Siapa melakukannya? Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih mencari siapa di kementeriannya membocorkan kepada media nama 30 ketua kumpulan gengster termasuk ahli politik MIC yang kini mahu menyaman kerajaan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga hairan siapa yang mendedahkan nama tersebut.
“Kita tidak tahu siapa yang dedahkan, kami pun mahu tahu juga,” katanya yang turut mencurigai senarai nama tersebut.
Pemain: Bernama, agensi berita pro kerajaan atas nama kewartawanan penyiasatan dengan mudah melaporkan pada Jumaat memetik KDN sebagai sumber.
Pemain lain, polis. Mereka melaporkan kepada KDN mereka tidak mendedahkan nama itu kepada kementerian.
“Saya tidak tahu sumber mana dari kementerian tetapi maklumat itu tidak datang dari polis. Kami ada senarai sendiri dan sebahagian geng yang disenarai kementerian dalam perhatian kami,” kata Penolong Pengarah (D7) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hasan.
Katanya, mereka menghubungi akhbar harian The Star dan Bernama bagi mengetahui sumber senarai nama yang mereka terbitkan.
Latar cerita: lebih 30 nama ketua kongsi gelap dari Geng 04, 08, dan 36 serta kawasan takluk mereka dilapor Bernama pada Jumaat dan diterbitkan The Star pada hari berikutnya.
Pendedahan ini ekoran kegusaran orang ramai daripada beberapa siri kes tembakan yang kerap dilaporkan dan masih menjadi perhatian umum.
Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan kadar jenayah semakin meningkat tetapi ahli politik dan polis terus menyalahkan ketua kumpulan kongsi gelap yang dibebaskan dari tahanan tanpa bicara.
Memetik sumber KDN, laporan berita minggu lalu mendedahkan nama 30 ketua kumpulan dan mendedahkan mereka bergerak aktif di kawasan takluknya.
Antara identiti yang didedahkan sebagai gengster paling dikehendaki adalah Tiram Sasi (Johor), Sungai Way Sugu (KL), Prai Bala (Pulau Pinang), Langkap Sasi (Perak) dari Geng 04; Indren (Pulau Pinang), Dark (KL), Siva Guru (KL) dari Geng 08; Cendol Kanna (KL), Devan (ketua kumpulan di KL yang merupakan jutawan pengedaran dadah) dan Kajang Kalai (Kajang) dari Geng 36.
Nama terakhir merujuk kepada Exco Pemuda MIC Kalai Arasu Muniandy. Beliau menafikan pendedahan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang kerana mencemarkan nama baiknya.
Sementara itu, Wan Junaidi memberitahu The Malaysian Insider, perbincangan mengenai kebocoran senarai nama itudibincangkan bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebaik sahaja berita itu tersebar.
“Semua di antara kami termasuk ketua setiausaha kementerian masih belum mendapat jawapan. Zaman ini, segalanya boleh berlaku,” katanya.
Siapa yang mendedahkan nama itu, masih menjadi tanda tanya.
Misteri ini mengambil masa lima hari sejak disiarkan media pada Jumaat. Polis dan KDN masih menemui jalan buntu.
Anda perlu masa lebih lama untuk selesaikan misteri ini. -TMI
Friday, September 13, 2013
Dalang di KDN Yang Bocorkan Rahsia Gengster?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
UMNO merupakan kumpulan kongsi gelap paling besar di Malaysia, menyebabkan Malaysia diperintah oleh mafia. Ianya bukan satu perkara yang pelik kalau ada ahli politik dalam Komponen BN merupakan ahli kongsi gelap.
ReplyDeletesemua insiden serangan gangster keatas semua ceramah PR adalah bukti terbaik memang ada ahli dalam komponen UMNO terlibat dalam kegiatan gangster sebab rakyat biasa tak berani nak buat benda ini kecuali ahli kongsi gelap yang berani.