Tuesday, September 24, 2013

Selangor Naikkan Hadiah Anak Masuk Universiti Kepada RM3000

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kedudukan kewangan negeri yang kukuh membolehkan pemerkasaan program-program pro-rakyat seperti ini.

“Kita mampu meningkatkan insentif ini berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion,” katanya dalam majlis perasmian Majlis Dialog Belanjawan 2014 di Hotel Grand Dorsett Subang Jaya.

Skim ini merupakan salah-satu daripada program pro-rakyat dibawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Hadiah ini diberi kepada anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah, untuk memudahkan mereka melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.

Setakat ini, jumlah direkodkan mencatatkan lebih RM35.7 juta dibelanjakan dengan kira-kira 35,722 peserta mendapat manfaat dari program Hadiah Anak Masuk Universiti itu.

“Sambutan kepada program ini amat membanggakan dan ia ternyata membawa manfaat besar kepada rakyat Selangor,” tegas beliau.

3 comments:
Write comments
  1. Kerajaan PKR Selangor naikkan hadiah Anak masuk U sementera Kerajaan Najib naikkan harga minyak dan gula menyusul. Tahniah Najib pandai kepala lututmu urus ekonomi!

    ReplyDelete
  2. Kerajaan UMNO/BN pimpinan Najib, semua rakyt trmasuk penyokg UNO/BN trima beban dn kesan sangsara drpd kenaikan harga minyk dn barg2 kperluan harian berbanding kerajaan Negeri yg dperintah oleh PAKATAN rakyat termasuk rakyat penyokg UMNO/BN dapt kenaikan tambahan bantuan tanpa pilih kasih drpd Pemimpin kerajaan PAKATAN.MANA YG LBH BAIK UMNO/BN atau KERAJAAN PAKATAN?.......

    ReplyDelete
  3. knp negeri2 yg dikuasai BN x buat mcm ni? kerajaan prihatin bah kan??? hidup UMNgOk!!!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.