Menjelang pilihan raya suasana media dan lanskap politik negara akan diceriakan oleh hiruk-pikuk permainan bahasa dan tanda serta isyarat sebagai sebahagian dari wacana politik semasa.
Bermula dari pemerintah yang cuba menyakinkan rakyat dengan BR1M-nya, manifesto PR sehinggalah kepada pembubaran parlimen seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, persoalan “gesture” dalam komunikasi politik tidak dibicarakan apa lagi disentuh dalam arus politik perdana.
“Gesture” sebagai sebahagian daripada kemahiran komunikasi bukan lisan di mana ahli politik menjadikannya sebagai instrumen untuk menegas, memperkuat dan menyakinkan kita tentang mesej, ideologi atau prinsip dan makna yang disampaikan.
Meminjam kenyataan tokoh semiotika Indonesia, Yasraf Amir Piliang menegaskan kembali bahawa politik pada dasarnya adalah permainan gesture dan bahasa sebagai sebahagian dari wacana politik.
Bagi saya, jika diteliti kesimpulannya politik kebelakangan ini adalah gesture itu sendiri. Bahkan ramai orang akan yakin dengan pergerakan isyarat bukan lisan para pemimpin semasa berucap apabila menonton di skin TV atau di majlis ceramah politik.
Politik gesture ini memperlihatkan keprihatinan kepada rakyat melalui contoh bantuan yang diberikan kerajaan dengan gerak bukan lisan yang diperlihatkan melalui imej di kaca TV misalnya.
Tetapi apa yang lebih membimbangkan, gesture politik kini tidak memperkuat makna dan mesej politik, tetapi telah dikelirukan, dengan menonjolkan diri sebagai seseorang ahli politik yang ideal berbanding idea, makna, dan ideologi politik sendiri.
Tidak ramai yang meneliti atau nampak peranan gesture dalam politik dan peranan komunikasinya untuk meyakinkan khalayak.
Dalam ceramah atau ucapan di kaca TV atau juga di skrin Youtube misalnya setiap potensi tubuh (body) dikerahkan untuk menegaskan mesej, ideologi, makna dan nilai-nilai politik.
Melalui gesture politik juga, ahli politik mengerahkan segala potensi tanda tubuh (body signs) — mata, mulut, tangan, jari — sebagai sebahagian daripada pelbagai cara “ untuk memperkuat mesej dan makna politik.
Tambah Yasraf gesture adalah tindakan khusus bersifat “membawa”, “menjaga”, dan “mendukung” bahasa.
Oleh itu gesture berada di antara “cara” (means) dan “matlamat” (ends), tetapi ia sendiri bukannya matlamat itu.
Melalui gesture, mesej dan makna diperkuat tetapi ia sendiri bukan makna.
Jika diteliti ia berfungsi menampakkan sesuatu sebagai “pengantaraan” (mediate), iaitu medium: gesture memungkinkan ekspresi bahasa lisan, tetapi ia sendiri bukan ekspresi bahasa lisan.
Gestur merupakan tonggak kepada pelbagai cara yang digunakan dalam konteks bahasa komunikasi dan wacana politik (political discourse): ucapan, tulisan, sentuhan, dan peralatan material —yang masing-masing memiliki fungsi semiotik, tetapi secara bersama-sama membangun komunikasi bermakna.
Fungsi gesture adalah memperkuat ekspresi, pengucapan, tekanan dan kekuatan bahasa komunikatif lisan sehingga dapat melipatgandakan kesan komunikasi.
Gesture politik diperlukan ketika ahli politik berada dalam situasi perdebatan yang mengharuskan mereka terlibat dalam permainan bahasa (language game).
Politik adalah sebuah gesture iaitu cara yang murni lagi praktikal yang memungkinkan ideologi atau prinsip politik dimanifestasikan.
Akan tetapi, kecenderungan gesture politik yang melampau menyebabkan praktik politik itu tercabut dari prinsip atau pendirian politiknya.
Tercabutnya praktik politik dari prinsip atau pendirian, bermakna tercabutnya gesture dari makna bahasa, tanda dari realiti, menciptakan suasana di mana gerak-geri politik dan gesture politik lebih diraikan daripada prinsip dan makna politik.
Akan tetapi jika segala tenaga, fikiran dan kesedaran ahli politik menumpu dalam memikirkan penampakan luar (citra, gaya dan gerak isyarat zahir) sebagai cara dalam menarik perhatian dan menyakinkan rakyat sehingga tiada lagi ruang bagi pemikiran dan perjuangan ideologi politik itu sendiri.
Politik yang telah dirumuskan menjadi gerak isyarat sahaja menyebabkan fungsi penampakan luar, citra dan tanda menjadi perkara yang dipentingkan yang akan mengambil alih fungsi ideologi dan keyakinan.
Inilah yang terjadi kepada ahli politik kita, segala kehebatan dan keyakinan dipertunjukkan semasa memberikan ceramah, gerak isyarat bukan lisan begitu menyakinkan penonton daripada kebenaran hakikat itu sendiri.
Akibatnya, terjadilah pergantian tanda-tanda yang nyata dengan citra dan gerak isyarat palsu. Tanda dan gerak isyarat palsu telah menjadi realiti itu sendiri dan disimpulkan sebagai kebenaran.
Dalam penguasaan terhadap gerak isyarat dan tanda, komunikasi politik terputus dari pesan dan pendirian politik kerana ia merupakan gesture dari mesej yang nonpolitik ( seperti nyanyian, tarian, sektsa dan pantomim) sebagai cara menarik perhatian massa.
Komunikasi politik berubah menjadi “komunikasi untuk komunikasi” atau disebut juga “ekstasi komunikasi” (syok sendiri), di mana komunikasi telah kehilangan tujuan, prinsip dan pendirian yang terperangkap di dalam model-model komunikasi popular.
Politik lalu kehilangan fungsi perwakilan iaitu fungsi penjanaan idea dan gagasan realiti politik melalui pelbagai tanda, sebagai cerminan imej realiti.
Di sini wujud hubungan simetri antara tanda dan realiti, antara gesture dan prinsip, antara gerak-geri politik dan keyakinan politik.
Ketika politik sudah kehilangan fungsi perwakilannya, fungsi gesture berubah menjadi fungsi mitos, bukan untuk menegaskan idea dan prinsip, tetapi justru mengelirukan dan mengaburkannya melalui permainan tanda-tanda.
Kini, wacana politik didominasi “penanda hampa” (empty signifier) yang terputus dari realiti, di mana selalu ada dinding pemantul (reflector) antara tanda dan dunia realiti.
Misalnya, pernyataan dan gesture politik: “ inilah manifesto kami dan akan dilaksankaan selepas kemenangan dalam pilihan raya, kes rasuah ini harus diambil tindakan dan dikendalikan dengan secepat mungkin” atau kerajaan akan meluluskan projek berjumlah sekian… atau “selepas pilihan raya nanti masalah ini akan diselesaikan” adalah penanda-penanda hampa kerana tidak mungkin “ diambil tindakan segera atau diselesaikan selepas pilihan raya dengan “secepat mungkin!”
Oleh itu kemasan sesebuah gesture tidak mencerminkan isi dan realitinya. Gerak isyarat selalu memantulkan kembali ke realiti tanda kerana ia tidak didukungi realiti.
Gesture politik hanya menampilkan “derealisasi tanda” (derealisation of sign), di mana idea dan konsep di sebalik tanda terputus dari dunia realiti.
Misalnya, gesture seseorang ahli politik kanan pemerintah yang mengatakan tiada masalah dalam parti berhadapan dengan piihan raya apabila banyak masalah yang masih beum diselesaikan menjelang pengumuman Perdana Menteri menyatakan Parlimen dibubarkan.
Permainan tanda dan gesture di dalam wacana politik menimbulkan persoalan serius kepada kebenaran politik kerana permainan tanda tidak pernah dapat diuji secara definitif di dalam pengujian dunia realiti sebab ia selalu menolak proses penilaian.
Permainan gesture ini dapat dilihat kepada permainan tanda kepada diri seperti ketika di hadapan orang kampong panampilan lebih warak berbanding kawasan bandar penampilan lebih eksekutif.
Gesture selalu “berhelah” dan “menghindari” dari diuji kebenarannya kerana fungsi gesture kini adalah “menutupi” kebenaran itu.
Wacananya menuju kepada menyelubungi kebenaran. Oleh itu “saat kebenaran” (moment of truth) tiada lagi dalam wacana politik, ia diambil alih oleh “saat citra” (moment of image).
Politik yang kehilangan asasnya kini terperangkap dalam permainan bebas citra dan gerak isyarat.
Dalam sebuah proses “pencitraan” (imagisation) dan “gesturisasi” (gesturisation) yang dikejar di dalamnya dunia realiti politik bukanlah kebenarannya, tetapi menggunakan kekuasaan murni (pure power) dengan memanipulasi tanda dan gesture untuk menyembunyikan kebenaran agar tidak kelihatan di mata awam.
Gesture kini tidak lagi berfungsi memperkuat makna politik, tetapi telah mengaburikannya menjadinya tidak lebih daripada satu gerak isyarat pencipyraan sahaja bagi penonjolan diri dan menceriakan imej di depan khalayak.
-M/Insider
* Penulis adalah Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Media,, Universiti Selangor, kampus Shah Alam.
Wednesday, April 3, 2013
Politik ‘gesture’ menjelang pilihan raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tan Sri Rafidah Aziz expressed confidence today that Barisan Nasional (BN) will win Election 2013 with a simple parliamentary majority, but admitted that regaining its coveted supermajority would be difficult.
ReplyDeleteThe Umno veteran also said that BN would win Perak in the 13th general election, despite Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim contesting there.
ReplyDelete“We have been working hard,” Rafidah told reporters after the Umno supreme council meeting at the Putra World Trade Centre (PWTC) here today.
ReplyDelete“The people have also realised their mistakes in choosing the opposition the last time,” added the former international trade and industry minister.
ReplyDeleteRafidah says BN sure to win simple majority
ReplyDeleteSelaras dengan pembubaran Dewan Rakyat pada Rabu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong Barisan Nasional (BN) agar mendahulukan parti tanpa mengira individu yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.
ReplyDelete“Kalau mereka betul-betul setia pada parti, jangan kira siapa jadi calon. Kalaupun di situ dia letak calon MCA, Umno mesti sokong. Kalau dia letak calon Umno, MCA, MIC mesti sokong kerana kita hendak parti BN menang,” katanya
ReplyDeleteBN diyakini akan memenangi PRU13 nanti, malah mungkin dengan majoriti dua pertiga berdasarkan pengundi, termasuk pengundi Cina kini dilihat kembali kepada BN berdasarkan respons daripada siri perjumpaan yang dihadiri pemimpin parti, katanya.
ReplyDeleteDitanya sama ada beliau akan kembali bertanding untuk menyahut cabaran penasihat DAP Lim Kit Siang supaya beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor, Dr Mahathir berkata beliau tidak mahu bertanding lagi memandangkan beliau sudah bersara dan Lim yang sepatutnya mengikut jejak beliau.
ReplyDelete“Dia patut bersara sebab dia aktif dalam politik ini sejak tahun 1964, bagilah can (peluang) kepada orang muda. Saya bagi peluang pada orang muda sebab itu saya letak jawatan pada 2003.
ReplyDeleteDr Mahathir sebelum itu menerima kunjungan bekas ahli PAS seumur hidup Zainon Ismail yang memohon maaf kepada beliau.
ReplyDeleteZainon atau lebih dikenali dengan nama CN Afghani mengaku pernah merancang membunuh Dr Mahathir pada tahun 1988 kerana terpengaruh dengan ‘Amanat Haji Hadi’ yang menyatakan bahawa Umno kafir.
ReplyDeleteRakyat Perlu Nilai Kesepakatan Antara BN Dengan Pakatan Pembangkang
ReplyDeleteKetua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad meminta rakyat agar menilai dan membandingkan persefahaman dan persepakatan antara parti-parti di dalam Barisan Nasional dan tiga parti yang bergabung di dalam Pakatan Pembangkang, supaya keputusan yang dibuat di dalam PRU yang ke 13 ini tepat dan rakyat tidak memilih gabungan yang salah untuk memerintah negara.
Menurut beliau, jelas hari ini gabungan tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas tidak memperlihatkan persefahaman dan kesepakatan yang jitu sejak dari awal-awal keputusan penggabungan ketiga-tiga parti itu dibuat.
Rakyat Perlu Nilai Kesepakatan Antara BN Dengan Pakatan Pembangkang
ReplyDelete“Mereka (Pakatan Pembangkang) hanya ada tiga parti saja, itu pun kepimpinan mereka tidak dapat memupuk persefahaman yang baik sesama sendiri. Kita dapat lihat hari ini, ada saja kenyataan yang bercanggah di antara mereka dalam membuat satu-satu keputusan. Malah, mereka sendiri saling bidas membidas dan sindir menyindir antara satu sama lain.
“Manakala, BN pula mempunyai belasan parti-parti gabungan di dalamnya, namun sejak dari awal pemerintahan BN sehinggalah ke hari ini, persefahaman, persepakatan dan tolenrasi yang begitu tinggi telah diperlihatkan oleh parti-parti gabungan di dalam BN, demi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi rakyat dan negara,” jelasnya kepada UMNO-Online.
Rakyat Perlu Nilai Kesepakatan Antara BN Dengan Pakatan Pembangkang
ReplyDeleteKetidaksefahaman itu wujud kerana menurut beliau, ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam Pakatan Pembangkang itu mempunyai ideologi tersendiri dan masing-masing cuba untuk menegakkan ideologi politik kepartian masing-masing untuk menjadi ideologi teras di dalam Pakatan.
“PKR dengan matlamat untuk menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, DAP pula dengan gagasan Malaysian-Malaysianya, manakala Pas pula dengan ideologi negara Islam. Masing-masing cuba untuk menegakkan ideologi masing-masing sehinggakan perjuangan untuk rakyat tidak lagi menjadi kepentingan utama di dalam Pakatan Pembangkang.
Rakyat Perlu Nilai Kesepakatan Antara BN Dengan Pakatan Pembangkang
ReplyDelete“Namun mereka tetap cuba untuk berlakon bagi memperlihatkan kepada rakyat bahawa ketiga-tiga parti itu saling bertolak ansur dan saling faham memahami semata-mata untuk mengelabui mata rakyat. Sedangkan hakikatnya tidak begitu, “ tegasnya.
Justeru itu, beliau meminta rakyat Malaysia agar menilai dan membuat perbandingan secara rasional gabungan manakah yang lebih baik untuk diserahkan urusan pentadbiran negara.
“BN hari ini sudah terbukti, selama lebih 55 tahun memerintah dan memajukan negara dalam satu kesepakatan dan persefahaman yang jitu antara parti-parti komponen yang mengutamakan agenda nasional daripada kepentingan parti masing-masing.
Rakyat Perlu Nilai Kesepakatan Antara BN Dengan Pakatan Pembangkang
ReplyDelete“Namun Pakatan Pembangkang seperti yang kita lihat hari ini, setelah diberi peluang mereka ternyata gagal untuk mentadbir dengan baik bahkan seringkali berpolitik dan bertelagah sesama mereka.
“Bagaimana kita mahu menyerahkan urusan negara kepada sebuah gabungan parti politik yang asyik berbalah sesama sendiri dan lebih mementingkan agenda parti daripada agenda nasional untuk membela nasib rakyat di negara ini?,” tegasnya.
Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Skuad BN bersedia turun padang dengan mensasarkan golongan muda untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan seterusnya kemenangan kepada menerajui kerajaan Persekutuan.
ReplyDeletePengerusi Pengelolanya, Datuk Mat Isa Ismail memberitahu bahawa Skuad BN adalah badan sukarelawan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan dan terbentuk hasil cetusan idea bekas ketua-ketua pergerakan Pemuda UMNO yang menjalankan kerjasama dengan Persatuan Warga Kuala Lumpur dan Selangor.
ReplyDelete“Kita akan bergerak melalui projek Gen-Y ke arah penyatuan, persembahan, perhubungan, pendedahan dan pencarian dengan kempen’Rakyat Bersatu Negara Maju’ bagi menarik seramai mungkin remaja dalam membantu BN selain membina landasan untuk golongan terbabit mendekati pemimpin,” katanya.
ReplyDelete“Ia merupakan skuad untuk mewujudkan komuniti BN yang berani menunjukkan sokongan mereka kepada kerajaan melalui pemakaian pelekat kenderaan dan t-shirt dan ahli-ahli kompenan BN perlu tegas menyatakan sokongan terhadap kepimpinan BN sama ada di tempat kerja atau semasa melakukan aktiviti sosial.”
ReplyDeleteBarisan Nasional (BN) Perak tidak akan hanya menumpukan pada kawasan tertentu sebaliknya memberi tumpuan ke semua kawasan dalam usaha memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
ReplyDeletePengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata BN negeri sudah membuat persiapan dari awal untuk menghadapi PRU-13 dan pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi semalam, menunjukkan sekarang masa terbaik untuk PRU-13.
ReplyDeleteSenarai calon juga sudah disediakan dan sekarang hanya menunggu ‘lampu hijau’ dari Perdana Menteri selaku Pengerusi BN Pusat
ReplyDeleteKetua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) berupaya menang besar daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak.
ReplyDeletePBS PBRS UPKO yakin kerjasama kukuh dengan UMNO dan parti komponen lain akan menafikan dakwaan pembangkang kononnya Sabah akan terlepas ke tangan mereka.
ReplyDeleteTan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata parti itu sudah lama bersedia menghadapi PRU-13 kerana kerjasama erat peringkat akar umbi dengan UMNO dan parti komponen lain.
ReplyDeleteSetiausaha Agung UPKO, Datuk Wilfred Madius Tangau, berkata parti itu akan berjuang habis-habisan mempertahankan kerusi Parlimen Penampang, Putatan, Tuaran dan Ranau serta enam kerusi DUN meskipun terpaksa menghadapi serangan hebat pembangkang.
ReplyDeletePresiden LDP, Datuk VK Liew, berkata parti itu sudah mengenal pasti calon boleh menang, yang bakal mempertahankan kerusi Parlimen Sandakan serta kerusi DUN Karamunting, Tanjung Kapor dan Merotai, yang mendapat tentangan pembangkang, terutama Parti Maju Sabah (SAPP) dan DAP.
ReplyDeletePresiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, berkata parti itu akan menggerakkan jentera yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk melancarkan perang saraf terhadap pembangkang di Parlimen Pensiangan dan DUN Sook.
ReplyDeletePBRS tetap memberikan sumbangan besar kepada BN secara keseluruhannya dan PRU-13 adalah medan untuk membuktikan parti kita tetap diterima rakyat
ReplyDeletePRU tak lama lagi, jadi pelbagai strategi dibuat bagi memastikan mereke boleh menang
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteKetua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, mengajak masyarakat kaum Tionghua memberikan mandat untuk kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan tampuk pemerintahan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 pada 5 Mei ini.
ReplyDeleteMenurut beliau, sokongan kaum tersebut tidak dinafikan kerana keupayaan kerajaan sedia ada berjaya membentuk sebuah masyarakat yang bersatu padu adalah juga hasil daripada sumbangan dan komitmen mereka selama ini.
ReplyDeleteBeliau berkata, mereka perlu memberikan sokongan yang padu kepada BN agar perpaduan bertambah kukuh sekali gus menyaksikan kepesatan ekonomi dan kestabilan politik yang berterusan.
ReplyDelete
ReplyDeleteKatanya, mandat yang diberikan kepada BN akan mengulangi kejayaan memandangkan sejarah telah membuktikan bahawa formula dari segi dasar dan agendanya telah membolehkan semua kaum menikmati kehidupan yang sejahtera apatah lagi kaum Tionghua yang terkenal dalam bidang ekonomi.
“Saya berharap agar berilah sokongan kepada calon-calon BN bagi memastikan kemenangan dapat dicapai kerana hanya parti ini saja mampu membela nasib rakyat termasuk memberikan perhatian terhadap pendidikan kaum Tionghua selain bantuan kepada tokong-tokong.
ReplyDelete
ReplyDelete“Jangan percaya dengan apa pun dakyah dan tohmahan yang cuba dilemparkan pihak pembangkang kerana mereka tidak boleh berbuat apa-apa tetapi BN telah menunjukkan satu perkhidmatan yang terbaik menerusi program ‘Janji Ditepati’.
ReplyDelete“Kita mempunyai rancangan jangka panjang untuk memajukan Sandakan sebagai salah sebuah daerah yang membangun pesat khususnya dalam sektor pertumbuhan ekonomi di mana anda boleh saksikan dengan kewujudan Hab Pendidikan di Batu 10, pembinaan Northern Ring Road, hotel bertaraf lima lima bintang selain pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan seperti membina dan menaiktaraf lagi jaringan jalanraya.
“Projek pembangunan yang sedang dilaksanakan ialah melibatkan pembinaan Jalan Lintas Libaran dari Sandakan ke Batu 32 yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM300 juta.
ReplyDelete“Inilah janji kita kepada warga Sandakan … malahan, banyak lagi pembangunan akan dirangka tetapi semua itu boleh dilaksanakan asalkan rakyat memberikan sokongan yang tidak berbelah-bagi kepada BN,” jelasnya.
ReplyDelete
ReplyDeleteMusa menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Masyarakat Tionghua Sandakan di Taman Sentosa, Batu 2, Jalan Utara, di sini, malam Selasa lepas.
ReplyDeleteHadir sama ialah calon BN Parlimen Sandakan, Datuk Liew Vui Keong; calon BN Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin; calon BN Tanjung Papat, Datuk Raymond Tan Shu Kiah; calon BN Elopura, Au Kam Wah dan calon BN Karamunting, Charles O Pang serta pemimpin-pemimpin masyarakat kaum Tionghua.
ReplyDeletePengerusi BN Negeri itu juga menegaskan hubungan baik di antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan menjadi penanda aras kepada kelancaran usaha-usaha membawa masuk pembangunan dalam pelbagai bentuk.
Ini katanya, apa juga perancangan pembangunan untuk rakyat Sabah diberikan perhatian serius oleh Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
ReplyDelete
ReplyDeleteBeliau menyifatkan Najib adalah seorang pemimpin yang terbaik kerana sikap kepimpinannya sentiasa menitikberatkan keperluan rakyat dan berusaha menyelesaikan permasalahan di peringkat akar umbi.
“Apa jua yang kita utarakan kepada beliau berkaitan soal pembangunan mendapat perhatian … inilah kerajaan yang kita perlukan yang memberikan kesejahteraan hidup kepada semua golongan.
ReplyDelete“Bukan macam pembangkang suka menjanjikan bulan dan bintang tapi hakikatnya mereka tidak ada keupayaan. Oleh itu, saya menyeru sekali lagi kepada kaum Tionghua agar memberikan sokongan kepada calon-calon BN apabila turun mengundi pada Ahad ini.
ReplyDelete“Namun demikian, saya yakin dengan penerimaan kaum Tionghua kepada BN yang semakin meningkat pastinya kita tiada masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 khusus melibatkan kawasan ini,” tegasnya sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.
ReplyDeleteMusa juga berkata dengan sokongan yang jitu kepada kerajaan akan membantu golongan peniaga untuk menjalankan perniagaan dalam suasana aman dan harmoni.
ReplyDelete
ReplyDeleteIni katanya, sukar bagi peniaga jika suasana yang tidak menentu tetapi kerajaan berjaya menyediakan iklim ekonomi yang baik berikutan matlamat dan dasar perjuangannya sentiasa menekankan aspek kestabilan politik.
“Oleh itu, pastikan kemenangan BN demi menjamin kesinambungan pembangunan di negeri ini khasnya Sandakan,” ujarnya.
ReplyDelete