Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mengesahkan penyertaannya untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno dalam sidang media di Alor Setar hari ini, memberi isyarat tiga penyandangnya bakal berdepan dengan tekanan untuk mempertahankan jawatan penting tersebut.
Pelbagai spekulasi menyelebungi mengenai Menteri Besar Kedah tersebut, malah khabar angin juga mengatakan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menasihati anak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tersebut supaya tidak bertanding dalam merebut jawatan naib presiden parti.
Sebaliknya, Mukhriz dikatakan hanya akan bertanding untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi (MT).
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan Mukhriz menerima sokongan sebulat suara daripada pemimpin Umno bahagian di peringkat negeri untuk bertanding jawatan naib presiden dalam pemilihan parti Melayu terbesar itu pada Oktober ini.
Beberapa minggu lalu, blogger pro Dr Mahathir juga kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.
Mukhriz, 48, dilantik sebagai menteri besar Kedah selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang. - TMI
Thursday, September 19, 2013
Mukhriz sahkan tanding naib presiden, penyandang tertekan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nah, jangan kamu main2 sama c botak ini, banyak duit bah dia ini anak si mahadir tukang sapu duit di Malaysia................
ReplyDeleteMenjelang pemilihan Umno hujung tahun ini, Dr Mahathir Mohamad memberitahu sebuah akhbar harian yang menjadi lidah Umno bahawa parti itu menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".
ReplyDelete"Ini naluri manusia. Lambat-laun manusia akan menemui ajalnya," kata bekas presiden Umno itu.
Dr Mahathir juga mengulangi pendedahan bahawa ramai ahli Umno yang begitu mudah tergoda dengan sogokan wang.
"Tak banyak... RM200 pun boleh mengalih pemikiran sesetengah ahli Umno. Mereka bukan menjual undi. Sebenarnya mereka menjual bangsa, menjual maruah diri mereka," katanya.
Bekas Perdana Menteri itu mengingatkan, apabila pemimpin yang dipilih adalah perasuah, mereka tidak akan teragak-agak menjual bangsa.
"Ingatlah negara kita dahulu lebih besar tetapi kerana duit ia sudah jadi kecil. Ia akan jadi lebih kecil lagi jika perasuah memimpin negara ini," kata Dr Mahathir.
Kenyataan Dr Mahathir itu dikecam oleh sebahagian pemimpin Umno.
Betuuuuuuuul tu Dr.M!...kesiaaaaan UMNO...kesiaaaan macai2 UMNO...harga diri RM200 jer...babi sekoq pun harga RM600....
Mukhriz tidak ada apa2 jika dibandingkan dengan Khairy. Khairy orang kebanyakan, dan Mukhriz anak pemimpin besar. Tapi Khairy tergolong pemimpin yang ada idealisma dan punya hala tuju yang jelas.......
ReplyDeleteKalaulah para perwakilan UMNO terbuta mata hatinya untuk memilih Mukhriz sebagai Naib Presiden UMNO dan seterusnya melatakkannya sebagai pemimpin penting negara, maka tak tahulah apa akan jadi dengan negara ini kelak........
Masalahnya bila wang mula beredar di kalangan para perwakilan kelak, maka butalah mata hati orang UMNO.......
Sampai bila xkan berubah selagi kuasa dari bapak ke anak dalam keluarga bangsawan UMNO berterusan dah macam parti keluarga anak bapak, masih ramai anak2 melayu yg cerdik pandai diluar sana yg berkebolehan untuk memimpin. Ayat klise bila menawar diri ialah " yang inginkan perubahan akar umbi ".bertahun2 dah ayat mcm tu. Napelah xder ayat yg " ingin membantu rakyat dan memakmurkan negara " maaflah jika tidak setuju dgn pendapat saya (hanya sekadar memberi pendapat dan kritikan ikhlas).
ReplyDeleteSaya menjangkakan bahawa DS Hishammuddin dan DS Zahid Hamidi akan kekal dalam jawatan mereka. Safie Abdal mungkin akan "terbabas" disebabkan skandalnya. Dato Mukriz sememangnya pilihan yang bagus dalam usaha meremajakan UMNO. Saya yakin UMNO akan menerima perubahan demi memperkasakan keutuhan Parti Mereka. Syabas kepada kepimpinan DS Najib.
ReplyDeletelepas ni. mahyuddin mampus. sebab bakal timbalan perdana mukriz akan ambil tempat kau.
ReplyDeleteAkhirnya mukhriz buktikan dia ada teloq dan mengajak umno untuk berani berubah. Go mukhriz go. U are going to become no 1 VP. Anyway bro I like ur hair style thee hee hee. Gurau sajalah
ReplyDeleteMelihat pada wajah pemimpin kita seperti Datuk Seri Mohd. Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein , Datuk Seri Shapie Apdal , Tan Sri Isa Samad, Datuk Seri Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Mahathir....
ReplyDeleteMereka itu sedang mencabar diantara satu sama lain untuk menyadang jawatan tertinggi parti. Persoalannya pemimpin jenis apa yang yang kita harapkan jadi peneraju parti dan ahlinya kearah lebih cemerlang sedangkan diantara kita tidak mempedulikan tentang kewibawaan mereka apabila menerajui parti yang paling dominan dalam Malaysia ?
Tahukan kita sebagai ahli bawahan.... apabila Datuk Mukhriz Mahathir mengumumkan bertanding jawatan Naib Presiden Umno tanpa pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terlebih dahulu memperlihatkan kepada kita bahawa kebanyakan ahli yang lebih lama berkhidmat dalam parti itu sebenarnya penyemak dalam dewan saja kerana tiada siapa yang layak untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin.
Harapkan gaya saja kelas pertama, mentaliti kelas ketiga... hebatkah kita jadi ahli UMNO Baru ?
Jika keinginan Mukhriz masuk gelanggang perlu mendapatkan keizinan presiden bermakna kewibawaannya bukan lah hebat sangat untuk bersaing dengan ahli yang lain walaupun beliau tidur bertilamkan ringgit malaysia.
ReplyDeleteTindakan Zahid itu adalah memberi isyarat kepada Mukhriz bahawa pertandingan kali ini berbeza dari yang dulu.
Bergantung pada pengaruh Tun Mahathir semata-mata untuk menang tidak memberi banyak harapan. Pertandingan kali ini bukan saja perlu bagi rasuah pada orang tertentu yang kendalikan pertandingan melalui orang ketiga tapi ketrampilan sebagai melayu kurang ajar juga perlu ada sebagai "tanda hero" membela nasib bangsa itu.
Perbuatan meminta izin itu juga mencermin Mukhriz sebagai anak bapak yang tiada kekuatan untuk berdikari menentang lanun-lanun yang sedang kemaruk mahu berkuasa,...
Ianya satu peringatan kepada anak lanun apabila bertanding mesti menang demi menjaga maruah bapa segala lanun.