Thursday, April 18, 2013

Malang Sebatik Dapat Adun PATI?

SEBATIK : DUN Sebatik yang diterajui oleh Muis Picho yang mewakili Barisan Nasional sejak lima tahun lalu masih jauh ketinggalan serba serbi, terutama kemudahan asas; malah terus menyemai janji yang entah bila akan ditepati.

Beberapa buah kampung di DUN berkenaan masih terlalu daif dan kehausan pembangunan seperti bekalan elektrik dan paip air.

Demikian antara aduan, Dato Mohd Jeffry Rosman kepada Sabahkini. Net semasa membuat lawatan ke Jeti Sabindo, Tawau, dekat sini, kelmarin.

Katanya, sebagai Wakil Rakyat, Muis yang dipilih pada tahun 2008 telah gagal membela nasib rakyat di Dun Sebatik dalam tempoh 5 tahun lalu kerana masih banyak kampung tradisi yang terpinggir daripada menerima peruntukan pembangunan.

Sebagai contoh, tambah Jeffry, di Kampung Melayu, Sebatik terlalu ramai penduduk miskin gagal mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik sehingga terpaksa menyambung daripada negara Indonesia.

"Bukankah ini amat memalukan jika rakyat Malaysia terpaksa menagih ehsan negara jiran untuk mendapat kemudahan asas sedangkan Wakil Rakyat hanya tahu menabur janji dan tidak berusaha untuk membekalkan generator kepada penduduk tersebut," kata Jeffry lagi.

Dalam pada itu, Jeffry turut menimbulkan soal kerakyatan Muis Picho sebagaimana bukti yang didedahkan dalam Sabahkini.net selama ini dan wajar disapena ke Panel RCI bagi membolehkan siasatan dijalankan terhadap beliau kerana ramai rakyat Sibatik tahu siapa Muis sebenarnya.

Tambah Jeffry, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Hj Aman melakukan satu kesilapan besar kerana masih memberikan kepercayaan kepada Muis mewakili Sebatik sedangkan ramai lagi Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO yang lebih baik dan berkelayakan daripada Muis.

“Seperti yang kita lihat, Sabindo adalah tempat persinggahan penduduk Sebatik untuk berulang alik. Malangnya kerajaan BN tidak berupaya membina jeti untuk keperluan penduduk setempat,” katanya lagi.

Jeffry dijangka akan bertanding di Sebatik dan menentang Muis kerana menurutnya semasa Muis menjadi ADUN Sebatik, beliau gagal menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat kerana pilih kasih dan menganak tirikan suku kaum Tidung, Suluk, Jawa, Banjar dan Bolongan.

 -Sabahkini

16 comments:
Write comments
  1. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah kalau otak copy paste jer buat apa?? kesian x pernah sekolah,sanggup sebar fitnah,menipu,politik lucah sentimen agama,sentimen perkauman. fakta x ada, rajin copy paste sja...dah ambil beras nasional dari KIRAM
    (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  2. Kalau Muis Pico tak dsenaraikn semula..tidor le UMNO samda DUN Sebatik atau DUN Tg batu atau DUN Merotai. Memang nak kena tikam belakang le

    ReplyDelete
  3. Untuk makluman semua ...Di tawau dah rata-rata menolak Calon dari BN/UMNO kerana mereka semua dah TUA dan tak berpendidikan langsung. buat apa rakyat nak ikut cakap dari orang yg tidak berpendidikan dan berilmu.....fikir-fikirkan lah wahai rakyat TAWAU AMnya.Bila Dewan bersidang mereka langsung tak ada idea unk memajukan kawasan mereka cuma menghabiskan wang rakyat unk gaji dan elaun mereka saja.

    ReplyDelete
  4. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin

    ReplyDelete
  5. headhunter mantera dan Hidup Di Sabah kalau otak copy paste jer buat apa?? kesian x pernah sekolah,sanggup sebar fitnah,menipu,politik lucah sentimen agama,sentimen perkauman. fakta x ada, rajin copy paste sja...dah ambil beras nasional dari KIRAM
    (Komplot IC Rakyat Asing Maddey)yg didalangi oleh UMNO..

    ReplyDelete
  6. Apa pun berlaku yang pasti Sabah Bakal diterajui oleh "PAKATAN RAKYAT" ingat sejarah USNO,BERJAYA,PBS dan kini UMNO.... ini rakyat sabah bah... Tidak Suka Kita Tukar... Kuasa Di Tangan Rakyat.... Aamiin INI KALI LAH.... TUKAR TUKAR TUKAR

    ReplyDelete
  7. Sebatik perlu dibangunkan, byk potensi pembangunan dan ekonomi terdapat di Sebatik

    ReplyDelete
  8. Kerajaan harus melaksanakan program yang benar membawa perkembangan ekonomi.

    ReplyDelete
  9. tambah Jeffry, di Kampung Melayu, Sebatik terlalu ramai penduduk miskin gagal mendapat kemudahan asas seperti bekalan elektrik sehingga terpaksa menyambung daripada negara Indonesia.

    WR harus turun padang dan mengambil langkah wajar untuk membela nasib dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  10. Malangnya kerajaan BN tidak berupaya membina jeti untuk keperluan penduduk setempat,” katanya lagi.

    parti yang tidak dapat berjuang kebajikan untuk rakyat harus ditolak.

    ReplyDelete
  11. Rakyat akan buat keputusan dan menentukan yang benar berkeupayaan membela nasib dan bersuara.

    ReplyDelete
  12. Its time to reject UMNO Sabah.

    ReplyDelete
  13. Sabah will also continue to work with Petronas and the Malaysian Investment Development Authority (MIDA) to attract investors to establish oil and gas industrial activities in Sabah, apart from our own efforts in nurturing local investments

    ReplyDelete
  14. As a sign of commitment, the State Government in 2010 formed a special purpose company, the Sipitang Oil and Gas Development Corporation (SOGDC) to spearhead and oversee the development of the oil and gas industry in Sabah.

    ReplyDelete
  15. The first initiative of SOGDC is to embark on the development of the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP), an integrated industrial area specifically designated for petrochemical and chemical-based industries and other related initiatives through high-value adding industrial clustering.

    ReplyDelete
  16. Among the infrastructure that will be available in SOGIP are a single carriageway road which could be upgraded to a dual carriageway later on, electricity supply planned at 118 megawatts upon construction of a transmission line from Kimanis to SOGIP, a water treatment plant to generate 40 million litres per day and a jetty with a depth of 16 metres depth.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.