Friday, September 13, 2013

Sambutan Hari Malaysia Tercemar Dengan Pesta Budaya Asing?

Hari Malaysia tahun ini akan menjadi lebih besar dan meriah dengan adanya pesta hiburan yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Miri bersama-sama dengan Shin Yang Group dan Kelab Selebriti, parti jalanan akan diadakan di hadapan Imperial Palace Hotel pada 15 Sept dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi. Acara lapan jam itu akan dihoskan oleh Jin dan Ryan dari hitz.fm menampilkan Mizz Nina, Madu DJ G dan Mocha Girls.

Sarawak bergabung dengan Malaya pada 16hb September 1963 maka dengan itu terbentuklah sebuah Negara Malaysia. Walaupun pada hakikatnya negara kita belum merdeka sepenuhnya kerana sistem perundangan negara kita masih mengamalkan dan dipengaruhi oleh sistem koloni British. Sepatutnya Malaysia bebas mengamalkan undang-undang sendiri tanpa perlu terikat dengan sistem penjajahan British.

Acara sambutan Hari Malaysia di Sarawak khususnya Miri amat tidak bersesuaian dengan adat resam dan budaya tempatan. Para penganjur lebih memberi tumpuan kepada ‘Street Party’ hiburan yang melalaikan serta mengalakkan gelaja sosial berlaku dikalangan remaja yang berlepak sehingga larut malam.

Sepatutnya pihak yang berkenaan lebih memberi tumpuan dengan mempromosi kebudayaan tempatan bukannya bangga dengan hiburan asing yang melalaikan rakyat tempatan.

Masalah sosial yang banyak melibatkan remaja-remaja Muslim semasa perayaan perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa seperti Jakim, Jais dan sebagainya. Mereka harus dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan iman dan akhlak terutama remaja Muslim yang mudah terpengaruh dengan budaya asing sebagai cara hidup.

Bagi yang bukan Muslim terserah dengan budi bicara mereka sendiri untuk menasihat penganut agama mereka masing-masing. Sekiranya agama mereka tidak melarang penganut mereka melibat diri dengan program hiburan yang melampau, itu adalah hak mereka tetapi yang jelas Islam melarang keras penganutnya terlibat dengan sebarang hiburan yang melampau dan berbentuk maksiat.

Kita sedia bekerjasama dengan pihak Jakim, Jais dan pihak keselamatan untuk membenteras kegiatan tidak bermoral dikalangan umat Muslim dalam negara ini terutama golongan remaja. Mereka yang terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral ini boleh merosakkan masa depan negara, agama dan bangsa.Negara boleh terjajah semula sekiranya golongan remaja tidak menghargai kemerdekaan yang dikecapi masakini.

Kita menyeru agar umat Muslim terutama golongan remaja, jangan melibatkan diri dengan sebarang kegiatan atau program hiburan yang melampau dan melalaikan seperti ‘Street Party’. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar agar kita dapat mencapai kemerdekaan yang sebenarnya menurut ajaran Islam.

Jofri Jaraiee
PAS Sarawak

3 comments:
Write comments
  1. Bukan sekarang pon sambutan hari kemerdekaan negara agak terpesong. Lama dah. Saat awal trpesong bila saban tahun kita melihat sambutan hari kemerdekaan negara diolah dgn acuan UMNO. Hingga ke tahun ini, acuan UMNOisme lagi jelas dlm tema hari merdeka.Lalu,tak pelik le kalau ianya menular ke setiap negeri tetapi dalam bentuk maksiat/hiburan/ kelalaian. Itu biasa dlm UMNO bg mana2 negeri pon. Asalkan UMNO..

    ReplyDelete
  2. Sambutan kemerdekaan semakin hambar kerana sikap kerajaan sendiri. Bagi kerajaan semangat patriotisme itu adalah taat kepada negara dan pemimpin negara walau pemimpin itu kurop!

    ReplyDelete
  3. gejala remaja berpacaran itu fitrah semula jadi, Tuhan jadikan manusia berpasangan supaya berkasih sayang, yg perlu ditekankan ialah tanggung jawab apabila berpacaran.ibu bapa perlu memberi restu apa yg mereka mahu, jika mereka nak kawin awal, kawinkan sahaja, jangan dok tangguh2 alasan tak cukup duitlah, apalah.kebanyakan terjadi anak luar nikah kerana remaja sembunyikan hubungan mereka dari ibu bapa kerana takut dimarah.ibu bapa kena bagi tahu anak mereka awal awal, " kau nak kawin dgn siapa bagi tahu, ayah tak kesah, itu pilihan kamu."

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.