faktor calon bertanding bakal menentukan kejayaan sesebuah parti di Sabah, menurut penganalisis politik, Dr Tarmizi Ahmad.
ReplyDeleteKatanya, rakyat Sabah semakin matang dalam membuat keputusan berhubung pemilihan calon pemimpin justeru mendakwa timbul sedikit kegusaran terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan jumlah kerusi di negeri itu.
ReplyDelete"Uniknya Sabah adalah dia akan ikut pemimpin dia. Dia tidak kira pemimpin berada di mana, yang penting, Dia lagi percaya pemimpin dia berbanding parti.
ReplyDelete"Contohnya dulu, rakyat Sabah pernah bagi undi kepada PBS. Pada waktu itu, Pairin adalah PBS. Sewaktu itu PBS belum lagi bersama Barisan Nasional. Selepas itu, rakyat mengikut dia, menyokong Barisan Nasional.
Tarmizi dalam pada itu menolak dakwaan sesetengah pihak yang berkata rakyat Sabah mungkin akan beralih undi kepada Pakatan Rakyat kerana populariti yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
ReplyDeleteSabah dah bertukar pemerintah beberapa kali so tak heran ini kalilah terjadi lagi terima kaseh Sabah.
ReplyDeleteDatuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat harus membandingkan kejayaan itu dengan janji-janji kosong yang ditabur pembangkang selama ini.
ReplyDeleteBeliau yakin rakyat telah dapat melihat kejayaan kerajaan dalam tempoh empat tahun ini dan meminta mereka memberi mandat baharu kepada kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang untuk melakukan yang lebih baik buat negara.
ReplyDelete"Beri kita mandat lima tahun lagi untuk lakukan yang lebih hebat. Kita janji akan bekerja bersungguh-sungguh. Insya-ALLAH, lima tahun lagi Malaysia akan bersinar sebagai negara yang berjaya dan keunggulan Malaysia akan terserlah," katanya.
ReplyDeleteNajib berkata mandat baharu amat penting bagi membolehkan kerajaan meneruskan segala agenda yang telah direncanakan ke arah mencapai status negara
ReplyDeletemaju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Perjalanan kita masih jauh sebab kalau hendak Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi tidak mengambil setahun dua...tetapi sebelum sampai ke
ReplyDeletetahap itu, kita kena melangkah satu jambatan iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.
headhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteNEGARA CEMERLANG RAKYAT MAJU
ReplyDeleteLapangan terbang antarabangsa,
Canggih dengan kemudahan perlu,
Dulu satu sekarang dua,
Sehebat dengan Negara maju.
Lapangan terbang seluruh negeri,
Dinaik taraf ada yang baru,
Keperluan rakyat masa kini,
Kemudahan Negara sangat diperlu.
Putrajaya pusat pentadbiran,
Di sana Jabatan Perdana Menteri,
Mentadbir Negara dengan kesungguhan,
Demi rakyat Malaysia dikasihi.
Semua jabatan ada disana,
Termasuk agensi yang Negara perlu,
Mentadbir Negara tugas utama,
Negara membangun rakyat maju.
Putrajaya dibangunkan indah,
Bandar cantik dalam taman,
Kemudahan rakyat disediakan sudah,
Putrajaya bandaraya aman.
Disediakan lengkap rumah kelamin,
Kemudahan perlu untuk pekerja,
Keselamatan penduduk terus terjamin,
Kemudahan peru rakyat bahagia.
Bas pelancong penumpang biasa,
Tambah moden kemudahan canggih,
Bas cantik duduk selesa,
Naik sekali terus ketagih.
Terminal bas lapangan terbang,
Semua kemudahan dinaik taraf,
Sesuai dengan keperluan sekarang,
Negara maju sama setaraf.
Kalau naik kereta api,
Semua penumpang dapat duduk,
Warga Emas tambang subsidi,
Kad pengenalan kita tunjuk.
Laluan berkembar sedang dibina,
Kemudahan moden keperluan semasa,
Keadaan terminal cantik sempurna,
Penumpang dilayan penuh mesra.
Ada rancangan kereta api laju,
Membantu rakyat perjalanan pantas,
Agenda Negara terus maju,
Rakyat suka semuanya cergas.
Menara berkembar tingggi menjulang,
Mercu tanda Negara Malaysia,
Bangun indah cantik terbilang,
Kemegahan rakyat Negara kita.
Pentadbiran perdangan antarabangsa,
Disana tempat menjana kemajuan,
Bangunan berkembar kemajuan Negara,
Maju Negara dengan Perdagangan.
MAS Syarikat penerbangan Negara,
Terbang maju diseluruh dunia,
Rakyat Malaysia terus bangga,
Dengan MAS kita kemana-mana.
Airasia penerbangan tambangt murah,
Semua rakyat boleh tebang,
Semua urusan mereka dipermudah,
Rakyat gembira kemudahan cemerlang.
Berbagai SKIM disediakan,
Untuk membantu rakyat jelata,
BN tepati segala yang dijanjikan,
Pengundi tidak akan kecewa.
Datuk Najib Perdana Menteri,
Datuk Mahyuddin pembantu setia,
Mentadbir Negara berhati-hati,
Supaya rakyat hidup bahagia.
Datuk Mahyuddin Timbalan Perdana Menteri,
Pegang pula jawatan menteri pelajaran,
Dua pemimpin bersatu hati,
Mentadbir Negara dengan fikiran.
Mereka yak pernah bercanggah pendapat,
Kedua mereka bersatu hati,
Khidmat mereka sebagai ibadat,
Kepada rakyat Negara dikashi.
Mereka tak letih dan tak penat,
Mentadbir Malaysia kearah jaya,
mereka dibantu Menteri Kabinet,
Bersatu padu majukan Negara.
Bantulah kerajaan mengurus NEgara,
Itulah seruan PM kita,
Majukan Negara terus berjaya,
Negara Berjaya rakyat bahagia.
Membina Negara untuk maju,
Tidak semudah untuk dihancurkan,
Setialah rakyat bersatu padu,
Negara Malaysia kita pertahankan.
Kerajaan yang ada kita kasihi,
Biar BARISAN memerintah Negara,
Pembangkang memerintah kita jauhi,
Demi rakyat NEgara tercinta.
Malaysia menjadi Negara maju,
2020 tahun keramat,
Semua rakyat bersatu padu,
Hidup bahagia membawa rahmat.
Malaysia dipacu penuh semangat,
Kerajaan cemerlang rakkyat ebrsatu,
Terus mendapat mandat rakyat,
Negara cemerlang rakyat maju.
Rakyat bersatu memberi mandat,
Barisan Nasional terus diundi,
Kepada Allah mohon berkat,
Kerajaan Barisan terus berbakti.
dimana bumi dipija,
Disitu langit dijunjung,
Jadilah pengundi bijak,
Barisan diundi secara langsung.
Saya berpantun sampai disini,
Salah dan silap mohon maafkan,
Lepas membaca muhasabah diri,
Jangan lupa undi Barisan.
headhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteKajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.
ReplyDeleteStatistik kaji selidik UMCEDEL menunjukkan BN mendahului Pakatan Rakyat dengan lima mata peratusan.
ReplyDeleteBN memperolehi 42 peratus berbanding 37 peratus yang memberikan keyakinan kepada PR berdasarkan kepada soal selidik ke atas saiz sampel 1,409 pengundi.
ReplyDeleteMalah pemimpin BN berpendapat bukan sahaja parti pemerintah akan menang besar tetapi juga akan berjaya merangkul kembali majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
ReplyDeleteKeyakinan ini bukanlah cakap-cakap kosong kedai kopi tetapi berlandaskan kepada fakta dan realiti di peringkat akar umbi pengundi.
ReplyDeleteSikap keterbukaan dan pendekatan inovatif pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Naji Tun Razak merupakan dua faktor amat penting yang menyumbang kepada keyakinan rakyat kepada BN.
ReplyDeleteWalaupun pihak pembangkang saban hari membangkitkan pelbagai isu yang didakwa bersabit dengan rasuah dan penyelewengan tetapi rakyat terutamanya pengundi bijak memilih di antara kaca dan permata.
ReplyDeleteApa yang mereka sekarang lihat dan nikmati adalah hasil pro-aktif kepemimpinan cemerlang yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri dalam memperjuang serta menjaga kebajikan rakyat.
ReplyDeleteDaripada perbelanjaan isu rumah, pendidikan, kebajikan pelajar, warga emas, pemandu teksi, golongan karyawan, agamawan dan nelayan hinggalah kepada golongan peniaga serta usahawan, semuanya kini sedang menikmati hasil bermacam-macam program yang dilancarkan oleh Datuk Seri Najib.
ReplyDeleteBoleh dikatakan tidak ada lapisan masyarakat atau golongan rakyat yang disisahkan daripada menerima bantuan dalam pelbagai bentuk dan rupa.
ReplyDeleteProgram BR1M 1.0 dan 2.0 yang dituduh pembangkang yang kekeringan isu sebagai rasuah politik menerima respons yang sungguh menakjubkan.
ReplyDeleteBegitu juga lain-lain program KR1M, Klinik 1 Malaysia, TR1M, KD1M yang terbit daripada dua program transformasi kerajaan - Program Transformasi Pentadbiran dan Program Transformasi Ekonomi.
ReplyDeleteMentadbir sebuah negara majmuk seperti Malaysia dengan 1001 kerenah daripada setiap kaum yang berlatar belakangkan etnik, agama, bahasa, budaya serta pandangan dunia yang berbeza bukanlah suatu yang mudah.
ReplyDeleteBN telah berjaya mengangkat serta menobatkan martabat negara dari semua susut pembangunan - ekonomi, politik dan sosial - daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada negara industri yang mennuju kepada status negara maju menjelang 2020.
ReplyDeleteSegala yang telah dicapai sehingga kini bakal hancur dan musnah jika negara berada di dalam tangan pembangkang.
ReplyDeleteIni kerana asas politik pembangkang adalah kebencian dan perpecahan serta memporak perandakan negara demi untuk memperolehi kuasa politik.
ReplyDeletePembangkang tidak peduli tentang aspek keselamatan negara mahupun kedaulatannya kerana apa yang penting bagi mereka ialah merampas Putrajaya dengan menimbulkan kekacauan dan huru hara.
ReplyDeleteIni terbukti dengan siri demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering diadakan sejak PRU 2008 kononnya untuk memperjuangkan hak rakyat.
ReplyDeleteSebenarnya bukan rakyat yang menjadi fokus gerakan pembangkang.
ReplyDeleteRakyat hanya dimobilisasikan sebagai satu gerakan massa bagi kepentingan politik pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat yang masing-masing mempunyai halatuju dan ideologi yang berbeza.
Walaupun kajian UMCEDEL menunjukkan sejumlah 78 peratus daripada saiz sampel pengundi dalam soal selidik yang dijalankan mengatakan, integriti dan salahguna kuasa pemimpin BN memberi kesan kepada sokongan pengundi dalam pilihan raya umum, namun ini ada hanyalah masalah persepsi yang telah dicorakkan dalam pemikiran rakyat oleh pembangkang.
ReplyDeleteAkhirnya rakyat akan menunjukkan kematangan di peti undi bila mana mereka mampu membandingkan dengan fikiran dan hati yang terbuka kehidupan yang telah mereka nikmati sepanjang pemerintahan BN.
ReplyDeleteMereka juga akan membandingkan janji-janji kosong pembangkang yang tidak mampu dilaksanakan serta lebih indah khabar dari rupa.
ReplyDeleteHasil kaji selidik Universiti Malaya itu yang menunjukkan 53 peratus masyarakat Cina masih tidak pasti untuk memilih parti mana pada PRU 13 juga seharusnya tidak perlu dibimbangi.
ReplyDeletePengundi Cina melihat politik sebagai satu bentuk perniagaan yang mengutamakan aspek keuntungan lebih daripada unsur yang lain.
ReplyDeleteWalaupun mungkin wujud beberapa isu yang menjadi kebimbangan kepada mereka, pengundi Cina perniagaan akan bertindak seperti peniaga yang akan memastikan kerajaan yang mereka pilih mampu memberi suasana perniagaan yang stabil, kompetitif dan aman daripada segala halangan yang membantutkan ekonomi mereka.
ReplyDeletePembangkang mungkin boleh bermulut manis menabur segala macam janji termasuk ada yang tidak masuk akal sama sekali tetapi rakyat akan tetap memilih BN yang rasional, komited, berwawasan serta sentiasa menepati janjinya.
ReplyDeleteheadhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN
ReplyDelete