Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini.
Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi.
Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan.
Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah.
Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli.
"Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu," kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham.
Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus.
Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu.
Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan.
Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut.
"Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global,” katanya.
Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah.
Saturday, September 28, 2013
Malaysia Antara Negara Tertinggi Amal Rasuah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sebab,selagi kuat ahli UMNo tu rasuah makin kukuh le kedudukan dlm parti dan sudah tentu dlm kerajaan. Manakala dlm jabatan kerajaan atau swsta pulak,kalau takde FULUS jgn harap le nak LULUS. Jadik??.
ReplyDeleteHutang kerajaan Persekutuan meningkat kepada 53.3 peratus dari KDNK pada akhir tahun fiskal 2012, bertokok dari 51.6 peratus pada akhir 2011 atau 39.8 peratus pada akhir 2008 tatkala Abdullah Badawi masih menjadi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.Defisit am bajet kerajaan Persekutuan pula, sebagaimana yang dikira oleh agensi perkadaran Fitch meluas kepada 4.7 peratus dari KDNK untuk 2012 berbanding 3.8 peratus pada 2011.
ReplyDeleteBagaimana negara kita yang terkaya didunia, sebab rasuah rakayat tersiksa.Selagi kerajaaan yang menipu pada tiap kali pilihanraya wujud, selagi itulah rasuah bermaharajalela.Setiap pembelian untuk kerajaan, harganya selalu berlipat kali mahal dari pasaran.Dan duit ini lah bagi anak bini makan. Tak takutke nak jawab depan Allah makan duit haram?Ingat hidup mewah didunia belum tentu mewah diakhirat kerna kekayaan di dunia dengan duit haram tambahlagi duit rakyat yang tak sempat ,kau minta maaf neraka lah tempat mu, takut lagh Allah.Mari lah rakyat seIslam Malaysia kita bersolat 5 waktu, cegahi mungkar, tutupi aurat, jangan subahat dengan rasuah dan banyak kan doa agar negara di hapus perasuah perasuah yang telah menipu, mencuri harta rakyat untuk kekayaan kelompok mereka sendiri dan angkatlah mereka yang amanah dan takwa agar kita di jauhi bala.
ReplyDeleteTahniah. Tahniah. Tahniah.
ReplyDeleteAda juga No 1 di Asia.
Malaysia Boleh. Malaysia Boleh. Malaysia Boleh.
Hidup Malaysia. Hidup Malaysia. Hidup Malaysia.
Lepas ni bila Malaysia bankrupt, baru tahu. Yang kaya akan terus kaya manakala yang sederhana jatuh miskin dan yang miskin jatuh jadi "kayap".
Sekali lagi tahniah kepada rakyat Malaysia yang menaruh kepercayaan kepada BN untuk memerintah. Biar bankrupt, janji Melayu memerintah.
Yang jual Tanah Melayu pun Melayu juga.
Yang jual saham Melayu pun Melayu juga.
Yang khianati Hak Melayu pun Melayu juga.
Yang .... banyak sangat Yang le. Kan la ni orang suka panggil isterinya yang disayangi tu Yang. Sebab tiu Yang, Yang, Yang, ...
bikin malu dalam negara
ReplyDeleteMana ada..!! Shahidan Kassim kata Msia antara 10 negara paling bersih rasuah,pe.!! Org mcm Shahidan Kassim pon dpungut semula oleh UMNO utk jadi Menteri pulak tu. Kalau setakat Ketua Bahagian, Cawangan atau itu ini dlm parti..ok jugak le. Ini jd Menteri..
ReplyDelete1 lagi antara 'pencapaian terbaik' UMNgOk!!!
ReplyDeletePetronas ke...bukit ke...gunung ke....kwsp ke....semua umno punya. Negara ini kan hak milik umno dan kepunyaan mak bapak pemimpin umno...!!! Nak audit buat apa...ye tak??? kah kah kah
ReplyDelete