PAS akan bertembung dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat - PKR - dalam pertandingan tiga penjuru di kerusi DUN Sungai Acheh dengan meletakkan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah (di bawah) sebagai calonnya di situ.
Keputusan itu dibuat selepas Pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman malam tadi mengumumkan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, sebagai calon parti itu di kerusi berkenaan yang terletak dalam kawasan pilihan raya Tebal Nibong.
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man membuat pengumuman tersebut di Pongsu Seribu - kubu kuat parti itu di Tasek Gelugor pada kira-kira jam 10 malam ini.
Beliau berkata, pihaknya yakin calon-calon parti itu boleh menyapu bersih semua kerusi dalam pertandingan dengan Umno.
Menurut Salleh, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat yang panjang dengan kepimpinan PAS di Kuala Lumpur, semalam.
"Keputusan kami adalah muktamad," katanya, sambil menambah bahawa kepimpinan pusat juga telah memutuskan senarai calon untuk seluruh negara.
Salleh lagi mengumumkan parti itu akan bertanding dua kerusi Parlimen dan lima kerusi DUN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum ke-13, yang ditetapkan pada 5 Mei.
Calon bagi dua kerusi parlimen ialah setiausaha Pemuda PAS negeri, Afnan Hamimi Taib Azamudden di kerusi Kepala Batas, dan bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu, Datuk Abdul Rahman Maidin di Tasek Gelugor.
Calon-calon bagi empat lagi kerusi DUN termasuk Roshidi Hussein (Penaga), Arshad Md Salleh (Permatang Berangan), Asnah Hashim (Bayan Lepas) dan Zahadi Mohamad (Sungai Dua).
Setiap calon, tampil memberi ucapan ringkas selepas nama mereka diumumkan.
-MK
Thursday, April 11, 2013
PAS, PKR bertembung di Sungai Acheh
Similar Posts
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kenapa bertembung? PAS dan PKR tak sefahaman ke?
ReplyDeleteini pasti beri kelebihan kepada BN
ReplyDeleteNah kan..memang nampak yang mana PR tidak sehaluan.
ReplyDeleteMemang dari dulu lagi ini membuktikan yang mana PR tidak sehaluan.
ReplyDeleteTidak perlu cakap banyak. Tengok daripada perjuangan parti dalam PR pun sudah tahu.
ReplyDeleteIni membuktikan lagi ahli PAS,DAP dan PKR terpaksa untuk berebut kerusi.
ReplyDeleteMana kununya PR ini parti yang bersatu? Yang mereka banggakan itu.
ReplyDeleteBerbulan-bulan pembangkang menyalak di ceramah-ceramah mereka, Perdana Menteri seorang yang penakut kerana tidak berani membubarkan parlimen.
ReplyDeleteDituduhnya Najib sedang merancang untuk mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dilaksanakan.
ReplyDeleteTetapi segala fitnah itu terjawab apabila Najib mengumumkan pembubaran parlimen lebih awal pada 4 April 2013 sedangkan beliau mempunyai tempoh sehingga 28 April 2013sebelum parlimen terbubar dengan sendirinya.
ReplyDeleteNajib dah bubar parlimen!!! Bertempiaran pemimpin-pemimpin pembangkang ke sana sini cuba menyelesaikan masalah pembahagian kerusi Pakatan.
ReplyDeleteRupa-rupanya pembangkang masih belum memuktamadkan isu pokok pembahagian kerusi di antara mereka.
ReplyDeleteSelama ini mereka gelar Najib penakut bubar parlimen hanya sekadar ‘Reverse Psycology’ supaya Najib melewatkan pembubaran parlimen. Haramjadah.
ReplyDeleteSekarang ini baru PR huru-hara mencari calon. Sebelum ini tidak pula melantik dan memilih. Kerana Anwar takut ditolak oleh PAS dan DAP.
ReplyDeleteMungkin pencerobohan ini ada kaitan dengan pembangkang yang cuba untuk melewatkan PRU13.
ReplyDeletePenang PAS sprang a surprise when it announced a candidate for the Sungai Acheh state seat even though PKR had said it would contest that seat.
ReplyDeleteMenjelang PRU13, Pakatan Rakyat dilihat semakin berkecamuk sesama sendiri kerana berebut kerusi. Hampir semua negeri pembangkang hadapi masalah pertindihan kerusi. Ini yang mereka kata bersedia untuk pilihan raya? Hahahaa…
ReplyDeleteKita ambil contoh dari negeri paling utara, Perlis. Setelah berhempas pulas memujuk mufti Perlis untuk menjadi calon, harapan PKR musnah untuk melihat Dr. Juanda bertanding atas tiket parti itu apabila Pas enggan memberi kerusi parlimen Kangar.
ReplyDeleteKita pergi ke negeri yang paling selatan pula, Johor. Perebutan kerusi yang bermula di Gelang Patah kini sudah merebak sehingga ke Segamat.
ReplyDeleteNegeri Selangor yang selama ini cuba menggertak kerajaan pusat untuk membubar DUN lebih awal, sehingga kini masih belum mengumumkan nama calon. Khalid Gagap selaku MB juga masih tidak tahu nasib sama ada bertanding atau tidak.
ReplyDeleteIsu pemilihan calon saja dah timbulkan banyak masalah kepada Pakatan. Camna nak tadbir negara Pakatan oiiii?
ReplyDeletePenang PAS picked its Youth chief Mohd Yusni Mat Piah, after Penang PKR chief Datuk Mansor Othman had named Badrul Hisham Shaharin or Chegu Bard as the party’s candidate for the seat.
ReplyDeleteInilah jadinya bila 3 parti tak sehaluan berlakon “bersatu” padahal bertekak sesama sendiri.
ReplyDeleteKalau isu calon pun tak selesai & bergaduh, camna nak ke Putrajaya?
Yusni, 39, claimed it was originally a PAS seat that was “loaned” to PKR for the 2008 general election.
ReplyDeleteThe seat was won by Barisan Nasional’s Mahmud Zakaria.
Boleh lihat sendiri lah dengan PR sekarang ini. Inilah kalau sudah buat perkahwinan paksa. Menyatukan 3 parti yang tidak sehaluan.
ReplyDeletePenang PAS also picked corporate figure Datuk Abdul Rahman Maidin to contest the Tasek Gelugor parliamentary seat.The former Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) executive chairman and former Felda Plantations chief executive officer is expected to take on incumbent Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, if Barisan Nasional retains the latter to contest the seat.
ReplyDelete3 tidak sehaluan mengundang pelbagai masalah. INIlah parti yang mencari keburukan orang lain sebelum ini tapi liaht sendiri bagaimana.
ReplyDeletePenang-born Abdul Rahman, who is also former National Malay Chamber of Commerce president, joined PAS in December last year.
ReplyDeletePAS’ list of candidates was announced by state PAS commissioner Datuk Mohd Salleh Man at the state party headquarters in Pongsu Seribu here last night.
Selepas perhimpunan agung UMNO, PM Najib cakap, "Apa yang membimbangkan saya ialah diantara kita sesama kita". Maksudnya ialah pemilihan 'Winable Candidate', Calun boleh Menang sebahgaiannya akan menukar penyandang lama kepada muka baru atau beberapa muka lama yang disenarai semula untuk pemilihan/tapisan. Calun yang tidak terpilih akan sabotaz semasa PRU, ini biasa berlaku. Lain lagi masaalah kawasan YB Pembangkang yang lompat ke BN, Ibrahim Ali, Zaharin, Zulkifli Nordin dn Hassan Ali. Ini baru masaalah dalaman UMNO sendiri. UMNO yang sudah berpengalaman 55 tahun jadi kerajaan pun ada masaalah calun, apa lagi PR, cuma kita yakin kebanyakan dari 222 kerusi itu tiada masaalah yang besar.
ReplyDeleteKetidaksepakatan parti-parti pembangkang dalam menentukan calon Pilihan Raya Umum Ke-13 ini semakin terserlah apabila berlaku pertembungan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Nibong Tebal antara Parti Keadilan Rakyat dan PAS.
ReplyDeletePKR yang membuat pengumuman calonnya pada Selasa, dikatakan oleh PAS telah membelakangi keputusan kepimpinan pusat yang bersetuju meletakkan calon PAS bertanding untuk kerusi itu.
ReplyDelete“Saya bawa balik mandat yang telah diputuskan oleh PAS pusat selepas perbincangan antara tiga parti komponen pakatan pembangkang, iaitu kerusi Sungai Acheh adalah milik PAS,” kata Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mohd Salleh Man pada sidang media mengumumkan calon parti itu malam kelmarin.
ReplyDelete“Jadi keputusan PAS muktamad bahawa kami akan bertanding di Sungai Acheh dan setakat ini tiada sebarang perbincangan dengan PKR negeri kerana keputusan telah dibuat (perbincangan peringkat pusat),” katanya selepas mengumumkan beberapa nama calon PAS yang bakal bertanding di Pulau Pinang.
ReplyDeleteMohd Salleh turut mempersoal bagaimana Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman boleh mengumumkan nama calon PKR bagi kerusi DUN itu sedangkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mengumumkan calon parti itu untuk kerusi Parlimen Nibong Tebal.
ReplyDeleteUntuk kerusi DUN Sungai Acheh, PAS menamakan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Yusni Md Piah sebagai calon manakala PKR mengumumkan Badrul Hisham Shahrin yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard bertanding di situ.
ReplyDeleteSungai Acheh adalah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR pada PRU 2008.
ReplyDeleteDi IPOH, pergolakan antara PKR dan PAS bagi menentukan parti mana yang bertanding di DUN Changkat Jering terpaksa diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk diselesaikan.
ReplyDeleteBercakap kepada pemberita di sini, Setiausaha pakatan Perak Dr Khairuddin Abdul Malik berkata penentuan parti mana yang akan bertanding di Changkat Jering telah diserahkan kepada Majlis Tertinggi Pakatan untuk dimuktamadkan.
ReplyDeleteKemelut perebutan kerusi DUN Changkat Jering tercetus apabila PAS mengumumkan Timbalan Pesuruhjayanya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding bagi kerusi itu dan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).
ReplyDeleteBagaimanapun ia bercanggah dengan kenyataan Pengerusi PKR Perak Dr Muhammad Nur Manuty sebelum ini bahawa kerusi Changkat Jering hanya diserahkan kepada PAS dengan syarat diganti dengan kerusi lain yang dimiliki PAS.
ReplyDeletePKR dilihat mahu mempertahankan kerusi Changkat Jering selepas dimenangi calonnya Mohd Osman Jailu – yang kemudian bertindak keluar parti menjadi ADUN Bebas pada PRU12, namun parti itu nampaknya bersedia untuk bertukar kerusi dengan PAS.
ReplyDeletebertembung?? Anwar kan ada..
ReplyDeleteTanya sama Anwar,
Mana satu lubang,
Nanti jawab Anwar,
Lubang be..la..kang!!
persoalan ini jawabnya macam ni, broo...
ReplyDeleteBilang sama Anwar,
mana satu lubang?
nanti balas Anwar,
lubang BE-LA-KANG!..
Tanya juga Karpal,
Nape follow kes Anwar?
Ujar licik si Karpal..
Nak `perangkap` PR.
Aju pada Hadi,
Nape merapu sakan?
Terus terang Hadi..
Penganut `PAS` tetap meraban!!
Soal Mustafa Ali,
Siapa putri tersayang??
Nanti balun YB Mustafa…
`Ku suka `jelitawan`……….
Pembangkang harus kerjasama, saingan pepenjuru ini cuma memberi peluang kepada BN.
ReplyDeleteAdakah PKR akan terus menang di Sg Acheh?
ReplyDeletePAS dan PKR harus bersefahaman.
ReplyDeletePengumuman PAS sudah muktamad?
ReplyDeleteSerahkan kepada pemimpin puncuk kedua parti untuk berunding dan membuat keputusan yang memanfaatkan kedua pihak.
ReplyDeleteSaingan pembangkang sendiri yang akan memberi peluang kepada BN terus menang.
ReplyDeleteSiapakah yang berjaya menambat hati rakyat di Acheh? PAS, PKR atau BN?
ReplyDeletetiga kerusi DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal yang dianggap sebagai kerusi tradisi PAS, namun beralih tangan kepada PKR pada PRU 2008. Adakah PAS berjaya mengambil balik kerusi tersebut?
ReplyDeleteKami menantikan calon seluruh Malaysia. Moga-moga adanya muka baru akan dikemukakan.
ReplyDeleteBiarlah rakyat Acheh untuk menentukannya.
ReplyDeleteRetak menanti belah, itulah sorotan paling tepat untuk menggambarkan keadaan dan kemelut politik yang sedang membelit parti-parti dalam ikatan Pakatan Rakyat sekarang.
ReplyDeleteWalaupun sering kali bercakap besar ia akan menuju ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke 13 kelak, Pakatan Rakyat tidak boleh lari dari persepsi bahawa sejak mutakhir ini PKR, Dap dan Pas sebenarya menjurus ke ambang kehancuran.
ReplyDeleteKonflik dan percanggahan ideologi antara ketiga-tiga parti boleh dibendung selagi wujud satu persamaan objektif perjuangan iaitu untuk menumbangkan Barisan Nasional.
ReplyDeleteNamun semakin dekat tarikh PRU13 akan diumum rakyat semakin jelas melihat betapa kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat hanyalah satu drama dan wayang untuk menutup perpecahan yang bertambah melebar.
ReplyDeletePKR di bawah Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum serta dilihat sebagai ‘simen’ kepada Pas dan Dap dalam Pakatan Rakyat tidak mampu membendung lagi gejala tuduh menuduh antara kedua parti.
ReplyDeleteDi Sabah keadaan lagi berkecamuk apabila Pakatan Rakyat mennyahkan Parti Maju Sabah pimpinan Yong Teck Lee sebagai rakan dialog dalam rundingan pengagihan kerusi.
ReplyDeleteBerdasarkan senario ini pertandingan pelbagai penjuru di kesemua kerusi parlimen dan negeri tidak dapat dielakkan lagi. Situasi sebegini adalah amat memberangsang dari segi kelebihan politik kepada BN yang dijangka dapat mengekalkan Sabah sebagai benteng kuatnya.
ReplyDeleteTerkini, PKR juga terjerat pula dalam konflik ang tidak disangka-sangka dengan sekutu kuat Dap di negeri Johor.Pakatan Rakyat meletakkan harapan tinggi di Johor yang mereka jangka akan menjadi satu lagi korban pada PRU13 kelak.
ReplyDeletePergaduhan mengenai kerusi parlimen Gelang Patah antara PKR dan Dap semakin serius apabila kedua-dua parti mengeluarkan hujah mengapa calon mereka patut bertanding di kawasan itu.
ReplyDeleteIni menyebabkan Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng mengeluarkan amaran keras supaya menghentikan perbalahan terbuka.
Tidak ganjil Dap akan terjerumus dalam perkelahian merebut kerusdi kerana parti itu sememangnya tamak, angkuh dan tamak kerana berasakan dirinya sudah cukup kuat untuk menarik pengundi Cina pada pilihan raya ini.
ReplyDeleteKonflik dalaman Pakatan Rakyat di Johor juga bertambah arah apabila Pengerusi Pengerusi DAP negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau mendakwa Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng menjadi dalang ke atas beberapa serangan hebat terhadap parti.
ReplyDeleteMasing-masing berebut kuasa. Terlalu banyak maslaah dalam pembangkang.
ReplyDelete