Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diberitahu hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa berhubung kecurangan dalam daftar pemilih.
Saksi pertama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau pernah membuat aduan kepada SPR mengenai nama yang diragui dalam daftar pemilih.
“Saya beritahu SPR pada November terdapat 60 nama berdaftar dalam satu rumah. Pemilik rumah terlebih dahulu memberitahu saya beliau tidak membenarkan orang lain untuk menggunakan alamatnya untuk berdaftar sebagai pemilih,” katanya.
Santiago berkata, SPR membuat penyiasatan mereka sendiri dan mengakui terdapat masalah.
“Mereka mengakui terdapat 60 nama berdaftar dalam rumah itu tetapi memberitahu saya mereka tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.
“Mereka (SPR) mengatakan undang-undang tidak membenarkan perubahan terhadap daftar pemilih,” katanya.
Tribunal itu ditubuhkan sebagai respon terhadap kemarahan orang awam berhubung dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. -TMI
Saksi pertama Tribunal Rakyat dedah pengundi hantu dalam satu bas
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjadi saksi pertama prosiding Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) bermula 18 hingga 22 September.
Charles dalam keterangannya mengemukakan aduan berhubung pendaftaran 60 pengundi pada satu alamat di kawasan Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 lepas.
Jelas Charles, beliau turut mengemukakan aduan berkenaan pengundi diragui kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun pihak SPR menyatakan nama pengundi-pengundi ragu itu sudah gazetkan dan tidak boleh dikeluarkan.
Charles juga mendedahkan terdapat pekerja asing yang dibayar oleh pihak tertentu bagi mengundi pada PRU lepas. Beliau juga turut mendedahkan kepada tribunal insiden orang ramai di Pandamaran yang menahan bas dipercayai menjadi pengundi hantu pada 5 Mei lepas.
Kira-kira 100 orang mengikuti perjalanan prosiding tribunal itu yang bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Ianya turut disiarkan secara langsung di TVSelangor pada pautan www.selangorku.com dan melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautan www.radiobangsarutama.com.
Enam individu ternama yang berkelayakan akan menganggotai Tribunal ini, tiga dari luar negara dan tiga dari Malaysia.
Mereka akan duduk bersidang untuk menerima, meneliti dan menyiasat laporan orang ramai dan akhirnya mereka akan mengeluarkan laporan kepada umum.
Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC). -selangorku
Wednesday, September 18, 2013
Tribunal Rakyat: Saksi Dedah 60 Pengundi Dalam Satu Rumah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cerita yg sama dgn pengundi import drpd indon n philippine...
ReplyDeleteSPR kata dia tak bule buat apa2 atas pndaftaran pngundi hantu iaitu 60 nama dlm 1Rumah ? Bangsat SPR... Kau daftar org mngundi bule tapi batalkan pndaftran tak bule...bangsat kau SPR. Undang2 tu sapa buat, kita kan? Apa masalahnyer.
ReplyDeleteTribunal ini hanya membuang masa dan duit sahaja...tiada apa tindakan yang diambil jika didapati SPR, atau siapa yang bersalah....yg menipu masih tetap diatas agaknya....
ReplyDelete