Monday, September 9, 2013

Ketua Puteri Tawau tawar tanding Naib Ketua Puteri Umno

>Ketua Puteri Umno Tawau, Nazliah Ali menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Puteri pada pemilihan parti Oktober depan.

Beliau berkata, keputusan bertanding jawatan itu dibuat untuk membantu memperkasa Umno yang menjadi tunjang pentadbiran negara bersama Barisan Nasional (BN), supaya kekal relevan dalam memartabatkan kebajikan dan kepentingan wanita muda di seluruh negara.

"Dengan ini, saya ingin mengumumkan untuk menawar diri bertanding Naib Ketua Puteri Umno," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Jawatan Naib Ketua Puteri yang kini disandang Shahanim Mohd Yusof akan dikosongkan kerana sudah mencapai had usia 40 tahun.

Dengan pengumuman itu, tiga calon dari Sabah akan bertanding jawatan dalam Pergerakan Puteri Umno termasuk Ketua Puteri Umno Kudat, Normala Rasik dan Ketua Puteri Umno Beluran, Julie Sabran yang masing-masing menawarkan diri bagi jawatan Exco Puteri.

Nazliah yang juga lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Marin, Universiti Kebangsaan Malaysia dan bekas pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) bahagian Tawau, turut mengumumkan hasrat mempertahankan jawatan Ketua Puteri Umno Tawau.- Bernama

1 comment:
Write comments
  1. Tak payah mmperkasakn UMNO ler. Tawau tu kan Cina jd Ahli YB. Chitt..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.