Dato Mukhriz anak Dr Mahathir telah memilih untuk merebut satu dari tiga kerusi Nnaib Presiden dalam pemilihan pimpinan Umno. Mengapa dia tidak merebut jawatan Ketua Pemuda Pergeerakan Pemuda Umno yang pernah ditandinginya dalam pemilihan yang lalu?
Dia tidak dapat mengalahkan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan tiga penjuru dalam pertandingan itu.
Adalah benar jawatan Ketua Pemuda itu dalam rangking pimpinan parti lebih rendah dari Naib Presiden, maka jika berlaku mana-mana kekosongan dalam dua jawatan teratas – Presiden dan Timbalan Presiden – di luar musim pemilihan, maka yang dipandang dulu untuk mengisinya ialah para Naib Presiden.
Meskipun Ketua Pemuda adalah calon yang layak, tetapi tidak dipandang dulu. Maka mungkin itu sebab Mukhriz berminat lagi. Tetapi adakah itu sebab dia tidak memilih jawatan Ketua Pemuda, malah membiarkan seorang yang dikira proksinya, anak Tan Sri Sanusi Joned untuk mencabar seteru ketatnya, Khairy?
Bagi kedua anak beranak tersohor itu, Mukhriz dan bapanya, orang yang paling dicemburuinya adalah Khairy sejak dia belum menjadi Ketua Pemuda lagi. Famili itulah yang mencipta jolokan budak di tingkat empat yang ditujukan kepada Khairy sejak pentadbiran Tun Abdullah dulu lagi. Malah tidak suka itu mungkin melebihi pada bapa mertua Khairy sendiri.
Jika boleh mereka mahu ketepikan Khairy dulu dari bapa mertuanya, sebab mereka percaya Khairy lebih sudu dari senduk dalam perang dingin antara bapa Mukhriz dengan mertua Khairy.
Maka dengan tidak mencabar Khairy kali ini, Mukhriz dan bapanya membiarkan Khairy terus berada dalam salur galur hiraki pimpinan Umno. Pandangan jauh mereka Khairy boleh menghalang peluang Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri satu hari nanti. Jika Khairy tidak dipinggirkan, maka itu adalah satu percaturan politik yang silap.
Menyekat Khairy dalam mood semua tidak senangkan bapa mertuanya adalah lebih senang sebelum dia bertapak dalam kuasa Umno.
Usaha menyekat Khairy itu gagal. Mukhriz tidak dapat menggantikan jawatan anak seorang bekas Perdana Menteri lagi apabila jawatan itu dikosongkannya. Khairy yang mengisinya.
Khairy sudah dikira bertapak kuat dalam Pemuda Umno sekalipun dia dipeti sejukkan sekitar empat tahun oleh pentadbiran pro Mahathir. Dengan dia jadi menteri belia dan sukan empat bulan lalu, dia dilihak lebih berwibawa dari menteri yang digantikannya.
Maka dengan keadaan yang terbaru itu adalah payah bagi Mukhriz untuk mengambil alih tempat Khairy itu. Kira Mukhriz hendak menebus kekalahan dulu, eloklah dilupakan. Gerenti Mukhriz akan dikalahkan.
Dengan menyedari peluang itu tipis dan jawatan itu pula rendah dibandingkan dengan Naib Presiden, maka risiko memilih jawatan Naib Presiden itu tidaklah setinggi mencabar Khairy. Mukhriz nescaya lingkup jika berdepan dengan Khairy.
Bukan semua penyandang Naib itu boleh dikecundangkan. Mungkin ada ruang bagi Mukhriz mencelah. Jika sentimen kelab Menteri Besar seperti yang pernah berperanan sejak 40 tahun dihidupkan lagi, peluang itu ada buat Mukhriz.
Sejak zaman Dato Harun Idris jadi Menteri Besar Selangor awal 70-an dan dilanjutkan oleh Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu, kelab Menteri Besar itu mahu ada di kalangan Naib Presiden itu dari Menteri Besar, tidak kira Menteri Besar mana negeri, maka kesempatan menjadi Menteri Besar Kedah adalah menjadi peluang baik buat Mukriz.
Dan kalau percubaan Mukhriz itu gagal, ia tidak terasa sangat, kerana yang kalah bukan dia saja. Ada dua lagi yang kalah bersamanya. Tapi kalau kalah di tangan Khiary, terasa sangat.
Harakahdaily
Saturday, September 28, 2013
Mengapa Mukhriz tidak pilih Ketua Pemuda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mukhriz tak pilih Ketua pemuda..jawatan itu kecil sangat bagi dia..sebagai K.P. masih jauh nak jadi PM....sebagai Naib Pr...silap gaya n keadaan boleh jadi PM semasa ayahandanya masih ada ni.. Mukhriz ada percaturannya... buat apa tunggu lama lama nak jadi PM.....tapi dia lupa...sekarang ni pun yg patut jadi PM ialah Anwar dari PR yg dapat 52% pada PRU 13...tapi peluangnya dirampas...
ReplyDeletePada saya ini bukan percaturan Mukhriz, tapi Mahathir di belakangnya! Dialah penasihat kanan pada Mukhriz kerana Mukhriz bukanlah pintar sangat dalam berpolitik. Mahathir memang tahu dengan memegang jawatan MB Kedah peluang Mukhris untuk mendapatkan jawatan salah satu Naib Presiden UMNO lebih mudah kerana sejak dulu memang perwakilan UMNO lebih suka melantik Naib Presiden UMNO dari kalangan MB.
ReplyDeleteKalau ikut logiknya Mukhriz sepatutnya menjadi salah seorang Menteri Pusat tetapi Mahathir dapat membaca situasi bahawa lebih baik anaknya dilantik sebagai MB. Sudah ada semacam persefahaman dengan Najib, maka Najib pun memilih Mukhris sebagai MB Kedah. Semua ini bukan kebetulan tapi dirancang oleh Mahathir dan Najib mengikut saja. Dan sebagaimana dirancang, UMNO pula menang di Kedah, maka jadilah Mukhris sebagai MB Kedah.
Untuk peringkat selanjutnya Mukhris akan bertanding sebagai Nabi Presiden UMNO dan episod ini tidak habis di sini kerana setelah itu dia akan pergi pula ke jawatan Timbalan Presiden dan seterusnya tahu2 sajalah...............
Kalau mukriz menang nanti. ...nAjib diasak supaya berundur. ..mAhayuddin jadi pm mukriz akan jadi tpm. ...lagi cepatkan?
ReplyDeleteYang sering di sebut sekarang ini kehadiran Mukhriz dalam perebutan jawatan Naib Presiden ini menampakan satu permainan politik besar dan sesiapa sahaja yang membuatkan Mukhriz bertanding jawatan itu mempunyai motif yang sangat besar. Mukhriz tidak akan mengambil keputusan untuk bertanding jika tidak digalakkan oleh Dr Mahathir Mohammed. Jika Mahathir cuba mempengaruhi segala-gala tindakan dalam UMNO yang melibatkan pemimpin lain tidak ada sebab sesiapa untuk menafikan yang keputusan Mukhriz itu adalah hasil dari keputusan Mahathir sendiri.
ReplyDeleteApa pun yang dicakap dan di cakap oleh sesiapa Mukhriz merupakan projek Mahathir dan Muhyiddin. Bagi kumpulan ini Zahid Hamidi dan Hishamudin itu adalah pemimpin pelapik untuk mereka, bukannya pemimpin pelapis. Pemimpin pelapis mereka ialah Mukhriz. Suatu ketika dahulu Sanusi beranggapan beliau adalah pelapis kepada Mahathir apabila beliau memenangi jawatan Naib Presiden UMNO. Tetapi sehingga sekarang Sanusi tidak menyedari yang tenaga beliau hanyalah untuk digunakan sebagai pemimpin pelapik oleh Dr Mahathir. Zahid dan Hishamudin diharap akan menyedari yang beliau-beliau ini tidak termasuk dalam projek peralihan kuasa oleh Muhyiddin Yassin yang merasakan akan menjadi pengganti kepada Najib Tun Razak.
ReplyDeletePendeknya segala permainan ini adalah untuk memerangkap Najib agar beliau berundur dengan cepat untuk menyaksikan peralihan kuasa ini berlaku secepat yang mungkin. Jika Mukhriz memenangi jawatan Naib kali ini, maka usaha menekan beliau (Najib) untuk berundur akan dilakukan dengan cepat bagi menempatkan Mukriz menjadi Timbalan Perdana Menteri negara.
ReplyDeletemukhriz bertanding jawatan NP sebagai laluan ekpres ke jawatan TPP atau PP di masa depan...prestrasi beliau yang semakin meningkat memberi kelebihan untuk mencabar calon2 NP yang lain...jika beliau bertanding jawatan KP bererti akan mengambil masa lama untuk menduduki jawatan tertinggi parti...mungkin menjadi harapan dr.M untuk melihat Mukhriz menjadi PM sebelum tibanya ambang 2020.
ReplyDelete