Thursday, April 11, 2013

Polis Tahan Sembilan Individu Di Beluran

Sembilan individu termasuk dua wanita yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu telah ditahan polis dalam tangkapan berasingan di beberapa kawasan di Beluran pada malam Selasa dan pagi kelmarin.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata dalam tangkapan jam 8 malam dan 10 pagi itu, membabitkan tujuh rakyat asing dan dua warga tempatan. Hasil pemeriksaan turut menemui beberapa senjata seperti parang, dokumen dan wang tunai dalam tangkapan berkenaan.

“Kita telah menahan tujuh lelaki dan dua wanita dalam tangkapan berasingan itu yang kesemua berusia lingkungan 20an hingga 50an di sebuah kampung di kawasan Beluran kerana dipercayai mempunyai petunjuk dan keterangan-keterangan terlibat dengan pengganas Sulu dari selatan Filipina ini.

“Mereka semua kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Sandakan dan siasatan akan dijalankan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah, kelmarin.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan, Hamza mendedahkan pasukan keselamatan telah mengebumikan 17 mayat pengganas di satu lokasi kelmarin.

“Untuk makluman, pihak pasukan keselamatan telah mengkafan, memandikan serta disolat-jenazahkan pada hari ini (kelmarin) dan dikebumikan di satu kawasan di Sabah ini,” katanya. -Sabahkini

12 comments:
Write comments
  1. Makin manjalah nanti orang2 kiram ni.sudahlah masuk ala pengannas,pas tu dikubur lagi tanah sabah.Apa lah jadi ni.

    ReplyDelete
  2. kena pastikan kesemua mereka dpt ditahan

    ReplyDelete
  3. Semakin melarat ke Beluran pula?Kita sedia maklum kalau di Kinabatangan memang ramai warga asing berbanding orang tempatan.harap tiada yang akan menjadi pengkhianat.

    ReplyDelete
  4. Pastikan semua mereka yang terlibat dengan pencerobohan sulu diberkas.jangan biar mereka bebas.

    ReplyDelete
  5. Muka2 terjun ke sungai takut ditangkap.huhu

    ReplyDelete
  6. Rasanya memang patut dipastikan dari masa ke semasa mana tau wujud para penceroboh dan pengkhianat ni di mana-mana. memang sokong pengwujudan ESSCOM.

    ReplyDelete
  7. Jalani hukuman dan hantar terus balik negara mereka.

    ReplyDelete
  8. Jaga keselamatan negara dengan ikhlas. Cegah lebih baik dari mengubat.

    ReplyDelete
  9. Nazri Aziz berulangkali kata PATI tidak mendatangkan masalah di Sabah.

    ReplyDelete
  10. Kinabatangan tu warga asing 3 kali ganda ramai dr pribumi. Apa Bung Mokhtar buat utk kaw parlimen beliau. Memang patut sgt le digugurkn dr senarai calon YB BN pd PRU ni.

    ReplyDelete
  11. dalam umno pun berpecah ..nak tadbir negara dengan elok..memang tak jadi la..hancur umno ~!
    apatah lagi isu warga asing?

    ReplyDelete
  12. Akujanji Headhunter said:-

    SEBAR FITNAH (cybertrooper umno)
    OTAK COPY PASTE
    PERKAUMAN
    POLITIK LUCAH
    LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.