Thursday, April 4, 2013

Kehebatan calon dari Pakatan Rakyat

Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wajah muram dan kelihatan sugul telah membubarkan Parlimen kelmarin untuk memberi laluan kepada PRU Ke-13 dalam suasana yang kelihatan tidak memihak kepada Umno/BN atas pelbagai isu.

Mengapa beliau bermuram durja ketika berucap membubarkan parlimen, tersasul pula menyebut 2012, pada hal 2013, adakah kerana tekanan para menteri, atau masalah dalam BN?

Dalam masa yang sama kelmarin, Pakatan Rakyat telah mengumumkan nama-nama besar calonnya untuk bertanding, di samping akan menyusul lagi pengumuman bakal calon Pakatan dari masa ke semasa.

Pemimpin Pakatan telah mengumum, setakat ini, dua jeneral bersara akan bertanding sebagai calon Parlimen di Johor Bahru dan Baling Kedah.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah membuat pengumuman dramatik bahawa bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) yang mengisytiharkan menyertai PAS baru-baru ini, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, akan bertanding di Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

Sementara Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan pula akan bertanding di Parlimen Temerloh dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, seorang peguam, akan bertanding di Parlimen Titiwangsa.

Presiden PAS itu turut mengumumkan penyertaan bekas Duta Malaysia ke Australia, Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman ke dalam PAS.

Datuk Seri Presiden ketika mengumumkan bakal-bakal calon itu berkata, calon-calon lain akan diumumkan oleh PAS dari masa ke semasa.

Sebelum ini, Lim Kit Siang diumumkan akan bertanding di parlimen Gelang Patah dan Liew Chin Tong di Kluang. Sementara bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dijangka akan bertanding sebagai calon PAS di Larut.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di sidang akhbar itu mengesahkan kawasan Parlimen Larut akan diwakili oleh Datuk Fauzi Shaari.

Sehubungan itu, kata Mustafa, masalah calon di kawasan itu sudah pun diselesaikan dan ia diterima baik oleh akar umbi parti itu.

Sementara itu, Pakatan Rakyat terus membariskan 'heavyweight' di Johor dengan meletakkan bekas Ketua Turus Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sebagai calon PKR untuk kerusi Parlimen Johor Bahru.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan bahawa Choong sebagai calon kerusi parlimen Tebrau, Nor Hizwan Ahmad (parlimen Muar) dan Datuk Idris Jauzi (parlimen Batu Pahat).

Choong adalah timbalan setiausaha agung PKR dan dikaitkan sebagai penyokong kuat Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng.

Sementara Nor Hizwan - anak kelahiran Muar - pernah bersama MAS, dan aktif di PKR Ampang sebelum dilantik sebagai penyelaras PKR bagi parlimen Muar.

Idris adalah Naib Presiden NGO Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dan bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Hubungannya dengan Anwar bermula sejak Anwar berada dalam kerajaan, sewaktu Idris menjadi timbalan ketua pengarah Biro Tata Negara (BTN).

Anwar membuat pengumuman itu di depan ribuan penyokong di Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bahru malam kelmarin.

Pada pilihan raya umum 2008, Tan Sri Shahrir Samad - tokoh Umno menewaskan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim dengan majoriti 25,349 undi.

Dengan pengumuman itu, ia dilihat sebagai usaha Pakatan Rakyat untuk 'menawan' negeri di selatan semenanjung Malaysia - yang sebelum ini dianggap simpanan tetap BN.

Sementara itu di Kedah, jika perkiraan dibuat berdasarkan majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat sudah selamat di sekurang-kurangnya 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dan hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk sekali lagi menang mudah.

Di Kelantan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengesahkan PAS Kelantan sudah menyiapkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, hingga semalam, tiada apa-apa masalah berlaku dalam proses penyenaraian calon di negeri ini sehingga Parlimen dibubarkan.

“Kira selesai, tiada masalah. Kita tahu Umno terlalu lemah sekarang ini, sebab itu dia (Umno) bagi duit kepada rakyat. Bagi duit kerana apa? Sama ada rasuah, maka rasuah itu haram, demokrasi pun kata haram, Islam pun kata haram,” katanya.

Sementara itu, banyak lagi calon berwibawa akan dikemukakan oleh PAS/Pakatan dari negeri-negeri yang kini belum lagi diumumkan.

Dijangka calon itu dari pelbagai golongan – paduan dari ulama, profesional, tokoh pendidik, bekas pensyarah, bekas pegawai kerajaan dan sebagainya.

Dengan kombinasi yang baik ini prestasi Pakatan Rakyat dikayakini akan jauh lebih baik dari PRU 2008. Kerana itu pihak yang meramalkan kononnya tidak akan berlaku lagi tsunami politik dalam PRU akan datang hanya agakan saja, yang dibina berasaskan kebencian kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, tidak syak lagi, kekuatan PAS/Pakatan Rakyat ialah kerana kejayaannya menggembling semangat, pemikiran aspirasi dan tenaga rakyat, dipadukan di tengah sebuah gelombang kebangkitan rakyat yang didukung oleh generasi baru.

Ini menghairankan orang Umno sendiri dan penyokongnya, yang selama ini tidak pernah mereka alami. Dalam masa yang sama anak muda yang pulang ke kampung membawa berita perkembangan terkini di bandar di mana sama sekali mereka tidak pernah lihat dan dengar melalui media tradisional.

Inilah perkembangan baru yang menakutkan Umno/BN dalam menghadapi PRU akan datang. Lebih-lebih lagi apabila golongan anak muda beriringan menyaksikan bekas general, bekas pegawai tinggi polis, bekas pegawai tinggi kerajaan, malah para artis menyertai Pakatan Rakyat. -DD

101 comments:
Write comments
  1. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    PUSAT bandar Shah Alam di sekitar Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kelmarin sesak kerana berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 dan pelancaran manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir. Kelihatan lori treler kempen pilihan raya pakatan pembangkang sengaja diletakkan di tepi jalan bagi memperlihatkan gahnya persediaan mereka untuk berentap dalam kempen pilihan raya umum nanti.

    ReplyDelete
  2. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan Anwar perlu diangkat menjadi Perdana Menteri juga kelihatan disambut hambar oleh peserta konvensyen yang rata-ratanya adalah aktivis tegar Pas serta PKR. Ini kerana kepemimpinan dan akar umbi Pas sendiri lebih cenderung untuk mengangkat Abdul Hadi sebagai ketua kerajaan sekiranya pakatan pembangkang menang pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  3. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Malah menjadi satu kepincangan juga apabila hasrat pakatan mahu melangkah dalam pilihan raya umum yang diibaratkan sebagai ibu segala pilihan raya dengan menggunakan satu logo. Anwar sendiri seolah-olah cuba menutup kepincangan dan percanggahan pendapat dalam soal mendasar seperti kalimah Allah dan pergeseran antara Pas dan DAP berkaitan isu-isu Islam dan yang terbaharu pertelingkahan DAP dan PKR di Johor.

    ReplyDelete
  4. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Dalam keghairahan Anwar memuji negeri-negeri pakatan, beliau bagaikan terlupa menyebut kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Kedah. Mengapa? Adakah Kedah tidak membangun, atau kepimpinan Pas di Kedah sukar menerima Anwar? Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri juga mengakui berlaku pertelingkahan, debat dan perbalahan dalam pakatan pembangkang tetapi katanya, perkara itu ibarat kacau gula, kopi dan teh tetapi tidak memecahkan cawan.

    ReplyDelete
  5. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Dalam keadaan sedemikianlah manifesto pakatan pembangkang dilancarkan dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat'. Persoalannya benarkah pakatan pembangkang dapat memenuhi harapan rakyat? Sedangkan sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengatakan manifesto 'bukan satu perjanjian' sebagai alasan setelah menyedari sukarnya untuk melaksanakan janji-janji manifesto selepas memegang tampuk pemerintahan.

    ReplyDelete
  6. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Ahli-ahli politik boleh meletakkan segala macam janji yang muluk belaka tetapi pokok pangkalnya ialah pelaksanaan. Sekali pandang sudah ada yang menyatakan manifesto pakatan pembangkang itu agak menarik apatah lagi dengan warna jingga yang begitu menyerlah. Dokumen tersebut adalah kesinambungan Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  7. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Di hujung buku manifesto 35 muka surat tersebut, dikarang pula surat seorang individu bertarikh 14 September 2023 - menggambarkan keadaan Malaysia ketika itu setelah diperintah oleh pakatan pembangkang. Segala yang dinikmati kononnya adalah kerana keputusan selepas 10 tahun mengundi dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  8. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Benarkah segala perubahan itu akan tercapai melalui pembangkang sedangkan sejak dari awal lagi kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad melakarkan visi Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat ketika itu memiliki pendapatan tinggi.

    ReplyDelete
  9. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Tanpa menyebut keseluruhan bajet bagi melaksanakan isu kandungan manifesto berkenaan, pakatan pembangkang hanya menyenaraikan pelbagai janji untuk rakyat namun belum menjamin pelaksanaannya secara berkesan. Dari segi pengalaman, rakyat sudah dapat menilai janji-janji yang dibuat itu ada yang gagal dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun pakatan pembangkang memerintah di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

    ReplyDelete
  10. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Pakatan pembangkang sekali lagi memainkan janji untuk menurunkan harga minyak selain menawarkan caj elektrik dan bekalan air lebih rendah serta menurunkan harga kereta. Pakatan pembangkang yang gagal menyediakan harga rumah mampu milik mencukupi kepada rakyat sepanjang lima tahun memerintah di negeri-negeri yang dikuasainya juga menjanjikan 150,000 rumah selesa mampu milik dengan Perbadanan Perumahan Negara membuat pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion untuk membina rumah berkenaan.

    ReplyDelete
  11. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Namun dalam manifesto tidak disebut pula tentang soal pembinaan rumah kos rendah bagi golongan tidak berkemampuan sedangkan dasar tersebut perlu dipertahankan oleh sesebuah kerajaan yang mahukan keadilan sosial berlaku dalam masyarakat terutama bagi menangani kemiskinan di bandar. Begitu juga dengan janji gaji minimum RM1,100 dan menyasarkan pendapatan isu rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan dalam tempoh sepenggal pemerintahan.

    ReplyDelete
  12. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Namun secara realitinya, negeri Selangor sendiri tidak mampu menyediakan gaji minimum tersebut sepanjang sepenggal pakatan pembangkang memerintah dengan kadar RM1,500 sebulan yang dijanjikan sebelum ini. Malah sebenarnya angka pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 itu sudah lama menjadi sasaran kerajaan kerana sebagai negara maju kita perlu mempunyai pendapatan perkapita yang diperlukan iaitu RM46,500 dengan sekarang sudah sampai lebih RM30,070.

    ReplyDelete
  13. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Pembangkang turut mengulangi janjinya untuk menyediakan pendidikan percuma untuk semua, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menghapuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selain membatalkan saman AES. Janji pakatan pembangkang dalam manifesto PRU-13 bagi memberikan pendidikan percuma dilihat hanya satu bentuk frasa kata yang sedap dibaca tetapi tidak mungkin dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  14. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Meskipun dalam manifesto tersebut, parti pembangkang menyatakan langkah itu mampu dilaksanakan tetapi dari segi pelaksanaannya menyebabkan pelajar pengajian tinggi swasta bakal menghadapi masalah apabila PTPTN dihapuskan. Dalam manifesto tersebut pakatan pembangkang menjanjikan yuran pengajian percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) manakala pelajar institusi swasta diberi subsidi yuran setara dengan kos tanggungan di IPTA.

    ReplyDelete
  15. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Pelajar IPTA diberikan elaun sara hidup meliputi makan, minum, kos kediaman, buku dan pengangkutan manakala pelajar swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup. Dari sini dilihat, penghapusan PTPTN sebagai badan pembiayaan pinjaman ternyata menjadi bahan politik kerana pembangkang turut mahu menubuhkan satu dana khas untuk menyalurkan pinjaman kos sara hidup.

    ReplyDelete
  16. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Namun tidak dinyatakan pinjaman tersebut tanpa kadar faedah atau tidak dan dalam masa sama persoalan siapa yang boleh membiayai lebihan kos yuran pengajian pelajar swasta. Pembangkang juga tidak menjanjikan hutang pinjaman PTPTN sedia ada akan dihapuskan sebaliknya hanya menyatakan akan memperkenalkan mekanisme menangani masalah hutang pelajar dengan perbadanan tersebut.

    ReplyDelete
  17. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Selain itu, rakyat juga ditawarkan perkhidmatan wad percuma bagi kelas dua dan tiga di hospital kerajaan manakala bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan. Selain itu, imbuhan dan insentif kewangan yang dinyatakan dalam manifesto pembangkang ternyata ibarat menepuk air di dalam dulang, air terpercik ke muka sendiri.

    ReplyDelete
  18. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Kalau sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai hampas kelapa, tohmahan itu akhirnya memberikan tamparan kepada pakatan pembangkang sendiri apabila mereka turut memperkenalkan imbuhan kewangan dalam manifesto pilihan rayanya.

    ReplyDelete
  19. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Abdul Hadi pula menyifatkan pemberian BR1M mirip kepada habuan yang diberikan oleh Firaun di Mesir ribuan tahun lampau. Bukankah sepanjang tempoh lima tahun ini pakatan pembangkang sibuk memberikan wang RM100 untuk program Jom Shopping bagi warga emas. Begitu juga memberikan air percuma kepada setiap rakyat Selangor. Adakah itu semua seperti hampas kelapa sebagaimana tajuk muka depan keluaran terbaru akhbar Harakah; 'BR1M ibarat hampas kelapa' sebagai memetik tohmahan terbaru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah.

    ReplyDelete
  20. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Tindakan itu berbeza dengan Kerajaan Pusat yang melaksanakan BR1M sebagai menunaikan pembentangan dalam Bajet 2012 dan 2013. Bagaimanapun, pakatan kali ini membuat beberapa janji dalam bentuk insentif kewangan seperti caruman wanita sebanyak RM50 sebulan bagi isteri manakala suami perlu membuat caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan selain Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas) sebanyak RM1,000 setahun.

    ReplyDelete
  21. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Persoalannya belum tentu janji itu dapat ditunaikan tanpa sebarang bajet yang tepat sebagaimana terjadi kepada janji-janji pakatan di Selangor untuk memberikan elaun kepada ibu tunggal dan pelajar tadika. Pendek kata para pengundi pada PRU-13 perlu membuat penilaian sejauh mana janji-janji besar pakatan sebelum ini.

    ReplyDelete
  22. KEHEBATAN SEBENAR PAKATAN RAKYAT IALAH MENABUR JANJI-JANJI YANG TIDAK MAMPU MEREKA TUNAIKAN.. INGAT, MANIFESTO ITU "BUKAN JANJI" KATA KHALID

    Dulu mereka berjanji menghapuskan tol, mengambil alih konsesi lebuh raya dan menurunkan harga minyak tetapi di Selangor, janji mahu menurunkan cukai pintu pun belum dilaksanakan dan rancangan mengambil alih konsesi bekalan air juga masih gagal dilaksanakan.

    ReplyDelete
  23. Semoga tuhan akan kabulkan kemenangan PR dengan mojariti yang besar sekali Amin.

    ReplyDelete
  24. Kenapa tak letak General (B) Tan Sri Hashim Hussein di parliment yg ada kem tentera?. Bule kita ACU CUBA TRY TEST khebatan dseorg bekas Panglima TD sbg Wakil Rakyat pula dn jika menang....mnta beliau suara kn isu2 no tentera yg masih dgunakn oleh SPR utk mnghidupkn undi hantu.

    ReplyDelete
  25. DANGER! DANGER! LISTEN !! Bahaya Jika Kakitangan Pro Pembangkang Jadi Talibarut Salur Maklumat

    Seringkali kita dapati orang orang seperti Rafizi Ramli , Nurul Izzah dan sekali sekala Azmin Ali mendapat info dalaman dari pejabat pejabat kerajaan atau pun badan badan berkanun serta bank bank dan swasta.

    Jika dahulu Rafizi Ramli di dakwa kerana memiliki dokumen yang tidak harus di miliki nya di bawah akta BAFIA, kemudian di ikuti oleh seorang ekonomis yang sememang nya terkenal sebagai pemuja PKR kini Nurul Izzah pula mendakwa memiliki maklumat dalaman tentang daftar nama pengundi serta info berkenaan nya.

    Jika setakat membuat dakwaan dan di susuli dengan ingin kan pihak pihak tertetu membuat pembetulan ia nya tidak mengapa malah di kira bagus dari segi mahu kan penambahbaikan.Tetapi ia tidak seperti itu, ia nya lebih dari itu, bukan sahaja lagi mahu kan kebaikan dari aduan atau pun laporan, ia sudah boleh di lihat sebagai maklumat bocor yang di salur kan sehingga tahap mendapat maklumat terperinci dan lengkap.

    ReplyDelete
  26. DANGER! DANGER! LISTEN !! Bahaya Jika Kakitangan Pro Pembangkang Jadi Talibarut Salur Maklumat

    Rafizi pernah membukti kan bahawa kakitangan dalam bank boleh di guna kan nya dengan menyerah kan maklumat sulit seperti kes NFC dahulu.Jadi tidak tentu mustahil untuk dia mendapat maklumat sebegitu.Umum sudah tahu bahawan ekonomis yang di gantung kerja oleh Bank Islam ia itu Azrul Azwar juga di dapati memiliki dokumen tidak patut ada pada diri nya dan di lapor kan amat kerap berhubung secara email kepada orang orang seperti Nurul Izzah dan Rafizi serta Anwar Ibrahim.Mungkin ini cara nya PKR mendapat maklumat dari dalam sesuatu organisasi.

    Kini dengan Nurul Izzah secara terang mendakwa sesuatu terhadap SPR maka pasti sekali perkara sama berlaku.Jika niat nya mahu penambahbaikan , bagus juga tetapi umum sudah tahu akan pendirian politik Nurul Izzah tidak lah sebegitu.Baik dari segi keselamatan dalam negara mahu pun kepada pasukan keselamatan negara Nurul Izzah tidak pernah ada niat yang iklas selain ada sahaja yang di lihat nya tidak baik.

    Jadi SPR harus hati hati , amat di galak kan jika SPR boleh menyiasat nama nama kakitangan nya dengan daftar parti politik pembangkang mana lah tahu jika ada yang meragukan,kerana segala kemungkinan boleh berlaku jika orang tidak berniat baik dapat bekerja dengan SPR.

    Bayang kan lah jika pegawai SPR yang condong kepada Pakatan Rakyat berpakat untuk membuat sabotaj secara sulit sambil itu menunggu saat terbaik untuk menyiarkan nya, misal nya sehari dua selepas Pakatan Rakyat kalah pilihanraya lalu ada sahaja terjumpa silap pekeranian yang sudah di rancang awal untuk membatal segala nya atau bukti konon nya ada penyelewengan.Ini semua harus di fikirkan.

    ReplyDelete
  27. DANGER! DANGER! LISTEN !! Bahaya Jika Kakitangan Pro Pembangkang Jadi Talibarut Salur Maklumat

    Oleh sebab pemberi maklumat kepada Rafizi dari pihak dalam bank sudah kantoi kerana bodoh nya mengeluarkan “hardcopy” salinan yang melanggar akta BAFIA , maka tentu sekali modus operandi mereka bertukar , mungkin tidak lagi mengeluarkan bukti sebegitu tetapi hanya mengintai maklumat dan menyalur kan nya kepada pihak seperti Rafizi.

    Apa kah orang orang tertentu yang di target untuk menyokong PKR sudah di intai akaun nya lalu mendapati ada sesuatu yang boleh mengugut mereka untuk masuk PKR? Ini semua mungkin dan boleh terjadi.Mungkin orang orang dan pegawai kerajaan yang tersesak duit seperti mereka yang mengedali kan kes kes membabit kan Anwar Ibrahim juga sudah di intai akuan nya oleh barua barua PKR yg bekerja di dalam bank bank untuk di jadi kan ugutan melompat ke PKR?Atau terdapat sejumlah wang meragukan lalu ini juga menjadi peluang untuk mengugut mereka melompat sokong PKR dan membuat confession yang apa mereka laku kan dahulu semua nya tidak betul dan konspirasi.

    Kita tidak mahu membuat andaian yang bekas Jeneral yang sudah bersara itu semua ada membuat salah yang telah di intai akuan nya oleh orang PKR, kerana kita tidak ada bukti.Tetapi dengan begitu cepat nya hilang kesetian ia memerlukan siasatan juga.Mustahil kesetian berpuluh tahun boleh berubah sehari sahaja selepas masuk ke dalam PKR.

    ReplyDelete
  28. DANGER! DANGER! LISTEN !! Bahaya Jika Kakitangan Pro Pembangkang Jadi Talibarut Salur Maklumat

    Amat jauh beza dan maksud “whistle blower” dan “saboteur”.Sedang “whistle blower” sebagai pemberi maklumat kepada penyelewengan , saboteur pula ada lah sebahagian dari puak yang mengerja kan kerja seleweng dan gangguan.

    Sejak kebelakangan ini dengan terbongkar nya tindak tanduk yang bakal di lakukan oleh Pakatan Rakyat khusus nya Anwar untuk membeli orang untuk melompat kepada Pakatan Rakyat maka semua organisasi harus berwaspada. antara badan yang perlu berhati hati ada lah seperti SPR dan bank bank.

    Wang boleh membeli kesetian dan pihak pembangkang amat tahu akan hal ini, walau pun berlakon di depan ahli nya mereka memerlukan dana dan kutipan tetapi pemimpin mereka mampu ke sana dan ke sini membeli kesetian sehingga ke Filipina.Jika watak dan individu luar negara pun boleh di beli apa tah lagi orang dalam negara.Kutipan dana oleh pembangkang itu semua sebagai decoy untuk meraih simpati sahaja yang konon parti Pakatan Rakyat itu miskin sedang lawan dengan BN dan UMNO yang kaya, walhal pada kebenaran ia tidak lah seperti itu.

    Jadi apa pun berwaspada lah kerana kerajaan BN sedang berlawan dengan puak desperado yang tidak ada jasa untuk di paparkan lalu hal hal seperti ini amat berguna kepada mereka sebagai senjata untuk melawan BN.

    ReplyDelete
  29. Hebat ka calon PR?

    ReplyDelete
  30. Ansari juga turut bertanding, adakah dia akan jatuh ke air sekali lagi?

    ReplyDelete
  31. Belum sampai masanya jangan la terkial2 sangat.

    ReplyDelete
  32. They are only good in making up stories.

    ReplyDelete
  33. Duh, let us see in the election then.

    ReplyDelete
  34. Sejauh mana kehebatan diorang ni belum boleh dipastikan.

    ReplyDelete
  35. Calon mana yang paling hebat konon?

    ReplyDelete
  36. They are just good in bs.

    ReplyDelete
  37. Demons playing cards now.

    ReplyDelete
  38. And I wonder why they feel themselves so godly damn powerful.

    ReplyDelete
  39. Pakatan Rakyat (PR) has yet to finalise its candidates list, leaders from the opposition pact have said, even as Election 2013 draws near.

    ReplyDelete
  40. When fielding questions by reporters after a meeting with PR leaders, Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim merely replied “Tomorrow we continue”.

    ReplyDelete
  41. PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali denied that today’s meeting was about seat allocations, saying: “Don’t have. Seats tomorrow.”

    ReplyDelete
  42. He told reporters at the PKR headquarters here that tomorrow afternoon’s meeting will be “final”, saying that today’s discussion was only on “normal” matters.

    ReplyDelete
  43. DAP secretary-general Lim Guan Eng said he hoped tomorrow’s meeting will be the final one, but said talks would continue until all issues are settled. “Will continue if not finished, discuss until settled, hope tomorrow is the final meeting,” Lim said.

    ReplyDelete
  44. Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today said that it was important for the people to ensure victory for Barisan Nasional (BN) in the 13th general election (GE13) as it still has to complete many unfinished tasks for the people’s wellbeing.

    ReplyDelete
  45. “We will return to Putrajaya because we still have many unfinished tasks. Major changes will take place in the country and all Malaysian citizens will get what they truly deserve,” he said.

    ReplyDelete

  46. The prime minister said all that had been done by the government were proofs that it did not make empty promises when it said it would take good care of the people with determination and high commitment.

    ReplyDelete
  47. Speaking at the presentation of citizenship certificates under MyDaftar Programme here today, Najib said he wanted a government that could uphold social justice, as well as capable of being fair and inclusive to all under the concept of 1Malaysia.

    ReplyDelete

  48. Looking at the encouraging response at the event, he said it was indeed a good sign for BN to retain power and to get bigger majority in the general election.

    ReplyDelete
  49. “It also reflects the high hope of the people for BN candidate to wrestle back Batu (parliamentary) constituency,” he said to the cheers of those present.

    ReplyDelete
  50. Najib said in conjunction with his 100th day in office on July 1, 2009, he had announced his commitment to find immediate solutions to several issues, including on late registration of births, citizenship application and entry permits.

    ReplyDelete

  51. With the commitment, he said 219,485 cases of late registration of birth, citizenship application and entry permit registered between 1997 and 2010 had been solved.

    ReplyDelete

  52. These cases comprise 62,604 applications for citizenship, entry permit (18,162) and late registration of birth (138,719).

    ReplyDelete
  53. This also proved that Home Ministry, including two special agencies, namely the National Registration Department (NRD) and the Immigration Department, had worked closely to achieve the desired target.

    ReplyDelete
  54. Under the MyDaftar programme, which was introduced in 2011, Najib said the government had solved 7,000 applications for identification document.

    ReplyDelete

  55. “Right now, we have 7,600 new applications and I believe all those applications are being processed,” he said.

    ReplyDelete
  56. Najib said the success was also due to the change in the mindsets of the officers and staff of the relevant agencies, who realised that the issues involved social justice and should be addressed immediately.

    ReplyDelete
  57. “We have also adopted the approach where we shouldn’t wait for the people to come to Putrajaya, but should be the ones to go find them, whether in the plantation, estates, Orang Asli villages and long houses in the rural areas,” he said.

    ReplyDelete

  58. As such, Najib said he wanted the two departments to continue doing their jobs and solve more of such cases.

    ReplyDelete
  59. On the opposition’s allegation that there were 300,000 Indian people who did not possess an identification document, Najib said it was a ridiculous allegation and shouldn’t be politicised.

    ReplyDelete

  60. “We called them. If 300,000 people have turned up, Putrajaya would have been badly congested, but only one per cent of them actually came.

    ReplyDelete
  61. “The opposition promised to solve the so-called 300,000 cases in just 100 days should they receive the mandate to rule the country. That means 3,000 cases must be solved in a day. That’s impossible. I don’t think it can be done. It is just another empty promises made by the opposition,” he said.

    ReplyDelete
  62. At the event, Najib also presented the certificates of citizenship to 100 applicants, entry permits (10) and birth certificates (10) and visited NRD’s mobile unit.

    ReplyDelete
  63. Also present were Human Resources Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai, Chief Secretary to the Government Datuk Seri Dr Ali Hamsa and Inspector-General of Police Tan Sri Ismail Omar.

    ReplyDelete
  64. The attention of Sabahans has switched from “ground zero” of the Lahad Datu incursion to the battles shaping up in the general election.

    ReplyDelete

  65. Riveted by the events of the Sulu intrusion over the last 52 days, politicians from both sides of the divide have immediately started the battle to win the hearts of voters.

    ReplyDelete

  66. With Chief Minister Musa Aman announcing the dissolution of the 60-member state assembly hours after the announcement of Parliament's dissolution at 11:30am on Wednesday, Sabah Barisan Nasional and Opposition parties said they were ready for the elections.

    ReplyDelete

  67. The eight-member Sabah Barisan parties are set to hammer out final seat allocation arrangements while each party finalises its choice of candidates for the 60 state and 25 parliamentary seats.

    ReplyDelete

  68. The divided local and national Opposition parties, meanwhile, are setting themselves up for a free-for-all.

    ReplyDelete
  69. Lahad Datu and security are set to take a back seat for now as the political horse-trading gets under way to finalise candidate lists ahead of nomination day.

    ReplyDelete
  70. “Elections is a due process in any democracy and I believe the people are ready,” said Sabah Umno deputy chief Salleh Said when asked if the mood for elections would set in, especially after the Lahad Datu intrusion.

    ReplyDelete
  71. Security forces have cleared nine villages in Tanjung Labian and were now stabilising the area following the intrusion by Sulu gunmen at Kampung Tanduo on February 9.

    ReplyDelete
  72. Sabah Barisan led by the United Malays National Organisatio held 20 of the 25 parliamentary seats and 57 of the 60 state seats at dissolution.

    ReplyDelete

  73. It lost Sabah Progressive Party with its two MPs and two assemblymen after the party pulled out of the ruling coalition. Two other MPs one from Umno and the other Upko also crossed over to become Opposition-friendly representatives.

    ReplyDelete

  74. The Democratic Action Party holds a parliament and a state seat while People's Justice Party and Pan-Malaysian Islamic Party do not have any seat in the state.

    ReplyDelete
  75. For the man on the street, the call for elections is long-awaited.

    ReplyDelete

  76. “I look forward to the elections, it's long overdue,” said Steve Johnny, a 29-year-old budget hotelier.

    ReplyDelete
  77. He felt the Sulu intrusion could now be put behind because the security forces had done “a good job” in resolving the problem and it was time for “us the people to decide on the future of the country as a whole and for the voices of youths to be heard”.

    ReplyDelete
  78. Pelbagai cerita karut marut serta kepelbagaian fitnah akan terus menular dalam masa terdekat terutama menjelangnya pilihan raya umum ke-13 nanti dalam usaha menarik sokongan rakyat selain mengalih tumpuan terhadap perkara sebenar di kalangan parti pembangkang.

    ReplyDelete
  79. Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata perkara itu tidak akan dapat dielakkan lagi kerana ianya adalah sesuatu yang sudah sebati dan melekat pada batang tubuh pembangkang yang hanya bergantung kepada taktik berkenaan.

    ReplyDelete
  80. Justeru beliau penuh yakin kilang operasi cerita karut dan fitnah serta perkara yang tidak masuk akal akan bermaharajalela kelak dan rakyat perlu bijak untuk membuat pertimbangan sewajarnya dalam menerima sesuatu maklumat.

    ReplyDelete
  81. “Bagi saya ‘trend’ seumpama itu akan terus bergerak….bayangkan hari ini dah macam-macam yang kita dengar. Lagi dekat dan makin hampir dengan pilihan raya umum maka akan terus hebat. Percayalah senario ini akan berterusan.

    ReplyDelete
  82. Saya tidak mahu buat ulasan lebih lanjut tetapi berdasarkan kepada pemerhatian secara dekat, senarionya begitulah. Hari ini lain…hari esok lain dan hari lusa pula lain. Politik untuk selesaikan masalah jangka pendek, “katanya

    ReplyDelete
  83. Beliau seterusnya menambah kaedah berkenaan tidak akan ke mana kerana segala fakta yang ada menyerlahkan segala-galanya.

    ReplyDelete
  84. “Apa lagi mereka nak cakap…nak cakap soal janji ianya tidak relevan..nak cakap soal masa depan itu lagilah tidak masuk akal. Rakyat dah boleh tengok tingkah laku dan gelagat golongan seumpama ini.

    ReplyDelete
  85. “Sebab itu saya sebutkan ianya adalah kaedah penyelesaian politik jangka pendek…. Tidak boleh melangkau jauh. Untuk tempoh terdekat bolehlah. Maka, atas dasar itulah, semua pihak perlu rasional dalam menerima maklumat.

    ReplyDelete
  86. “Paling penting adalah ketika membuat pilihan… Janganlah pilih mereka yang hanya sekadar tabur janji dan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab secara berkesan,” katanya.

    ReplyDelete
  87. Impian pakatan pembangkang adalah lebih tertumpu kepada kuasa daripada untuk melaksanakan janji-janjinya yang telah ditulis dalam manifesto malah sehingga kini kepimpinan tertinggi mereka gagal membuat penerangan berkaitan persoalan mengapa banyak janji-janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 tidak dilaksanakan, kata ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ir. Idris Haron.

    ReplyDelete
  88. Katanya, walaupun pakatan pembangkang yang membabitkan Menteri Besar dan kerajaan negerinya telah disaman oleh sekumpulan suri rumah dan warga emas sebagaimana di Selangor namun sehingga ke hari ini tidak ada sebarang penjelasan berkaitan kegagalan mereka untuk menunaikan janji.

    “Lebih dari itu malah pakatan pembangkang bertindak menuding jari terhadap UMNO dan kerajaan pusat iaitu Barisan Nasional (BN) apabila mereka gagal melaksanakan sesuatu janji dan ini adalah cara mereka dalam melarikan diri daripada menjawab pertuduhan dan isu dari rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  89. Ujarnya, apabila pembangkang dapat menguasai beberapa negeri selepas PRU 2008, tabiat suka menuding jari pada pihak lain tidak dapat dibuang biarpun mereka sudah ada tanggungjawab yang besar dan perlu berdepan dengan kebenaran kerana ia telah menjadi satu budaya.

    “Pemimpin pembangkang lebih bertumpu kepada agenda politik dan matlamat peribadi daripada berusaha untuk menunaikan apa yang terkandung dalam menifesto mereka dan lebih teruk lagi mereka mengharapkan BN untuk menunaikan janji-janji yang telah mereka taburkan pada rakyat.

    ReplyDelete
  90. “Ini dapat dilihat berdasarkan kepada perkembangan empat buah negeri yang ditadbir pakatan pembangkang apabila ada antara wakil rakyatnya yang menyalahkan kerajaan pusat dan menuding jari kepada BN atas kegagalan mereka menyediakan kemudahan dan keperluan masyarakat.”

    Tegas beliau lagi, selama 23 tahun Pas mentadbir Kelantan tetapi malangnya semua rumah mampu milik di negeri terbabit dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

    ReplyDelete
  91. “Semua rumah mampu milik yang ada di negeri-negeri tadbiran pembangkang disempurnakan pembinaannya oleh kerajaan Persekutuan melalui pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang dilaksanakan oleh SPNB, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Risda, Felda dan lain-lain,” katanya yang juga Pengerusi SPNB.”

    Ujarnya, jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan ia sebagai satu taktik untuk memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan dengan harapan perhatian masyarakat akan lebih tertumpu pada mereka tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun apabila mereka menjadi wakil rakyat dan pemimpin negeri.

    ReplyDelete
  92. “Inikah dia wakil rakyat yang berkualiti apabila lebih gemar menyalahkan orang lain terutamanya kerasaan Persekutuan daripada mengambil inisiatif dan berusaha memastikan manifesto dapat ditunaikan.

    “Kerana itulah kandungan dalam manifesto tidak diambil berat dan dibuat ibarat sekadar menanam tebu di bibir mulut, tapi untuk menunaikannya tidak pernah ada dalam rencana mereka.”

    ReplyDelete
  93. Dilaporkan, Kerajaan negeri Kelantan menerima bantuan berjumlah RM5.3 bilion daripada kerajaan persekutuan dalam tempoh dua tahun sejak Rancangan Malaysia ke-10 dilancarkan pada tahun 2010.

    Malah bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera Pulau Pinang pula, Kerajaan Pusat turut memperuntukkan sejumlah RM120 juta bagi melaksanakan pelbagai program pada tahun 2012 yang membabitkan kegunaan bagi membiayai program dalam aspek perumahan, keusahawanan dan modal insan.

    ReplyDelete
  94. Barisan Nasional (BN) tidak gentar berdepan dengan pencabar daripada pihak pembangkang tetapi sebaliknya yakin dapat mempertahankan kerusi Parlimen Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) nanti.

    ReplyDelete
  95. “Saya sendiri tidak risau dengan calon pembangkang yang bakal menjadi pencabar nanti,” kata ahli parlimennya Datuk Fadillah Yusof.

    ReplyDelete
  96. Menurut beliau pada masa ini fokus utama adalah memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat agar mereka terus menikmati segala apa yang disalurkan kerajaan.

    ReplyDelete
  97. Selain itu, katanya segala permasalahan dan isu yang dibangkitkan rakyat akan terus diberi perhatian untuk mencari jalan penyelesaiannya.

    Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi berkata beliau berpuas hati dengan pembangunan dan perubahan yang sedang berlaku di kawasan Petra Jaya sekarang ini.

    ReplyDelete
  98. Beliau menjelaskan kelulusan telah diperolehi bagi pembinaan jambatan ketiga bagi mengurangkan kesesakan lalulintas di kawasan Petra Jaya.

    Di samping itu, kata beliau peruntukan sebanyak RM140 juta juga telah diluluskan bagi pelaksanaan projek pembinaan jambatan tersebut.

    ReplyDelete
  99. Justeru tambah beliau secara amnya Petra Jaya sudah tidak mempunyai isu yang perlu dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

    “Oleh itu siapapun bakal bertanding menentang calon BN dalam PRU13 nanti bukan lagi perkara besar yang perlu dirisaukan,” katanya lagi.

    ReplyDelete
  100. Ini kerana, kata Fadillah BN yakin sudah memberikan yang terbaik sesuai dengan janji untuk membantu rakyat dan percaya masyarakat Petra Jaya sudah tahu membuat penilaian sendiri.

    Selain masalah kesesakan lalulintas, katanya kerajaan juga akan membina sebuah hospital bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat di kawasan Petra Jaya.

    ReplyDelete
  101. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.