Monday, September 23, 2013

Diabetes : Harga Gula Bakal Dinaikkan

SEGAMAT - Kerajaan hari ini disaran mengurangkan subsidi harga gula secara berperingkat sebagai langkah menggalakkan rakyat mengurangkan penggunaan bahan itu dalam makanan dan minuman sekaligus mengurangkan penghidap diabetes.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata: "Setakat ini bilangan penghidap diabetes di negara ini telah meningkat kepada 2.6 juta orang atau 15 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia.

"Ini semua berlaku kerana rakyat kita tidak mengawal penggunaan gula dalam makanan dan minuman," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen kesedaran diabetes dan gaya hidup sihat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai Pekan Buloh Kasap di sini.

Menurutnya penyakit kencing manis (diabetes) menjadi masalah besar kepada negara kerana mereka yang menghidap penyakit itu akan berisiko mengidap penyakit lain seperti masalah penglihatan dan penyakit buah pinggang.

Setakat ini katanya, dilaporkan terdapat seramai 16,000 orang pesakit buah pinggang dalam senarai menunggu untuk mendapatkan pemindahan organ itu daripada penderma yang purata hanya terdapat seramai 40 hingga 50 orang setahun.

Beliau turut mencadangkan agar pekedai makanan dan minuman tidak mencampurkan gula dalam minuman yang dipesan pelanggan sebaliknya meletakkan gula dalam bekas berasingan supaya pelanggan boleh membuat pilihan sama ada menggunakan gula atau sebaliknya dalam minuman. - Bernama

6 comments:
Write comments
  1. Kalau gula menyababkan diabetes lalu harga gula dinaikkan maka beras yang tak mendatangkan penyakit kena turunkan hargakah wahai menteri yang bijak pandai. Beras yang menjadi keperluan asas dan tak mendatangkabn penyakit perlulah dibagi subsidi tinggi. Kalau tidak kerajaan menipu rakyat namanya saja cari alasan bodoh!

    ReplyDelete
  2. Mantera dan headhunter suka sangat ni gula naik harga sebab mereka minum montoku saja. Minyak naik mereka guna kereta kuda!

    ReplyDelete
  3. Ingat BN ingat Barang Naik!

    ReplyDelete
  4. Penyakit rasuah,memerah duit rakyat,penyakit komisyen,penyakit projek kroni di kalangan pemimpin BN
    sangat kronik dan membarah sangat membahaya kepada ekonomi negara sepatutnya lebih diperkata dan dibenteras dari ciptaan alasan diabetes ini.

    ReplyDelete
  5. Kejap lg harga beras plak naik....subsidi dipotong alasan ramai rakyat malaysia yg gemuk gedempol...hahaha

    ReplyDelete
  6. I can live without sugar.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.