Penulis lirik dan pelakon Bob Lokman menyokong penuh keputusan PAS meletakkan penyanyi Aishah untuk bertanding di Parlimen Jempol pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13).
Beliau berkata, Aishah (gambar) sangat sesuai dicalonkan kerana beliau seorang yang berpelajaran tinggi ditambah pula faktor beliau sebagai selebriti yang dikenali ramai.
Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Jurusan Sains Politik dari Universiti of Auckland, New Zealand.
"Ya, saya memang sokong dan mesti sokong sebab Aishah seorang yang berpelajaran. Kalau dia sekadar artis tapi tak berpelajaran, saya tak berapa sokonglah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Aishah yang terkenal dengan lagu 'Janji Manismu' diumumkan akan bertanding di Jempol oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Taman Melewar Rabu lalu.
Bob juga berkata, beliau dan rakan artis yang lain akan membantu memberikan sokongan dan turun membantu Aishah berkempen di Jempol.
"Kami rakan-rakan artis memberi sokongan penuh kepada Aishah. Kami mesti turun...mesti turun bantu Aishah (berkempen)," katanya sambil menyeru masyarakat khususnya ahli PAS memberikan sokongan padu kepada Aishah.
Dalam pada itu, beliau menambah, Aishah akan 'selamat' jika tetap berpegang kepada ajaran Islam selepas menjadi wakil rakyat nanti.
"Saya menyokong sahabat artis yang bertanding kerana bukan sahaja kita menyokong untuk Aishah tapi untuk Islam juga.
"Tapi Aishah kena ingat, dia kena bezakan Melayu dan Islam. Melayu dan Islam banyak bezanya. Jadi wakil rakyat ini kena berpegang dengan Islam. Selagi Aishah berpegang dengan Islam dia akan boleh bertahan," kata Bob Lokman (gambar kanan)
Menurut sumber, masyarakat setempat khususnya wanita menyokong penuh Aishah bertanding di Jempol. Menurut mereka, Aishah mempunyai peluang yang sangat cerah berbanding tokoh-tokoh PAS yang lain.
Ini kerana Jempol adalah kubu Umno dan hanya orang seperti Aishah mampu memecahkan kubu itu.
"Dengan kekuatan jentera PAS di sini dan bantuan tenaga dari para artis, saya yakin Aishah boleh menang," kata salah seorang dari mereka yang menghubungi Harakahdaily.
Pada pilihan raya umum 2008 calon BN Datuk Lilah Yasin menang dengan majoriti 12,320 undi mengalahkan calon PAS, Siti Meriam Naan.
BN menguasai lima daripada lapan kerusi parlimen di negeri itu, sementara DAP pula menang dua kerusi dan PKR satu kerusi. -HD
Friday, April 5, 2013
Rakan artis mahu pasti Aishah menang di Jempol
Similar Posts
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memecah kebuntuhan...harap Abu Bakar Ellah pun jadi calon juga..saya sukung sebab style kepala tempurungnya..
ReplyDeleteMoga Allah akan memberikan kemenangan yg mudah kepada calon ini (Aisah) dan kami juga menyokong penuh dgn pencalonan tersebut. kami sbagai penduduk Jempol akan pastikan Aisah akan mendapat kemenangan pada PRU13 ini. Amin
ReplyDeleteGolongan artis jadi sasaran parti politik sekarang untuk tarik pengundi.
ReplyDeleteWanita pun semakin ramai yang berkecimpung dalam dunia politik.tiada kurangnya daripada calon dari golongan adam.
ReplyDeleteBN juga berjanji menaikkan pengecualian cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah ibadat.
ReplyDeleteMenyentuh mengenai agama Islam, BN berjanji untuk mempromosi syiar dan syariat Islam mengikut prinsip Maqasid Syariah dan meningkatkan inisiatif dalam menyatukan ummah.
ReplyDeleteSementara itu, kerajaan BN berjanji dalam tempoh lima tahun ini, ia akan membantu menjana pendapatan daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.
ReplyDeleteSelain mempromosi kebajikan imam, pegawai masjid dan guru-guru Kafa dengan menyediakan gaji berasaskan perkhidmatan dan kenaikan gaji.
ReplyDeleteBN juga berjanji untuk meningkatkan kualiti Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan, di samping menyediakan bantuan kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok.
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteBob Lokman tak nak bertanding ke? huuhuu
ReplyDeleteheadhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said & mantera said = LIDAH SYAITAN
ReplyDelete