Wujud perbalahan yang kian serius di antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pesuruhjayanya Datuk Dr Mahfodz Mohamed menganggap perbalahan yang berlaku di antara kedua-dua parti itu yang bernaung di bawah Pakatan Pembangkang adalah ‘kecil’ dan tidak memerlukan campur tangan pihak ketiga.
“Perbalahan itu (di antara DAP dan PKR Johor) adalah kecil dan tidak serius. Tiada keperluan untuk PAS Johor menjadi orang tengah kerana kedua-dua mereka boleh menyelesaikannya sesama sendiri,” katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau juga berkeyakinan perbalahan di antara DAP dan PKR Johor itu tidak akan menjejaskan persiapan dan kerjasama pembangkang dalam menghadapi PRU-13 di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) itu.
Mahfodz yang juga Timbalan Ketua Majlis Syura PAS berkata, PKR dan DAP telah menjalin kerjasama sejak sekian lama dan ia akan berterusan untuk jangka masa panjang serta tidak tergugat berikutan timbulnya isu-isu kecil.
Selain berebutkan kerusi panas Parlimen Gelang Patah, PKR Johor dan DAP juga terlibat di dalam ‘perang mulut’ berkenaan calon parti pembangkang mana yang berhak bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya.
PKR Johor dan DAP, telah menamakan calon masing-masing bagi kerusi DUN Johor Jaya, manakala bagi Parlimen Gelang Patah pula, pakatan memutuskan untuk meletakkan Penasihat DAP Lim Kit Siang sebagai calon mereka.
Tindakan pakatan pembangkang menamakan Kit Siang sebagai calon di Gelang Patah telah menyebabkan Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng kecewa dan mengambil ‘cuti panjang’ daripada aktiviti parti.
Kedua-dua parti itu turut bertelagah tentang calon di kerusi Parlimen Segamat dan DUN Tangkak, sambil pucuk pimpinan PKR Johor memberi amaran mereka tidak akan berkompromi lagi dalam isu pembahagian kerusi.
Sementara itu Mahfodz berkata, PAS Johor akan meletakkan calonnya di lapan kerusi Parlimen dan mungkin 29 atau 30 kerusi DUN pada PRU-13 tidak lama lagi.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang di mana Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub akan bertanding, walaupun terdapat laporan sebelum ini mengatakan pemimpin Pas itu akan bertanding di Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya. — Bernama
Thursday, April 4, 2013
Wujud Pergeseran Antara PKR - DAP Johor?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa Lagi Yang Pembangkang Tak Sempat Buat Dalam 5 Tahun Ni?
ReplyDeletePembangkang sememang nya memilki perangai pelik, malah perangai pelik sudah sebati dengan jiwa raga orang yang membangkang.Kita tidak pasti atas sebab ini kah mereka memuja pemimpin yang memiliki perangai dan tabiat pelik.Atas factor suka benda dan tabiat pelik maka pemimpin berselera pelik menjadi pujaan mereka, itu agak nya.
Kini sebaik sahaja Parlimen di bubar, terdengar di merata rata tempat baik di sesawang dan FB konon nya masa terhad dan terbatas sangat jumlah hari untuk berkempen.Konon nya waktu 2 minggu nampak macam tidak cukup dan tuduhan BN atau UMNO takut pada waktu berkempen yang lama.
Persoalan di sini ia lah wkatu terhad dan terbatas itu bukan untuk pembangkang sahaja , malah ia nya untuk semua parti dan semua rakyat.Erti kata semua merasai jangka waktu yang sama. Bukan nya satu parti dapat waktu lama satu lagi dapat waktu terhad.
Apa Lagi Yang Pembangkang Tak Sempat Buat Dalam 5 Tahun Ni?
ReplyDeleteJika SPR boleh di rujuk, mereka tentu sekali pernah mencadang kan 10 hari sebagai waktu terbaik untuk berkempen.Dan ini amat sesuai kerana jika terseret begitu lama , Negara terdedah kepada pelbagai anasir dan unsur keselamatan.
Harus di tanya juga kepada pihak yang tidak setuju atau ada ketidakpuasan hati terhadap tempoh berkempen terhad ini apa lagi yang tidak di kempen kan atau di sebar kan sepanjang tahun selama 5 tahun?
Apa fitnah, cerita, isu atau konspirasi yang belum di londeh atau di cipta selama 5 tahun ini? Apa yang dalam 5 tahun yang tidak sempat di buat yang boleh di buat dalam masa kempen 10 hari?
Apa Lagi Yang Pembangkang Tak Sempat Buat Dalam 5 Tahun Ni?
ReplyDeleteHanya di Malaysia sahaja pembangkang berkempen mengalah kan kedai 7/11 yang sentiasa beroperasi 24 jam setahun tidak kira hari raya atau hari hari cuti.Dan dalam masa 5 tahun ini apa yang belum di buat lagi?
Amat tidak lojik jika pembangkang mahu waktu lebih lama kerana pembangkang lah yang sentiasa berpolitik siang malam atas apa sahaja tajuk yang boleh di capai nya.
Rujuk lah buku catatan dan dairy semua pemimpin Pakatan, pasti akan terlihat tiad alansung jadual kosong sepanjang 5 tahun ini, ada sahaja tempat dan kawasan atau pun isu isu yang sentiasa di bangkit kan.
Rakyat sudah sampai tahap muak dan jelak, dan pasti nya sudah tekad mahu mengundi parti yang persembahan nya di buat selama 5 tahun ini.Hasil kerja dan perangai perangai serta isu isu yang di hidang kan hari hari sudah tentu nya membuat rakyat sebagai pengundi sudah pilih parti mana yang hendak di sokong nya.
Sebagai seorang gadis atau jejaka yang sudah lama memerhati kan pasangan nya yang mahu di lamar , tentu sekali sudah tahu ikut rasa hati nya sekian lama memerhati dan bertekad siapa yang berhak untuk di lamar
Apa Lagi Yang Pembangkang Tak Sempat Buat Dalam 5 Tahun Ni?
ReplyDeleteSemua pun tahu benda tidak patut jadi isu pun akan jadi isu pada pembangkang kerana sebagai pemerintah di 4 negeri yang tidak ada rekod kerja dan jasa, isu sentiasa harus di cipta sebagai alihan. Lagi besar isu nya lagi elok supaya rekod mentadbir yang buruk nya dapat di padam kan dengan penciptaan Isu.
Kini kalau ada suara songsang mahu memperlekeh kan tempoh berkempen , maka persoalan asas boleh di tanya, parti mana yang mereka wakili? Dan persoalan lanjut ada lah apa lagi yang tidak dan belum di buat dalam masa 5 tahun yang rasa nya dapat di laku kan dalam tempoh tambahan sebelum hari mengundi?
Selain isu besar dan gempak serta terperanjat , tentu tidak ada apa apa lagi yang dapat mengubah hati dan jiwa rakyat yang sudah sekian lama saksi kan segala sandiwara yang di hidang kan oleh parti parti yang tidak ada jasa yang dapat di hidang kan.
Bab kata. Pertunjukan Sarkis sudah keluar kan segala yang ada dari badut, singa, harimau serta beruk yang pandai naik basikal, kini waktu untuk di nilai sahaja, usah lah melaung kan tidak adil jika waktu kempen yang pendek, ia nya kelihatan bodoh sahaja, kerana tiada sehari di dalam 5 tahun pembangkang berhenti berkempen.
Lim, who is also the Penang chief minister, said detailed and careful discussions was needed as PR was talking about taking over the country in the polls.
ReplyDeleteOther PR leaders that came out of the meeting declined to comment.
ReplyDeleteYesterday, PKR secretary-general Azmin Ali said PR had finalised 90 per cent of its candidates list, with the full list to be announced today.
ReplyDeleteThe opposition pact, composed of PKR, DAP, PAS, has been criticised for allegedly being divided over their ideological differences.
ReplyDeletePR’s political enemy Barisan Nasional (BN) is expected to announce its candidates list seven to ten days before nomination day, with the list reportedly being at its final vetting stage.
ReplyDeletebergaduhlah kmu pada masa ini.. kmu akan jadi lemah
ReplyDeletePR takkan menang di Johor
ReplyDeleteBaru-baru ini pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Karpal Singh gah mengumumkan yang pakatan pembangkang akan menguasai PRU 13 ini termasuk menawan 7 buah negeri, tinggi angan-angannya mengalahkan mat jenin.
ReplyDeleteMereka juga menyuarakan keyakinan kononnya pakatan pembangkang bakal menambah jumlah kerusi Parlimen dimenangi sehingga mencecah angka 125 serentak dengan itu akan mengambil alih Kerajaan Pusat.
ReplyDeletePenyokong PR yang duduk di bawah tempurung tentunya seronok mendengar kenyataan itu kerana sudah menjadi kegemaran mereka untuk di dodoi dengan propaganda indah-indah belaka tanpa melihat realiti semasa.
ReplyDeleteMereka lupa sejarah penipuan pakatan pembangkang sempena 16 September 2008 dulu, mereka lupa segala gembar-gembur propaganda lama sebelum ini yang semuanya berakhir dengan angan-angan dan bukannya kenyataan.
ReplyDeleteBagi majoriti rakyat, propaganda sebegini hanyalah perang saraf dan propaganda murahan sebegini agak biasa dimainkan oleh pembangkang saat menjelang pilihan raya. Dulu dan sekarang sama saja nadanya.
ReplyDeleteRealiti suasana politik hari ini hakikatnya tidak memungkinkan untuk pakatan pembangkang mengekalkan semua 4 negeri yang dikuasai mereka iaitu Kedah, Kelantan, Selangor dan Penang kemudian menawan kembali Perak serta menjajah pula Negeri Sembilan dan Perlis.
ReplyDeleteSebaliknya yang berkemungkinan besar akan berlaku pakatan pembangkang bakal kehilangan semua negeri yang dikuasai dan banyak kerusi yang mereka miliki akan melayang berpindah tangan.
ReplyDeletePembangkang berada di kedudukan hari ini bukannya disebabkan kekuatan sendiri, sebaliknya kerana meraih keuntungan atas angin hasil dari kebangkitan protes khalayak terhadap kelemahan BN semasa era pimpinan sebelumnya.
ReplyDeleteDalam keadaan BN berada di kedudukan paling lemah dalam sejarah pun pembangkang gagal menumbangkannya, di mana logiknya gabungan tidak berdaftar pakatan pembangkang yang ditubuhkan selepas PRU 12 2008 mampu menguasai peringkat Pusat dan menawan negeri lain?
ReplyDeleteJelas sekali propaganda murahan oleh pemimpin DAP itu tak realistik, hanya mimpi di siang hari dan angan-angan syok sendiri untuk menutup kegelisahan diri. Lagi pun rakyat bukannya buta dan pekak untuk melihat hakiki realiti.
ReplyDeleteSejak berpuluh tahun dulu kita sudah mendengar ribuan kali kenyataan penuh yakin dari pemimpin parti pembangkang yang sering membayangkan mereka akan memenangi PRU seterusnya menguasai pemerintahan di peringkat Pusat.
ReplyDeleteTapi tiap kali keputusan PRU diumumkan, tiap kali itu jugalah pembangkang tersungkur kerana gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat negara ini.
ReplyDeleteBagaimana mungkin rakyat mahu memberi sokongan dan meletakkan kepercayaan kepada pembangkang jikalau pemimpinnya hanya gah berceramah di atas pentas, namun bila masuk bab kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, habuk pun tiada.
ReplyDeleteLima tahun pakatan pembangkang diberi peluang merajai beberapa negeri, apa yang berlaku lebih banyak politiking kepartian berbanding amal kebajikan untuk rakyat. Sebaliknya BN juga yang sering menjadikan rujukan khalayak untuk mendapatkan khidmat dan jasa bakti.
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDeleteheadhunter said.. - LIDAH SYAITAN
ReplyDelete