Kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib menimbulkan keributan yang bukan sedikit rupanya.
Tidak saja rakyat biasa yang mengeluh dan meluahkan kemarahan, kalangan ahli dan pemimpin Umno juga mempunyai rasa yang senada.
Mereka turut kecewa dengan kenaikan itu, bukan saja kerana tiada angin atau ribut yang mengatakan harga minyak dunia meningkat tetapi juga kerana kenaikan itu diumumkan begitu pantas iaitu hanya kira-kira lebih sedikit daripada 100 hari selepas kemenangan tipis yang diraih BN dalam pilihan raya umum lalu.
Ditambah pula, dengan kemeriahan sambutan hari raya yang masih terasa dengan perdana menteri dan semua menteri Kabinet dilihat begitu bergembira dengan pesta rumah terbuka berserta jamuan yang hebat di sana-sini dengan menggunakan wang rakyat, tiba-tiba rakyat mahu dibebankan pula dengan kenaikan harga minyak yang tentunya juga akan diiringi dengan pelbagai kenaikan lainnya dalam perkhidmatan dan barangan pengguna.
Oleh kerana tahun ini tahun pemilihan Umno, gah dan meriahnya majlis rumah terbuka menteri lebih jelas dapat dirasakan, terutama mereka yang mahu bertanding jawatan lebih tinggi atau mempertahankan jawatan sedia ada. Sudahlah ada rumah terbuka perdana menteri bersama menteri Kabinet, ada pula rumah terbuka kementerian, kemudian semua agensi pula turut mengadakan rumah terbuka.
Di kawasan Parlimen juga, menteri dan timbalan menteri mengadakan rumah terbuka.
Habisnya, sebulan Syawal ini jadual menteri dan timbalan menteri hanya asyik dengan rumah terbuka saja. Oleh kerana tahun pemilihan juga dan bimbang undi berkurangan, menteri turut mengambil kesempatan hadir ke rumah terbuka kementerian lainnya.
Tentu terlihat tidak sopan, setelah pemimpin berpesta dan menghabiskan duit rakyat manakala rakyat hanya dapat menatapnya melalui tv dan akhbar, tiba-tiba bebannya mahu dilonggokkan ke bahu rakyat.
Bagi sesetengah pihak, ini diskriminasi dan penindasan yang tiada tolok bandingnya. Jika diambil kira dengan pelbagai kemewahan dan perbelanjaan lainnya yang dilakukan pemimpin, termasuk kos lawatan Najib ke luar negara hampir RM50 juta, keghairahan kerajaan menukar jenama baru untuk kereta rasmi menteri dan sebagainya, kerajaan dilihat seolah-olah tidak punya perasaan langsung apabila menaikkan harga minyak ini.
Pada masa sama, kenaikan harga minyak itu juga dilakukan di tengah-tengah kebanggaan yang diumumkan bahawa Petronas pada 2012 mencatat keuntungan sebanyak RM59 bilion manakala keuntungan pada suku kedua 2013 ini pula mencecah angka RM21.9 bilion.
Dengan keuntungan sebesar itu, Najib terlihat begitu kemaruk dengan penjimatan RM1.1 bilion melalui kenaikan harga harga minyak dan memotong subsidi rakyat yang mana sebahagian besarnya penerima nikmat subsidi ini adalah orang kampung dan luar bandar yang selama ini penyokong tegar Umno serta penyumbang utama kepada kemenangan BN dalam pilihan raya lalu.
Apakah RM1.1 bilion itu tidak boleh ditampung melalui sumber lain dan lebih besar nilainya daripada menghimpit kehidupan rakyat ke kancah yang lebih sukar?
Sebaik menang pilihan raya, Najib seperti sudah lupa siapa yang menyokong dan menjadikannya kekal sebagai perdana menteri.
Lalu, dengan pelbagai keluhan dan sungutan mengenai kenaikan harga minyak ini, di manakah slogan "Kami mendengar" dan kerajaan sentiasa bersama denyut nadi rakyat yang sering dilaungkan selama ini?
Sebab itu, tidak hairan kenaikan harga minyak kali ini turut mendapat reaksi yang tidak menyenangkan daripada pemimpin Umno sendiri. Sementara ramai yang berdiam diri kerana tidak bersetuju tetapi tidak mahu meluahkan perasaan secara terang-terangan kerana bimbang periuk nasi terjejas, terdapat juga yang berani berterus-terang.
Seorang pemimpin pemuda, Lokman Nor Adam mahu Najib dan kerajaan memikirkan semula kenaikan harga minyak ini dan mencari kaedah lain untuk menampung kos RM1.1 bilion yang diperlukan untuk meneruskan subsidi minyak yang dikurangkan itu.
Di pelbagai peringkat lainnya, ramai lagi pemimpin dan ahli Umno yang turut kecewa dengan tindakan Najib ini. Mereka meluahkan kekecewaan dengan cara tersendiri. Ada yang meluahkannya melalui perbualan dengan kawan atau ketika sambil berbual-bual di kedai kopi.
Seorang pemimpin Umno yang ditemui jelas kecewa dengan tindakan Najib ini. Beliau kecewa bukan saja kerana tindakan ini dilihat menyusahkan rakyat tetapi juga membuat pemimpin sepertinya menghadapi kesukaran untuk mempertahankan keputusan Najib itu apabila dipersoalkan pengikut serta penyokongnya.
Penyokong dan pengikutnya yang rata-rata berpendapatan rendah dan sederhana jelas begitu terpukul dengan kenaikan minyak ini kerana selama ini pun kehidupannya seharian mereka sekadar cukup makan sebagai kakitangan kerajaan mahupun swasta.
Lebih menggusarkan pemimpin tadi ialah apabila anaknya juga turut marah, kecewa dan tidak setuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan Najib ini.
Menurutnya, apabila anaknya yang belajar di universiti turut mempertikaikan tindakan Najib berserta dengan fakta, angka dan rasionalnya, beliau menghadapi masalah dan tidak upaya berbuat apa-apa kerana pendapat golongan muda seperti anaknya itu banyak kebenarannya.
Mahu mempertahankan kerajaan serba-salah, tidak mempertahankan kerajaan pun serba-salah juga. Kita sebagai pemimpin Umno pun susah dibuatnya dengan tindakan Najib ini, rungutnya lagi.
Dengan kecenderungan Najib berbelanja mewah dan boros serta kemungkinan akan mengenakan beberapa lagi kenaikan seperti tarif elektrik, pengenalan cukai GST dan sebagainya sebagai langkah mudah menyeimbangkan kedudukan ekonomi negara, beliau juga percaya kehidupan rakyat akan terus sulit dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang.
Sehubungan itu, tambahnya, mengekalkan lagi Najib sebagai perdana menteri hanya seperti menambah dosa saja kerana kehidupan rakyat yang sudah sedia terbeban dipercayai akan terus terbeban selagi beliau kekal di tempatnya sekarang.
– shahbudindotcom.blogspot.com
Thursday, September 5, 2013
Pemimpin Boros, Rakyat Jadi Mangsa!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa yg rakyat bole cakap lagi...? Semua kesempatan pd PRU 13 utk terangkan pembohongan, korupsi, pemborosan, ketirisan dan mcm2 lagi penyelewengan dan ketidakcekapan serta ketidakamanahan pemimpin2 yg berkuasa masih lagi di tolak. Buatlah bnyk manapun analisa ... hasilnya yg masih memegang tampuk pemerintahan sebenarnya berjiwa rakyat hanya berjiwa munafik dan pengkhianat.. Orang kampung...???!!@!! Hah. Selagi masih di momokkan dgn BRIM dll tidak akan rasa mereka telah di bohongi dan di bodohi.. penyokong pemimpin2 ini yg masih tegar hanya sekadar nak dapat tempias2.. kaya sekali gus sbb dpt projek2 yg di janjikan.. harap2 PRU14 lagi 4 tahun rakyat Malaysia yg bodoh dan bingong ni ni Allah bagi cerdek sbb kalau tidak hancur negara ni di sedut hasil pendapatan yg banyak betbillion ringgit oleh geng2 malaun ibni firaun semua ni..kita semua Malaysia berhak memilih pemimpin yg di pilih oleh rakyat untuk rakyat. Hak bersuara dan demokrasi adalah hak semua bukan hak pemimpin2 dpd parti mana2 sekali pun. ALLAH akan hitung dosa dan pahala kita dan akhirat adalah benar...!!!
ReplyDeleteApa lagi yang boleh dikatakan , orang kampong / pendalaman tak berkereta ( kata si bung ) jadi tak guna petrol dan diesel, semuanya naik basikal tua . Orang kampong / pendalaman mana kisah harga minyak naik sebab nanti PM nak bagi BR1M , BROOM , BRAM yang lebih dari tahun lepas dan BR1M , BROOM ,BRAM tu boleh cukup /tahun 1 tahun digunakan. Pemimpin2 UMNO/BN melantak duit negara. TUNGGULAH, SEMUA KITA AKAN KEMBALI KEPADA NYA BILA SAMPAI MASA KELAK. KITA AKAN TUNTUT HAK KITA DI AKHIRAT NANTI.
ReplyDeletenilai 20 sen besar bagi rakyat biasa..
ReplyDelete"Orang kaya tidak kisah naik 20 sen, 30 sen. Tapi orang bawah, orang makan gaji mesti susah. Bila harga minyak naik, semua kos akan meningkat dan juga harga barangan naik...
ReplyDeleteSabar sajalah RAKYAT DAH BAGI BN MANDAT MENAIKAN HARGA BARANG KAN HEADHUNTER! SI mantera sampai terlucut seluar dalam melompat-lompat kegirangan dengan kenaikan harga minyak.Si Aku orang Sabah ketawa gembira macam orang gila kerana terlalu suka dengan kenaikan harga minyak!
ReplyDeleteSubsidi untuk rakyat ditarik.
ReplyDeleteSubsidi IPP kroni dikekalkan.
Rakyat kurangkan perbelanjaan.
Kerajaan BN teruskan projek mewah landasan berkembar, menara warisan, sistem keretapi KL.
Rakyat takde duit duduk rumah.
PM, menter-menteri, kroni shopping luar negara.
Bila rakyat bising kasi BRIM. Harga barang naik lagi.
Yang aku pelik, yang bangang terus pangkah parti bangang.
Aduhh.. bala.. bala..
ReplyDeleteBaru seratus hari lebih lepas PRU13 dah macam-macam bala datang. Apa nak jadi kat rakyat Malaysia ni! hidup makin tertekan..
kesian kat penyokong umno totok kena kencing dengan pemimpin diorang, konon2 terselamatlah dari kena jahanam dengan umno. skang korang lepas isi minyak jangan lupa jerit 1 MALAYSIA! kuat2 tau. Penyokong PR Selangor dan Penang dah dapat bonus lebih ari tu, boleh kami cover mana2 patut akibat naik 20 sen. kahkahkah. dah la air kami free kat selangor, boleh guna wat cover 20 posen punya hal. itu lah pemangkah umno ni ialah bodo piang! kahkahkah lagi sekali sambil ludah kahak kat muka korang
ReplyDeleteHeadhunter Said :
ReplyDeleteHoreeeii..harga minyak naik,seronok aku undi BN dan tak sia2,bah.