Wednesday, April 3, 2013

Samseng Umno Serang Anwar Di Johor Bharu!

Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang.

Menepati ramalan sebelum ini, bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon Umno dan Barisan Nasional (BN).

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu sebentar tadi.

Turut hadir, Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang dan saf pimpinan Pakatan Rakyat negeri.

Sebelum pengumuman tersebut dibuat, lebih 50 samseng upahan Umno seperti biasa melakukan provokasi melampau dengan membawa bendera BN sambil menjerit perkataan lucah tanpa rasa malu di hadapan ribuan rakyat yang sudah menunggu sejak jam 845 malam lagi.

Mereka cuba mengadakan sekatan jalan raya menuju tapak ceramah tetapi kecekapan anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

Samseng yang dipercayai dari sekitar Johor Bharu dan Tebrau juga cuba menghalang kenderaan yang membawa pemimpin Pakatan Rakyat dari memasuki tapak ceramah, namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa apabila polis mengarahkan mereka supaya berundur bagi memberi laluan.

Sasaran mereka jelas, ditujukan kepada Anwar dan rombongannya dengan menggunakan kayu bendera yang dibawa dan cuba menjolok masuk ke kenderaan yang membawa Anwar tetapi gagal kerana tidak mengenai sasaran.

Parlimen Johor Bharu disandang bekas ahli majlis tertinggi Umno, Shahir Samad dan dijangka akan dicalonkan semula memandangkan spekulasi awal menyebut dia akan digugurkan dan digantikan dengan muka baru.

Md Hashim merupakan anak jati Johor Bharu dan antara pemimpin tentera yang disegani ramai termasuk pemimpin Umno atas ketegasannya dalam isu keselamatan.

Malah beliau juga baru sahaja dilantik sebagai penasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan Pakatan Rakyat dalam satu pengumuman di ibu pejabat parti di Petaling Jaya, minggu lalu.

Sementara itu, BN menggunakan pembesar suara yang amat kuat disusuli dengan 'pertandingan karaoke' bagi mengganggu perjalanan ceramah Merdeka Rakyat namun tidak dihiraukan.

Paling kelakar, apabila khemah BN mula memperdengarkan lagu Negaraku, hadirin yang mendengar ceramah Pakatan Rakyat turut bangun dan menyanyikan lagu kebangsaan membuatkan pemimpin Umno yang berada di khemah mereka terdiam. -KOG







23 comments:
Write comments
  1. knp UMNgOk/BN yg sering tampil dgn retorik palsu bahawa pembangkang akan buat kekacauan jika kalah dlm GE13? sudah bersedia utk mengosongkan putrajaya???

    ReplyDelete
  2. Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.

    ReplyDelete
  3. Katanya amalan yang diterimapakai daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan ia berjaya memberi kesan positif kepada negara.

    ReplyDelete
  4. “Kerajaan sedia ada akan terus berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik. Semua menteri masih menjalankan tugas sebagai menteri,” katanya

    ReplyDelete
  5. Bagaimanapun, katanya, kuasa kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya melibatkan tugasan harian sahaja tanpa melibatkan sebarang pembentukan dasar atau polisi baru berikutan pembubaran Parlimen akan membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.

    ReplyDelete
  6. “Fungsi untuk mentadbir negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Wan Junaidi berkata Ketua Setiausaha Negara selaku ketua pelaksana dasar akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada Badan Eksekutif sahaja.

    ReplyDelete
  8. Apa takut!! Balun le anjing Umngok tu. Kamu ramai kan wahai puak2 PR..Bila tidak dbuat sesuatu pd anjing2 tu, itu yg mmbuatkn mereka naik lemak dan samseng. Cuba buat mcm insiden di Kota Kinabalu baru2 ni. Ciss..penakut puka2 pembangkang di Semenanjung nih.

    ReplyDelete
  9. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku bertemu Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) pada tahun 1990-an iaitu ketika beliau masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri yang dilihat sebagai cubaan untuk menyembunyikan pertemuan pada Julai dan Ogos 2012, kira-kira enam bulan sebelum pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  10. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Blogger Sabah, musram rakunman berkata selepas insiden pencerobohan, Anwar hanya berani datang ke tempat yang aman seperti Kota Kinabalu, tetapi takut menghampiri kawasan-kawasan yang berhampiran dengan Lahad Datu, khususnya Sabah Timur. Kini penduduk yang dilanda krisis terutama pantai timur Sabah, rata-rata penduduknya begitu beremosi dan marah kepada “bakal Perdana Menteri” itu.

    ReplyDelete
  11. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Anwar tidak dapat menyorok lagi pengelibatannya terhadap penerobohan Lahad Datu, kerana bukan sahaja media tempatan, malah antarabangsa seperti AFP, Reuters, Manila Times dan banyak lagi membawa laporan bahawa persengkongkolan antara Anwar dan Nur Misuari adalah punca pencerobohan Lahad. Datu.

    ReplyDelete
  12. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Raja Petra Kamarudin (RPK), pengendali portal propembangkang, Malaysia-Today baru-baru ini mendedahkan dua kali pertemuan Anwar dengan Misuari berlaku kira-kira tujuh atau enam bulan sebelum berlakunya pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Pertemuan itu berlaku pada tarikh dan lokasi berbeza iaitu pada 16 Julai 2012 di Hotel Crowne Plaza, Jakarta dan pada 4 Ogos 2012 di Manila.

    ReplyDelete
  13. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Pada 16 Julai 2012, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Jakarta untuk bertemu dengan Nur Misuari – yang sangat dekat dengan Anwar sejak masih dalam kerajaan – dan komander tentera MNLF. Mesyuarat tersebut telah diadakan di Hotel Crowne Plaza Jakarta dan telah diatur oleh Ahli Parlimen Indonesia – satu lagi kawan rapat Anwar – menurut perintah Anwar.

    ReplyDelete
  14. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Mesyuarat kedua telah diadakan di Manila pada 4 Ogos 2012 bertujuan untuk memuktamadkan dan menandatangani perjanjian. Dalam pertemuan itu Anwar dilaporkan telah meminta bantuan Misuari untuk memenangi sekurang-kurangnya 30 daripada 57 kerusi parlimen di Malaysia Timur untuk merebut kuasa kerajaan persekutuan dari Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  15. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    RPK berkata, Anwar yakin dapat menang 82 hingga 85 kerusi di Semenanjung, tetapi tidak begitu yakin dapat memenangi 57 kerusi di Sabah dan Sarawak, oleh itu beliau telah meminta pertolongan Misuari untuk menjayakan hasrat Pakatan mendapat jumlah kerusi tersebut.

    ReplyDelete
  16. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Dedahnya lagi, Anwar meminta pertolongan Misuari itu kerana tahu ramai warga Filipina beragama Islam yang berada di Sabah dan Sarawak turut memegang kerakyatan Malaysia dan boleh mengundi. Sebagai balasan, RPK berkata Anwar telah berjanji bahawa Sabah dan Sarawak akan diberi autonomi, apabila Pakatan menang kerajaan persekutuan.

    ReplyDelete
  17. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Negeri itu akan diberikan royalti minyak 20% untuk memastikan Sabah dan Sarawak menjadi kaya, dengan dianggarkan RM4 bilion setahun bagi setiap negeri. Anwar juga berjanji bahawa rakyat Filipina yang bukan warganegara Malaysia di Malaysia Timur akan diberi kewarganegaraan Malaysia, atau sekurang-kurang status pemastautin tetap supaya mereka boleh mencari pekerjaan di Sabah, dedahnya.

    ReplyDelete
  18. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    Nur Misuari telah bersetuju kepada terma Anwar kata RPK dan telah melantik Ibrahim Omar sebagai penyelaras, atau “duta tidak rasmi” ke Sabah untuk membantu Anwar meraih sokongan umat Islam Filipina di negeri ini.

    ReplyDelete
  19. SAMSENG ANWAR IBRAHIM SERANG LAHAD DATU SEBAGAI CUBAAN MENGHIDUPKAN SUASANA "ARAB SPRING" DI MALAYSIA

    RPK turut mendakwa pencerobohan pengganas ke Lahad Datu adalah sebagai sebahagian strategi merealisasi mencapai matlamat itu. “Ia untuk meyakinkan umat Islam Filipina di Sabah bahawa mereka mesti bersatu di belakang Anwar untuk mendapatkan autonomi daripada kerajaan persekutuan,” dedahnya lagi.

    ReplyDelete
  20. samseng pakatan pula bagaimana?

    ReplyDelete
  21. piiiraaah anwar.................cakap org jijik.......ko tu lagi jijik, takde akhlak, takde moral, penipu besar

    ReplyDelete
  22. Bertaubat la Anwar ooooii.......udah2 ler tu......menghasut rakyat. Kau pun ada anak cucu, jangan bagi malu kat diorang sudah laa......Kalau tak kesian diri sendiri, kesiankan la kat anak cucu ko.....mereka tak tau apa2....tolonglah Anwar.....plzzzz

    ReplyDelete
  23. penyokong2 anwar dengar dan tonton dokumentari ini, buka minda, buka hati seluas2nya..................selebihnya anda nilai lah sendiri......setakat itu sahaja yang boleh saya bantu http://www.youtube.com/watch?v=WZhtn8jv8L8&list=PLuypJOiGZW2nYAeilAydyvLRvpRiv5H9q

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.