Wartawan New Sabah Times Jainuddin Jimin membuat kejutan apabila menyerahkan borang pencalonan bagi jawatan anggota jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Labuan sebelum proses penyerahan borang ditutup 5 petang semalam.
Jainuddin yang juga presiden Persatuan Pengerak Media Labuan berkata jika diberi kepercayaan untuk bersama dalam barisan AJK, beliau akan berjuang bersama pemimpin lain mengarusperdanakan dan meremajakan parti yang dilaungkan oleh pucuk pimpinan.
"Kita mahu melihat pembaharuan dan dengan pengalaman sebagai wartawan yang bergelumang pelbagai isu, diharapkan ianya dapat membantu,” katanya.
Beliau terasa terpanggil menawarkan diri bertanding jawatan AJK ini atas dasar ingin melihat Umno itu terus relevan.
“Saya memberanikan diri bertanding kerana memikirkan perlunya gandingan di antara orang lama berpengalaman dan orang baharu bagi memastikan barisan AJK Umno Labuan boleh dimantapkan.”
Jainuddin berkata beliau ingin membawa suara anggota akar umbi ke peringkat tertinggi parti agar diberi perhatian khusus. – Bernama
Monday, September 23, 2013
Wartawan turut tanding Umno bahagian Labuan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.