Kuantan - Sesi pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sera gempar apabila sekurang-kurangnya 70 pelajar diserang histeria, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang, pelajar lelaki dan perempuan yang terkena gangguan itu, meracau-racau dan lari bertempiaran di sekeliling bangunan sekolah sehingga menyukarkan para guru menenteramkan mereka.
Seorang bapa, Saifullizan Abdullah, 38, memberitahu, kejadian histeria itu sudah berlarutan agak lama dan lebih merisaukan dua anaknya, Emy Syazana, 16, dan Norsyafikah, 13, turut mengalaminya.
Menurutnya, kejadian histeria itu juga sudah berlaku berulang kali malah mengganggu pelajaran dua anaknya itu.
“Sejak kejadian tersebut, sikap kedua-dua anak saya berubah apabila menjadi kuat tidur dan lemah.
“Ketika dirasuk di sekolah, ada sesetengah pelajar didapati tidak sedarkan diri dan ada mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari bangunan sekolah,” katanya.
Saifullizan berkata, paling membimbangkan apabila kejadian pelajar terjun dari bangunan sekolah pernah berlaku dua kali di lokasi yang sama dan salah seorang daripada mangsa maut pada Mei lalu manakala kejadian terbaru pada bulan lalu.
“Saya risau kejadian buruk ini akan mengganggu dua anak saya atau pelajar lain.
“Justeru, saya amat berharap tindakan segera dapat diambil bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Seorang pelajar yang enggan dikenali pula berkata, semasa kejadian, pihak sekolah mengambil inisiatif melaungkan azan bagi meredakan keadaan. Bagaimanapun, situasi menjadi lebih buruk apabila para pelajar terbabit dikatakan semakin agresif dan marah apabila mendengarnya.
“Sekolah ini menjadi huru-hara apabila pelajar yang diserang histeria berlari bertempiaran di sekitar sekolah.
“Keadaan menjadi kecoh apabila guru sukar untuk mengawal dan menangkap mereka untuk dibawa ke makmal komputer bagi diberikan rawatan,” katanya.
Katanya lagi, situasi itu bagaimanapun kembali tenang apabila pihak sekolah memanggil seorang ustaz untuk memulihkan pelajar terlibat.
“Saya tengok kakak saya yang turut terkena histeria terbaring dan kemudiannya sedar kembali selepas ustaz memulihkan mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Pelajaran Pahang, Rosdi Ismail ketika dihubungi berkata, beliau masih menunggu laporan mengenai kejadian tersebut dan akan menjalankan siasatan lanjut.
“Kita akan siasat kejadian ini selepas menerima laporan daripada pihak sekolah,” katanya. -SH
Sunday, September 29, 2013
70 Pelajar Diserang Histeria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tapi kalau nak panggil Ust harun Din nanti Mahathir kata..hanya tiup dlm air dan beri org minum,apa jasanyer. Mahathir tu dlm kepalanya takde makhluk Tuhan yg halus yg bole mngganggu manusia. yg dia nampak melayu india cina,asalkn BN sudah ler.
ReplyDeleteKi kih kih terjunnnnnnn....
ReplyDeleteNak tunggu siasatan apa lagi Tuan Pengarah oiiii. Segara usahakan pengubatannya dan tangkap jin-jin yang nakal tu. hari Rabu ini dah periksa PMR.
ReplyDeleteEhhhhh...apedaaa!!!! Mahathir dengan histeria?????? kalau nak kutuk orang pun biar la kena pada tempatnya...ini Mahathir dengan histeria kat sekolah...kan jauh dari tajuk...memang fanatik politik...ish ish ish...!!
ReplyDeleteEhhhhh...apedaaa!!!! Mahathir dengan histeria?????? kalau nak kutuk orang pun biar la kena pada tempatnya...ini Mahathir dengan histeria kat sekolah...kan jauh dari tajuk...memang fanatik politik...ish ish ish...!!
ReplyDeleteTak paham ni si Anonymous 12:38 AM..bukan dia org kaitkn histeria dgbn Mahathir. Kan histeria tu ada kaitan dgn makhluk halus jadi antara ust atau golongan alim ulama yg boleh sedikit sebanyak mngatasi maslah dgn jin dan iblis tu..Ustaz Haron Din ler. Tapi Mahathir kan pernah sindir bahasa politik apabila Dato Haron Din masuk politik tp dlm parti islam ( PAS ) dan bukan parti sekular ( UMNO ). Mahathir kata .."kalau setakat tiup dlm air ( jampi serapah le tu )dan beri org minum,apa jasa nya?" Ksimpulannya Mahathir pernah perlekeh golongan agamawan yg guna jampi serapah ayat2 suci alqur'an sbg penawar/air tawar. ayat suci tu utk halau syaitan iblis le tu..
ReplyDeleteKalau nak berubat, berubat aje la !! tak perlulah nak mengungkit kisah yang lama. Umpamanya nak mengaitkan Mahathir dalam isu histeria. Lagi pulak, bukan Haron Din saja yang pakar dan arif dalam bidang perubatan Islam ni malahan ramai lagi. Tapi sayang, kita orang Melayu selalu menggunakan isu politik menghentam bangsa kita sendiri. Kenapa kita tidak gemar bersatu seperti yang di tuntut dalam Islam?? Haron Din memang tidak dapat dinafikan jasa-jasanya memimpin ummah tetapi Mahathir juga berjasa besar pada kita semua. Apalah salahnya kita menghormati kedua-dua insan yang banyak menyumbang bakti ini???
ReplyDeletemau ke UMNO bersatu dgn PAS yg dah selama mntadbir negara..ttiba2 PAS kata jgn kaut hrta negara,jgn curi duit rakyat,jgn naikkan harga barangn kperluan rakyat dn bla bla bla ? Mau ke UMNO. Jgn mncarut le dlm isu penyatuan melayu selagi otak minda menteri melayu dlm UMNO spt yg ada sekarang ni. UMNO nak ajak PAS bersatu tu sebab dia rasa dah nak mampos..lalu PAS diajak tetapi jgn cakap lebih2 itu haram ini haram. Jadi??
ReplyDelete